#30

Romance Series 16322

Sesampai sahaja dirumah, Amalina diberi segelas air.

Mukanya penuh dengan kesan lebam.

"Amalina, saya nak tanya awak sikit." Adrianna

Amalina tidak berkata, dia hanya memandang wajah Adrianna.

"Farhan ke buat awak macam ni?" Adrianna.

"Farhan?" Kak Khatika tersentak apabila mendengar nama lelaki itu.

Amalina juga tidak menjawabnya dia hanya menangis.

Adrianna sudah mengagaknya.

"Esok kita buat report." Adrianna

"Adrianna." Amalina akhirnya bersuara.

"Tak apa awak jangan risau, esok kita buat report. Kita pastikan dia tak terlepas kali ni." Adrianna

"Bukan, saya cuma nak minta maaf. Selama ni saya yang sorokkan Farhan." Amalina

Adrianna terkejut. Begitu juga Khatika. Asrad dan Nissa hanya melihat. Mereka tidak faham apa yang berlaku.

"Selama ni saya yang sorokkan dia. Saya yg tanggung dia. Saya sayangkan dia. Dia dah janji nak khawin dengan saya." Amalina

Adrianna memandang ke arah lain.

"Saya betul minta maaf, saya buat semua ni pon sebab saya fikirkan masa depan saya. Masa depan anak saya." Amalina. Air matanya mengalir.

"Anak?" Adrianna

"Saya mengandung, saya mengandung anak Farhan." Amalina terus menangis.

"Tapi saya menyesal sangat sangat, saya banyak buat saya dekat Adrianna dengan Mikhael. Sekarang ni Allah dah bagi karma dekat saya." Amalina

"Setiap hari saya dibelasah dia. Setiap hari perut saya ditendang. Ingatkan bila saya ugut dia untuk berita tahu polis, dia berhenti pukul saya. Tapi makin teruk. Saya dah macam tanggung biawak hidup! Dia tak kerja, yang dia tahu hanya duit." Kata Amalina lagi sambil menangis.

"Macam mana dengan kandungan tu?" Adrianna

"Sejak seminggu lalu, Farhan dah tak bagi saya keluar. Dia takut saya buat laporan polis. Jadi saya tak tahu sama ada.... Sama ada bayi ni ok atau tak." Amalina menangis tersedu sedu.

"Adrianna baik kita bawak dia pergi klinik sekarang." Tiba tiba Asrad menyeloroh.

Adrianna mengangguk.

"Amalina jom, kita pergi check dulu." Adrianna.

***

"Oi, bodohlah kau ni. Tak boleh harap! Bende senang pon kau tak boleh buat. Kau tahu tak sekarang ni dah jadi kes polis." Bella.

Dua lelaki dihadapannya hanya menunduk.

"Tapi boss, kami dah buat kerja kami. Boss suruh kami langgar dia, kami langgarlah." Salah satunya menjawab.

"Aku tak suruh kau bunuh. Aku suruh kau langgar dan ambik result tu. Sekarang ni, result tak ada, kes polis ade!!" Bella.

"Bodoh!" Bella.

Muka kedua dua lelaki itu kelihatan tegang.

Bella mencapai telefonnya, dan mendail nombor Dato Sham.

"Hello Bella, kenapa call malam malam ni?" Dati Sham.

"You kena tolong I, kalau tak semua gambar kita berdua I bagi dekat Datin. I nak you datang sini sekarang juga. Nanti I bagi locationnya" Bella terus mematikan panggilan.

"Semua tak boleh harap!" Bella menghempaskan badannya disebuah kerusi di dalam motelnya itu.

Dia melihat kearah perutnya.

"Kau punca masalah semua ni, kau tahu tak?!" Bella menumbuk perutnya.

"Belum lahir dah menyusahkan aku!" Bella mendengus.

"Korang berdua keluar. Menyemak je!" Bella.

Tanpa berkata apa apa, lelaki lelaki tersebut meninggalkan Bella dengan perasaan marah.

Bella bangun dari kerusi dan terus menghempaskan badannya ke katil bersebelahan kerusi tadi.

Dia melihat telefon bimbitnya yang telah dimatikan. Dia terpaksa membeli telefon yang baru untuk memastikan jejaknya tidak dapat dikesan.

Setelah menghantar alamatnya kepada Dato Sham. Bella terus melelapkan matanya, badannya terasa penat meskipun tiada kerja berat yang dia lakukan.

30 minit kemudian.

Tok tok tok.

Pintu bilik Bella diketuk.

"Bella." Kedengaran suara Dato Sham.

Bella terus bangun dan membuka pintunya.

"Ingatkan taknak datang." Bella.

Dato Sham terus masuk dan menutup pintu.

"You nak apa lagi." Dato Sham.

I nak you buat apa sahaja, asalkan masalah ni selesai. Kalau tak, you tahukan." Bella

"Sebelum ni, I dah ajak you khawin. You kata you taknak, sebab si siapa tu? Mikhael?" Dato Sham

"Tapi lepastu I setujukan." Bella

"Yes, tapi you suruh I ceraikan Marina." Dato Sham

"Susah ke nak ceraikan dia?" Bella

"Senang you cakap, nasi dah jadi bubur barulah nak gelabah." Dato Sham

"You sanggup hidup papa kedana dengan I lepas I ceraikan Marina?" Dato Sham bertanya.

Bella tersenyap. Sememangnya tidaklah.

"I tanya ni?" Dato Sham.

"Takkan! Sebab apa? Sebab you hanya fikir diri you je. Tak pernah fikir orang lain!" Dato Sham hilang sabar

"Hey, you jangan nak tengking I ye!" Bella

"Dahlah I malas nak layan perempuam macam you ni." Dato Sham terus berpaling.

"And, I nak you tahu. I pon boleh buat apa apa dekat you kalau I nak. Sekelip mata je, jadi be carefull." Dato Sham.

"You ingat I takut, you jangan cabar I!" Bella

"I dah warning you." Dato Sham terus membuka pintu.

Bella dari belakang menarik baju Dato Sham dan terus menamparnya.

"You tengok ni!" Bella menunjukkan telefon bimbitnya.

Kelihat gambar mereka berdua dalam keadaan yang amat memalukan.

"You tengok ni, dengan sekali tekan je. Gambar ni terus dihantar dekat perempuan tua tu" Bella

"You I kata jangan!" Dato Sham

Belum sempat Bella menekat butang hantar, satu tamparan hinggap dimukanya.

Terbaring Bella dibuatnya. Dato Sham terus keluar dan..

"Aku dah kau hapus kan dia." Dato Sham.

Dua lelaki yang bersama Bella tadi masuk kembali ke bilik Bella untuk menguruskan Kerja yang diberi Dato Sham.

"Apahal kau masuk?!" Bella

"Ape ni?!! Lepas lah bodoh!!" Bella menjerit.

"Arghhh!!!!!!!!"

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience