Bab 10b

Family Completed 2610

Aku dan Razman bersarapan bersama-sama pada pagi Isnin itu. Aku hanya membakar roti dan merebus telur separuh masak serta seteko kopi panas. Anak-anak masih diulit mimpi. Kak Melah di dapur, melakukan rutin hariannya. Aku dan Razman melayani pemikiran masing-masing .... tanpa ada perbualan. 

Selesai apa yang patut aku ingin ke pejabat. Menyalami Razman dan bergerak ke muka pintu utama rumah, kedengaran suara Razman ....

“Jangan lupa minta cuti .... mulai Rabu ini ..... kan tengah hari saya pergi beli tiket.”

“Baik .....” aku jawab dan ingin bertanya soalan lain, tapi tetiba telefon rumah berbunyi ......

Aku berpatah masuk ke dalam rumah dan menjawab panggilan telefon. 

Selepas salam di jawab dan bertanya khabar antara aku dengan Mak Lang, Mak Lang memaklumkan bahawa Tok tidak sihat. Asyik menyebut-yebut nama Razman dan kadang kala nama aku .... Mak Lang mengharapkan aku sekeluarga pulang menjenguk Tok Mekbah. Pesan Mak Lang lagi, supaya membawa pulang anak-anak, kerana waktu itu masa cuti sekolah. 

Razman yang tidak jadi keluar rumah, apabila mendengar panggilan telefon masih berdiri di muka pintu. Aku melambai tangan kepadanya, sambil menunjukkan isyarat supaya dia pula berbual-bual dengan Mak Lang. Selepas Razman meletakkan gagang telefon, dia berkata ....

“Tak jadi ..... kita balik Yan ....” Selepas itu, Razman memandang wajah ku ... mungkin muka ku bertukar warna lagi ... sebab Razman menyambung kata .....

“Maaf ............” Lalu dia menghampiri ku dan memeluk belakang ku ..... dibisikkannya di telinga ku.

“Jumpa Tok .... rasanya lebih penting ... dari kita ke Pulau Perhentian. Kita bercuti di sana aje ....”

Aku diam ..... menahan marah mungkin.

Dek kerana pelukkan Razman yang agak kejap, aku mengerak-gerakkan diri, mohon dilepaskan melalui bahasa badan, di tambah aku risau tetiba Kak Melah keluar dari dapur dan melihat perlakuan kami berdua begitu. Maklumlah kami tidak pernah bermesra sebegitu di depan Kak Melah atau sesiapa sahaja. Namun Razman buat-buat tidak faham isyarat aku, lalu ditolaknya badan dan dibawakan aku ke keretanya. Pintu kereta sebelah penumpang hadapan di buka dan seperti di paksa aku memasukkinya. Aku menurut. 

Apa kena pulak kali ini, pemikiran ku ligat berfikir dengan sikap Razman tersebut. 

Dia masuk rumah seketika dan keluar dengan membawa beg tangan dan beg bimbit hitam ku yang mempunyai laporan/maklumat untuk urusan pejabat. Pintu kereta di bahagian penumpang belakang di buka dan beg-beg berkenaan diletakkan di situ. Seterusnya, Razman menghidupkan kereta dan memandu keluar rumah, tanpa menutup pintu rumah dan hanya menguncikan pagar rumah melalui alat kawalan jauh. 

Nurani wanita ku berkecil hati lagi dengan pilihan Razman untuk tidak ke Pulau Perhentian. Menyumpah juga aku dengan sikap Razman ..... berkali-kali hati kecil ku berkata .... ‘Razman penipu ... Razman penipu. Baru dengar Tok tak sihat, demam-deman sikit, kalut nak balik ke Yan.’ 

Syaitan menambah lagi .... rasa amarah ku ‘Lepas balik dari pulau ... boleh lawat Tok  .... Betul tu .... Betul! Betul!’ (macam cerita kartun Ipin & Upin)’

‘Sabar .... sabar Ain ..... Tok memang sakit ... nak tengok hang berdua .... mungkin ini kali terakhir ... Balik lah Ain .....’ Jiwa baik ku memujuk diri .....

“Ahhhhh .............” Aku mendengus hingga terkeluar perkataan itu dari suaru ku .... Razman memandang aku ..... lalu dia tetiba membrek keretanya dengan agak mengejut ..... dan memarkirkan kereta di tepi jalan. Nasib baik tidak ada kereta lain yang mengikuti kami dari belakang. Kalau tidak nahas juga jadinya! 

Razman memegang kedua-dua belah bahu ku dan merenung aku tajam ........

“Nuraini .... dengar sini ..... kita pulang ke Yan dulu ..... ziarahi Tok ...... Lepas ini ... saya janji bawa awak ke mana yang awak nak pergi ...... saya janji ... saya janji .... saya janji tau!!!” Jerit Razman kepada ku.

Aku diam .... Razman melepaskan tangannya dari diri ku. Dia menyandar ke kereta. 

“Dah .... senyum! .... saya akan bawa awak sahaja .... saya tebus kesalahan saya nanti kat awak .... lepas pulang dari Yan .... kita ke Cameran Highland!”

“Janji yang tak pernah ditepati!” Tetiba aku mengucapkan perkataan tersebut. Syaitan mengapi-api aku lagi ......

“Mengapa ...... awak .....” Aku menggunakan perkataan ‘awak’ bukan ‘abang’ kepada Razman .... kerana marahnya yang begitu menguasai diri ku .... tetapi ...ayat itu tidak aku habis kan .... Kami diam seketika.

“Mengapa, apa?” Razman bertanya mendatar .... aku diam membisu. 

‘Sabar .... sabar Ain ..... Tok memang sakit ... nak tengok hang berdua .... mungkin ini kali terakhir ... Balik lah Ain ..... Jangan cari salah Razman, kebetulan semua ini terjadi ...’ Jiwa baik ku memujuk diri lagi .....

“Mengapa, apa ?” Razman bertanya lagi .... Sepi ...

“Terpulang ..... saya mengikut sahaja ....” Aku menjawab ... agar suasana tegang menjadi kendur. Tidak mahu Razman tertanya-tanya ... apa yang ingin ku persoalkan kepadanya tadi.

“Terpulang ..... saya mengikut sahaja ....” Aku mengulang kata ...

“Ok ..... minta kerja separuh hari daripada Encik Zulkifli, hari ini .... dan seterusnya cuti seminggu .... beritahu kita perlu pulang ke Yan .... tengok Tok yang sakit .....”

“Baik ....” Aku membalas .....

“Terima kasih ! ..... terima kasih !” Tangan kanan ku diraupnya, dicium sekali  dan dikembalikan tangan ke atas pangkuan ku ....Ada titisan jernih merembes keluar dari matanya. Disapunya sendirian air mata itu dan aku mengambil sikap tidak peduli.

‘Maaf ... aku bersalah melukakan hati mu, Razman ....’ Ikhlas ucapan itu, terbit di hati kecil ku sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience