#40

Romance Series 16322

Hari ini merupakan hari ulang tahun perkhawinan Makcik Hwa dan Pakcik Ridhuan. Makcik Hwa bercadang untuk memasak lauk kegemaran suaminya, ayam cili api dan rendang daging. Mikhael berbesar hati untuk menolong ibunya menyediakan barang barang untuk memasak.

"Mikhael, boleh tolong mama tak?" Makcik Hwa sedang membelek peti sejuknya.

"Tolong apa, ma?" Mikhael.

"Pergi grocery mall sekejap. Beli daging." Makcik Hwa.

"Daging je ke? Cuba check lagi takut ada barang yang tak cukup. Mikhael siap dulu ye, ma check sekali lagi." Mikhael terus meninggalkan ibunya. Dia mengenakan t-shirt berwarna putih dan berjeans hitam. Jam tangan yang berwarna hitam dipadankan ditangan kirinya.

"Dah ma?" Mikhael membetulkan jam tangan.

"Dah ni list dia. Amboi, handsomenya nak beli barang dapur je pon." Makcik Hwa. Mikhael hanya tersenyum.

"Mikhael nak beli barang juga. Mikhael pergi dulu ye ma, bye." Mikhael.

"Take care." Makcik Hwa.

Digapainya kunci kereta mercedes baru milik keluarganya. Disebabkan kereta Mikhael terlibat dalam kemalangan tempoh hari, dia mengeluarkan sedikit wang simpanannya untuk membeli sebuah kereta baru. Setibanya di mall, Mikhael menuju je 'grocery'. Selepas semua lengkap pesanan ibunya dibeli. Dia terus pergi ke sebuah kedai kek.

Dari jauh kelihatan Bella sedang memerhatikan tingkah laku Mikhael. Sekarang Mikhael tidak menggunakan tongkat lagi. Walaupun begitu pergerakannya masih terbatas. Sepertinya Bella sedang mengatur rancangan. Apabila melihat Mikhael keluar sahaja dari mall. Dia terus berlari jauh dari dilihat Mikhael, kira kira kedudukannya berselang lima kereta dari kereta Mikhael. Mikhael sakin menghampiri keretanya.

"Tiba masanya." Bella terus berlari seperti dikejar sesuatu. Rambutnya yang sengaja dihuru harakan menampakkan lagi seperti dia benar benar dalam kesusahan. Tindakkannya itu mampu menarik perhatian Mikhael.

"Bella?" Mikhael

"Mikhael? Mikhael tolong I Mikhael. Cepat Mikhael, ada orang kejar I Mikhael." Melihat Bella dalam keadaan panik, Mikhael terus membuka pintu keretanya untuk dimasuki Bella.

"Cepat Mikhael, you kena pergi cepat dari sini. Nanti orang orang tu nampak I." Bella menundukkan kepalanya.

Arahan Bella diikutinya. Tiba di perhentian bas, Mikhael memberhentikan kereta.

"What happens to you?" Mikhael. Dia tidak memandang pun ke arah Bella walaupun sekali.

"Ok Mikhael, I know I salah. Lepas rancangan I gagal untuk..." Bella.

"Untuk jadikan I pak sanggup you." Mikhael

"I'm sorry Mikhael. Tapi you kena faham situasi I." Bella

"Situasi you? Habis tu situasi I you tak fikir?!" Mikhael menengking. Tengkingannya membuatkan bahu Bella ternaik sedikit.

"Mikhael you patut kesian dekat I, lepas I lari, I kena culik. Sepanjang tu, I kena dera. Kadang kadang makan pun tak." Bella menagih simpati.

"You jangan tipu I lah." Mikhael

"Please Mikhael, I tak tipu you. You tengok ni semua kesan lebam ni. You ingat ni sengaja I buat ke?" Kali ini Bella mula menarik simpati Mikhael dengan tangisannya.

"Stop Bella." Mikhael memberhentikan perbuatan Bella yang mahu menunjukkan kesan lebam dibahagian dadanya.

"Kalau macam tu biar I bawa you balik rumh parent you. Lepas tu I taknak masuk campur lagi pasal hidup you." Mikhael

"No no no no no no." Bella.

"Why?" Mikhael hairan.

"I think semua ni jadi sebab plan papa I, sebab I tahu dia marah sangat dekat I. Sebab tu dia upah orang untuk culik I. Kalau you hantar I balik, serupa you hantar I dekat penculik tu." Bella. Kali ini tangan Mikhael digenggamnya. Genggaman Bella dilepaskan.

"Kalau macam tu kita buat report." Mikhael

"No!" Bella.

"Kalau semua tak boleh, you nak I buat apa?!" Mikhael mula hilang sabar.

"You tolong sembunyikan I?" Bella.

"You gila? Pleaselah Bella, I ada hal penting ni! I kena cepat!" Mikhael.

"Oh, bagi you nyawa I ni tak penting ke? Tak penting ke Mikhael?!" Bella.

"Bella I takkan termakan lagi dengan tektik you." Mikhael.

"Please Mikhael? Kalau you tak kesian dekat I pun, kesianlah dekat baby ni. Dia pun dalam bahaya juga." Bella mengusap ngusap perutnya.

***

"Hello makcik, happy anniversary." Adrianna.

Apabila Makcik Hwa mendapat panggilan 'video call' dari Adrianna terus dia meninggalkan ayam cili apinya untuk menjawab panggilan Adrianna.

"Thank you Rina. Rina dah makan" makcik Hwa.

"Dah, baru je lepas makan ni. Makcik, mana Mikhael?" Adrianna mencari cari kelibat Mikhael

"Oh, tadi makcik suruh dia beli barang sikit tapi tulah, tak balik balik lagi." Makcik Hwa melihat jam di dinding rumahnya. Nak dekat 2 jam Mikhael meninggalkan rumah. Lauk ayam cili api pun sudah hampir masak.

"Oh ye ke? Makcik nanti jangan lupa kirim salam dekat pakcik. Rina letak dulu ye, ada hal sikit. Nanti Rina call lagi ye." Adrianna

"Insya Allah, hati hati Rina. Jangan lupa makan, tidur tu kena cukup." Makcik Hwa. Perbualan mereka tamat apabila Adrianna mematikan panggilan.

"Manalah Mikhael ni?" Makcik Hwa menjengah diluar, mana tahu kelihatan Kelibat Mikhael.

Pin pin

Akhirnya, Mikhael balik.

"Sorry ma, lambat. Ada hal tadi. Jom masuk ma" Mikhael mendorong bahu ibunya itu. Makcik Hwa berasa hairan.

"Kenapa kamu lambat sangat? Grocery tu bukan jauh sangat pon." Makcik Hwa.

"Tadi Mikhael jumpa Bella." Mikhael

"Ha?!" Makcik Hwa. Dia yang sedang memotong daging terhenti. Tanpa senyum Mikhael memasukkan barang barang seperti susu ke dalam peti sejuk.

"Dia nak apa?" Makcik Hwa.

"Mikhael jumpa dia masa dia kena kejar dengan seseorang. Tapi Mikhael tak nampak sesiapa pun." Mikhael.

"Habis tu, mana dia?" Makcik Hwa

~~~
IMBAS KEMBALI

"Baby tu bukan anak I." Selamba Mikhael menjawab. Ini membuatkan Bella lebih panas hatinya.

"Tapi you tak kesian ke?" Bella

"You yang buat masalah, you tanggunglah sendiri. I tak kisah, I taknak masuk campur hal you. I akan hantar you balik." Mikhael

"Ni semua sebab Adriannakan?" Bella. Mikhael terus memandang ke arah Bella.

"Ni semua tak ada kena mengena dengan dia. You yang buat hal!" Mikhael melenting.

"Mikhael, tolonglah I Mikhael. I merayu dekat you, jangan hantar I balik rumah." Bella menukar topik.

"Kalau you taknak sorokkan I , tak apalah. Tapi bagi I pinjam handphone you kejap. I nak call my mom." Bella

"Your mom tak bersubahat pulak dengan dengan your dad?" Mikhael. Walaupun begitu dia malas memanjangkan lagi cerita, dia terus memberikan telefonnya kepada Bella.

~~~

"Dia call mak dia, lepas tu dia suruh Mikhael hantar dia dekat satu tempat ni, Dia kata nanti mama dia ambik." Mikhael bercerita seperti tiada apa apa yang berlaku.

Makcik Hwa mula risau. Firasatnya kuat mengatakan Bella tidak akan berdiam diri.

***

"Adrianna." Tiba tiba sahaja Nissa menyapa manja Adrianna yang berada di atas katilnya

"Kau kenapa?" Adrianna.

"Adrianna, aku nak cerita sikit dekat kau ni." Nissa mendekati Adrianna.

"Cerita apa?" Adrianna mengemas buku bukunya yang berselerak di atas katil.

"Kau tahu tak yang kau berjaya membuka hati seorang lelaki yang telah menutup hatinya dekat mana mana perempuan lepas dia ditinggalkan." Nissa. Adrianna tidak mengerti dengan apa yang di sampaikan Nissa.

"Haih kau ni. Ada orang suka kau." Nissa meringkaskan ceritanya.

"Ha?" Adrianna.

"Aki salutelah dekat kau. Kau nak tahu siapa yang suka kau?" Nissa.

"Abang Arsad." Sambung Nissa lagi. Terbeliak mata Adrianna apabila Nissa memberitahu siapa yang meminatinya.

"Dah 2 tahun, dia tak bukakan hati dia dekat mana mana perempuan lepas kak Teha khawin." Nissa.

"Kak Teha?" Adrianna. Dia masih tidak mengerti apa yang dicerita Nissa.

"Sini aki cerita dekat kau dulu ye. 2 tahun lepas, abang aku kena tekanan jiwa teruk gila." Nissa

"Kenapa?" Adrianna makin tertarik dengan cerita Nissa.

"Dulu dia ada seorang girlfriend, kak Teha. Diorang bercinta dari zaman sekolah menengah lagi. Memang lamalah diorang bercinta." Nissa.

"Tapi pada suatu hari, semuanya berubah. Tanpa sebab yang munasabah diorang putus, dua hari lepas tu, kitaorang dapat tahu yang Kak Teha Khawin." Nissa.

"Pilihan keluarga agaknya?" Adrianna

"Tak, diorang khawin bukan sebab keluarga tapi sebaliknya." Kata Nissa.

"Maksud kai, kak Teha curang dengan abang kau?" Adrianna. Nissa mengangguk.

"Tapi abang aku sayang gila dekat kak Teha, aku pernah dengar dia cakap yang dia harap suami kak Teha tu mati." Nissa, dia ketawa sedikit meredakan suasana yang tegang itu.

"Tapi lepas dia jumpa kau, aku nampak perubahan dia. Kitaorang dua orang je adik beradik Adrianna. Jadi aku faham apa yang dia rasa." Nissa.

"Dia masih sayang dekat kak Teha tu ke?" Adrianna

"Tu aku tak tahu, yang aku tahu. Kau adalah orang yang berjaya membuka kembali pintu hati Abang aku." Kata Nissa. Muka Adrianna kelihatan merah.

"Aku tak tahulah Nissa. Aku pun sebenarnya baru lepas putus tunang." Adrianna. Akhirnya dia membuka mulut tentang peristiwa yang menimpa diri dia. Dari A sampai Z Adrianna bercerita. Nissa hanya tekun mendengar.

"Aku serba salah Nissa." Adrianna

Pada hari itu, semua rahsia mereka terbongkar. Semua diceritanya.

"Aku masih tertanya tanya, abang kau tu betul ke masih tak ada perasaan cinta lagi dekat kak Teha tu?" Adrianna.

Bersambung...

Arsad ataupun Mikhael?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience