#10

Romance Series 16322

"Adrianna!" Farhan yang sedang membawa fail berlari mendapatkan Adrianna.

"Eh, Farhan. awak dari mana?" Adrianna.

"ha? oh, saya dari kilang tu. Awak, rindulah." Farhan berani mengatakan rindu pada tunang orang.

"ha? apa awak merepek ni." Dahi Adrianna berkerut.

"saya gurau jelah." Farhan ketawa.

"awak, kenapa awak tipu saya ha?" Farhan

"tipu? tipu apa?" bertambah pelik dia dengan Farhan ni.

"kan awak pernah cakap dekat saya yang awak dengan Mikhael tu cuma cousin, tapi kenapa awak bertunang dengan dia pula?" Farhan

"penting ke, saya nak bagi tahu awak?" Adrianna serba salah.

"Awak tahu tak , tak baik tau khawin dengan orang yang dekat, lagi lagi sepupu sama sepupu. nanti anak yang dilahirkan tak sempurna." Farhan cuba menakut nakutkan Adrianna

"eh, awak ni jangan merepeklah!" Adrianna sedikit tidak selesa dengan Farhan.

"yelah, kebanyakkan orang yang khawin dengan sepupu sendiri ni, nanti anak diorang ada problem." Farhan

"problem?" Adrianna sedikit terkesan dengan kata kata Farhan

"ye, nanti anak tu akan ada masalah dalam pelajaran. susah nak masuk dengan apa yang di ajar." Farhan.

"jangan merepeklah Farhan, awak bukan tuhan. dahlah saya pergi dulu." Adrianna.

"Adrianna!" Farhan. dia susah hati sepertinya Adrianna marahkan dia, tetapi dalam masa yang sama dia juga gembira.

mungkin Adrianna akan fikir perkara ini elok elok, dan dia akan membatalkan pertunangannya. dan dia ada peluang untuk merebut Adrianna

sepanjang hari Adrianna asyik termenung sahaja, susah hati dibuatnya.

"Eh, aku tengok kau ni dari tadi termenung. kau sakit ke?" Mikhael yang baru masuk menegur Adrianna. dia merasa dahi Adrianna dengan tapak tangannya.

"tak panas, kau kenapa?" Mikhael sedikit risau melihat Adrianna begitu. Mikhael terus duduk di atas meja Adrianna

"kau ni tak ada tempat lain nak duduk?!" Adrianna

"bersuara pun, kau ni kenapa?" Mikhael masih tidak berganjak.

"Mikhael betul ke, kalau khawin dengan sepupu boleh memudaratkan anak mereka?" Akhirnya keluar soalan itu dari mulut Adrianna

"kalau ikut kata orang, memanglah. kenapa kau tanya?" Mikhael

"amboi, dah fikir nak ada anak." Mikhael ketawa.

"ish kau ni, aku cuma takut je kan! lagi satu nanti kita khawin takkan taknak anak." Adrianna malu

Mikhael tertawakan Adrianna yang sudah merah mukanya.

"Alah, tak payah risau. ramailah yang khawin dengan sepupu tapi anak diorang ok. ibu bapalah yang kena banyakkan main peranan." Mikhael.

"yelah, aku cuma takut tu je." Adrianna

"cakap pasal anak? kau nak berapa orang anak?" Mikhael ketawa.

"ish, kau ni!" Adrianna mencubit lengan Mikhael.

Adrianna terasa bengang manakala Mikhael sudah ketawa terbahak bahak.

Staff diluar hanya tersenyum melihat mereka berdua kecuali Farhan. Mukanya masam mencuka.

"Farhan, kenapa masam je ni." Amalina dengan wajah yang manis menegur Farhan

Farhan menoleh dan terus mengendahkan Amalina, bagaimana dia mahu memberi hatinya kepada Amalina sedangkan cintanya hanya untuk Adrianna.

"Sayang, kenapa ni?" Amalina cuba memegang tangan Farhan.

"ish, orang nampaklah." Farhan merentap tangannya.

"biarlah orang nampak, awak tu bukannya husband orang pun." Amalina bengang.

"kau, jangan buat aku marah boleh tak." Farhan masih mengawal suaranya, sebelum hatinya semakin panas dia terus meninggalkan Amalina berseorangan

***

"aduh! kalau kalah je, macam mana nak kaya ni?!!" Pakcik Wahab

Di dalam sebuah pondok yang ditutupi oleh semak samun terdapat satu kegiatan yang tidak berfaedah.

disitulah Pakcik Wahab dan orang orang seumpamanya berjudi.

"weh, takkan kau nak main lagi. masuk ni hutang kau dengan aku dah naik 2 ribu tau."Seorang lelaki muda berkata kepada Pakcik Wahab sepertinya dia sedang mabuk.

"Alah, tak kisahlah. entah entah lepas ni aku menang!" Pakcik Wahab

"tak ada, tak ada. kau dah tak boleh main, kalau kau nak main lagi selesaikan hutang kau dulu!" Kata pemuda itu.

"ish kau ni!" Pakcik Wahab terus beredar dari situ. hatinta bengang. sebelum jauh dia meninggalkan rumah itu...

"weh! aku tahu dalam bulan ni kau bayar duit aku!!" pemuda tadi menjerit. tetapi diendahkan Pakcik Wahab.

"muka je handsome tapi penagih." Kata Pakcik Wahab sambil berjalan tidak tentu hala. Hatinya gelisah, badannya terasa sakit.

apabila dia sampai dirumah, kelihatan Khatika sedang menyapu dihalaman rumah.

"kau tak kerja?" Pakcik Wahab

"orang dah berhenti." Khatika

"ha! kenapa kau berhenti! habis tu, siapa nak bagi aku duit lepas ni?"Pakcik Wahab meninggikan suaranya.

"Ayah! itu yang ayah fikir! Ika penatlah yah, penat." Khatika

"habis tu kau nak kerja apa lepas ni?" Pakcik Wahab.

"Ayah, Ika sakit yah. Ika sakit." Khatika mengambil tempat untuk duduk disebelah Pakcik Wahab. kedengaran sayu sungguh suara Khatika

"apa kau cakap ni?" Pakcik Wahab mengerutkan kening.

"Ayah, maafkan Ika yah. Maafkan Ika." Khatika mencium tangan bapanya itu. dia menangis sepuas puasnya.

sayu hati seorang bapa melihat anaknya menangis sebegitu rupa.

"Ika, cakap dengan ayah kenapa?" Pakcik Wahab mengusap lembut rambut Khatika.

"Ayah, Ika sakit. doktor dah sahkan Ika, sakit kanser hati stage 3." Khatika memandang sayu wajah ayahnya.

hancur luluh hati Pakcik Wahab, penyakit yang meragut nyawa isterinya, kini datang kembali.

perasaan bersalah dia terhadap Khatika muncul, selama ini dia menghamba abdikan Khatika.

Khatika terus menangis sambil mencium tangan bapanya itu.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience