#24

Romance Series 16322

Bab 24

"Hari ni tak ada alasan, jom ikut sekarang. Kita buat ujian DNA tu hari ni juga." Mikhael

Pagi pagi lagi, Mikhael dan keluarganya datang. Kerana sudah banyak temu janji yang dibuat telah dibatalkan. Atas sebab yg diberikan Bella.

"Bella peninglah." Tiba tiba Bella memicit kepalanya.

"Alasan!" Mikhael tidak dapat menahan marahnya lagi.

"Hei, you Mikhael! You tengking anak I!" Uncle Amin

"Anak uncle ni dah lebih, macam ada sorokkan sesuatu je. Sebab tu banyak alasan yang dia bagi!" Mikhael. Pakcik Ridhuan menenangkan Mikhael.

"Hei, jaga mulut you ye. Dahlah buntingkan anak orang!" Kali ini aunty Zila pula berbunyi.

"Hei, selagi kita tak buat ujian tu, you jangan nak tuduh anak I yang buntingkan anak you." Makcik Hwa membalas. Sudah lama dia pendam. Asyik asyik wanita didepannya itu menyalahkan anaknya. Padahal, tak akan berbunyinya jika bertepuk sebelah tangan.

"Bukti apa lagi, gambar tu dah cukupkan?" Bella

"Gambar tu bukan satu bukti yang kukuh! Sekarang ni zaman IT Bella!" Mikhael

"Korang dengan ye, selagi Bella ni taknak buat ujian DNA tu. Mikhael tak akan khawin dengan Bella. Dan korang tanggunglah sendiri malu." Mikhael.

Uncle Amin memandang wajah Mikhael. Lalu memandang semula ke wajah isteri dan anaknya.

"Ok, sekarang kita pergi buat." Uncle Amin

"Pergi siap, cepat." Uncle Amin mengarahkan anak dan isterinya

"No, Bella sakit nikan." Aunty Zila

"Maruah kita juga penting!" Uncle Amin

"Bella cepat siap l!" Uncle Amin

Terangkat sedikit bahu Bella apabila ayahnya meninggikan suara.

Tetapi Bella masih berdiri disitu, tidak mahu berganjak.

"Bella!" Uncle Amin

"Abang, sudahlah! Kenapa you nak ikut cakap perosak anak orang tu?!" Aunty Zila

"Hey, jaga sikit mulut you ye!" Makcik Hwa

"Bella, jangan sampai papa paksa."uncle Amin.

"Bella taknak pergi, Bella rasa tak sedap badan." Bella

Semakin lama firasat Mikhael makin kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan Bella.

"Not today." Uncle Amin mendekati puterinya itu.

Tangan Bella dipegangnya dan direntap.

"Auch! Pa sakit lah!" Bella cuba melepaskan tangannya. Auntu Zila cuba membantu Bella.

Tetapi tenaga Uncle Amin lagi kuat dari mereka. Mikhael hanya tersenyum melihat adegan itu.

"Ma, jom masuk kereta. Pa." Mikhael meninggalkan anak beranak itu. Langkah Mikhael diikuti oleh ayah dan ibunya.

Akhirnya Uncle Amin berjaya memaksa Bella memasuki keretanya. Jangan cakaplah aunty Zila membuat banyak perkara untuk menghalang.

"Zila! Awak masuk sekarang!" Uncle Amin.

"Selagi you taknak dengar cakap I, I takkan dengar cakap you!" Aunty Zila.

Uncle Amin malas melayan isterinya itu. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan isterinya.

"Abang!!" Aunty Zila sempat mengejar kereta suaminya sehingga di pintu pagar mereka.

"Papa! Mama tu!" Bella

"Papa dah ajak dia yang taknak." Uncle Amin

"Bella taknaklah papa, tak kesian ke dekat Bella. Badan Bella ni betul rasa tak sedap sangat." Bella merayu.

"Papa, dah taknak dengar apa apa alasan. Papa taknak tanggung malu." Uncle Amin

"Papa lebih pentingkan malu papa dari anak sendiri?" Bella

"Maruah diri pon penting, Bella." Uncle Amin

Bella terdiam, perasaan takutnya bertambah kuat. Memang tak lama lagi akan terbongkar segala rahsia dia.

***

"Hai, sorang je ke?" Tiba tiba sahaja Adrianna ditegur Asrad.

Adrianna menoleh, terpegun dia dibuatnya. Dia hanya membalas persoalan itu dengan senyum. Sebenarnya dia baru sahaja habis kuliah, dan dia mengambil keputusan untuk duduk di cafe sementara menunggu Anisa.

"Saya duduk sini, boleh?" Tanya Asrad lagi.

"Boleh boleh." Adrianna terus mengambil bukunya yang berada dihadapannya untuk diletakkan di sebelah kanan meja.

"Tunggu Nisa ke?" Asrad memulakan perbicaraan.

"Taklah, tadi baru je abis class lepastu terus duduk sini." Jawab Adrianna

Asrad mengangguk.

Banyak mata mata yang melihat mereka berdua. Ada yang berbisik bisik.

"Apa aku nak panggil dia ek?" Kata Adrianna di dalam hatinya. Serba salah, mahu panggil abang Asrad atau Asrad sahaja. Kalau abang macam geli pula.

Asrad asyik memandang ke arah Adrianna membuatkan Adrianna menjadi tak selesa.

"Adrianna." Asrad

"Macam mana tahu nama saya?" Terkejut Adrianna apabila namanya dipanggil Asrad.

"Tak payah terkejut sangat, Nisa selalu cerita pasal Adrianna." Asrad

"Oh." Adrianna

"Adrianna boleh tak kita tukar number?" Asrad

"Tukar number?" Adrianna

"Ye, boleh tak. Nanti boleh kita kenal lagi." Kata Asrad sambil menghulurkan telefon bimbitnya

"Boleh boleh." Adrianna mengambil telefon yang di berikan Asrad.

"Ok, thanks. Saya pergi dulu ye, nanti saya mesej." Asrad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience