#6

Romance Series 16322

"Mikhael! sabar Mikhael! Mikhael!!" Adrianna

"apa?!" Mikhael

Mikhael memberhentikan langkahnya apabila panggilan Adrianna semakin kuat.

"Kau memang sengajakan, kau ingat khawin ni perkara main main ke?" Marah Adrianna

Tanpa mereka sedari perbualan mereka, Farhan mendengar. tiba tiba sahaja riak wajah Farhan bertukar marah.

"kenapa sekarang baru kau nak marah aku." Mikhael.

"otak aku baru berfungsi. eh, tak payah nak tukar topik." Adrianna.

"suka hati kaulah nak cakap apa, yang penting, keputusan aku muktamat." Mikhael terus meninggakkan Adrianna.

Farhan masih mencuri dengar perbualan mereka. Hatinya terasa panas.

setelah beberapa lama berdiri disitu akhirnya Adrianna pergi.

"dahlah aku ni baru je umur 20 tahun, weh tak masuk akallah." bebel Adrianna sendiri.

"Bebel apa je Adrianna?" Farhan memeranjatkan Adrianna. yang tadinya Adrianna sedang berjalan, mendengar sahaja suara Farhan dia memberhentikan kakinya.

"eh, Farhan, terperanjat saya." Adrianna

"Awak, esok awak free tak?" Farhan

"esok? kenapa?" Adrianna

"Alah, esokkan hujung minggu. saya nak ajak awak pergi jalan jalan." Farhan

"saya tak tahu lagilah.".Adrianna

"Ok, lah. awak ambil ni number saya, kalau awak ok mesej je saya." Farhan mengambil telefon bimbit yang berada ditangan Adrianna.

"saya pergi dulu Farhan, nanti saya Mesej awak." Adrianna meninggalkan Farhan bersendirian.

"ok." Farhan melirik senyuman.

***

"hi, Mikhael."Bella

Mikhael tidak melayan, malah dia pilih untuk senyap sahaja.

"Mikhael!" Bella

"you nak apa?" Mikhael

"Mikhael, hermm." Bella pandang ke arah Adrianna.

"you, boleh tak you suruh budak tu keluar."Bella

Mikhael memandang ke arah Adrianna.

"you!" Bella marah apabila kata katanya tidak dipeduli oleh Mikhael.

"you nak apa, sekarang ni I tengah sibuk. you ingat apa. Pleaselah Bella. cuba sekali, cuba sekali jangan ganggu I. Please Bella." Mikhael

"Cik Bella, daripada awak suruh saya yang keluar baik Cik Bella yang keluar. jangan ganggu Encik Mikhael nak buat kerja." Adrianna berbunyi.

"Eh you!" Bella menunding jari kepada Adrianna.

"apa! Tak faham juga ke? kejap ye Cik Bella saya tolong buka kan pintu. silakan Cik Bella." Adrianna membukakan pintu untuk Bella.

"Mikhael, you tengok ni!" Bella tergedik gedik meminta simpati Mikhael.

"silakan Bella, cik Adrianna dah tolong bukakan pintu dah. kesian dekat dia, saya tak bayar pun gaji dia untuk buat kerja ni." Kata Mikhael membuatkan hati Bella panas.

"ish!" Bella terus pergi. begitulah kebiasaannya, baru sahaja Bella datang, pasti tidak bertahan lama. lagi lagi apabila hadirnya Adrianna.

Mikhael dan Adrianna tertawa bersama, dari luar Farhan memerhati.

***

hari minggu.

"Kau nak pergi mana, Adrianna?" Mikhael baru sahaja turun, melihat Adrianna yang berpakaian cantik.

"keluar. kenapa?" Adrianna.

"dengan siapa?" Mikhael.

"Farhan." Adrianna

"Farhan? tak payahlah." Mikhael menghalang Adrianna

"lak, apa pula. aku nak keluar je, lagi pun dia tu kawan lama aku." Adrianna

"walaupun dia tu kawan lama kau, tapi dia tu lelaki kan." Mikhael membengiskan mukanya.

"Habis tu, aku dah janji dengan dia. kesianlah, tiba tiba cancel. aku pun kesian, dah siap dah ni." Adrianna menaruh simpati.

"kalau macam tu aku ikut sekali." Mikhael

"kau gila! nanti dia fikir kita ni ada apa apa ." Adrianna terkejut dengan kata kata Mikhael.

"tak apalah, nanti kita khawin jugakan." Mikhael.

"eei, kau jangan cakap macam tulah , geli aku." meremang bulu roma Adrianna

"sekejap aku ikut kau. tapi kau nak pergi naik apa?"
Mikhael

"grab, tapi kau dah ikut naik dengan kau jelah." Adrianna

"cepat sikit!!!" sambung Adrianna.

10 minit kemudian

"dah jom." Mikhael.

Mikhael berkemeja merah sedondon dengan Adrianna. Nampak begitu tampan Mikhael hari ini. dengan wangian yang menusuk ke hidung.

"sekejapnya." Adrianna

"aku bukan macam kau. dahlah jom" Mikhael

sepanjang perjalanan Adrianna menutup hidungnya kerana bau wangian Mikhael yang terlalu menyengat.

"Dekat mana ni?" Mikhael.

"dia kata tunggu dekat taman." Adrianna

"taman? lain macam je dengar." Mikhael

"pergi jelah, jangan banyak songeh. kesian Farhan tertunggu tunggu." Adrianna.

Mikhael sengaja memperlahankan keretanya, Adrianna bengang.

Sesampai sahaja di tempat yang dituju. Mikhael sengaja berjalan beriringan dengan Adrianna.

"Farhan!" Adrianna memanggil nama Farhan apabila terlihat sahaja lelaki itu sedang duduk di kerusi menunggunya.

Farhan menoleh, senyuman dia apabila mendengar sahaja suara Adrianna sampai ketelinga tetapi terlihat sahaja Mikhael senyumannya semakin pudar.

"Adrianna, boss." Farhan bersalam dengan Mikhael.

" awak janganlah panggil dia ni boss, luar kerjakan." Adrianna.

Farhan hanya tersenyum.

"Awak nak bawak saya ke mana?"Adrianna berdiri betul di hadapan Farhan.

"Kita makan dululah."Hati Farhan berbunga bunga apabila melihat senyuman Adrianna.

semasa di dalam restoran, Farhan hanya melihat ke arah Adrianna.

Farhan terus mengajukan soalan kepada Adrianna sebaik sahaja Mikhael pergi ke tandas.

"Adrianna, awak ada boyfriend tak?" Farhan

"haa?!" hampir tersedak Adrianna dibuatnya.

"awak dah ada buah hati tak?" tanya Farhan lagi.

"kenapa awak tanya?" Adrianna

"sebenarnya saya nak berterus terang ni."

"cakaplah." Adrianna

"Adrianna, saya dah lama pendam perasaan dekat awak. sejak sebelum saya pindah lagi." Farhan

"saya tahu, masa awak pindah saya dah tahu." Adrianna

"haa, hehehe." Farhan malu

"tapi.. saya hanya anggap awak sebagai kawan, sebagai abang." Adrianna

riak wajah Farhan berubah, dia teringat kembali perbualan Mikhael dan Adrianna.

"ke sebab Mikhael?" Farhan

"apa kena mengena dengan Mikhael?" Adrianna

"ke awak tak boleh terima cinta saya sebab Mikhael?" Farhan

"bukan, Farhan dengar sini. Mikhael tu sepupu saya. tentabg perasaan saya dekat awak tak ada yang berkaitan dengan dia. Saya selesa bila dengan awak." Adrianna.

"sepupu?" Farhan

"ye, tapi awak jangan bagi tahu orang lain pula. maksud saya, jangan hebohkan dekat Office." Adrianna

Farhan tersenyum

"aku akan kejar cinta kau, Adrianna. tak kisah apa pun yang aku harus tempuh." kata Farhan di dalam hatinya..

"seronok sembang, sembang apa je?" Mikhael

"lambatnya." Adrianna

"jem." Mikhael

"otak kau. dah makan cepat, lepas ni, wayang kita." Adrianna

"alamak, strow jatuhlah." Adrianna

"tak apa, biar saya ambil." Farhan

"eh, tak apa biar saya yang ambil. awak duduk." Mikhael mencelah.

"tak apa." Farhan

"tak apa, biar saya je yang buat." Mikhael

"dah, biar saya sendiri yang ambil. kalau tunggu korang esok pun tak habis." kata Adrianna.

setelah beberapa jam mereka bersuka suka, akhirnya mereka pulang.

"haa!! penatnya!" Adrianna mengeluh.

"bukan main gatal lagi kau dengan Farhan ye." Mikhael melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Adrianna

"eh kau, baik sikit. kau tu yang menyebok." Adrianna.

"baru balik." kata Makcik Hwa yang baru sahaja keluar dari dapur.

"eh, makcik, mana pakcik?" Adriann menoleh ke arah Makcik Hwa.

"Pakcik Rina tu pergi rumah Rinalah, katanya dah lama tak datang rumah tu." kata Makcik Hwa.

"Mikhael, duduk dulu. mama nak cakap sikit." Makcik Hwa.

"Adrianna pakcik dengan makcik dah berpakat. apa kata sebelum korang khawin, korang tunang dulu.supaya tak jadi buah mulut orang nanti.'' sambungnya lagi.

"tunang?" Adrianna

"Mikhael setuju." Adrianna terus memandang Mikhael

"bulan depan kami tunang." Kata Mikhael selamba

"haa?!" Adrianna

"muktamat." Mikhael.

"bulan depan tak cepat sangat?" Makcik Hwa.

"buat apa nak lambat lambatkan." Mikhael

"kalau macam tu, nanti Mama bincang dengan papa. Adrianna setuju?" Makcik Hwa

"Adrianna kena juga ikut." Mikhael

Adrianna hanya mampu mendiamkan diri sahaja. hendak sahaja dia menumbuk Mikhael, senang senang membuat keputusan sendiri.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience