Bab 11a

Family Completed 2610

Malam ini aku mengambil keputusan untuk membelek laporan yang masih berbaki separuh lagi, meskipun tarikh penghantaran kepada Encik Zulkifli masih ada tiga hari lagi. A’aah, bukan lama sangat tiga hari. Aku ingin melangkah ke tingkat atas apabila rasanya tugas ku melayani kerenah anak-anak sudah ke penghujungnya pada malam itu. Akilah dipangkuan Razman. Hampir lena, Razman nampaknya ralit menonton rancangan dokumentari ekonomi. Aishah dan Azlan pun sudah di bilik tidur, mungkin membaca buku cerita atau bermain play station, kan ku jenguk mereka di tingkat atas nanti.

Apabila kakiku berada di anak tangga ke tiga, Razman berkata, 

“Siap, jom kita keluar….”

‘Aikk, tetiba aje ajak keluar memalam ni …. Nak ke mana?’

Aku memusingkan badan mengarah ke Razman,

“Ke mana?”

“Siap!” Tegas suaranya.

‘Alahai…………’

“Emm....yalah.....kalau qiamullail, saya bawa telekung dengan Quran, kalau ke disco ... saya calit pemerah bibir ...tebal sikit!” Tetiba itu yang aku ucap dengan nada sedikit marah, mungkin hari pertama datang bulan kot, campur terbantutlah hajat hati nak mengemaskinikan semula laporan seperti yang dirancang tadi.

“Trek sut aje!”

‘Ooo, dia faham maksud aku tu .... apa ke pakaian yang aku nak pakai ni.....’

‘Ini mesti nak pergi main badminton.Tak pernah diajaknya, aikkk ada pertandingan ke? Nak tunjuk ‘hebat’ ke?. Malam Rabu, haa’a, malam badminton Razman’

Hendaknya kepastian, aku bertanya lagi.....

“Pukul berapa main?”

“9.30!”

“9.30....ni dah 9.00.....sempat ke?”

“Ala.....pukul-pukul aja, bukan lawan pun, bagi keluar peluh!”

“Dah .... cepat!” Arahnya Razman kepada ku.

Maka berlari anaklah aku ke bilik tidur, menukar baju tidur ke blaus merah jambu aras lutut dengan seluar coklat gelap dan pastinya tudung merah jambu berbunga kecil.

‘Siap!’

Kurang sepuluh minitnya aku ke tingkat bawah semula, mungkin derap kaki ku membuatkan Razman berpaling ke ruangan tangga dan seperti sedikit terperanjat wajahnya!

“Kenapa?”

“Cepatnya!”

“Tadi....suruh cepat, merungut pulak .....kan lambat orang tu .... saya juga kena marah!”

 ‘Terlupa nak jenguk anak kat bilik, kan minta Kak Melah, tengok-tengokkan.’

“Ni.... minta Kak Melah ambil Akilah, dah tidur dia ....Cakap sekali kita keluar, lewat malam sikit kita balik....”

Aku angguk sahaja, lalu mendukung Akilah, dibawa ke bilik Kak Melah. Berpesan sebagaimana sepatutnya kepada Kak Melah, aku bergerak ke pintu utama. Bersama dengan beg duit kecil dan telefon bimbit yang diisikan ke dalam satu beg sandang kecil, aku menunggu Razman di halaman rumah.

*****

Razman memecut laju menghala ke Cheras, mungkin kerana waktu yang telah dijanjikan dengan kawan-kawannya hampir tiba, aku diam membisu, tapi terasa cukup sejuk dengan air-cond yang dipasang Razman. Berpeluk diriku sendirian. Tetiba Razman memecah kesunyian di antara kami.

“Apa sal? Sejuk?”

Aku angguk.

“Tu ...ler, orang kata pakai trek sut, dipakai blaus ni .... kan kain ni lembut, cepat sejuk. Kalau T-shirt, lain sikit.”

Aku diam sahaja.

“Ambil jaket hitam, kat belakang tu ....” Razman mengarah, lalu aku menurut sahaja, tanpa sebarang kata.

*****

Kami tiba di lokasi yang dituju, dua puluh minit kemudian, mungkin jalan raya sudah lenggang, jadi tidaklah mengambil masa yang lama ke sana. Menyandang raketnya dan peralatan lain yang patut dibawa, aku menuruti belakang Razman dan apabila tiba aku lihat satu keluarga sahaja yang sedang menunggu. Selepas memberi salam dan salam berjawab serta berjabat tangan  lelaki yang kemudiannya aku ketahui namanya Abang Zaki, Razman menyambung kata, 

“Maaf, lambat sikit ....”

“Iskkk, tak per, kami pun baru jer letak barang ni ha’aa!”

“Ha’aa ... Akak ... apa khabar ?”

“Baik ....” jawab si isteri Abang Zaki.

“Amirah .... tak tidur lagi?” Razman menegur pula si kecil berusia lingkungan  4 ke 5 tahun. ‘Macam rapat aja Razman dengan mereka, aku ... nilah pertama kali jumpa mereka.’ 

“Akak ..... ni Nuraini ...”

“Haaa...comel juga orang ....” Sambil tangannya menghulur kepadaku, lalu ku sambut seketika. Wajah sedikit terperanjat dan senyumnya seperti diada-adakan.

“Dah serasi ke ?”

“Apa yang serasinya kak ...?” Soal Razman semula sambil mengeluarkan raketnya dari sarung.

“Kamu berdua lah ....” 

“Oooo ... lebih daripada serasi kot, sebab nenek dah tolong pilihkan!” dia menjawab seperti menyindir.

“Laaa macam tu lah pulak ...”

“Habis ... tu yang akak tanya ... saya jawablah!” Kata Razman sambil tersengih.

“Kalau akak perjelaskan maksud, baru saya faham ....”

“Haa’a Man, akak kau tu... pakai bahasa bunga-bunga .... cuba ‘direct to the point’”

Kami kesemua ketawa .... dengan gaya jawapan Abang Zaki. Amirah pula terpinga-pinga melihat kami semua ketawa.

“Akak sembang dengan dia dulu ....” Sambil tangan menghala kepadaku.

“Kami main satu pusingan saja. Setakat keluar peluh, kan kita pergi Kedai Mamak!”

Kakak Fuziah membalas senyum dan aku turut tersengih kepada kedua-dua yang bukan pemain kebangsaan negara tu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience