#23

Romance Series 16322

"Mikhael dah ikut semua kehendak diorang. Apa lagi yang tak boleh?" Mikhael.

Makcik Hwa dan Pakcik Ridhuan sudah lama menunggu anak terunanya itu pulanh dari kilang. Mereka ingin membincangkan pasal Bella yang masih mencari alasan untuk tidak mahu melakukan ujian DNA itu.

"Mama pun tak tahu Mikhael. Aunty Zila tu pon satu." Makcik Hwa

"Ni dah masuk 3 appoinment kita cancelkan." Pakcik Ridhuan

"Nanti papa call diorang cakap, kalau Bella taknak juga buat ujian DNA Mikhael takkan khawin dengan Bella dan tak akan bertanggungjawab." Mikhael

Kedua ibu bapanya terdiam dan saling memandang.

"Ma, Mikhael nak tanya ni." Mikhael. Selepas beberapa saat dia diam untuk menenangkan diri, baru dia bersuara.

"Ye." Makcik Hwa.

"Ma, ada dengar khabar Adrianna? Bila dia nak balik sini?" Mikhael

"Ada, dia ok je. Semalam baru je dia call mama. Kalau pasal balik sini, dia tak ada cakap pula." Makcik Hwa menjawab pertanyaan anaknya itu

"Mikhael. Sekarang ni kamu focus dekat diri kamu dulu. Lepas settle baru boleh fikir pasal orang lain." Pakcik Ridhuan

"Mikhael sayang dekat dia, pa. Kenapa Mikhael ni bodoh sangat ah?" Mikhael

"Kalau kamu sayang dia, lepas settle ni kamu pujuklah dia. Berdoa agar tuhan lembutkan hati dia." Pakcik Ridhuan

"Boleh ke dia terima Mikhael?" Mikhael

"Maksud Mikhael?" Makcik Hwa

"Terima sebagai peneman hidup Mikhael." Mikhael

"Lepas apa yang kamu buat dekat dia?" Pakcik Ridhuan

"Sumpah pa, Mikhael tak ingat apa apa malam tu. Mikhael tak ingat pun yang Mikhael dengan Bella...." Mikhael

Pakcik Ridhuan terdiam.

***

"Adrianna." Nissa. Ceria nampak Nissa hari ini.

"Eh, kau tak ada class ke?" Adrianna

"Baru je habis. Kebas siot bontot, 3 jam tu." Nissa

"Nissa, kau pernah bercinta tak?" Adrianna

"Kenapa?" Nissa mengerutkan keningnya.

"Tak ada apa apa, pernah tak?" Adrianna

"Gila pernah!" Nissa. Sejurus itu dia ketawa.

"Serius kau!" Adrianna

"Last pun aku rasa masa sekolah rendah." Nissa

"Kau biar betul, tipulah. Kau kan cantik, takkan tak ada yang nak kot." Adrianna

"Cantik ke? Kembang bontot aku." Nissa

"Ye serius aku tak pernah." Nissa

"Aku tak percayalah. Kau cantik kot." Adrianna

"Kau nak tahu, aku masa sekolah menengah gemuk." Nissa

"Ha?" Adrianna seolah tidak percaya. Kerana di sebelahnya sekarang ini merupakan seorang wanita yang kurus, cantik dan elok penampilannya

"Ni gambar aku masa form 4." Nissa membuka telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar.

"Seriuslah kau? Weh, jauh beza. Tapi cantik juga." Adrianna

"Tapi masa ni muka kau ada iras abang kau. Tapi sikitlah, sikit." Adrianna

"Sekarang?" Nissa

"Kurang, kena pandang lama lama baru nampak sama." Adrianna.

"Kau tahu tak, masa ni aku ada minat seorang lelaki. Satu umur dengan aku" Nissa

"Habis tu?" Adrianna

"Sampai sekarang aku tak dapat lagi. Tapi yang bestnya, dia pun belum berpunya lagi." Nissa

"Ada can lah ni ye." Adrianna

"Insya Allah." Nissa

"Dahlah, teman aku pergi cafe jap" Nissa

"Ala, aku baru dari sana." Adrianna

"Jomlah, tak payah mengada. Ikut aku." Nissa menarik tangan Adrianna. Adrianna membatukan diri.

Tarikkan Nissa agak kuat, akhirnya Adrianna bergerak. Jam tangan Adrianna yang berwarna hitam tiba tiba terjatuh dari tangannya. Putus.

"Kejap Nissa, jap." Adrianna menepuk nepuk tangan Nissa supaya berhenti.

"Jam aku jatuhlah." Adrianna

Nissa berhenti. Dia memandang Adrianna.

"Tak payah ambik, dah ada orang tolong ambikkan." Nissa

"Ah?! Weh, jam aku tu." Terus Adrianna pandang ke arah tempatnya jatuh.

Terlihat Asrad sedang memegang jamnya dan memandang ke arah mereka. Langkahnya semakin menghampir.

"Jam awak ke?" Asrad

"Ye, thanks." Adrianna. Jam yang dihulur, disambut dengan senyuman. Senyum Adrianna dibalas. Terlihat lesung pipit yang ada di pipi Arsad.

"Ok, thanks. Dah jom." Nissa terus menarik Adrianna

"Weh, sabarlah." Adrianna

"Seriuslah weh." Nissa berhenti dan memandang Adrianna

Adrianna mengerutkan keningnya

"First aku nak tanya. Kau ada boyfriend tak?" Nissa

"Kenapa tiba tiba ni?" Adrianna

"Jawab je." Nissa

"Tak ada." Adrianna. Sebelum itu otaknya terfikir Mikhael.

"Ok, bagus. Dah jom." Nissa

"Kenapa kau tanya?" Adrianna

"Tak ada apa. Saja je." Nissa

Pelik betul perempuan ini.

***

Mikhael melihat ke arah meja kosong dihadapannya. Meja Adrianna

Masih terngiang ngiang suara gadis itu. Kadang kadang dia ketawa sendiri apabila terkenang kenangannya bersama Adrianna.

Tapi kali ini pandangan Mikhael tertumpu pada seorang gadis diluar bilik pejabatnya.

"Amalina?" Mikhael. Lain sungguh wanita itu dari belakang dan mukanya ada kesam lebam.

Meskipun dia sudah menutupnya dengan solekkan tetapi bahagia mata tidak dapat diselindungi.

"Amalina, masuk bilik saya sekejap." Mikhael. Dia keluar dari biliknya dan terus menuju ke arah Amalina

"Ye, boss." Amalina.

"Duduk kejap." Mikhael

Amalina menarik kerusi dihadapan meja Mikhael

"Kenapa muka awak tu?" Mikhael

"Saya kemalangan hari tu dengan cousin saya." Amalina menipu.

"Kemalangan? Tapi awak tak ambik cuti pun." Mikhael mencurigainya.

"Tapi bengkak mata awak tu, macam baru." Mikhael merenung.

"Memang pun, saya kena masa hujung minggu." Amalina

"Yelah, kalau awak tak ok, boleh balik. Jangan paksa diri tu." Mikhael

"Baik boss. Saya minta diri dulu ye." Amalina

Sebaik keluar dari bilik itu, dia menghelakan nafas panjang. Tiba tiba, tekakya terasa mual. Dia berlari ke bilik air.

Mikhael yang berada di dalam bilik, mengerutkan kening apabila melihat Amalina. Pelik.

Bersambung

Share this novel

Angah Ajalah
2020-01-25 12:57:22 

bila nak update ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience