Bab 11e

Family Completed 2610

Enam bulan telah berlalu peristiwa itu, aku pun sudah dua bulan bekerja dengan Kak Nora di TTDI, menjual kuih-muih tradisional melayu dan pelbagai jenis kek. Kedai beroperasi dari jam 9.30 pagi sampai 6.00 petang. Kalau nak dikirakan jumlah pelanggan harian, tidaklah memberansangkan, tapi yang meningkatkan hasil jualan adalah tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Premis kedai itu sahaja yang membuat kek, selebihnya kuih lain, Kak Nora terima daripada rakan-rakannya yang berkecimpung dalam melakukan penghasilan kuih-muih. Di premis lah Kak  Nora mula membungkus kuih-muih untuk jualan sebagai produk hak milik ‘Nora Cake Cafe’. 

*****

Meskipun, kesibukan membantu Kak Nora dan menguruskan anak-anak membuatkan aku mulai lupa rakan-rakan Merak Hoding Sdn. Bhd. Namun kadang-kala ingatan yang ingin dibuang jauh-jauh tetap meminggir di kotak fikiran. Khususnya, ingatan kepada si dia. Terpancul juga fikiran syaitan, jika mungkin jika aku ditakdirkan hilang ingatan, pasti sejarah kehidupan diri yang terakam, terhindar semuanya dari benak kepala ku. Aaa... ‘Nauzubillah Hi Min Zaa Liq’ .... begitu aku mengharapkan musibah terjadi ke atas diri sendiri, menunjukkan rasa tidak bersyukur aku kepada Sang Pencipta, atas segala rahmat kehidupan yang diberikannya kepada ku, selama hayat ini. Nyata..aku tidak tabah hadapi tekanan perasaan ini ..... sendirian. Ingatan terhadap Rosmadi masih juga menebal. Apa yang harus aku lakukan melainkan melempiaskan sedikit ingatan itu terhadapnya. Jadi, pagi itu, sebelum ke Nora Cafe Cake, aku sengaja memandu ke arah Merak Holding Sdn. Bhd. Mencari-cari apa yang terkumpal di otak fikiran ku ..... 

Perlahan-lahan aku memandu di jalan yang sudah berkurangan kesesakannya pada pagi yang indah itu, agar hajat di hati ku dapat kupenuhi. Alhamdullilah, dari dalam kereta ku, aku masih mampu melihat Perdana Hitam 3000 yang berada di kawasan pakir terbuka, di hadapan Merak Holding Sdn. Bhd.

Lega hati kecilku ..... dia masih di sini .... hati kecil ku berdetak. Bak kata orang dedulu, “Tak nampak orangnya, kalau setakat dapat melihat bumbung rumah pun, cukuplah!”. Maka dalam permasalahan aku ini, dapat melihat bumbung kereta pun kira ..... cukup puas hatilah! Aku gelak kecil berseorangan dan tanpa sedar air mata ku jatuh berguguran dari kelopak mata.Terasa dada ku sakit dan sebak ......sendirian aku tidak memahami apa yang berlaku. 

Tetiba, hon yang panjang kedengaran, aku tersentak .....rupanya aku telah menganggu pergerakan kenderaan di belakang kereta ku .... hingga ku perhatikan melalui cermin pandang belakang .... lebih kurang sepuluh buah kereta berderat di belakang kereta ku, bagi jalan sehala ini. Agar sukar untuk mereka memintas kereta ku, kerana jalan itu, muat-muat untuk laluan sebuah kenderaan sahaja.

MasyaAllah, aku telah menyusahkan pemandu lain rupanya. Aku mengambil keputusan bertenang, dengan memberhentikan keretaku di satu simpang kiri jalan. Membiarkan kenderaan di belakang keretaku melepasi aku. Nasib baik, cermin keretaku ‘tinta agak gelap’, jadi beberapa pemandu tadi, tidaklah dapat melihat wajahku dengan jelas .....

Selepas aku yakin aku mampu memandu dengan baik dan selamat, aku menerusikan pemanduanku ke Nora Café Cake. Mengerling seketika pada jam tangan ku, waktu menunjukkan ke angka 10.00 pagi. Agak lewat sedikit aku tiba di kedai. Tak mengapalah, nanti aku akan bagi tahu Kak Nora, yang aku ada hal yang perlu diuruskan sebelum ke kedai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience