Bab 11d

Family Completed 2610

Seminggu ketiadaan aku di pejabat, beberapa panggilan telefon dan mesej dari rakan sekerja (sebenarnya bertukar menjadi bekas rakan sekerja) aku terima. Ada yang bertanya mengenai urusan kerja dan selebihnya ada bertanya mengapa aku tidak hadir ke pejabat. Dalam hal ini aku mengucap syukur kepada Allah, rakan-rakan masih sudi bertanya khabar dan mengambil tahu mengenai diri ku. Meskipun jujurnya aku ‘meninggalkan’ mereka tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Rakan rapat aku ..... Afrina, Afeeza dan Amiza Zulaikha juga tidak aku khabarkan dengan jelas hasrat aku meninggalkan Merak Holding. Niat di hati aku tidak mahu diraikan ‘perpisahan’ ni.Biarlah ia berlalu pergi bersahaja. 

*****

Dua minggu selepas aku tinggalkan Merak Holding, aku bersetuju menerima ajakan rakan-rakan untuk makan tengah hari bersama. Seperti yang dijanjikan aku, Afrina, Afeeza, Amiza dan Kak Ruby berkumpul di salah sebuah restoran di One Utama. Berpeluk-pelukan kami juga pada awal pertemuan melepaskan rindu sekian harinya tidak berjumpa. Banyak hal yang kami bincangkan,soal semasa, keluarga dan tidak ketinggalan diselitkan juga gossip semasa di pejabat. Begitu adatnya pertemuan manusia. Paling aku tidak lupa cerita Kak Ruby kepada kami. 

“Dah nekad sangat ke ni ... nak tinggalkan Merak ....?”

“Kenapa kak ?” Aku bersoal balik.

“Sunyi kami .... tanpa Ain ....”

“InsyaAllah ... penganti saya nanti ..lebih baik daripada saya ....” balas aku memberikan sedikit keyakinan yang melapangkan hatinya. Satu harapan yang benar-benar diharapkan.

“Ia ... tak sama macam Ain ...”

“Pastilah ...... saya Nuraini .... yang baru tu ... nama nya lain lah” Aku mula melawak sedikit agar tiada timbul begitu sayu dihati.

“Kau ... tau Ain ... tiga hari lepas ...”

“Apa dia .... ?” Wajah Kak Ruby itu membuatkan aku beriya benar ingin mengetahui ceritanya. 

“Sabar leee....” Amiza menepuk paha ku .... 

“Aku pun nak tahu ceritanya ....” balas Afrina.

“Gini ... aku ringkaskan ceritanya yaa ...” Kak Ruby ..sengaja melambat-lambatkan apa yang ingin   diberitahunya.

“Ala .... kak .... cepat ler ....Jangan duk buat panjang mukadimahnya ....” balas Afrina.

Aku senyum-senyum sahaja memandang ragam mereka sambil menyuap cendol ke mulut. 

“Iskkk ..apasal Afrina ni .... tak nyempat-nyempat, sangat ..... macam ler kisah dia masuk surat khabar.” Balas pula Amira.

“Bila ... aku nak mula cerita ni ..... iskk geramlah aku ....” Kak Ruby mememekkan muka tanda tak puas hati. 

Aku dengan bersahaja memujuknya dengan berkata ... “Akak cerita lah ....dia orang saja jer tu ....”

“Sebenarnya ..... tiga hari lepas, Encik Madi .... datang jumpa Encik Zul ... masa tu .. Encik Zul baru jer sampai dari pejabat ...”

“Habis ... apa yang tak kena nya?” entah suara siapa yang menyampuk ...

“Sabar ler ... aku kan tak cerita terus ni ...” Kak Ruby ... sudah macam nak benar-benar merajuk.

Semua menunduk kepala ... tanda bersalah. 

“Sebenarnya Encik Madi dah telefon jam 8.00 pagi lagi ...terperanjat juga aku .... sebab jarang dia masuk pejabat seawal itu. Dia tanya Encik Zul masuk pejabat tak .... hari tu ..... aku jawab masuklah kan .... jam berapa tak pasti sangat ... sebab kalau ikut jadual dia tak ada projek kat luar. Dia kata, kalau Encik Zul ada, telefon ... beritahu dia ....”

“Alih-alih ... 15 minit jam 9.00 dia tak terpacak depan meja aku, tak bagi salam .... dengan mukanya macam gitu ..... Aku pula baru jer siap minum ....”

“Encik Zul belum sampai .... duduklah dulu Encik Madi ...., dia angguk kepala ajer, tapi mundar-mandir ajer depan aku.”

“10 minit, Encik Zul sampai ...belum sempat ucap selamat pagi kat bos, Encik Zul dah cakap kat Encik Madi ... ‘jom masuk bilik !’. Rasa macam tak berapa elok cuaca pagi tu ....” Kak Ruby ...gelak-gelak kecil keseorangan ... kami macam sepakat, semua buat muka serius.

“Disebabkan pintu tak tutup rapat, aku dengar ler apa yang mereka bualkan.”

Kami semua tetap diam... tidak mencelah, tapi menunjukkan muka bersungguh benar nak mendengar cerita Kak Ruby tu ...

“Aku dengar ayat yang masih segar dalam ingatan .... ‘Apa pasal Encik Zul ... benarkan Nuraini tu berhenti? Apa dia dah buat kat pejabat ni ... sampai dia berhenti? Apa besar sangat ke ... kesilapan dia .. sampai dia berhenti ...?”

“Dahlah kuat suara dia, pastu ...bertubi-tubi tu ... soalan .... Encik Madi kat Encik Zul. Sampai Encik Zul ...tak sempat balas kata-kata Encik Madi tu ..terus ....”

“Ooooo ...” Amiza buat muka terlopong sedikit.

“Pastu ... dengar lah Encik Zul kata .... ‘Aku tak berhentikan dia .... dia beriya-iya nak berhenti .... surat tu ...ha’aaaa ... sampul putih tu .... tak pernah aku usik pun. Kalau kau nak baca ... ambillah ....’ Aku mengendap juga ... nampak ler Encik Zul ... hulur sampul surat putih tu kepada Encik Madi, tapi Encik Madi tak sambut pun .....buat-buat tak nampak ...”

“Kemudian .. dengar ler suara berkata ‘Habis ... kalau kau tak setuju ... kenapa sampai hari ini ... dia tak datang juga ke pejabat ..?’ .... alahai, agaknya Encik Madi .. dah tak tau apa nak soal.”

“Encik Zul jawab, ‘Itu hak dia .....mana boleh aku tahan dia ... aku bukan laki dia ..setakat bos dia ajer. Apasal kau marah-marah sangat, si Nuraini tu berhenti ....banyak lagi ke kerja dia ... yang dia ‘hutang’ kat kau?’ .....lepas tu,  aku nampak Encik Madi gelang kepala.”

“Lepas tu... aku dengar Encik Zul kata, ‘dia kata nak tolong sepupunya jual di kedai kek...’...”

 “Aku dengar ....suara Encik Madi macam terkejut ... ‘Buat kek... tipu lah ... dia dah beritahu sebelum ni ... dia tak pandai buat kek’... ‘Emm ... kau tahu dia tak pandai buat kek ..., hebat kau !’ ...Encik Madi balas ‘Aku dengar dia beritahu, satu hari tu, masa kami makan tenghari bersama-sama’...”

“Suasana macam reda sekejap ....jadi aku ke pantri, bancuh teh untuk mereka. Kan kau orang tahu setiap pagi ...aku memang sediakan teh untuk Encik Zul, jadi hari itu.. aku buatlah dua cawan.Tak lama pun...lima minit berselang.”

“Apa cerita berikutnya ?” Amiza bertanya, bila melihat Kak Ruby berhenti agak lama untuk menyambung ayat berikutnya. Sebenarnya Kak Ruby memandang ke wajah ku .... aku menunjuk memek muka yang agak tidak puas hati ... jika dia meneruskan cerita selanjutnya ....

“Emmm .... emm ...tu jer sebenarnya .... tak ada pun yang sensasi ...” Kak Ruby menamatkan cerita sambil tersenyum-senyum dan gelak-gelak kecil.

Alhamdullilah ... dia tidak meneruskan kisah selanjutnya. Aku pasti dia mempunyai banyak cerita lagi, tapi sewajarnya aku tidak mahu orang lain mengetahui kisah itu, sebab kisahnya itu mempunyai hubungkait dengan diriku sendiri.

“Apa lah akak ni ..... ingat ... apalah tadi beriya nak cerita sangat ....” Marah Amiza.

“Pelik lah akak ... kalau cerita tu ... tamat kat situ aje .... mesti ada penamat cerita lah  ....”

“Emmm ...ada lah ... bincang lagi ...mereka bincang pasal projek baru masuk ....” Balas Kak Ruby.

“Itu je ...? Beriya saya pasang telinga nak dengar cerita Encik Madi tadi tu .... iskkk mamat tu memang macho lah ... kalau lah saya belum ada Amar, mau saya pikat dia penuh emosi ....” Balas Afeeza.

“Amboi .... jaga-jaga mulut, jangan ada yang berkecil hati ... wahai cik adik comel ...” Kata Afrina kepada Afeeza.

Semuanya tergelak-gelak kecil. Wajah Rosmadi muncul diingatanku. ‘Ya, ampun TuhanKu, aku sedar si dia ramai peminat dan jauh di sudut hati aku mendoakan semoga dia beroleh wanita solehah yang menemaninya hingga akhir hayat. Meskipun bisikan syaitan mengingatkan aku .... biarlah dia membujang, agar aku berjaya menakluki hatinya. Ooo ...ampun TuhanKu!’

Teringat aku pada senyum manisnya dan gelak ketawa, jika ada perkara lucu dibualkan antara kami. Banyak kenangan indah antara aku, dia dan rakan-rakan terakam indah di kotak fikiran. Satu-persatu aku ulangi ingatan terhadapnya terutama semenjak awal dia menjadi warga Merak Holding.

“Ehhh ... Ain ... kau ni ..melayang sampai ke Selayang dah ke?”

“Apa hal pula?, ni aku tengah duk makan nasi ayam ... tak nampak ke?” 

“Yang nyata kami nampak memanglah macam tu .... hakikatnya ... engkau kat mana ...” 

“Dah ...jangan duk berangan sangatlah, jadi isteri dan ibu mithali sekarang ....pekerja dedikasi engkau boleh lupa kejap Ain ..., kalau ada hati nak kerja lagi .... aku doa ..kau dapat kerja lebih bagus dari sekarang .....”

“Haaa ... kami pun gitu Ain, doa yang terbaik buat engkau sekeluarga ... Amin” Kata Amira sambil  menadah tangannya.

“Amin.............” yang lain mengikut.

“Ok, kami dah siap ni ... ke Watson, lepas tu ... ke pejabatlah. Kau tak apa .. boleh lepak sampai malam pun kat sini ....”

“Iskkk ..kau perli terang-terang ya .. Amira.”balas aku.

“Tidak ler ... memberi kenyataan benar.”

“Apa ... kau ingat, kalau aku tak Merak Holding, boleh lepak sesuka hati ke?, banyak lagi tugas kat rumah yang kena selesai tau ....”

“Ya ..ya lah isteri solehah.” Tak habis-habis mengusik aku sambil mereka bangun bersiap untk beredar. Namun, aku tidak berkecil hati, sebab sudah begitu biasa, saling usik-mengusik di antara kami.

“Ehhh ... ni macam mana sebenarnya? Nasi aku separuh lagi ... belum habis.”

“Betullah kau melayang jauh tadi .... kita orang dah sepakat balik bersama, tapi Kak Ruby ni .. kau tolong hantar sampai depan pintu Merak Holding. Ada sejam lah waktu masuk kerja semula.” Kata Afrina sambil melepas pelukan ku. Namun, aku tidak berkecil hati, sebab sudah begitu biasa, saling usik-mengusik di antara kami.

Yang lain, sudah bergerak pergi sambil tangan melambai ke arah aku dan Kak Ruby. Aku angguk, begitu juga Kak Ruby. 

Aku memandang ke wajah Kak Ruby, sambil berkata, “Jom mari kita habiskan mana patut, lepas itu, saya hantar akak ke pejabat.”

Kami diam seketika, menikmati makanan yang terhidang ...Lama juga ... terdengar suara Kak Ruby berkata ...

“Kau tak nak tau cerita lanjut ke?”

“Pastilah nak ....kak ... ”

“Maafkan akak tadi ... Ain ....tersasul bercerita.”

“Tu lah .... lain kali, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dot ...dot ...dot.” Sebenarnya aku tak ingat apa ke sambungan pepatah melayu tu ...jadilah ayatnya ‘dot ...dot’.

“Apa selanjutnya, cuba cerita ....” Aku menunjukkan semula minat untuk mengetahui kisah Encik Zulkifli dan Rosmadi itu.

“Aku sambung cerita ya ....Bila sampai depan pintu bilik Encik Zul, aku terdengar lagi, ‘...Ke...dia ada masalah dengan kau .... sampai dia cabut lari dari pejabat ni ....’”

“... ‘Hello...jangan tuduh aku macam tu ......’ ... Suara Encik Madi tinggi!”

“... ‘Aku tak tuduh ... tapi aku perhati ... kau ni ..lain macam sikit dengan si Nuraini tu .... tapi aku tak tahu apa hal lah, ...aku ni orang dah senior, nak kat orang tua tu, tak mahu lagi... makan garam daripada kau tu lebih banyak dah’. Aku nampak ler ... Encik Zul, tepuk bahu Encik Madi dan sambung cakap ....jangan ganggu .... isteri orang .....kalau mak janda .... aku sokong  saja!’ .... tu ayat yang Encik Zul cakap kat Encik Madi .... buat jantung aku bergerak laju ....”

 Kak Ruby ... tarik nafas sekejap ....masa tu .. aku tunduk kepala ... 

“Ain ...kau ada ‘main-main cinta’ sama Encik Madi ke?” Tak semena-mena Kak Ruby membisikan soalan itu ke telinga ku ....” Pastilah muka aku bertukar merah jambu ....

 “Akak ..jangan duk buat spekulasi macam tu tau .... sampai hati akak ....” Kata aku kepada Kak Ruby, walaupun aku berbisik, tanpa suara aku masih boleh didengari oleh orang berdekatan, jika mengambil perhatian terhadap apa yang kami bualkan, berbeza bisikan Kak Ruby tadi ... hanya aku ...yang dengar.

“Ala ...kau ni ...jangan ambil hati dengan aku, tanya jer ni ..”

“Tak ada nak ambil hati mana pun, akak cerita ni pun alhamdulilah, saya tahu serba sedikit cerita pasal saya dibincangkan. Cuma ... jangan akak duk cerita kat orang lain pula. Malu kami yang jadi pelakonnya.” Aku cuba berlawak sedikit, agar dia memahami jelas maksud harapanku terhadap peristiwa yang telah dia lihat dan dengar mengenai aku.

“Tak ... akak cuma cerita kat kau je!” Dia menukarkan panggilan dirinya kepada ‘akak’, menunjukkan bahawa dia ikhlas tidak memanjangkan cerita ini kepada sesiapa.

“Lepas aku ada peluang untuk masuk hantar teh kat mereka, aku letak aje teh tu atas meja, depan sofa yang mereka duduk, dan keluar.Masih lagi lah dengar mereka berbual.”

“Apa lagi akak?” Cendol berbaki aku hirup perlahan-lahan.

“Encik Zul beritahu Encik Madi yang dia sendiri dah jumpa kau di rumah, malam ahad lepas ... betul ke?”

Aku angguk sahaja dengan menyoal, berkenaan apa yang Encik Zul ceritakan yang dia ke rumah ku.

“Dia kata, dia datang pujuk kau kerja semula di Merak Holding. Sengaja datang malam, sebab nak jumpa suami kau, untuk minta izin agar kau dapat kerja balik. Aku dengar dia kata, suami kau tak ada halangan untuk benarkan kau kerja, cuma ... katanya kau sendiri yang nak berhenti. Betul macam tu?”

Aku angguk lagi.

“Dia bagi tahu Encik Madi, kalau nak dikira masa kau nak menjaga anak, tak sepatutnya masa sekarang kau berhenti. Hidup kau dulu lagi susah, tanpa suami di sisi, terutama masa anak-anak kecil. Walaupun kau tak pernah cerita, dia tahu katanya, sebab dia selalu perhatikan kau dedulu.”

“Oooo sampai macam tu Encik Zul, jaga anak buah dia?” Aku macam percaya dengan tidak ... sebab dia tahu kisah silam aku.

“Dan sekarang dia cakap, dia cukup musykil kenapa kau nak berhenti kerja sangat, zaman susah nak dapat kerja sekarang ni ...”

“Habis, hal apa kau berhenti kerja, cuba beritahu akak, boleh ler tolong huraikan cara untuk menyelesaikan masalah!”

Aku tergelak kecil memandang wajahnya yang serius dan semacam begitu ingin menyelesaikan kemelut diri yang melanda diriku ketika itu.

“Tak ada apalah akak, sahaja, dah lama saya kerja, mahu berehat dan menjaga anak-anak dengan lebih baik.” Taubat ... aku tak akan kisahkan kepada sesiapa pun sebab utama aku keluar dari Merak Holding.

“Apa jadi dengan Encik Madi ...?” Sahaja aku tukar sikit tajuk perbualan. Tak mahu Kak Ruby fokus kepada diri aku.

“Ada le ...beberapa perkara yang mereka bincangkan lagi, termasuk projek baru. Lain-lain dah tak fokus sangat, sebab sibuk jawab panggilan telefon dan tengok fail yang di hantar oleh Suhaila.”

“Tapi sebelum keluar dari bilik, Encik Madi ada bersalam dengan Encik Zul, sambil peluk-peluk. Mungkin dia minta maaf kot, sebab kasar sikit pada awal mereka jumpa tu ....”

Sambil bersembang itu, kami pun sudah hampir tiba di tempat parkir kereta, setelah berjalan beriring-iringan selama 10 minit lebih. Niat aku hanyalah untuk menghantar Kak Ruby ke Merak Holding semula untuk dia menyambung tugas sebelah petang pada Jumaat yang damai hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience