#34

Romance Series 16322

3 hari kemudian

Gelak ketawa Adrianna mula kedengaran apabila jenaka yang dilakukan oleh pakcik Ridhuan berjaya membuatnya geli hati.

"Amboi, sukanya." Lain pula dengan Mikhael yang kelihatan masam.

"Memanglah, mana tak sukanya. Ha ha ha, umur dah 13 tahun pun masih kencing atas tilam." Adrianna ketawa diikuti oleh Pakcik Ridhuan dan Makcik Hwa. Memang keahlian Adrianna untuk mengenakan Mikhael.

"Mama papa pun sama je." Mikhael mengalihkan pandangannya. Muka Mikhael kelihatan merah, lagi lagi apabila melihat Adrianna ketawa sakan.

Tercetus di hati Mikhael perasan gembira, apabila dia masa silamnya yang memalukan itu mampu membuat Adrianna ketawa kembali. Dia memandang Adrianna kembali, satu senyuman tiba tiba muncul dibibirnya. Manis sungguh Adrianna.

Selepas Nissa dan Arsad kembali ke Johor. Adrianna terus berpindah ke rumah Mikhael. Dia tidak kuat untuk tinggal dirumah itu, lebih lagi berseorang. Peristiwa pahit itu sentiasa menghantui dirinya.

Telefon bimbit Adrianna berdering.

"Abang Arsad?" Adrianna tidak menyangka bahawa yang menelefonnya itu Abang Arsad. Bermimpi ke? Setelah mendengar nama Arsad, Mikhael terus mengalihkan pandangannya ke arah Adrianna.

Muncul kembali satu perasaan yang paling dia tidak sukai. Mahu sahaja dia mengambil telefon itu dan mematikannya. Tetapi apakan daya, hanya mampu dilakukan di dalam hayalannya sahaja.

"Waalaikumsalam, oh Nissa." Adrianna. Lega hati Mikhael apabila bukan lelaki itu yang menghubungi Adrianna sebaliknya adiknya.

"Alhamdullilah, kau macam? Insya Allah, dalam 2 hari lagi aku balik sana. Dengan assigmentnya tertangguh lagi. Ye lah, kirim salam dekat semua. Ok ok, bye. Waalaikumsalam." Adrianna tersenyum kecil.

"Kenapa?" Mikhael

"Tak Nissa call tanya bila nak balik sana. Sebab dia kata dia nak ambik Rina." Belum sempat Adrianna menghabiskan kata katanya Mikhael terus menyampuk.

"Cakap dengan Nissa tak payah, biar aku je hantar kau. Lagi pun Johor ke Selangor jauh tu. Tak payah nak rajin sangatlah." Mikhael.

Adrianna mengerutkan keningnya, tak padan dengan bertongkat. Ada hati nak hantar konon.

"Memang pun, Rina taknak susahkan Abang Arsad tu tapi tulah seboleh boleh juga nak ambik. Nasiblah kata Nissa tadi Abang Arsad tu ada assigment yang dia kene siapkan cepat." Adrianna memandang ke arah Mikhael, dan menjelingnya.

Mikhael mengecilkan matanya.

"Habis tu Rina nak balik sana naik apa?" Pakcik Ridhuan bertanya.

"Kan Mikhael kata nak hantar dia pa." Mikhael menyampuk

"Kamu tu dengan kakinya tak baik lagi tu, haih. Macam mana nak drive?" Makcik Hwa mencekak pinggangnya.

"Ala ma, Mikhael boleh lah. Kaki ni bukan tak boleh gerak langsung." Mikhael teguh dengan pendiriannya.

"Tak apa esok biar papa je hantar Rina, kalau kamu nk ikut, ikut." Pakcik Ridhuan berbicara

Mikhael mendengus, hasratnya untuk berdua duaan dengan Adrianna terbungkam. Adrianna tertawa kecil melihat riak wajah Mikhael yang seakan tidak berpuasa hati dengan keputusan ayahnya itu.

***

"Jangan! Lepaskan aku!" Bella menangis sambil menepis nepis tangan lelaki yang berbadan sasa itu.

Makin dia meronta makin disukai oleh lelaki itu sehinggalah satu tamparan hinggap dimuka lelaki itu.

"Woi!" Muka Bella ditampar kembali.

Nasi yang tadinya baru sahaja dijamahnya sedikit habis bertaburan kerana dilanggar oleh dirinya sendiri apabila dia ditampar.

"Kau ingat lepasi kau akan selamat! Entah entah lepas je budak tu lahir, badan kau ni dijadikan jamuah untuk lelaki lelaki dekat luar sana. Tak pun, sekarang ni harga harga organ tengah mahal." Kata lelaki itu sambil ketawa lebih lagi apabila melihat mata Bella yang terbeliak mendengarnya.

"Kau ni memang bodoh. Cantik cantik macam ni pun boleh jual harga diri kau dekat orang tua kerepot tu." Lelaki tadi tersenyum sinis dan berlalu meninggalkan Bella.

Mata Bella melihat ke arah makanan yang tertumpah tadi. Disebabkan perutnya yang sangat lapar, dia terus mengutip butir butir nasi dan menyuapnya kemulut.

Walaupunbegitu, hatinya terasa marah kerana dia menganggap semua ni terjadi kerana Adrianna. Adrianna yang telah memusnahkan segala harapannya. Harapan untuk bersama Mikhael.

Bella mengusap mengusap perutnya dan kadang kala menumbuk perutnya sendiri. Dia akan berhenti menumbuk perutnya apabila dia teringat bahawa disebabkan kandungan inilah dia selamat, dia kena jaga kandungan ini baik baik jika dia mahu hidup.

Terlintas difikiran Bella kedua ibu bapanya. Dia mula merenggek memanggil nama nama mereka.

"Mama, papa, tolong Bella." Katanya sambil mengesat air matanya.

***

"Pa, biarlah Mikhael hantar Rina esok." Mikhael merayu kepada ayahnya.

"Tapi kaki kamu tukan tak baik lagi." Pakcik Ridhuan.

"Ala, pa bolehlah. Masa nilah peluang Mikhael nak ambil balik hati Rina tu pa, please." Mikhael memegang tangan papanya.

Akhirnya pujuk rayu Mikhael termakan papanya.

"Yelah yelah, tapi pergi tanya mama dulu. Nanti papa dah izinkan dia pula tak izinkan." Kata Pakcik Ridhuan.

"Alah, tu papa lah yang tolong uruskan. Mama mesti dengar cakap papa punya." Kata Mikhael

"Tengoklah nanti." Pakcik Ridhuan

Mikhael tersengih kegirangan. Hatinya kembali berbunga bunga.

"Ha, apa yang dibincangkan dua beranak ni?" Makcik Hwa datang memeranjatkan anak dan bapa itu.

"Eh, awak ni. Terkejut saya, bagilah salam dulu ke?" Kata Pakcik Ridhuan

Makcik Hwa ketawa kecil. Mikhael tersengih melihat ibu bapanya itu. Manis sungguh.

"Awak ni Mikhael nak cakap dengan awak ni." Kata Pakcik Ridhuan

Terbungkam mata Mikhael apabila mendengar omongan ayahnya sebentar tadi.

"Ala papa ni." Mikhael memuncungkan bibirnya. Jikalau ada orang lain yang melihat gelagatnya mesti mereka akan meluat. Seakan budak yang masih kecil. Tetapi itulah yang menyebabkan hubungan mereka sekeluarga erat. Gurauan manja.

"Apa dia?" Makcik Hwa.

"Ma, boleh tak esok Mikhael nak hantar Rina? Please ma, Mikhael nak luangkan masa dengan Rina." Kata Mikhael.

"Abang?" Makcik Hwa memandang ke arah suaminya itu.

Suaminya itu hanya menggangkat kening yang menandakan yang dia membenarkan keinginan anaknya itu.

"Tapi make sure jangan bawak kereta laju sangat, ajak je Rina tu berbual supaya tak ngantuk nanti." Makcik Hwa membebel

"Bolehlah ni? Kalau macam tu Mikhael tidur dululah. Good night ma, pa." Mikhael menyalami tangan kedua ibu bapanya.

"Awak tengok tu anak awak, terus tidur." Kata Makcik Hwa sambil memicit micit bahu pakcik Ridhuan.

Keesokan harinya.

Pagi pagi lagi Mikhael sudah bangun, enjin keretanya juga telah ia panaskan.

Selepas bersarapan, Adrianna mengangkat bagasi bagasinya ke dalam bonet kereta.

"Rina, ni ada duit sikit untuk belanja dekat sana." Makcik Hwa menghulurkan sejumlah wang kepada Adrianna.

"Eh, makcik tak payahlah. Rina ada duit." Adrianna menolak pemberian Makcik Hwa. Cukuplah dia telah menumpang berteduh disitu.

"Tak apa, ambil ni. Anggap je ni Makcik sedekah." Kata Makcik Hwa. Tetapi tetap ditolaknya sehinggakan Makcik Hwa sendiri yang meletakkan wang itu didalam beg tangan Adrianna.

"Dah siap?" Mikhael keluar bersama sebuah beg baju.

Adrianna melihatnya kehairanan.

"Kenapa kau bawa beg?" Adrianna

"Kenapa tak boleh ke? Dah cepat masuk kita dah lambat ni." Dengan bertongkat Mikhael terus memasuki kereta.

"Ta.. tapi." Hilang kata kata Adrianna

"Bukan pakcik yang hantar?" Adrianna tidak berpuas hati lagi.

"Maaflah Adrianna pakcik ada hallah hari ni, tu yang pakcik suruh Mikhael tolong hantar kamu." Pakcik Ridhuan. Setelah mendengar kata kata pakcik Ridhuan, Adrianna akur.

Adrianna bersalaman bersama pakcik dan makciknya. Begitu juga dengan Mikhael.

"Hati hati." Makci Hwa berkata sebaik kereta mereka bergerak.

Tidak jauh lagi dari rumah mereka, Adrianna sudah membuat hati Mikhael panas.

"Kalau tahu kau nak hantar, baik aku call je suruh Abang Arsad ambik." Kata Adrianna sengaja membuatkan Mikhael sakit hati.

"Amboi, gatal kau ye."menyampah Mikhael apabila Adrianna menyebut nama Arsad.

"Apa yang gatalnya? Betullah. Kenapa tak boleh ke?" Adrianna

"Haih kau ni, geramnya aku." Mikhael menjeling Adrianna.

Adrianna ketawa, muka Mikhael yang masam itu seakan budak kecil yang sedang merajuk.

Kereta itu kembali senyap, semakin lama, semakin senyap. Mikhael hairan lalu terus memandang ke arah Adrianna.

"La, tidur." Kata Mikhael.

"Rina, Rina." Mikhael tersengih seorang diri. Hatinya berasa senang apabila dapat berduaan bersama Adrianna.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience