Bab 12d

Family Completed 2610

*****

“Ada apa Ain?” Razman mendongak kepala ke arah ku dan aku semacam duduk terjelepuk di atas katil. Setenangnya ………aku menjawab.

“Sahabat saya … telah tiada ……….”

“Siapa ……….? Innallillahi Wainailaihi Rojiun.”

“Emmm……. Rosmadi …..”

“Oooo …. Lelaki …itu …!!” Ada sedikit nada suara Razman yang sukar aku perjelaskan, marah, geram atau bersimpati, seakan bercampur-baur sebenarnya! Razman menghampiriku, lalu duduk bersebelahan ku. Perlahan dia mengangkat wajahku dengan tangan kanannya dan merenung mata ku, yang sudah pastinya berlinangan air mata.

“Kalau Ain bersungguh dengan dia tempoh hari, saya sanggup undur diri….” Dia masih ingin berjenaka kasar atau serius, aku kurang pasti.

Namun aku memang terkejut mendengar kata-kata Razman itu. ‘MasyaAllah begitu dayus nya Razman sebagai suami ku …’ telahan hati kecilku. 

Meskipun aku tidak mengucapkan sebarang kata-kata, pastinya wajahku bertukar kelat dan itulah kelemahan diriku, yang cukup tidak pandai menyembunyikan rasa hati, melalui wajah. Segera ku menghala ke jendela dan melihat laman di luar yang terlindung dek pohon mangga yang berbunga lebat. Sepi seketika dan muncul diingatanku persoalan ini …

“Oooo … jadi awak tak kisah, kalau saya ‘tinggalkan’ awak …. ?”

Sepi …..

Sekian lama mencari jawapan, Razman berkata mendatar. “Saya pasti …Ain takkan tinggalkan saya ….Ain seorang wanita yang baik untuk saya …” 

“Saya tahu ..Ain sayangkan saya?”

“Sayang?” Aku bertanya ..seperti sedikit mengejek ..

“Siapa kata saya sayang kan awak? Tanpa sedar, aku mengangkat suara dalam nada agak tinggi kepada Razman 

“Saya sekadar melaksanakan tanggungjawab … cinta atau sayang …bukan lagi soal pertama …” 

Ego aku sebagai wanita juga tercabar dengan persoalan itu …

Sepi lagi …..

“Ya … aku akui …. tanggungjawab adalah sebab …. aku juga teruskan perhubungan ini …”

Tanpa aku sedar, Razman telah pun berdiri dibelakangku dan bahuku disentuhnya lembut …

 “Ain …. Sebenarnya, saya tak akan lepaskan Ain kat siapa-siapa pun!” Sayu suara lembut membisik ke telingaku.

‘Mengapa Razman berdolak-dalik begini …Apakah aku ini saya sebijik bola yang rasa mahu disimpan, diletakkannya di dalam stor, mahu ditendang, dibawanya ke padang?’ Bisikan kecil dihatikan bersuara sendirian. 

Aku tetap membisu ….

“Saya tak kan benarkan sesiapa mengambil awak dari saya, seperti janji saya dengan Tok Wan dulu-dulu.”

Aku tetap membisu dan Razman merangkul pinggangku erat, aku membiarkan sahaja, tanpa apa-apa perasaan.

“Saya tahu Ain …. Sakitnya perasaan, bila kita tidak bersama orang yang kita cintai. Aku memahaminya dulu, aku mengalaminya dulu, aku mengenangnya dulu …..”

Aku membiarkan Razman bersuara …

“Silap aku …. Membiarkan dia diambil orang!” Dia sudah membahasakan dirinya .. ‘aku’ pula.

Mendengar dia membuka kisah silam secara tiba-tiba, aku bersuara untuk mendapat kepastian.

“Masih menyayanginya?” Entah cemburu atau apa … aku tidak pasti, mengapa soalan itu terpancul keluar dari mulutku.

“Dia telah pergi menemui penciptaNya …. Selepas melahirkan putera sulung.”

Terasa lega hati aku sebagai seorang isteri, maksud mungkin …aku tiada persaingan …barangkali. Kecelaruan hati sendiri, sukar aku memahaminya ketika itu.

“Mengapa tidak berusaha mendapatkan dia …. sebelum itu?”

“Itu … yang aku fikirkan selama ini ……. Begitu lama Ain, dan aku percaya takdir Allah mengatasi segalanya. Kita percaya bukan …Rukun Iman yang terakhir, percaya ke Qadaq dan Qadar. Sama macam hubungan kita sekarang ini, Ain …

‘Kita teruskan mana patut, terutama soal tanggungjawab untuk anak-anak. 

Aku membisu semula, hati kecilku mengakui kata-kata Razman itu. 

“Sebab itu …. Saya faham masalah, Ain … faham sangat .. cinta dua manusia lelaki dan wanita itu … adalah Anugerah Allah. Tidak semua manusia yang berlawanan jantina dengan kita, yang kita jumpa, akan terbit dan tersemat perasaan itu di hati kita. Itulah ajaibnya kuasaNya, menciptakan perasaan manusia, sebegitu rupa!” Razman berkata dengan tegas. Aku bersetuju dengan mengangguk perlahan.

“Kalau … Ain nak ziarah jenazah, saya temankan …..”

Aku mengelang kepala, masih ada butir jernih mengisi ruang kelompak mata ku … aku sedih bila terkenangkan Rosmadi.

“Kita doakan dia ditempatkan dikalangan solihin. Sabar lah ….. setiap yang hidup …..pasti menemui penciptaNya. Hanya cepat atau lambat sahaja, penentunya.” Mendatar suara Razman kepada ku.

Aku sekadar mengangguk perlahan.

“Mau saya teman awak untuk ziarah?” Ditanyanya lagi.

“Emm ….tak mengapalah, kalau saya ingin pergi, saya akan mengajak Kak Nora bersama-sama. Lagi pun kedai tu … dekat aje dengan masjid …..Cuma mohon izin dari abang … tak jauh kedai dengan masjid tu …..”

Habis aku berkata-kata, terdengar suara Azlan memanggilku ….

“Mama …. Mama …cepatlah, kita dah lewat ni … !!”

Oppps, aku memerhatikan jam dinding, Razman yang berpelikat, bersiap mana patut, lalu turun ke tingkat bawah. 

Dalam hati yang berdolak-dalik untuk menziarahi atau tidak keluarga Rosmadi, akhirnya, aku mengambil keputusan untuk pergi dan alhamdullilah, Kak Nora bersetuju menemaniku. Kami tiba di masjid, ketika solat jenazah telah pun selesai dan mereka akan bergerak ke tanah perkuburan. Kesempatan menemui Mak Zainab, memberikan ruang untuk aku titipankan rasa kesedihanku dengan mengucapkan takziah dan semoga dia tenang menghadapi ‘kehilangan’ Rosmadi, yang pasti anak kesayangannya. Aku tidak turut serta ke tanah perkuburan, sebaliknya menyambung tugas membantu Kak Nora di kedai dengan menyibukkan diri, adalah terapi untuk aku melupakan masalah yang dihadapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience