Bab 7f

Family Completed 2610

Mengikut sahaja arahannya supaya aku meninggalkan kereta di tempat parkir dan pulang dengan menaiki keretanya. Razman berjanji menghantar aku ke pejabat esok pagi. Kami memasuki kereta Honda milik Razman yang di parkir menghadap pintu utama pejabat. Maklumlah waktu sudah malam, amat mudah sekali mendapatkan mana-mana lot parkir berbeza pada waktu siang hari. Mengerakkan keretanya perlahan-lahan dengan diiringi lagu Celine Dion. Aku sudah ‘mengcopkan’ Razman seorang yang amat fanatik terhadap artis berkenaan terutama lagu ‘My Heart Will Go On’. Lebih sepuluh tahun kami sebagai pasangan suami isteri, lagu ini selalu mengiringi perjalanan kami ke mana-mana sahaja, sekiranya kereta Razman digunakan. Mungkin ada rahsia di sebalik lagu itu dalam hidup Razman yang tidak berjaya kuselongkarkan. Aku tidak akan berusaha membongkar kisah hidupnya yang lalu. Biarlah ‘rahsia’ nya terpendam di hatinya, asalkan Razman bahagia dengan apa yang dilalui kini, itu pegangan ku saat ini. Bagi aku, Razman berhak ‘melayani’ masa silamnya, tanpa dia merosakkan masa kini dan hadapannya.

“Siapa bagi hadiah?” Tangan Razman berusaha membuka tali leher yang dipakainya.

“Kawan ….” Aku jawab dalam nada penuh ketegasan.

“Istimewa ke?”

“Emm … kawan!” Aku jawab lembut.

“Tak lebih daripada itu?”

“Emm … kawan lah! ” Ku jawab perlahan.

Ketika itu juga kedengaran mesej baru kuterima melalui telefon bimbit. ‘Rosmadi!’

“Assalamualaikum ….Masih di pejabat?”

“Waalaikummussalam ….Sudah keluar.”

“Ok….hati-hati!”

“Terima kasih …..”

“Siapa tu ?”

“Kawan …..”

“Asyik-asyik ….kawan …. kawan …., apa dia nak?”

“Tak ada apa …. Tanya khabar ajer…”

“Bagusnyaaa kawan …..Ok …. Kita pergi makan ….” Ucapnya dengan wajah yang agak tegang, sambil bersiul-siul kecil …

“Oooh, patut lalu jalan ni …. ingat nak ke mana tadi …” Aku membalas kata.

“Ingat saya nak culik ke? …. Iskkk mana ada …. Awak dah dalam genggaman saya!” Razman berpaling seketika kepada ku sambil melemparkan senyuman yang dibuat-buat. Tersentap lagi aku dengan kata-kata Razman tersebut, terutama perkataan ‘genggaman’ yang sengaja diucapkan dengan nada kuat. Aku membalas kata sebaiknya … tanpa menunjuk riak tidak menyenangi ucapan itu, cukup bersahaja, meski pun hati ku sebenarnya amat tidak menyenangi apa yang Razman katakan, namun aku mengawal keadaan diri ku seadanya agar emosi sebenar aku terpancar di mata Razman.

“Kan biasanya …. jalan pulang ke rumah kita lalu ikut sebelah sana, tak lah lalu jalan ni …. tu pasal saya cakap macam tu tadi ….”

Razman tidak membalas, dia memberikan tumpuan kepada pemanduan. Itulah sikap Razman yang selalu menimbulkan rasa tidak puas hati ku terhadapnya. Sering kali terjadi perbualan yang tidak di sambut balas oleh Razman yang pada aturannya sesuatu perbualan perlunya ada jawapan atau balasan kata. 

Razman memarkir kereta agak jauh dari deretan bangunan yang berada di Bandar Pusat Damansara itu. Mengangkat brek tangan, mematikan injin, lalu membuka pintu keretanya, Razman berlari-lari anak di hadapan kereta. Berfikir juga aku, apa yang tak kena dengan bahagian depan atau injin keretanya. Opps tak sempat membuat andaian yang lebih jauh, Razman membuka pintu kereta sebelah tempat duduk ku. Oooo itu ke tujuannya, hati ku mentafsirkan tindakan Razman atas apa yang sedang dilakukan. ‘Nak bukakan pintu untuk aku lah pula … tak pernah dibuatnya …. Sabar ajer lah wahai Nuraini … layan’ … getus hati kecil ku sendirian. 

Seraya membuka pintu, Razman berkata “Sila keluar … kekasih hati ku!” Tersentap lagi aku bila disebutnya ‘kekasih hati ku’. Kalau Razman tu kawan aku, dah aku kutuk dia dalam bahasa agak kasar ‘bengong’, dek sebab dia berstatuskan ‘suami’ ku, jadi ku diamkan sahaja. Mengikuti sahaja apa yang dilakukan terhadap ku. Kami bergerak lebih lima langkah dari kereta, Razman mengunci kereta melalui alat kawalan di tangannya, diikuti melintas jalan beriringan.

“Jomm …” Ajak Rosmadi selepas jari ku di tarik kemas ke dalam genggamannya. Betul, tindakan dia ini pun menambah kekeliruan aku terhadapnya. Percaya atau tidak kami tidak pernah berpegangan tangan sebegini di tempat awam sepanjang perkahwinan kami. Aku senang sekali, cuma agak janggal! Sebagai wanita aku akui inilah yang didambakan dalam kehidupan berpasangan semenjak awal dalam perkahwinan. Hati kecil ku bersoal jawab lagi …. ‘Aahh kenapa Razman bersikap demikian baru sekarang terhadap ku? Adakah dia bermimpi sesuatu malam tadi sampai begini sekali tingkah lakunya terhadap ku?’

“Nak makan apa?” Razman membisikkan soalan tersebut ke telinga ku. Pinggang ku juga telah dirangkul kemas seperti tidak mahu dilepaskan. Apatah lagi adanya satu pasangan warga Inggeris berjalan di hadapan kami dan berperilaku ‘romantik’. Razman meniru segala yang dilakukan oleh lelaki Inggeris itu terhadap pasangannya. 

Aku membalas soalannya dengan juga bertanya.

“Mengapa begini …. Malu lah saya …..” Juga berbisik ke telinganya.

“Tak ada siapa yang peduli ….. cuba tengok orang kat depan …. lagi lebih-lebih apaa …”

“Itu mereka …. bukan kita ….”

“Sama saja …. awak …. milik saya tau …” Bertambah ‘melampau’ Razman memperlakukan aku. Nasib baik lah waktu sudah agak lewat malam, dan yang kelihatan adalah non-muslim berada di persekitaran tersebut. Razman menarik aku berjalan dalam pelukannya dan bau wangian badannya amat ketara pada hidung ku. 

“Pizza …. ok?”

Aku angguk sahaja, aku rasa amat segan juga walau pun yang ada di sekitar kaki lima bangunan itu adalah kebanyakannya bukan beragama Islam pada pandanganku. Kami tiba di pintu utama Restoran Pizza Hut setelah berjalan lebih 100 meter dari tempat parkir. Bagi aku Razman sengaja memarkir kereta agak jauh dari restoran berkenaan sedangkan aku dapati banyak lot-lot parkir tidak diisi dengan sebarang kenderaan pun pada waktu itu di hadapan restoran.

Disambut dengan senyuman jejaki muda di hadapan pintu masuk dan dia mempersilakan kami di suatu tempat yang agak tersorok daripada kedudukan umum. Mungkin pelayan itu telah memerhatikan kami sejak sekian lama dan mempersilakan kami ke ruang yang agak istimewa khususnya bagi ‘pasangan kekasih’. Razman melepaskan rangkulannya dari ku dan menarik kerusi untuk ku duduki. 

Menunggu tempahan makanan dan minuman tiba, Razman memerhatikan keseluruhan wajah ku. Aku berasa rimas kembali. 

“Ada apa yang tak kena?” 

“Tak …. emm … siapa bagi hadiah tadi?” 

Ya Allah …. Razman masih ingin tahu berkenaan perkara itu. Ingatan ku kembali semula kepada barang yang kami berebut untuk diambil tadi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Aku menatap wajah Razman dengan gaya mohon simpati, lalu aku berkata kepada nya ….

“Boleh tak …. Saudara Razman tidak bertanya lagi soalan itu kepada saya, Puan Nuraini.” Sengaja aku menyebut ‘Puan Nuraini’ untuk menunjukkan aku hak milik orang, bukan anak dara yang sedang dalam proses pikat-di-pikat oleh teruna.

“Sekiranya … pihak saya ingin mengetahuinya …. Apa kah ianya suatu yang amat bersalahan dengan hukum karma?” 

Aduhhh …. aku tiada idea membalas kata-katanya. Akhirnya aku menjawab juga ….

“Tiada salahnya …. Tapi saya rasa tidak begitu penting untuk diketahui …..”

“Baikkkk ! … kalau itu jawapannya, awak perlu patuhi syarat saya …. ?”

“InsyaAllah … jika saya mampu melakukannya.” Aku menjawab tenang. 

“Ok …” Razman bangkit sedikit dari tempat duduknya, membongkak badan dan membisikkan sesuatu ke telinga ku. MasyaAllah, terpana aku mendengar permintaan Razman di telinga ku. Pastinya wajah ku bertukar warna ke merah menyala, bukan lagi merah jambu. Mahu rasanya aku menerajang Razman ketika itu, namun dikenangkan jua dia berstatus suami kepada ku, hendak tak hendak aku terus mendiamkan diri, hampir beberapa minit. 

Razman tersenyum seperti mempersendakan diri ku. Geram dan meluat, timbul juga rasa geli hati dengan permintaannya menjadikan aku seperti kayu keras duduk membungkam. Aku tahu permintaan itu tidak salah sebagai mana hak nya sebagai suami.  

“Macam mana boleh?” Razman menunggu jawapan balas atas permintaannya. Aku diam lagi. 

“Kalau tak boleh …. Saya nak tahu siapa yang bagi hadiah tu ….” Aku fikir beberapa kali, ala … perkara biasa, boleh aku lakukan ….. lebih baik dia tidak tahu siapa pemilik hadiah itu, sebagaimana harapan awal ku bahawa sekiranya aku menggunakan hadiah pemberian Rosmadi, Razman tidak perlu mengetahuinya. Muktamad, tegas hati kecil ku.

“Emm …. Boleh, Pasti boleh!” Jawab aku perlahan tapi tegas… sambil menundukkan wajah dan menyuapkan kepingan pizza yang telah dikecil-kecilkan. 

“Ok … Janji?”

“Ya … janji!” Balas aku dengan mengangkat muka memandang ke arah Razman untuk membuktikan aku bersetuju dengan permintaannya. 

“Emm …. hebat ya …. sanggup begitu …. demi merahsiakan pemilik hadiah ….. hebat … hebat …” Sengaja Razman berkata begitu demi melihat aku rasa bersalah atas sikap ku merahsiakan pemilik hadiah.

“Saya juga ada syaratnya …..” Razman angguk kepada ku seperti bertanya … apa syarat nya?

“Emm …. Jangan tanya lagi siapa yang berikan hadiah itu ….”

“Ok … setuju …. tetapi selepas kesemua permintaan saya di tunai, jika tidak … saya boleh bertanya bila-bila masa yang saya mahu ….. faham?” Kata Razman bagaikan dia sedang mengajar pelajar-pelajarnya di kuliah. Dia memerangkap aku lagi …. memang dia cukup bijak! Oooo bagaimana harus aku lunaskan permintaan Razman, tanpa kerjasama baik daripada nya … Satu masalah lagi timbul, aku fikir … jika aku bersetuju dengan permintaannya tadi, sudah tiada perkara lain berbangkit. Cekap Razman bermain kata-kata.

Aku terus mendiamkan diri, menelan bubur ayam kegemaran ku tanpa nikmat yang sebenar. Ku lihat Razman senyum panjang atas kemenangannya ‘memerangkap’ aku melalui kata-kata!

Sabar lah wahai hati …. Aku memujuk hati ku sendiri … insyaAllah mesti ada jalan penyelesaiannya. Aku mengharapkan pertolongan Tuhan, agar permintaan Razman diselesaikan dengan jayanya. Aku memasang niat untuk melakukan apa cara sekali pun, asal permintaan Razman itu dilangsaikan dalam masa terdekat.

“Ingat tujuh malam berturut-turut ….. Malam ini kita mulakan misi nya, mau?”

Ya Allah, sengaja sungguh Razman cuba menaikkan rasa amarah ku. Aku tidak mengambil peduli kata-katanya itu dan cuba memandang ke sekitar kawasan dalam restoran. Memberikan perhatian kepada hiasan dinding, beberapa pelanggan muda yang masih bersukaria di satu sudut. Pelayan restoran yang sibuk mengemas untuk persediaan menamatkan perniagaan mereka.

“Ok …lah …. Kita cerita lain ya sayang?” 

Haa’aa ‘sayang’ pula kali ini ….. apa-apa aja lah Razman, hati kecil ku berkata-kata.

“Nak cerita apa ya?” Dia cuba menunjukkan sikap kebudak-budakkan pula bagi menarik perhatianku. Aku tetap memerhatikan suasana persekitaran. 

“Ok …lah, kalau dah nak mula merajuk, baik kita balik ….. kan lewat pula tidur, esok nak pergi kerja lagi … kan?” “Nanti tertidur di pejabat, tak sempat dating makan tengah hari dengan cik abang.” Aduss parah betul, dia kenakan aku cukup-cukup. Bibir ku memuncung panjang sehasta. Geram dan sakit hati dengan cara Razman menyakat aku. 

Razman memanggil pelayan, menghulur duit RM50.00 dan berdiri. 

“Jom ….” Dicapainya tangan ku dan disilangkan tangan kanan ku ke tangan kirinya, menarik aku untuk bergerak mengikut langkahnya. Hampir tiba di pintu utama, pelayan menyerahkan beberapa keping duit kertas sebagai baki dan Razman menyambut sambil mengucapkan terima kasih. 

Kami berjalan beriringan dan Razman masih kemas mengenggam jari ku sehinggalah ke pintu kereta. Selepas itu, kereta Razman bergerak perlahan. Razman tidak membawa aku terus pulang ke rumah, sebaliknya dia memandu ke beberapa lokasi dengan tujuan tidak jelas. Aku tidak faham, tapi sekadar mendiamkan diri, melayani lagu-lagu romantik yang disiarkan dan celotoh juruhebah Sinar.FM melalui corong radio. Kami tiba di rumah, hampir melewati angka 1.00 pagi. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience