Bab 9c

Family Completed 2610

"Jom ...... Encik Rosmadi ... dah tunggu kat bawah ....”

“Ok ..... jalan dulu .... nanti saya ikut .....” Aku arahkan kepada Suhaila.

Sampai di tingkat bawah, aku lihat Suhaila masih berdiri di hadapan pintu utama pejabat. Melalui pintu cermin itu aku lihat Rosmadi telah pun menunggu di sisi keretanya, sebelah penumpang hadapan ...

“Laaa .... kenapa tunggu, keluarlah dulu ....” Aku menegur Suhaila ...

“Tak apa lah ..... kita keluar sekali ....”

Kemudian kami berjalan beriringan keluar dari pejabat. 

“Nuraini, jom ....” Rosmadi melambai ke arah aku dan seperti menjemput aku duduk di sebelah pemandu. Pintu kereta telah siap di buka olehnya.

“Saya di belakang sahaja lah .... Su kat depan.” Jawab aku sambil mengeleng kepala. 

“Apa hal pulak ? Puan kat depan .... saya di belakang ... tak ada masalah .... sama aje puan, kita akan sampai ke Rawang tu sama-sama aje ....” 

“Tak ada apa .... cuma nya ....” Aku mati akal sekejap untuk memberi alasan bagi mengelak diri untuk duduk di sebelah Rosmadi, membuatkan kedua-dua mereka menunggu dengan sabar alasan yang bakal aku cipta.

“Haaa .... pening sikit laaaaa ...” Melunjur kata-kata ku keluar, membuat mereka berdua terperanjat dengan gaya aku ....

Wajah Rosmadi bertukar sedikit kecewa, tidak segembira tadi .....

“Emm ....apa-apa aje lah ..” Bisik Rosmadi perlahan kepada ku, sambil dia menutup pintu kereta dan berlalu ke arah belakang kereta dan terus ke bahagian pemandu Perdana Hitam 3000. Pastinya Rosmadi tidak mahu mendesak aku, kerana dia tahu akan sikap keras ku dalam sesuatu hal dan kemungkinan aku tidak akan turut serta dalam sesi lawatan kali ini, jika dia bertegas. 

Aku sengih sedikit, macam kera sumbang dan memberi isyarat kepada Suhaila supaya dia duduk di bahagian penumpang hadapan. Suhaila akur dan aku mengambil tempat di bahagian penumpang belakang. 

***

Rosmadi memulakan pemanduan yang memakan masa hampir satu jam lebih itu. Kami diam kelu untuk tempoh lima belas minit awal perjalanan sambil dihiburkan dengan celotoh radio juruhebah TraXX.FM.

“Su .... dah sarapan?” Sepi kami dipecahkan  oleh suara Rosmadi.  

“Dah .... kat rumah .... hari ini mak masak nasi lemak, rajin pulak mak hari ini, biasanya kami makan roti dengan kaya atau mentega aje ...” Ramah Suhaila menjawab.

“Oooo gitu ....Mesti sedap mak masak kan?”

“Oklah ... air tangan ibu ... kata kan ... siap bertambah Su ...pagi tadi ....” Mesra pula Suhaila membahasakan dirinya ‘Su’, tidak seperti biasa ‘saya’, jika berbual dengan Rosmadi. 

“Su ... tinggal mana ? Lupa lah ..... pernah tanya soalan tu ...... tapi biasa lah, tak simpan kat kepala ...” Rosmadi gelak di hujung kata-katanya. 

“Kat Ampang dengan mak dan dua abang .... abah dah lama tak ada .... lebih enam tahun begitu ...”

“Oooo .... gitu ... jauh juga tu ..ke Mont’ Kiara ...”

“Boleh tahan juga lah Encik Rosmadi ....” 

Perbualan mereka terus bersambung dengan pelbagai topik, tanpa mempedulikan kewujudkan aku di dalam kereta berkenaan, terutamanya Rosmadi.  Sekali-sekala ada juga Suhaila menoleh ke arah ku. Kemesraan mereka telah menimbulkan satu rasa yang menyakitkan hati ku. Entah .... geram, marah, sakit hati bercampur aduk dan seperti api kecemburuan juga menjelma di hati kecilku. Ya! Cemburu sebenarnya, melihat begitu ralit Rosmadi melayani perbualan dengan Suhaila dan aku seperti patung boneka. Mungkin Rosmadi agak marah dengan ajakannya tadi, sehingga membiarkan aku sendirian, tanpa bicara ............ 

Aku istigfar di dalam hati, melawan rasa amarah dan memujuk hati agar tenang dalam situasi sekarang. Tidak sama sekali aku perlu menyalahkan Rosmadi ... dia bebas berbual dengan Suhaila. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience