#1

Romance Series 16322

Adrianna yang melihat kakaknya yang bagai berada di dunia sendiri, lekas dihampiri. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri kakaknya.

"Akak." Adrianna menyapa kakaknya, Zara Khatika. Bahu kakaknya dipegang sekejap untuk menyedarkan Zara ke dunia realiti.

"eh, Rina. Terkejut akak." Kata Khatika seraya tangan mengusap lembut dadanya. Nasib keadaan jantungnya masih lagi sihat.

"akak termenungkan apa tu?" tanya Adrianna sebelum dia mengambil tempat di sebelah kakak kesayangannya itu.

"akak cuma rindukan ibu je, dah sebelas tahun ibu tinggalkan kitakan, Rin?" air mata Kak Khatika mula berlinang. Adrianna yang menyedarinya lekas mengusap belakang badan kakaknya.

"haa Rina, apa plan Rina lepas STPM ni?" soal Khatika. Mata Adrianna yang tadinya terpaku ke halaman rumahnya teralih kewajah kakak kesayangannya itu.

"Rina ingat Rina nak kerjalah. Nak cari duit tambah sikit." kata Adrianna.

"kalau macam tu apa kata Rina kerja dekat Syarikat batik pakcik." tiba tiba satu suara mengejutkan adik beradik itu.

"eh, pakcik. bila pakcik sampai?" Adrianna

Adrianna dan Khatika terus bangun dan bersalaman dengan pakcik Ridhuan.

"baru je, ni dah makan ke belum?" pakcik Ridhuan. Mereka berdua hanya mengangguk untuk menjawap soalan dari Pakcik Ridhuan itu.

"mana ayah kamu?" matanya memerhati sekeliling mencari kelibat seseorang.

"biasalah Pakcik." kata Adrianna kesal. mukanya dialihkan ke sudut lain menandakan wajah yang kurang senang. Kali ini mata Adrianna pula melirik mencari seseorang. Pakcik Ridhuan semacam tahu siapa yang dicari oleh Adrianna.

"makcik kamu tak ikut hari ni. Busy katanya. Ha, Ika, Rina pakcik ni sebenarnya datang nak ajak kamu semua datang rumah pakcik malam ni. makcik kamu tu ada nak buat makan malam katanya." kata Pakcik Ridhuan panjang lebar.

"oh. makan malam? boleh je, lagi pun dah lama kita orang ni tak rasa masakan Makcik Hwa. Rinnnnnnndu rasanya, kan kak?" Adrianna memang manja dekat pakcik dan makciknya. dia sudah menganggap mereka berdua bagai ibu dan bapanya.

"kalau korang berdua nak pergi, pergilah. aku malas nak ikut." tiba tiba Pakcik Wahab bersuara. entah dari mana datangnya. Mereka bertiga dengan serentak memandang ke arah suara itu.

"abang." Pakcik Ridhuan terus pergi mendekati Pakcik Wahab dan bersalaman.

"abang sihat." pakcik Ridhuan dan ibu Adrianna adalah adik beradik. Walaupun kakaknya itu sudah meninggal dunia tetapi dia masih menghormati abang iparnya itu.

"macam ni jelah keadaan aku. hmm, Ridhuan. sini kejap. Rina, Ika pergi buatkan air." kata Pakcik Wahab. sepertinya ada perkara yang ingin dia katakan.

"Ridhuan, sebenarnya aku nak guna duit sikitlah. dalam RM200. " kata Pakcik Wahab tanpa segan silu.

"Dua ratus? banyaknya, abang nak buat apa?" Pakcik Ridhuan pelik.

"ahh, ahh.. aku nak bayar hutang. duit belanja aku pun tak ada ni." kata Pakcik Wahab tergagap gagap.

"abang bukan saya tak nak bagi tapi abangkan boleh kerja, abang masih punyai kudrat lagi. Lagi pun minggu lepas saya dah bagi dah" kata Pakcik Ridhuan. Dia tahu yang abang iparnya ini seorang penagih dadah. sudah pastinya dia menggunakan duit itu untuk membeli dadah. Jikalau dia tidak bagi, takut-takut lelaki itu mencuri pula. Tidak pun akan mengugut anak-anaknya.

"alah, kalau tak nak bagi cakaplah. tak payah nak ceramah aku pula." Pakcik Wahab kelihatan sedikit marah mungkin juga malu apabila ditegur oleh pakcik Ridhuan.

manakala di dapur.

"itu, ayah mesti nak pinjam duit. asyik pinjam jelah tapi tak pernah bayar. kadang kadang, Rina ni malu kak dengan Pakcik Ridhuan tu." kata Adrianna kepda kakaknya.

"tulah, kakak pun malu Rina. banyak dah kita terhutang budi dengan pakcik." Kata Khatika sambil menunggu air yang dijerangnya masak

tak lama lepas itu, Adrianna membawa sedulang air teh dan dihidangnya dihadapan Pakcik Ridhuan dan ayahnya.

"Rina, macam mana? nak ikut pakcik tak , makan malam? Khatika pun nak ikut ke?" tanya Pakcik Ridhuan.

belum sempat Adrianna membalas, Pakcik Wahab telah menyampuk.

"kau pergi je, tak adalah menyebuk dekat sini. pergi lama sikit pun tak apa!" kata pakcik Wahab..

"kalau macam tu, apa kata Rina dengan kakak tidur sekali rumah pakcik." kata Pakcik Ridhuan seperti menyindir kepada ayah Adrianna.

"boleh ke pakcik?" tanya Adrianna, dia pun berasa bosan duduk bersama ayahnya yang sangat ketagih dengan dadah

pernah satu ketika, duit yang diberikan Pakcik Ridhuan sebagai duit belanja sekolah diambil oleh Ayahnya untuk dibeli dadah. sehinggakan Adrianna terpaksa berlapar disekolah nasib baiklah ada kawan kawannya yang prihatin.

***

"Assalamualaikum, Makcik Hwa!!" Adrianna menyapa Makcik Hwa yang sedang memasak.

" eh, Adrianna. Waalaikumsalam." Makcik Hwa menyambut tangan yang dihulurkan Adrianna. Tengkuk Adrianna mula memanjang ingin melihat apa yang dimasak oleh Makcik Hwa.

"Makcik masak apa tu? dari luar dah bau." Adrianna. Kelihatan sebekas kangkung di

"cubalah teka, makcik masak apa." Kata Makcik Hwa.

"hmmm, sayur kangkung masak belacan?" Adrianna meneka.

"ye." Makcik Hwa menyambung mengacau lauknya.

"wuu, sedapnya." Adrianna menghidu.

"ish, sanalah!" Tiba tiba satu susuk tubuh yang sasa melanggar Adrianna yang berada di sebelah peti sejuk. Nasib baik dia tidak tersungkur ke lantai.

"Mikhael!" Makcik Hwa yang sedang menggaul rencah untuk sayur kangkungnya mencekak pinggang apabila Mikhael, anak terunanya sengaja melanggar Adrianna.

Mikhael hanya mendiamkan diri. Dia mengambil cawan dan membuka peti sejuk untuk mengambil sebotol air.

Adrianna yang tadinya mahu terjatuh membetulkan rambutnya yang kusut akibat perbuatan Mikhael tadi.

Apabila selesai minum, Mikhael terus menarik rambut Adrianna sehingga terdonggak ke atas.

"Mikhael!!!!" Adrianna menjerit apabila kulit kepalanya terasa sengal.

"ish Mikhael ni, kalau berjumpa kamu ada saja yang hendak di buatnya." Bebel Makcik Hwa.

Adrianna menggosok kepalanya yang sakit itu. Nak sahaja dia kejar si Mikhael itu, tetapi apakan daya segan pula dia dengan Makcik Hwa. takkanlah dia nak berlari seakan budak kecil dihadapan Makciknya itu.

"akak kamu, tak ikut ke?" tanya Makcik Hwa.

"Tadi dia masukkan beg kat dalam bilik, kejap lagi keluarlah." kata Adrianna yang menarik kerusi yang ada di dapur itu untuk melabuhkan punggungnya.

tiba masa yang ditunggu tunggu, makan malam bersama. Mikhael yang berada dihadapan Adrianna sengaja berdengki dengan dirinya. Ada sahaja yang mahu dilakukan lelaki itu. setiap lauk yang hendak diambil Adrianna mesti dia akan ambil dahulu. sekali-sekali Makcik Hwa menyiku anaknya itu.

Sudah lama Adrianna dan Kak Khatika tak merasa makan malam bersama macam ni. Rindu rasanya.

"sedap Rina? Ika?" tanya Makcik Hwa.

"Sedap Makcik, cam gini haa." Adrianna menunjukkan isyarat bagus.

"tambah lagi Ika, banyak lagi ni." Kata Pakcik Ridhuan.

"Mikhael, nak tak ni?" Adrianna menghulurkan sepinggan nugget yang digorang Makcik Hwa.

belum sempat Mikhael menjawab..

"kalau tak nak tak apa, Rina ada." terus dia meletakkan baki Nugget itu kedalam pinggannya.

Mikhael mengecilkan matanya, terasa geram kepada Adrianna ni. hendak saja dia tarik rambut perempuan tu. Lagi yang membuat dia geram, ayah dan ibunya hanya tergelak, Kalaulah dia yang buat begitu sudah tentu dimarahi.

"Ha, Adrianna pasal kerja, ni pakcik nak cakap. Adrianna boleh kerja dekat Syarikat Pakcik. esok juga Rina boleh mula." kata kata Pakcik Ridhuan menghentikan kunyahan Mikhael.

"kerja, dekat kilang ke?" Adrianna.

"tak, bukan dekat kilang, dekat office." Pakcik Ridhuan

"tapi, kalau bab bab office ni, Rina tak tahu."

"tak apa boleh belajar, lagi pun part time je kan." pakcik Ridhuan.

"boleh tu boleh, tapi kerja apa yang Rina kena buat?"

"jadi PA Mikhael."

kata kata Pakcik Ridhuan mengejutkan Adrianna dan Mikhael.

mereka berpandangan satu sama lain.

"Haa, PA Mikhael? tapi kenapa pa? selama ni ok je Mikhael buat kerja sorang sorang." Mikhael tidak berpuas hati.

"memanglah, tapi kamu tu bukan boleh percaya sangat." pakcik Ridhuan.

"mama sokong sangat." celah Makcik Hwa.

"Tapi.." Kak khatika menghentikan kata kata Adrianna. dia memijak kaki adiknya itu.

"pa, ma." Mikhael masih meraih simpati.

"tak ada keputusan papa tamat." Pakcik Ridhuan dan Makcik Hwa berpandangan dan mereka tersenyum.

Akhirnya, Mikhael dan Adrianna terpaksa akur.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience