Bab 12c

Family Completed 2610

Malam ini, setelah selesai Solat Isyak, aku bermunajat panjang kepada Allah, khususnya mendoakan agar penyakit barah tulang yang dihadapi Rosmadi dapat diredakanNya. Sebagai mana rutinnya, aku membantu anak-anak membuat kerja sekolah masing-masing. Akilah pun sudah pandai bermain sendirian dengan mainannya. Razman juga keluar rumah dan pastinya lewat malam akan pulang sebagai mana yang dimaklumkan kepadaku melalui khidmat pesanan ringkas. 

****

Jam menghampiri ke angka 10.00 malam, aku mengarahkan anak-anak membersih diri dan tidur. Aku sebenarnya agak mengantuk kerana penat seharian menziarahi Rosmadi di hospital dan pada sebelah petangnya, membantu Kak Nora membungkus kek cawan yang ditempah oleh pelanggan esok hari. Aku tiba di rumah pun jam telah beralih ke angka 7.30 malam.

****

Terjaga aku daripada lena yang panjang, bila kedengaran riuhan kicauan murai dan berselang-seli dengan sayup-sayupan gagak berbunyi. MasyaAllah ….terkenang juga mimpi ku ….sebentar tadi, Rosmadi yang berbaju melayu putih, melambai-lambai tangan seperti mengucapkan selamat tinggal di sebuah taman dengan bunganya kembang mewangi, pelbagai warna. AstagfirullAllah Hal Azim …. Istigfar aku berulang kali. 

Menarik jam tangan di atas meja sebelah katil ku, ku perhatikan jam menunjukkan ke angka 4.30 pagi. Semacam tidak percaya, masih dinihari lagi, lalu ku capai telefon bimbitku untuk mengesahkan waktu sebenar ketika itu. Ya …. Lebih kurang 4.30 pagi! Masih awal lagi untuk ke waktu subuh. Memerhatikan ke sebelah sisi kiri katil, Razman tidak berada di situ. ‘Emmm ..belum pulang ke dia? Ke mana?’ Fikiran ku berlegar memikirkan si Razman pula …. Melakukan senaman ringkas di atas katil, lalu bangkit untuk ke bilik air. 

‘Laa …. Kat sini, rupanya Razman …’, terlena di atas sejadah. Pastinya terlalu penat dan selepas Solat Isyak, terus terbaring di atas sejadah. Aku mengejutkan Razman dan menyuruhnya menyambung tidur di atas katil. Dia mengikuti sahaja apa yang aku beritahu kepadanya, sambil bertanya jam berapa ketika itu. Aku menjawab ringkas - Jam 4.30 pagi.

Selesai membersihkan diri dan berwuduk di bilik air, aku berniat untuk bertahajjud. Semasa menyarungkan telekung kuning lembutku, aku terpandang Razman yang lena kembali di atas katil. Ku tarik selimut merah jambu berbelang hijau di sebelah kanan Razman dan ku selimuti dia. Aku tidak pasti jam berapa dia pulang malam tadi ….. Langsung tidak aku sedari kepulangannya malam tadi.

Menempatkan sejadah ke arah kiblat yang sewajarnya, aku mengangkat Takbir Ratul Ihram dengan berniat tahajud dua rakaat. Sesudah selesai tahajud, aku memohon doa kepada Allah, mengharap belas ihsannya memberikan kerahmatan dan kesejahteraan hidup ke atas diriku sendiri, suami, anak-anak, saudara-mara dan rakan taulan yang lain. Berkalih ke luar bilik dengan tekelung masih membaluti tubuh ku, aku mendapatkan Mathurat yang sentiasa sedia di baca di ruang keluarga rumah kami. Di bawah neon cahaya kuning ku memulakan ayat pertama dengan Bismillahhirahmanirahim …… diikuti Al-Fatihah, Surah-surah empat Qul dan Yassin. Penghujungnya …… aku memanjat doa agar Rosmadi akan kembali sembuh dan mengharapkan Allah memberikan syafaat dan rahmat sewajarnya kepada Rosmadi.

Sementara menunggu-nunggu kehadiran waktu subuh hari itu, aku menyambung bacaan beberapa surah lazim yang lain. Selesai azan kedengaran dari masjid yang berdekatan, aku bangkit ke sejadah untuk sujud sunat dua rakaat sebelum subuh dan diikuti Solat Subuh. 

Alhamdullilah, hari ini aku berasa cukup tenang setelah hak sebagai hamba menghadapNya dapat aku lakukan pada tepat waktunya.   

sambungan berikutnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience