Surat

Family Completed 2610

“Kehadapan Nuraini …

Salam hormat, penuh kebahagiaan ….Terlebih dahulu aku mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan mu oleh Allah SWT sepanjang hayat. Aku memohon kemaafan tidak terhingga kerana dengan warkah ini sahajalah aku mampu menyampaikan isi hati yang sebenarnya kepada mu.

Sungguh aku tahu aku bersalah, namun apa kan daya …. hati dan fikiran ini tidak mampu meluputkan ingatan terhadap mu sepanjang masa. Aku tidak tahu mengapa. Kadang-kala terasa begitu kuat godaan syaitan, supaya mencipta ingatan dan rindu dendam berpanjangan terhadap mu. Sungguh ajaib perasaan ini muncul terhadap mu. Bijaksana tuhan menciptakan perasaan begini, kerana perasaan ini hanya tercipta terhadap satu makhluk berlainan jantina sahaja. Tidak kepada semua orang. Kalau sebaliknya, sudah dianggap sumbang! Pelbagai  wanita aku temui, …. tapi tidak sama dengan diri mu, aku sentiasa terkenang-kenangkan mu sejak pertama kali kita berjumpa.

Nuraini …. Tidak pernah perasaan begini aku alami, sepanjang hidup hingga pertemuan dengan mu. Aku amat menyenangi sekali sikap, gaya dan cara mu. Nuraini …. Sebenarnya, perasaan apa kah itu? Sering kali aku terfikir, mengapa suara manja, kerapian dan khidmat bakti Sarimia tidak lebih aku pandang sebagai bibik yang menunggu gaji bulanan. Kerap kali lengok gaya godaannya dan kelembutan suara yang dibuat-buatnya tidak dapat tidak menafikan perasaan aku kepada mu. Itu Sarimia, bibik di rumah ibuku ….. ramai lagi kenalan lain, yang ingin merapatkan diri, tapi masih tidak sama dengan mu.

Nuraini …. Aku sedar, aku tak akan sama sekali berjaya menakluki zahir dan batin mu …. Tiada niat aku menghancurkan kebahagian kau sekeluarga ….. sebab tu …. aku tabah menghadapi kehilangan mu, bila kau sanggup berhenti kerja. Aku selidiki dan fahami jua, akhirnya tindakan mu adalah tepat …demi kebahagian orang-orang yang rapat dalam kehidupanmu. 

Nuraini …. Aku mencoretkan nukilan ini, dengan harapan suatu hari, selepas ketiadaan ku, kau dapat mengetahui isi hati ku terhadap mu, dengan itu aku mengharapkan aku bersemadi dengan aman sejahtera.

Nuraini …. Jangka hayat hidup ini tidak k kita ‘berjumpa’ selepas aku disemadikan.Aku merasakan saat aku pulang kepangkuanNYA telah tiba. Terima kasih kepada Tuhan yang menciptakan 'rasa ini' buat diri ku untuk diri mu. Doaku moga Nuraini menjadi wanita solehah & ibu yang baik untuk anak2. Bahagia Dunia Akhirat. Wassalam.”

Rosmadi – Oktober 20.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience