#33

Romance Series 16322

Suasana hiba menyelubungi diri Adrianna. Kelihatan semua orang sudah berangkat pulang apabila urusan pengebumian kakaknya itu selesai.

"Adrianna, jom kita balik." Nissa menyapa Adrianna yang memegang batu nisan kakaknya itu.

Adrianna mengesat air matanya. Nissa dan makcik Hwa terpaksa membantu Adrianna berdiri. Badan Adrianna lemah, sudah seharian dia menangis.

Dari jauh kelihatan Mikhael dan Asrad. Mikhael yang berdiri berbantukan tongkat melihat Adrianna dengan penuh kesedihan.

"Hai, selama dari tadi kita tak berkenalan pun? Saya Arsad." Arsad bersuara mematikan lamunan Mikhael.

"Hai, Mikhael."

Mikhael sepertinya tidak berminat. Dia kembali melihat ke arah Adrianna yang hampir sampai.

Asrad yang merasakan janggal lagi lagi apabila mendengar balasan Mikhael kembali mendiamkan diri.

"Rina." Mikhael mengapa Adrianna.

Adrianna memberi senyuman hambar kepada Mikhael.

Mikhael membukakan pintu kereta bapanya untuk dinaiki Adrianna, tetapi..

"Erk, biar Adrianna naik dengan Abang Arsad jelah." Adrianna

"Haa?" Mikhael mengerutkan keningnya.

"Yelah, nanti jumpa dekat rumah ye." Makcik Hwa.

Mikhael berasa tidak puas hati. Hatinya mula terdetik ingin mengetahui hubungan Arsad dan Adrianna.

"Ma, siapa A.. As.. Ad.. apa tu, Arsad, ha. Siapa dia tu?" Mikhael bertanya sebaik sahaja ibunya itu memasuki kereta.

"Oh, tu kawan U Rina. Yang perempuan tu adik dia." Makcik Hwa.

"Kawan je ke?" Mikhael

"Aik, Mikhael. Jealous ke?" Pakcik Ridhuan menyakat. Mikhael mendiamkan diri.

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, Adrianna terus membuka pintu kereta. Kepalanya terasa pusing. Dia duduk di belakang pemandu. Sebelum dia melangkah, badan kecilnya itu jatuh. Mikhael yang melihat, terus keluar dari kereta dan menuju ke arah Adrianna. Begitu juga Asrad yang terus keluar dari keretanya sehinggakan dia tidak sempat mematikan enjin keretanya itu.

Kedudukan Arsad yang lebih dekat dengan Adrianna terus mengendong Adrianna masuk ke dalam rumah. Langkah Mikhael terhenti apabila melihat tindakkan Arsad. Makcik Hwa dan pakcik Ridhuan terus membontoti Arsad.

Mikhael masuk ke dalam rumah dengan perasaan hampa.

"Rina. Rina." Makcik Hwa cuba membangunkan Adrianna.

"Nissa, tolong ambik air. Isi dalam mangkuk." Makcik Hwa.

Tanpa kata kata Nissa terus pergi ke dapur.

"Nah, makcik." Nissa menghulurkan semangkuk air kepada Makcik Hwa.

Makcik Hwa terus mencelup air itu dan menyapunya dimuka Adrianna. Mata Adrianna terlihat bengkak dengan hidungnya yang merah.

"Panas badan dia ni, bang." Makcik Hwa meletakkan telapak tangannya di kepala Adrianna.

"Jomlah kita bawa Rina pergi Klinik." Mikhael mendekatkan dirinya dengan Adrianna.

Sebelum apa apa, Adrianna menggerakkan kepalanya. Adrianna cuba membuka matanya dengan mengerdipkan beberapa kali mata.

"Adrianna?" Nissa melihat pergerakan Adrianna.

"Rina, ok tak ni. Rina?" Makcik Hwa menyapu air diwajah Adrianna.

Tiba tiba Adrianna bangun untuk bertukar keposisi duduk dan dia menangis, Makcik Hwa dipeluk.

"Makcik, Rina dah tak ada siapa siapa. Mak, ayah, kakak semua dah tinggalkan Rina." Adrianna

Nissa tidak dapat menahan tangisannya, dia terus memalingkan mukanya kearah lain. Mikhael terus duduk di sebelah Adrianna. Manakala Arsad terus pergi kedapur

"Rina, sabar. Ni semua ujian daripada Allah. Rina kene kuat. Rina kene ingat, Rina masih ada makcik dengan makcik." Makcik Hwa menenangkan Adrianna.

Setelah diri Adrianna berjaya ditenangkan. Dia meminta maaf kepada semua disitu kerana dia terlalu mengikut emosi sebentar tadi. Makcik Hwa memegang tangan Adrianna.

Dirinya terlampau sedih, kerana dalam masa terdekat dia kehilangan dua insan paling bermakna dalam hidupnya.

"Adrianna ni saya ada buat kan bubur, dari pagi tadi awak tak makan lagikan?" Arsad meletakkan dulang berisi bubur dan air di atas meja berhadapan Adrianna.

"Eh, Abang Arsad susah susah je." Adrianna bersa segan.

Mikhael melihat Arsad, dia merasa Arsad cuba menjadi hero ketika itu.

"Rina kenapa tak makan? Patutlah pengsan tadi. " Mikhael cuba menunjukkan kekhawatirannya.

"Bukan Rina sengaja taknak makan, cuma tak ada masa je. Lepas je beri keterangan dekat balai, banyak benda kene selesaikan. Tu yang sampai lupa." Adrianna mengambil bubur diatas meja.

Perutnya juga terasa lapar. Yelah, dari pagi sampai ke petang dia belum menjamah apa apa makan pun. Walaupun dia berasa tidak berselera namun perutnya perlu juga diisi.

Mikhael terus mengambil dulang itu dan letak diatas ribanya.

"Eh, tak apa Rina boleh makan sendiri." Adrianna berkata sebaik sahaja Mikhael menghulurkan sudu untuk menguapnya.

"Kamu ni Mikhael." Pakcik Ridhuan juga terkejut melihat tindakkan Mikhael.

"Tak apa, lagi pun Mikhael tengok si Rina ni macam tak ada tenaga. Biar Mikhael yang bantu dia je." Mikhael

Ring ring. Telefon Arsad berdering.

"Maaf ye." Arsad. Arsad terus keluar untuk mengangkat panggilan itu.

Adrianna terpaksa juga makan sambil disuap Mikhael. Dia berasa janggal lagi lagi apabila Nissa ada disitu.

Arsad masuk kembali. Dia terus berbisik kepada Nissa. Nissa hanya menganguk.

"Adrianna, kita orang kena balik lah hari ni. Maaf ya tak dapat stay lama dekat sini." Nissa.

"Eh, tak apa. Terima kasih banyak bantu aku. Terima kasih Abang Arsad." Adrianna memberi satu senyuman manis kepada Arsad.

"Sama sama, lagi satu mak kirim salam, mak cakap dia minta maaf tak dapat melawat." Nissa

"Tak apa, faham. Lagi pun jauh kan." Adrianna

***

"Lepaskan aku..." Suara yang sangat lemah terdengar.

"Diamlah bodoh! Menyusahkan betullah!" Seorang lelaki berbadan sasa menengking kearah suara itu.

"Tolong aku, aku lapar. Perut aku sakit." Rupa rupa Bella dengan tangannya yang terikat dibelakang.

Sudah beberapa hari dia berada dalam keadaan begitu. Diberi makan hanya sehari sekali. Mukanya penuh dengan kesan lebam. Kelihatan darah dibahagian jari kakinya.

"Kau lapa? Lapa! Makan ni, makan! Memekak jelah kau ni!" Lelaki itu mengambil balang yang berisi biskut dan menyumbatnya di dalam mulut Bella.

"Kau ni menyusahkan aku je kau tahu tak, kalau ikutkan aku, aku bunuh je kau!" Lelaki itu menarik rambut Bella.

Tiba tiba telefon lelaki itu berdering. Tertera diskrin telefon itu nama 'boss'.

"Hello boss, baik. Baik boss." Dia terus meletakkan panggilan.

"Kau lapar kan, sabar jap ye." Lelaki itu bangun dan terus menuju ke dapur.

Bella mengesotkan badannya menghampiri dinding. Badannya menggigil ketakutan.

Tidak lama selepas itu, lelaki tadi membawa sepinggan nasi bersama telur goreng dan melemparkannya kearah Bella. Ikatan ditangan Bella dilepaskan.

"Kata lapar! Makan lah!" Lelaki itu menjerit kepadanya.

"Nasib kau baik tau sebab kau tu mengandung, kalau tak dah lama dah arwah kau." Lelaki itu berkata.

Benar apa yang dibicarakan lelaki itu, jika tidak kerana dirinya hamil mungkin dia tidak akan selamat.

Boss lelaki itu ataupun dikenali sebagai dato Sham, menginginkan bayi itu.

"Tapi kau rasa kau selamat ke?" Lelaki itu menyelitkan rambut Bella di telinga.

Kunyahan Bella terhenti.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience