#29

Romance Series 16322

"bodohlah, aku suruh lain. Lain yang dibuatnya!" Bella

Bella telah keluar dari rumah, dia tahu sekarang dia tidak selamat. Apabila pembunuh pakcik Wahab tertangkap bermakna dia pun akan mengikutinya.

"Hello, kau datang jumpa aku jap. Nanti aku bagi kau location." Bella menelefon kembali orang yang diupahnya untuk mengambil keputusan DNA itu dari Mikhael.

***

"Assalamualaikum, makcik, pakcik." Adrianna bersalaman dengan mereka

"Waalaikumsalam."

Diikuti oleh Asrad dan Nissa.

"Lagi semalam pakcik nampak mereka ni. Kawan kamu ke?" Pakcik Ridhuan

"Haah, diorang ni banyak tolong Rina." Adrianna

Nissa dan Asrad hanya tersenyum

"Mikhael macam mana pakcik, makcik?" Adrianna

"Malam tadi dia dah sedar, cuma mamai mamai macam tu je. Tak berapa nak sedar sangat." Makcik Hwa

"Dia tahu pasal ayah?" Kata Adrianna

"Belum lagi, tunggu dia betul betul sedar baru kami cakap." Kata Makcik Hwa.

"Khatika mana?"kata Makcik Hwa lagi.

"Oh, kakak dia ada dekat rumah. Sebab tadi ada yang tak balik lagi, tolong tolong kakak." Adrianna

"Oh yeke, maaflah Rina tadi makcik dengan pakcik tak dapat datang tahlil ayah kamu." Makcik Hwa.

"Tak apa, Rina faham." Mata Adrianna terus tertumpu pada Mikhael.

"Siapa nama kamu berdua? Terima kasihlah banyak bantu Adrianna ye." Pakcik Ridhuan mulakan berbicara bersama Asrad dan Nissa.

"Asrad." Asrad memperkenalkan dirinya.

"Nissa." Diikuti Oleh Nissa.

"Terima kasih sebab sanggup tolong Adrianna ye. Jauh tu dari Johor nak datang sini." Pakcik Ridhuan.

"Tak apa pakcik, dah tugas kami sebagai kawan Adrianna. Nanti bila kami susah, Adrianna pula boleh tolong kami." Asrad.

Asrad memandang Adrianna. Kelihatan sayu di wajah Adrianna.

"Siapa Mikhael ni? Kenapa Adrianna nampak risau sangat." Kata Asrad di dalam hatinya.

Lama juga Adrianna datang melawat Mikhael. Apabila hari hampir malam, baru mereka bergerak pulang.

"Sorry tau, sebab dah susahkan awak berdua." Adrianna

"Eh, tak adalah Adrianna. Kitakan kawan." Nissa

"Abang Asrad sorry tau. Sebab saya awak berdua jadi lambat balik" Adrianna

"Eh, tak apa. Dahlah jom kita balik" Asrad.

Adrianna dan Nissa mengiakan sahaja.

Di dalam kereta Adrianna bertanya sama ada mereka mahu makan ataupon tidak. Kerana perutnya sudah berbunyi.

"Em, nak makan tak." Adrianna

"Haah, lapar juga ni. Jomlah bang kita singgah mana mana makan dulu." Nissa

Belum sempat Asrad menjawab pertanyaan adiknya itu tiba tiba

"Allah!!" Asrad menjerit. Dia terpaksa membuat brek kecemasan. Adrianna dan Nissa juga terkejut.

Rupanya Asrad nyaris hendak melanggar seorang gadis.

Masing masing mengambil nafas.

Adrianna mengamati wajah gadia yang mahu dilanggar mereka tadi.

Gadis tadi segera ke tingkap sebelah pemandu dan mengetuknya dengan keadaan ketakutan

"Tolong, tolong saya bang." Gadis itu meminta pertolongan.

"Amalina?" Adrianna

"Awak kenal dia?" Asrad.

"Dia pekerja Mikhael. Bawak dia masuk." Adrianna.

Asrad membuka kunci dan Adrianna cepat cepat membuka pintu.

Belum sempat Amalina memasuki kereta tiba tiba terdengat satu suara lelaki.

"Amalina!"

Amalina terus memasuki kereta itu dan menyuruh supaya Asrad bergerak.

Adrianna melihat lelaki itu.

"Farhan?" Adrianna.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience