Bab 1

Family Completed 2610

Petang itu setelah pulang dari pejabat, aku terus ke bilik tidur. Meneliti beberapa bil yang terdapat di atas meja sebelah pintu masuk rumah. Seperti kebiasaan Kak Melah, yang telah hampir lima tahun menjadi pembantu rumah akan meletakkan bil-bil atau sebarang surat yang diambil dari peti surat di hadapan rumah pada sebelah pagi dan ditempatkan di situ. Kebiasaannya Razman akan mengambil dan menyemak satu persatu surat-surat dan bil-bil berkenaan. Namun, disebabkan mulai hari ini hingga Ahad petang nanti, Razman ke Langkawi menghadiri bengkel para pensyarah bagi perancangan aktiviti mahasiswa-siswi Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM) untuk tahun hadapan. Itu yang Razman maklumkan. Aku tetap mendoakan agar Razman selamat pergi dan pulang semula ke rumah, sebagaimana kebiasaannya Razman berpergian dari banglo kami di Bukit Damansara ini.

Ku hempaskan diri ke atas katil, tudung telah ku buka dan menyangkutnya di tempat yang sepatutnya. Akilah yang berusia sebelas bulan merangkak kepada ku. Dia sudah sampai di pintu bilik utama ini. Teperanjat!, kerana aku berfikir Akilah merangkak naik ke tingkat atas ini berseorangan. Timbul sedikit rasa marah ku kepada Kak Melah. Difikiranku bertanya, di mana Kak Melah, dibiarnya Akilah naik berseorangan ke bilik utama ini. Nak tak hendak, aku bangkit semula dari katil yang hasrat asalnya untuk memanjakan diri sambil meneliti surat-surat dan bil-bil yang diterima hari ini. Lantas semua surat dan bil itu, ku rangkum menjadi sekali dan diletakkan di atas meja sebelah katil ini. Ku hampiri Akilah dengan tersenyum dan ku peluk terus mendukung Akilah. “Acik Melah mana Kilah?” Aku tanya Akilah yang sememangnya tidak tahu menjawab soalan aku itu. Akilah yang nama betulnya adalah Nurakilah tergelak-gelak, ibarat apa yang kututurkan itu amat mencuit hatinya. Mungkin dia begitu gembira melihat aku setelah seharian kutinggalkan dia dengan Kak Melah di rumah, hari ini. Aku terus ke luar bilik dan sampai di pintu bilik, kukeluarkan kepala, dilihat Kak Melah sedang duduk di sofa baldu hijau. Tak sempat aku bertanya apa-apa, dinyatakan yang Akilah nak naik sangat ke tingkat dua rumah ini, jadi dia dukung, kemudiannya dibiarkan Akilah merangkak ke pintu bilik. Aku angguk tanda faham, bagaimana Akilah boleh sampai ke bilik tidur aku dan Razman. Aku beristigfar beberapa kali, untuk membuang rasa bersalah atas tuduhan fikiranku terhadap Kak Melah yang membiarkan Akilah naik bersendirian tadi. Aku layan Akilah, sambil mendukungnya turun ke ruang tamu. Kak Melah mengikut dari belakang. 

“Aishah dan Azlan ke mana Kak Melah?” Aku tanya Kak Melah yang hendak menuju ke dapur. “Ke rumah sebelah, main dengan Aiman dan Syikin.”. “Oooo.” Itu sahaja yang mampu keluar daripada mulutku. Akilah ku geletek-geletekkan, agak dia makin galak ketawa. Tetiba-tiba sayup-sayup ku terdengar, deringan telefon bimbit ku berbunyi. Aku cuba dengar betul-betul dan akhirnya aku pasti, telefon itu menjerit-jerit minta dijawab panggilannya. “Sekejap ya … Akilah, mama naik atas, jawab panggilan telefon.” Perlahan ku beritahu Akilah, lalu aku juga memaklumkan kepada Kak Melah supaya menengok-nengokkan Akilah yang kutinggalkan di ruang tamu. 

Aku berlari-lari anak naik ke tingkat atas, kemudian terus ke bilik tidur dan menyelongkar beg tanganku yang sememangnya mempunyai pelbagai jenis barang. Maklumlah perempuan, bukan?. Sekian lama mencari, ku temui barang yang dicari, telefon bimbit jenis Samsung itu. Aku memerhati nama yang tertera pada telefon itu, “Rosmadi!” aku berkata-kata sendirian sambil menyemak telefon itu lagi yang ku lihat, tiga panggilan tidak berjawab. “Ada apa dia telefon?” Sendiri lagi aku berkata-kata, menduga-duga apa sebenarnya yang menyebabkan Rosmadi menelefon aku di petang hari ini. Ketika berfikir itu juga, deringan telefon berbunyi semula. Bila deringan ke tiga berbunyi ku terus menekapkan telefon itu ke telinga. Salam kedengaran dan ku jawab seperti biasanya. Rosmadi memaklumkan bahawa dia meminta maaf jika menganggu aku ketika itu. Aku menjawab, tiada masalah kerana ketika itu aku hanya sekadar berehat-rehat selepas pulang dari kerja sambil bermain-main dengan Akilah. 

Aku bertanya lagi, “Ada apa Encik Rosmadi telefon saya?” Dia bertanya juga kepadaku yang adakah aku menerima e-mel daripadanya sekitar jam 5.00 petang tadi. Aku menjawab “Ya, ada, tapi sepintas lalu sahaja saya membacanya, tidak secara terperinci.” Jelas ku. Kemudian dia memaklumkan bahawa itu adalah kertas kerja terkini yang perlu dibentangkan dalam mesyuarat dengan ketua pengarah syarikat kami bersama-sama pembekal luar negara di ibu pejabat syarikat kami bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), isnin depan. 

“Tolong baca dan bersedia juga ya, saya risau, nanti saya tidak dapat melakukan pembentangan dengan baik.”

“Jangan risau, saya akan bantu mana yang patut …., Encik Rosmadi kan dah biasa memberi ‘khutbah’, di depan ketua pengarah dan pengarah-pengarah cawangan.” Aku cuba berseloroh sambil gelak-gelak kecil. Dia juga turut tergelak bila mana mendengar seloroh yang ku buat itu. “Tapi … yang ini lain sikit …” jawabnya. 

“Tak ada lah …. sama atau lebih kurang saja. Jangan risau.” Aku cuba menenangkan dia.

“Oklah, insyaAllah saya akan membaca dan bersedia sebaiknya juga sebagaimana perbincangan kita pagi tadi. Saya cuba semak e-mel malam ini!” Jawab aku bagi menyudahkan perbualan melalui telefon itu. Aku tidak mahu berlama-lama berbual dengannya.

“Baik lah, terima kasih.” Balasnya dengan terus memberikan salam. Ku jawab salam dengan senyuman bersendirian. Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja bilik tidur, kemudian turun semula untuk bermain-main dengan Akilah di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience