#4

Romance Series 16322

"What are you doing?!" Bella merentap tangan Adrianna supaya tidak terus dipegang oleh Mikhael.

"Bella, apa yang you buat dekat sini?" Mikhael. Baru pagi tadi dia memarahi perempuan itu. Tengah hari datang balik.

"tak serik." Adrianna tersenyum sinis.

"what? apa yang kau cakap perempuan!" Bella.

"kenapa, kau bukan perempuan ke? by the way, aku ada nama." Adrianna melawan.

"Kau layak ke ada nama?" Bella.

belum sempat Adrianna memarahi Bella, Mikhael sudah bersuara.

"hei, Bella! You jangan kurang ajar ye. Kalau tak ada perkara yang penting, you balik!" Mikhael yang sudah tidak tahan menghalau Bella.

"Fine!" Bella terus keluar dari bilik Mikhael dengan muka yang masam.

"Woi, macam manalah kau boleh kenal perempuan tu? eh, geram betul aku." Adrianna.

"Dia tu anak kawan papa, satu umur dengan aku. Dari sekolah dia tergila gilakan aku." Kata Mikhael.

"tergila gila? bhaahahaha" Adrianna ketawa terbahak bahak.

"kenapa? kau nampak sendirikan tadi." Mikhael

"memanglah, tapi tolong jangan guna ayat tergila gila tu. tak boleh bla lah." Adrianna masih ketawa.

"eh kau, kalau melayan kau naik darah aku." Mikhael terus pergi keluar.

***

kejam celik, kejam celik. sudah seminggu Adrianna bekerja disitu.

"Adrianna macam mana kerja?" tanya Makcik Hwa yang sedang memukul telur.

"ok je. ramailah kawan baru yang Rina dapat." kata Adrianna dengan air yang berlinang kerana bawang yang dia potong.

"Makcik, Rina rasa hari ni Rina nak baliklah. Dah seminggu Rina tak balik. Risau pula dekat ayah dengan Ika."

"yelah, nanti Makcik suruh Mikhael tolong hantarkan." Makcik Hwa.

"eh, tak payahlah. Biar Rina balik naik teksi je." Kata Adrianna. sebenarnya dia malas nak berentam dengan Mikhael nanti dalam kereta.

"tak apa. Mikhael tu kalau cuti bukan buat benda pun, duduk terperap je dalam bilik." Makcik Hwa.

Adrianna terpaksa akur dengan kata kata Makcik Hwa.

"Makcik nak masak apa ni?" Adrianna membelek sayur yang ada di atas meja.

"nak masak lemak pucuk ubi."

"sedapnya. dah lama Rina tak makan lemak pucuk ubi."

"kalau macam tu, Nanti tapaulah bawak balik. kasi dekat kakak sekali" Kata Makcik Hwa.

Rina tersenyum.

"kau ni, tak boleh balik sendiri ke. menyusahkan betullah." Bebel Mikhael.

"aku pun tak inginlah kau hantarkan aku balik. tapi Makcik yang suruh." Balas Adrianna.

"kalau kau taknak hantar aku, berhentikan aku dekat depan bas stop. nanti aku suruh Farhan ambik." Adrianna menjeling Mikhael.

"Farhan? baik tak payah. gatal kau ek!?" Mikhael

Adrianna mencebik. Sepanjang perjalanan mereka tidak berbunyi, malas untuk bertekak.

"weh, Mikhael. Aku nak tanya ni." Adrianna memulakan perbualan mereka.

"apa?!" Kasar Mikhaek menjawab.

"tak payahlah marah."

"apa, nak tanya apa?"

"kenapa Bella tu terhegeh hegehkan kau? kau tu bukannya handsome pun." Adrianna.

"Tahlah, aku pun naik rimas. kadang kadang aku rasa macam nak tumbuk je muka perempuan tu. gedik melebih." Mikhael.

"Yelah tu, padahal sukakan. lelaki sama je, gatal."

"eh, kau baik sikit ek. berbanding dengan aku, kau lagi gatal. nak suruh Farhan ambik konon, puih." Mikhael.

Adrianna mencebik.

***

"Assalamualaikum, kak. ohh akak, where are you?!" Adrianna mencari kakaknya sebaik sahaja sampai.

"Waalaikumsalam. Eh, Adrianna bila sampai?" Khatika

"baru je, ayah mana?"

"ayah? biasalah, tak tahu hilang kemana. Kadang kadang balik, kadang kadang tak." Sayu muka Khatika.

"Kak, ni Makcik ada bagi sayur lemak pucuk ubi." Adrianna memberikan kakaknya mangkuk yang berisi lauk lemak pucuk ubi.

"heemm, sedapnya. letaklah kat dapur dulu. Rina datang sorang je ke?"

"tak, dengan Mikhael."

"Mikhael?"

"haah, dia ada dekat luar tu."

Khatika pergi keluar untuk menjenguk Mikhael.

"Mikhael, kenapa tak masuk dalam?" Khatika mengejutkan Mikhael yang sedang termenung.

"eh, kak. terkejut saya. tak apalah."

"masuklah, jangan malu malu." kata Khatika

Akhirnya Mikhael menyusuri langkah Khatika.

"Rina, ingat tak orang yang selalu parking kereta betul betul depan rumah kita?" Kata Khatika

"ingat, kenapa kak?"

"Hari tu, akakkan balik. diorang tengah mengendap ngendap rumah kita." Cerita Khatika menarik minat Adrianna yang sedang menonton televisyen, begitu juga dengan Mikhael.

"akak, tak buat report. bahaya kak." kata Mikhael.

"akak nak buat, tapi ayah kata tak payah. Ayah kata tu kawan dia, mungkin masa tu dia cari ayah." Kata khatika.

"Kawan?" Adrianna terasa tidak sedap hati.

"ha, ni kau nak balik bila?" Khatika.

"malam sikit kak." Mikhael terus memandang Adrianna.

"Apa?" Kata kata Adrianna perlahan tetapi mampu didengari Mikhael.

Mikhael membuat muka masam. sepanjang hari itu, Adrianna menolong kakaknya mengemas rumah. Sebenarnya dia rasa tidak sedap hati hendak meninggalkan kakaknya itu berseorangan.

"ok lah kak. Rina pergi dulu ye. nanti kalau ada apa apa call je Rina." Adrianna bersalaman bersama Khatika.

"yelah Rina, awak tu kerja betul betul. dengar cakap Mikhael tu."

"Dengar tu, dengar cakap aku." Mikhael menyampuk.

"dahlah kak, bye." kali ini Adrianna mencium pipi kakaknya yang gebu.

"hati hati bawak kereta Mikhael!" Khatika.

***

"morning Adrianna." Pagi pagi lagi Farhan sudah menegur Adrianna.

"eh, Farhan. Morning." sebaik sahaja Adrianna datang, dia sudah ditegur oleh jejaka kacak itu.

Senyuman Adrianna mencairkan Farhan. Dia tersengih seperti kerang busuk, walaupum Adrianna sudah meninggalkannya. Amalina hanya melihat dari jauh, terasa menyampah dia melihat Farhan itu.

"Farhan." Amalina menegur Farhan

"eh, Amalina. kenapa?" Senyuman tadi hilang malah mukanya berubah serius.

"janganlah serius sangat. Farhan, balik ni awak ada apa apa plan tak?"

"entahlah, kenapa?" Barulah terterbit senyuman di wajah Farhan.

"ingat nak ajak awak pergi keluar. kopi kopi. hihihi." Amalina

"tak apalah kot, lagi pun lepas balik kerja, saya penatlah. oklah Amalina saya ada kerja lagi tu." Farhan terus meninggalkan Amalina berseorangan.

Muka senyum Amalina terus bertukar menjadi masam.

"Kalau Adrianna, semua boleh. tak apa, tak apa." Amalina.

"Haih, pagi pagi dah jumpa buah hati." sindir Mikhael.

"siapa? Farhan? itu kawan jelah. Kau tu kejap lagi, buah hati kau pun sampailah." Adrianna

Mikhael mencebik.

"Adrianna sini jap." Mikhael.

"apa?"

"cantik tak? ni aku nak bentangkan masa mesyuarat esok." Mikhael menunjukkan corak batik kepada Adrianna untuk dia menilai.

"cantik. siapa yang buat ni?"

"akulah, jap aku nak snap." Mikhaek terus mengeluarkan telefon bimbitnya.

"pandai jugak kau." Adrianna terus membelek belek corak Batik itu. corak itu hanyalah lakaran pensel yang dilukis Mikhael.

"sanalah, aku nak snap." Mikhael terus menolak kebelakang Adrianna.

"ish!" Adrianna marah apabila diperlakukan begitu. dia terus mencubit Mikhael dan terus duduk di mejanya.

"Mikhael." Nama Mikhael dipanggil manja oleh Bella yang baru sahaja datang.

Adrianna menjeling Bella yang gedik. Jelingan Adrianna dibalas oleh jelingan Bella.

"you, lunch ni jom keluar." Adrianna memaut lengan Mikhael.

"I banyak kerjalah, you ni tak ada kerja ke?" Mikhael melepaskan tangannya.

"You, Kalau I datang, you tak pernah pun nak layan I baik baikkan." Bella terus menuju ke meja Mikhael dan duduk.

"you, jangan sentuh apa apa. tu semua penting."Kata Mikhael..

"you boleh tak pergi, I busylah." sambung Mikhael .

"I tak akan pergi kalau you tak nak keluar dengan I." Kata Bella tanpa berganjak dari situ.

"ok, ok. I ikut you. Tapi now, You balik dulu. I busy sangat ni." Mikhael terpaksa menuruti kehendak Bella.

"Ok, baby. Nanti ambik I dekat rumah tau." Bella bangun dan terus membelai muka Mikhael tetapi ditepis oleh Mikhael.

"dahlah ajak orang keluar, lepas tu, boleh pula suruh orang ambik. Ei, tak tahu malu." Adrianna mencelah. meluat dia tengok Si Bella.

"Hei, you!" Bella.

"Bella, go now."Mikhael menunjukkan ke arah pintu.

"ok, jangan lupa tau." Bella pergi tanpa melihat Adrianna. Hatinya terasa sakit. tetapi malas dia melayan Adrianna itu.

"kau ikutkan je ek." Adrianna mengemas meja Mikhael yang bersepah.

"Kalau aku tak ikutkan dia tu, ada karang dia duduk sini sampai lunch." Mikhael menolong Adrianna.

Sampai sahaja Waktu rehat, Mikhael sudah keluar untuk mengambil Bella.

"hem, kata tak suka. tapi ikut je kehendak perempuan tu." Bebel Adrianna apabila dia ditinggalkan berseorangan di bilik itu.

"Adrianna." Tiba tiba suara Farhan memecah kesunyian bilik itu.

"eh, Farhan. awak ni sukalah terkejutkan saya."Adrianna.

"hehehe, awak tak lunch ke?" Farhan hanya duduk dimuka pintu itu sahaja.

"nak pergilah ni, tapi nak kemas sikit." Kata Adrianna sambil menyusun Fail fail dimejanya.

"ok, saing jom." Kata Farhan

"boleh je."

"hai, Farhan. awak nak lunch ke, jomlah sama sama. Adrianna sekali." Amalina menegur.

"eh, Amalina. Jomlah sekali." Adrianna

"aduh, kacaulah Amalina ni." Farhan berkata di dalam hatinya

"jomlah, Farhan." Adrianna.

"Ha, jom jom." Farhan

sepanjang di kantin, Farhan asyik melihat Adrianna sahaja. Amalina terasa amat sakit hati, apabila dia tidak dilayan oleh Farhan. pandang ke arah dia pun tidak .

"Adrianna, awak dah ada boyfriend tak?" soalan cepu emas dari Amalina.

"ha?!" hampir tersedak Adrianna dibuatnya.

"Awak ada boyfriend?" tanya Amalina lagi.

"Hahaha, soalan apa ni?" Adrianna tergelak.

Farhan pula hanya menunggu jawapan Adrianna, mungkin ini kesempatannya.

"hahaha, lupakan jelah soalan itu." Amalina tidak mahu meneruskan soalan itu apabila Farhan terlihat berminat pula dengan soalam itu.

Adrianna dan Amalina ketawa bersama.

***

"macam mana dating?" Adrianna yang sedang duduk dimejanya menegur Mikhael yang baru sahaja yang sampai.

"dating? otak kau. Aku cuma bawa dia makan dekat kedai mamak depan tu je." Mikhael

"ha? kedai mamak. apa class ah mamat ni, bawak awek makan kedai mamak." Adrianna

"kalau dia tu, memang tu tempatnya. malas aku nak layan dia. Baik aku selesaikan kerja aku." Mikhael terus pergi ke mejanya.

Adrianna hanya ketawa melihat Mikhael.

"Rina, mana fail tu?" Mikhael membelek semua fail yang ada di atas mejanya.

"fail ape?" Adrianna pelik.

"fail yang ada corak batik tu." Mikhael.

"dekat atas meja kaulah tadi."

"tak ada masalahnya ni, aduh. dahlah esok aku nak bentangkan." Mikhael terduduk.

"sini aku carikan, kau tu cari bukan betul pun." Adrianna menyambung kerja Mikhael untuk mencari fail corak batik.

"ada tak?" Mikhael.

"tak adalah." Adrianna.

"aduh, masalah!" Mikhael terasa serabut.

"abis tu macam mana? ha! kau kan ada snap gambar corak tukan, copylah balik."

"weh, aku nak lakar tu ambil masa seminggu tau."

"kau ambik masa seminggu tu sebab campur masa kau berfikir sekali." Adrianna.

"buat je dulu, aku tunggu kau." Sambung Adrianna lagi.

"tak susahkan kau ke?" Mikhael.

"tak apa." Adrianna.

Tanpa berlengah lagi, Mikhael mengambil kertas A4 kosong dan mula membuka telefon bimbitnya.

Dia mula melakar dengan penuh bersungguh sungguh. Adrianna bersimpati dengan Mikhael.

setelah sekian lama.

"Mikhael semua dah baliklah, jam pun dah pukul 6:30. lambat lagi ke." Adrianna

"ha! 6:30? Allah, banyak lagi ni. kau boleh tunggu aku tak. nanti aku call papa cakap kita balik lambat." Mikhael menggunakan telefon pejabat.

Manakala Adrianna keluar untuk pergi ke bilik air, sebaik sahaja keluar.

"Ha! Ya Allah, Amalina. terkejut saya." Adrianna mengosok dadanya. terkejut dia apabila Amalina masih lagi di pejabat.

"awak tak balik lagi?" Amalina

"tak, saya tunggu Encik Mikhael. kenapa awak tak balik lagi?" Adrianna.

"oh, saya tertinggal Telefon" Amalina.

"oklah saya balik dulu ye." sambung Amalina.

"oklah." mereka bersalaman.

"mungkin ini kesempatan aku untuk menang hati Farhan." Kata Amalina sebaik sahaja Adrianna menjauhinya.

Sebaik berada di dalam kereta...

"hello, ni jabatan agama islam ke?"

"Mikhael nak aku buat apa apa tak?" Adrianna.

"boleh juga, kau tolong printkan dokumen yang ada dekat laptop aku ni." Mikhael mengeluarkan laptopnya.

"printnya ada dekat sebelah aku ni." Mikhael menunjukkan tempatnya.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience