Bab 10a

Family Completed 2610

Petang hari minggu itu, aku sekadar melayari berita-berita di dada akhbar atas talian. Malas untuk keluar ke kedai semata-mata membeli akhbar. Anak-anak riuh rendah di tingkat bawah, ditemani Kak Melah. Hari minggu kali ini dihabiskan di rumah sahaja sambil membersihkan taman mini dan bermain-main dengan anak-anak. 

Pintu bilik di ketuk dan salam kedengaran. Razman rupanya, dia baru pulang ....

“Tak bawa anak-anak keluar petang ini ...”

“Tak lah .... dah penat ... pagi tadi ... kami kemas taman, susun pokok bunga yang beli di Sungai Buluh semalam .... Biar lah mereka main dengan Kak Melah pula, petang ni ...”

“Abang nak minum ...” Soalan wajib yang perlu aku kemukakan kepadanya apabila dia baru pulang dari mana-mana tempat ..”

“Tak apa .... saya dah minum tadi ... kat bawah, makan sekali kuih Kak Melah hidang untuk minum petang ..”

“Kuih apa ke benda tu? ... tapi sedap lah ..” Persoalan dengan sedikit komen membina, mungkin untuk tidak mengecewakan hati ‘tukang buat kuih’.

“Niat nak buat cekodok pisang ... tapi jadi ke lain pula rupa nya ...”

“Oooo Ain masak ke?” Razman sudah terlentang di atas katil, tanpa menyalinkan pakaiannya seperti biasa.

“Haa ....” Jawab aku ... acuh tak acuh ...

Sepuluh minit berselang .... aku asyik membaca berita dan Razman memandang kosong ke siling atau mungkin dia berfikir sesuatu.  

“Dah cuti sekolah ........ kita ke Pulau Perhentian ....” ayat mendatar sahaja.

Tersentap sekejap aku, tak pernah kami keluar bercuti bersama .... 

Teringat aku kisah di awal perkahwinan, beriya-iya abah menyuruh Razman membawa aku ke luar negara, sebagai destinasi bulan madu. Abah sanggup belanja. Razman menolak dengan alasan agak sibuk dengan urusan kerja. Ada juga mak beritahu Razman, kalau tak mahu jauh, cukuplah ke Cameran Highland. Tidak dilayaninya, usul-usul mak abah tu, dengan memberi alasan tertentu. Kalau kami bercuti pun cukup sekadar ke rumah Tok juga mak dan abah  (setelah mereka pindah) di Yan, keluarga sebelah papa Razman di Johor Bharu dan selebihnya di Seremban, keluarga Razman sendiri. 

Terpancul juga soalan aku kepada Razman.

“Mimpi ke?”

“Alam nyata ...” jawabnya perlahan.

“Kira ... ini bulan madu kita ....” Razman memahami pemikiran aku dan dia masih mengingati yang dia belum pernah membawa aku ke mana-mana destinasi untuk bulan madu kami. Dia bukanlah pelupa rupanya ....

“Anak-anak ...?”

“Kak Melah ada ... kita bawa mereka semua ... Di sana Kak Melah boleh jaga juga kan?”

Aku diam ....

“Atau nak kita pergi berdua?” Razman megiringkan badannya ke arah ku yang masih menghadap kompuer riba. Aku diam ...

Razman sudah berada di belakang kerusi, tempat aku duduk. Dia berkata perlahan.

“Maaf ..... banyak silap saya .....harap jangan terlalu dikenang. Saya cuba baiki mana patut!” 

Aku diam kaku. Memang kekecewaan aku masih melingkari ingatan ku ..... 

Selepas seminggu Razman berpindah ke rumah di Bukit Damansara, pada suatu hujung minggu aku siap menurunkan beg pakaian ke ruang tamu. Gembira juga hati, kerana Razman bersetuju membawa aku ke Cameran Highland, setelah di desak mak. Aku tak pasti ... sama ada Razman ingin memandu keretanya atau kereta aku. Jadi aku sekadar melepak diri  di sofa dan menonton rancangan televisyen yang bersiaran ketika itu, sambil menunggu Razman. Apabila melihat Razman berlari-lari menuruni tangga, aku bertanya kepadanya, kereta siapa yang ingin dipandu. Dia dengan kuat melaung ...”Tak jadi ...... lain kali saja, ada hal dengan kawan, dia baru telefon!”. Pangggg .... kecewa hati kecil ku ... hanya Tuhan yang tahu .... terkesima seketika aku .... dan masa itu juga terdengar Razman memecut laju keretanya meninggalkan rumah. 

Tersedu-sedu aku sendirian, perlahan-lahan aku menarik beg pakaian yang di dalam nya mengandungi beberapa baju baru dibeli, naik ke bilik. Aku tidak mahu mak dan abah tahu tentang kekecewaan hati ku. Beberapa nasihat untuk berpergian diberikan mak dan abah sebelum ke pasar. Aduhai .... apa alasan nak aku berikan kepada mereka. Air mata berjuraian. Bantal peluk ku jadikan tempat meluah rasa hati. 

Semenjak daripada peristiwa itu, aku tidak pernah lagi berangan-angan dan menaruh harapan untuk berbulan madu atau makan angin bersama-sama Razman. Sepanjang perkahwinan aku dengan Razman, hanya dua kali aku berjalan jauh, mengikut mak dan abah menziarahi abang Nazim dan keluarga di Sydney, tanpa Razman bersama.

“Macam mana? Mahu?” Aku tersentak daripada lamunan. Razman telah berada di tepi tingkap. Memerhati keluar rumah. 

“Terpulang ....”

“Yang mana satu .... berdua atau dengan anak-anak ?”

“Anak-anak ....” pantas aku menjawab. Bagi aku yang patut aku bahagiakan sekarang adalah perasaan anak-anak, bukanlah memikirkan keseronokan diri sendiri. Ini masa anak-anak membesar dalam ruang lingkup sebuah keluarga yang cuba diistilahkan sebagai ‘keluarga bahagia’. Bahagiakan jiwa-jiwa mereka. Itu penafsiran aku terhadap sebuah kehidupan berkeluarga. Soal diri sendiri perlu ditolak ke tepi atau lebih tepatlah perlukan pengorbanan dalam banyak hal. 

“Ok .... besok saya akan beli tiket dan lain-lain saya urus kan .... tolong kemas apa patut, rabu atau khamis kita bertolak .... Jangan lupa minta cuti ....” Mendatar suara Razman.... mata nya masih memandang keluar tingkap .....

Aku angguk perlahan. Komputer riba ku tutup dan ku masukkan ke dalam begnya. Nak kata aku gembira dengan cuti tu ... tidaklah juga, tapi perasaan untuk terus melayari internet telah terhenti ......”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience