Bab 8b

Family Completed 2610

Jam menunjukkan ke angka 12.10 tengah hari. Masih ada 20 minit untuk bergerak ke Hotel Peninsula. Kedengaran telefon bimbit ku menerima mesej. Aku menyemak telefon bimbit, betul ada mesej …..daripada Razman. Apa hal lah pulak, aku fikir ….janji aku pada dia di Restoran Pizza Hut, tiga bulan lepas, sudah selesai ku tunaikan, baru dua minggu lepas. Pelbagai cara juga aku lakukan agar berjaya, kerana dia sengaja mengelakkan untuk memastikan tujuh malam berturut-turut tidak dapat ‘dilangsaikan’ oleh aku. Dah lah tu …..setiap hari sengaja dia mesej aku …. ‘ingat malam ini!’. Dua bulan dua minggu dia ganggu aku dengan mesej tu …. Kalau kira bukan suami, mahu aku buat laporan polis ….. Sabar sungguh aku melayani keranah cucu kesayangan Tok Mekbah ni!.

‘Sekarang di mana?’

‘Pejabat.’

‘Jom makan tengah hari.’ 

Alamak ….. sudah! …. Sejak dua jam tadi … berangan aku makan di hotel dengan rakan-rakan sekerja. Sudah agak lama kami tidak keluar makan jauh dari sekitar bangunan pejabat ini. Paling akhir ialah lebih lapan bulan lalu, di sebuah restoran mamak, yang mana kaki ku tersangkut di dalam longkang dan membuatkan aku terpaksa mengambil cuti sakit hampir seminggu. Apa yang nak aku balas mesej Razman ni ya? Nak ikut Razman ke …. nak ikut kawan-kawan? Sedang aku tengah berfikir-fikir tersebut, mesej di terima lagi.

‘Jom makan tengah hari.’ 

Razman fikir aku tak terima mesej tadi agaknya, jadi dia hantar mesej sama kali kedua. 

Fikir punya fikir, aku membuat keputusan mengikuti ajakan seorang lelaki bergelar suami. Lagi pun sekarang hampir waktu rehat, jadi suami boleh kuutamakan. Di tambah dengan ingatan ku semasa mendengar syarahan agama daripada seorang ustaz terkenal tanah air di Masjid Wilayah Persekutuan, suami perlu didahulukan dalam apa jua keadaan. Satu firman Allah yang aku ingati : 

Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (Surah Al-Baqarah : Ayat 228). 

Itu sahaja yang boleh kufikirkan saat itu. Kawan-kawan bolehlah ‘di tolak tepi’ seketika. Jadi aku membalas mesej Razman dengan ayat : ‘Ok, sampai depan pejabat, tolong mesej atau telefon saya. Nanti saya turun.’

Tiga puluh saat sahaja berselang, mesej baru di terima : ‘Saya di depan pejabat, sila turun!’

Alahai …. Rupanya dia sudah menunggu di depan pejabat sejak tadi. Nasib baik lah aku terima pelawanya, kalau tidak ‘kantoi’ juga aku untuk bersama-sama rakan tadi, di depan Razman. Apa-apa pun aku berlari ke bilik air dulu, untuk mencuci sedikit muka, menyapu bedak di muka dan mencalit pemerah bibir yang cukup nipis. Keluar dari bilik air aku berselisih dengan Rosmadi, mungkin dia juga ingin ke bilik air. Dia melemparkan senyuman dan berkata kepada ku,

“Dah siap ke?” 

“Haa’ahh …” Aku pun tak sampai hati nak maklumkan yang aku tidak dapat turut serta ke majlis makan tengah hari itu kepada Rosmadi. Pasti dia berkecil hati, sebab sebelum ini dia ada mengajak aku beberapa kali makan tengah hari bersama-sama, tapi aku tolak dan acapkali juga aku berkata kepada nya, ‘jika makan kat hotel saya ikut’. Jadi mungkin makan tengah hari kali ini atas sebab ayat ‘main-main’ aku kepadanya. Namun bagaimana bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Serba salah aku dalam hal ini, meskipun aku telah memutuskan untuk mengikuti Razman.

Berlari-lari anak aku ke meja Kak Ruby. Kak Ruby sedang sibuk menghias wajah dengan bedak, pemerah pipi dan berlipstik.

“Akak …. Maaf tak boleh ikut, Razman dah tunggu di bawah, ajak makan kat luar!”

“Laa …. kau ni Ain …macam-macam lah, habis satu kerusi lagi tu … siapa nak duduk?”

“Akak …. Ajak Suhaila ke …. Yusri ke …. siapa-siapa aje yang akak berkenan.” Aku gelak kecil melihat Kak Ruby sedikit marah kerana aku tidak jadi mengikuti mereka. Melihatnya begitu, aku berkata ….

“Sabar akak ….. nanti lain kali saya ikut …ya …. maaf ….. maaf sangat …”

Aku berlalu pergi ke bilik, tanpa menunggu jawapan Kak Ruby, mencapai beg tangan, mengunci pintu bilik dan menuruni tangga sahaja kali ini. Apabila aku memusingkan badan sebelum menjejak anak tangga, aku lihat Kak Ruby berdiri bercekak pingggang memandang ke arah ku. 

*****

Sampai di pintu utama pejabat, aku lihat Razman sedia menunggu aku di dalam kereta, bertentangan dengan pejabat. Membuka pintu, memberi salam dan juga meminta maaf atas kelewatan aku. Razman menjawab, “Tak ada masalah …. Saya sedia menunggu kekasih hati, biar pun bintang jatuh berguguran.” Entah ke jenis apa madah berhelah yang Razman katakan …. aku buat tak peduli. 

“Kenapa masam?” kereta telah meluncur laju meninggalkan bangunan Merak Holding Sdn. Bhd. Aku tidak menjawab, tapi memandang Razman dengan memberikan senyuman yang dibuat-buat. 

“Comel lah tu …” Razman menegur ku. 

“Emm …. saya tahu … tak jadi pergi ‘dating’ dengan mata air ya?”

Dummm …  tersentap lagi jiwa ku kali ini ….apa ni …. Razman, asyik mengenakan aku sahaja, dah lah tu …. hampir ‘terkena’ pulak. Pelik betul lah …. Razman ni … jenis ada deria yang ke lapan belas ke? Aku tetap memaniskan muka secara terpaksa.

“Tak apa … tak apa, esok boleh keluar lagi kan? Hari ini dengan saya … tapi ingat … keluar lebih dari berdua, kan jenuh nak menanggung dosa.” Lantas Razman mencubit dagu ku yang kemudian berusaha pula untuk menarik aku ke dalam pelukan nya.

Aku berusaha untuk mengelak diri berada dalam pelukannya sambil berfikir, apa ke makna kata-katanya tu? Membenarkan ke Melarang atau Amaran?  

Kereta meluncur laju, memintas beberapa buah kereta lain. Razman memandu ke destinasi yang dirancangkannya. Perjalanan kami tidak lama, Razman menyerahkan kunci kereta kepada penjaga kunci di pintu masuk hotel dan mengiringi aku ke lobi utama Eastin Hotel, tempat resepsi perkahwinan kami lebih sepuluh tahun lalu. Tangan aku ditariknya dan jari kami bersatu, di bawa aku ke dewan makan. 

Tiba di dewan makan, Razman memaklumkan sesuatu kepada pekerja di situ dan kami di bawa ke satu meja, dua kerusi. Aku duduk selepas Razman menarik kerusi untuk ku dan mempersilakan aku duduk. Seketika kami duduk, pelayan datang membawa jus oren, diikuti menu-menu lain yang sudah pasti di tempah khas oleh Razman. Ketidakselesaan hati ku tadi menjadi tenang selepas menatap sekuntuk ros merah di atas meja dan menikmati alunan muzik romantik alunan dari Tanah Arab. Agak lama kami menyepi diri, hanyut dalam mainan minda sendirian. Aku makan perlahan-lahan dan menikmati sepenuhnya makan kegemaran ku pada tengah hari itu. Baru aku sedar Razman mengetahui banyak benda berkenaan apa yang aku suka dan sebaliknya. 

Tinggal menu terakhir yang belum di bawa keluar oleh pelayan untuk kami berdua. Razman mengeluarkan sesuatu dari poket kot nya. Satu kotak berukuran  30 x 10 cm, berbalut kertas perak.

“Ain ….” Aku mengangkat kepala memandang Razman bila nama ku di panggilnya.

“Saya ada sesuatu untuk awak, harap sudi terima. Saya tak tahu nak belikan apa. Agak lama saya berfikir, hadiah apa yang sesuai untuk ulang tahun ke – 33 awak.” Razman menghulurkan kotak kecil itu kepada ku. Aku menyambutnya. Menatap kotak kecil itu agak lama, lalu Razman menarik tangan ku dan mengenggam jari jemari ku. 

“Maaf …. Lebih sepuluh tahun kita bersama, inilah kali pertama saya memberikan hadiah kepada awak …..Maaf banyak kesilapan saya terhadap awak …” Aku diam, mengeleng tidak, mengangguk pun jauh sekali. 

Terharu juga aku mendengar kata-katanya, apa lagi bila melihat mata Razman kemerahan menahan sebak di hatinya. Pun begitu aku mengambil sikap tidak peduli. Kekecewaan aku terhadap sikapnya yang selalu membiarkan aku ‘berdikari’ sebagai isteri dan ibu lebih pedih rasa kelukaannya. Hanya tuhan yang tahu. Sikapnya itu secara perlahan membuatkan jiwa ku mati terhadap Razman. 

“Ain ….saya tahu saya telah kecewakan hati awak …. semenjak kita bertunang lagi, sungguh salah saya …. saya baru terima hakikat jodoh kita ….. apa pun bagi lah peluang untuk saya menebus dosa-dosa lama terhadap awak …..”

“Ain …. Awak dengar saya cakap?” Razman bertanya begitu, mungkin melihat aku kaku tak bergerak. Akhirnya aku anggukkan kepala. Tanda mendengar apa yang dikatakan. 

Razman meleraikan jari jemari kami yang bersatu, kami diganggu seketika oleh pelayan yang menghantar menu terakhir chocolate chess dessert dan membawa sekali bil bayaran, seperti mana arahan Razman.

Aku senyum, bukan apa …. sebab tengok kuih tu …. memang ia menjadi kesukaan aku yang teramat sangat, semenjak kecil lagi. Teringat pula kepada mak, kerana mak sanggup masak untuk aku jika aku merenggek hendak makan kuih itu. Iskk … aku ni pun satu, cik abang tengah duk berjiwang, aku tukar minda ke arah lain. Hehe … aku gelak dalam hati sendirian. Aku akui Razman hanya pernah menghadiahkan baju tidur merah jambu selepas selepas sebulan kami berkahwin dan ini adalah hadiah yang kedua ku terima daripadanya. Urusan rumah tangga yang lain terutama barangan dapur diserahkan belanja kepadaku sebulan sekali, jika tidak cukup pandai-pandailah aku menampungnya. Nasib baik rumah rumah di Bukit Damansara itu hadiah abah kepada kami, tiada sebarang bayaran dibuat. 

Razman mengambil semula kotak itu, dia membukanya dan seutas rantai emas dikeluarkan. Terluncur laju aku berkata, “Cantik …..”

Memang cantik, cukup memenuhi citarasa aku. Sudah agak lama aku ‘mengidam’ hendak belikan rantai tangan, belum kesampaian hinggalah ke hari ini. 

“Suka?”

“Haa’aa …. Boleh … Cantik …” Razman cuba menyarungkan rantai tangan itu ke tangan ku. Teruja aku memiliki rantai tangan dengan beberapa biji berlian di sekelilingnya. 

“Terima kasih!”Aku senyum.

“Tak nak masuk pejabat ke? Dua lebih dah ni ….” 

“Ooo ya …. Sekejap boleh? Nak makan ni  dulu ….”

“Tak ada hal …. Saya sedia tunggu untuk kekasih hati.” 

“Tak ada kuliah sebelah petang ni ?”

“Pasti ada …. Tapi demi kekasih hati, saya sedia menunggu …”

Adusss dia ni … buat hal lagi … kenapa ya … semenjak akhir-akhir ini Razman cuba bermesra dengan ku lebih daripada kebiasaan? Apakah dia telah ‘menguburkan’ ingatannya kepada seseorang dan mula menerima aku sebagai isteri? Kalau itu hakikatnya …. begitu lama Razman melempiaskan rasa kekecewaannya. Jadi sakit Razman bukannya sedikit, mesti pelbagai jenis ubat di telan untuk membaik pulih jiwanya yang rosak. Atau aku yang tidak mengambil peduli tentang kewujudan Razman selama ini dalam hidup aku? Kekeliruan aku menular semula dalam jiwa, 

“Pukul berapa kelas?”

“Tiga …”

“Tiga … alamak … tak lama lagi …. maaf, jom lah …”

“Taka pa … saya dah hantar mesej ke ketua pelajar, lewat 30 minit ..”

Aku dan Razman bangkit bersama, kami beriringan lagi keluar dari dewan makan ke lobi hotel dan bergerak pulang ke pejabat ku. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience