#11

Romance Series 16322

"Adrianna, macam mana Ika?" Kata Makcik Hwa sebaik sahaja Mikhael dan Adrianna tiba dirumah.

"ok je, tu dia tengah berehat. ikutkan hati nak je Adrianna temankan dia, tapi dia yang tak bagi." Adrianna terus duduk disebelah Makciknya itu.

"alhamdullilah lah. Maaflah Rina tadi Makcik tak dapat datang jenguk Ika." Makcik Hwa memegang tangan Adrianna.

"tak apalah Makcik, Ika faham tu." Adrianna

"cubalah biasakan diri panggil mama." Mikhael menyampuk.

"ish kau ni." Adrianna

"yelah Rina, dari sekaranglah nak biasakan diri." Makcik Hwa.

Adrianna tersengih. malu dia dibuatnya.

"Pakcik mana?" Adrianna.

"papa." Mikhael

"papa mana?" Rasa begitu janggal dibuatnya. dia terus menjeling Mikhael

"papa kamu tu ada dalam bilik, dia pun baru je balik." kata Makcik Hwa. ketawa dia melihat gelagat Adrianna.

"Adrianna, result kamu pun dah nak keluarkan." Makcik Hwa.

"haah, dua minggu lagi." Adrianna

"ini cadangan mamalah, kamu berhentilah dulu kerja. tumpukan fokus pada Ika dan result yang bakal datang tu." Makcik Hwa.

"tapi.." belum sempat Adrianna menghabiskan ayatnya.

"yelah, kau berhenti je dulu.Ika pun perlukan kau sekarang." Mikhael

Adrianna terdiam.

hampir satu malam dia memikirkan cadangan yang diberi Makcik Hwa. Adakah dia mahu mengikut atau tidak. lagi pun Mikhael pun dah setuju.

tiba tiba fikiran Adrianna terus tertumpu pada Ayahnya. semenjak Khatika masuk hospital, sudah dua minggu Khatika dimasukkan ke Hospital. baru 2 kali dia melihat ayahnya datang menjenguk.

terasa geram pula hatinya itu, bilalah ayahnya itu mahu berubah.

tok tok tok

pintu bilik Adrianna diketuk. dia melihat jam telefon bimbitnya, sudah menunjukkan jam 11 malam

"siapa pula malam malam ni?" Adrianna mendengus.

Tanpa ragu ragu dia terus membuka pintu biliknya itu.

"Kau nak apa malam malam ni?"Adrianna.

Rupa rupanya Mikhael.

"aku laparlah, tolong masakkan." Mikhael

"ish, masaklah sendiri." Adrianna terus berpusing masuk kebilik tidurnya.

serta merta Mikhael memegang tangannya.

"tolonglah, aku lapar ni." Mikhael membuat muka simpati

Adrianna terus melihat tangannya, jantungnya mula berdegup kencang. melihat Adrianna melihat tangannya, Mikhael turut melihat. baru dia perasan yang dia memeganh tangan gadis itu.

"so.. sorry." Mikhael

"dah dah, cepat. kata lapar tadi." Adrianna terus menukar topik.

"kau nak makan apa? shhh, tak apa aku ada idea." Adrianna

Mikhael menggelengkan kepalanya.
Adrianna mengambil masa 10 minit untuk menyediakan makanan untuk Mikhael.

"lama lama kau masak, nasi goreng je?" Mikhael

"bersyukur, lagi satu, cuba dulu baru tahu." Adrianna

Mikhael menyuapkan sesudu nasi ke mulutnya.

"sedap." Mikhael memuji.

"tengok kakilah." Adrianna bangga diri.

"kau masak guna tangan ke kaki ni?" Mikhael

"guna siku." Adrianna

"tanganlah." Sambungnya lagi.

"kau nak pergi mana?" tegur Mikhael apabila Adrianna meninggalkan dirinya.

"masuk biliklah. kenapa?" Adrianna

"temanlah aku makan." Mikhael

"alah, tak ada hantunya. kalau ada pun, dia sendiri takut tengok kau." Adrianna

"aduh kau ni, teman jelah."Mikhael

"yelah!" Adrianna

lama juga Adrianna menunggu Mikhael, kira ada berapa butir nasi agaknya. tersenguk senguk Adrianna menahan ngantuk. Akhirnya Adrianna tewas, tertidur juga dia di hadapan Mikhael

Mikhael tersenyum. setelah habis, dia terus mengejut wanita itu.

" Adrianna. Adrianna, bangun." Mikhael mengoyangkan bahu Adrianna, kepala Adrianna berada di atas meja

tetapi Adrianna tidur mati, langsung tidak tercelik matanya

"aduh kau ni, bangunlah. aku pun dah ngantuk ni." Mikhael sedikit meninggikan suaranya tetapi masih dikawal. dia tidak mahu mengejutkan Ibu dan bapanya.

Adrianna tetap tidak membuka matanya.

"Adrianna, wake up, hei." Mikhael menolak bahu Adrianna.

tanpanya sedari tolakannya membuatkan Adrianna terjatuh.

"aduh!" Adrianna terjaga.

"eh, sorry sorry." Mikhael terus memaut badan Adrianna

sekarang Adrianna berada di dalam pelukan Mikhael, tergamam Adrianna.

"boleh bangun tak?" Mikhael melihat wajah manis Adrianna

matanya menjadi besar, muka dia bertukar merah.

"aku ok, dahlah. aku naik dulu." Adrianna terus meninggalkan Mikhael

***
malam yang sunyi, kelihatan Farhan dan Amalina sedang berdua duaan di dalam sebuah kedai makan.

"thanks awak." Amalina

"for?" Farhan

"for this night." Amalina tersenyum.

"awak, bila awak nak jumpa my family?" Tiba tiba sahaja Amalina menanyakan soalan cepu emas kepada Farhan

"kan kita baru je kenal, biarlah lama sikit." Farhan

"bukan apa, sekurang kurang kita ikatlah dulu tali pertunangan " Amalina

"nantilah saya fikir dulu." Farhan

"awak jangan spoilkan mood saya boleh tak?" sambung Farhan lagi.

"yelah." Amalina

"awak, saya nak pergi tandas sekejap." Amalina

Beg tangannya di biarkan disitu. Farhan mengambil kesempatan ini untuk menjalankan rancangannya.

telefon bimbit Amalina diambil lalu dimatikan. dia terus meletakkan telefon itu di dalam seluarnya

tidak lama kemudian, Amalina kembali. makanan yang dipesan juga sudah mendekati mereka.

~

sebaik berada di dalam kereta, Amalina menyelongkar beg tangan miliknya.

"awak, phone saya tak adalah. dekat mana ni?" Amalina mengelabah.

"lak, dekat mana awak letak?" Farhan pura pura tidak tahu

"ni awak guna phone saya, cuba call." Farhan memberi telefon bimbit miliknya.

Amalina mengambilnya dan mendail nombor telefon dirinya.

"offlah awak. aduh macam mana ni?" Amalina

"tak apa, awak guna dulu phone saya." Farhan

"habis awak?" Amalina

"saya ada 2, awak ambil lah satu, sementara phone awak hilang ni." Farhan

"yang ni?" Amalina mengoyang goyangkan telefon bimbit Farhan

"bukan, phone tu ada dekat rumah. nanti kita singgah sekejap rumah saya." Farhan

Amalina tersenyum.

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience