Bab 10c

Family Completed 2610

Razman meneruskan pemanduannya, 15 minit kemudian, kami tiba di hadapan pejabat Merak Holding Sdn. Bhd. Aku mengeluarkan beg-beg ku di tempat duduk belakang dan menutup pintu. Kembali mengadap Razman di tingkap kereta sebelah pemandu, Razman berkata, 

“Nanti telefon Kak Melah, minta dia kemas baju dan lain-lainnya. Cakap kita pulang seminggu ke Yan..” Aku angguk.

“Jam 1.00 nanti, saya ambil awak kat sini .....” Aku angguk lagi, lalu menarik tangan kanan Razman yang sedang memegang stereng kereta, aku salami dan mencium tangannya serta bergerak terus ke pintu pejabat ...... tanpa sepatah kata.

*****

Kami tiba di Yan .... hampir Isyak ....terlewat sedikit daripada waktu kebiasaan kerana kerap kali berhenti di tempat R&R, juga ada kemalangan yang mengakibatkan lebuh raya Utara Selatan menuju utara, sesak teruk. 

Aku lihat rumah Tok ada beberapa tetamu .... saudara mara dan jiran tetangga datang menziarahi Tok. Pak Lang dan Mak Lang sibuk melayani tetamu, terutama menyediakan hidangan. Tok nampak gembira sangat, melihat Razman ... barangkali! ... sakitnya tidaklah begitu ketara. Hati kecil aku masih tetap ada perasaan negatif terhadap Tok. 

‘Tok ni ... saja jer ...buat-buat sakit ... nak kami jenguk dia ....’ 

‘Sabar .... sabar Ain ..... Tok memang sakit ... nak tengok hang berdua .... mungkin ini kali terakhir ...’ Jiwa baik ku memujuk diri .....

*****

Malam telah masuk fasa pertengahan. Badan terasa amat penat. Mengenangkan Mak Alang yang perlu mengemas di dapur keseorangan, aku gagahkan diri membantunya mengemas. Anak-anak telah lena dibuai mimpi bersama-sama Kak Melah. Razman juga pastinya lena di bilik Tok. Katanya biarlah dia teman kan Tok malam ini, dia menyuruh Pak Alang balik sahaja ke rumah. Dia tahu sudah banyak hari Pak Alang dan Mak Alang silih berganti, berjaga malam menemani tidur Tok. 

“Ain .... berapa hari kat sini?” Mak Alang memula bicara, bila kami tinggal berdua di dapur.

“Habis lah seminggu ni .....”

“Panjang juga cuti nya ....”

“Alhamdullilah .... bos bagi .... lagi pun dia faham juga ... dia pun ada keluarga ... anak-anak ..”

“Baguslah kalau bos macam tu ... tak tertekan kita kerja ... faham-faham masalah orang bawah..”

“Gitulah Mak Lang .... emmm Tok tu .. dah berapa lama sakit sebenarnya?”

“Masuk ni ... dah hampir tiga minggu ... dah hantar ke klinik .... doktor kata demam biasa ... tak ada apa-apa masalah. Tapi tu ... bila tidur asyik meracau ajer ... panggil nama Man ... nama Ain ... Mak Lang jadi tak sedap hati .... tu pasal telefon hang berdua ... belah pagi tadi. Syukur hang berdua jadi balik.”

“Yang lain .... dah tahu pasal Tok?”

“Mak, abah hang memang dah tahu ... dia orang selang dua tiga hari ke sini ... mana jauh benar rumah abah hang tu .... lebih kurang tiga kilometer ajer .. Mak Ngah hang ... balik dah hari minggu hari tu ... dua tiga hari gak lah di sini. Cumanya mama si Man tu .... tak mai .... yer lah ... susah nak jalan jauh kan .... sakit macam itu .... dia adalah berbual-bual dengan Tok hang .. dua tiga kali dah .... kalau tak malam ... belah pagi telefon lah ... sembang-sembang dengan Tok.”

“Mak Lang ada lah dengaq ... kalau Mak Su .... tak balik ... Tok kata .. tak per ... Tok faham ... Tok maafkan Mak Su hang .... Tok boleh kata ... dia halal segala makan minum mak mentua hang tu ... sejak lahir hingga tua lah!”

“Iskk .... Mak Lang ni ... sampai jauh situ pulak ... cakapnya ...”

“Iya ... Mak Lang ... habaq kat hang ... apa yang Mak Lang dengaq ... tu ajer ... tak ada niat lainnya..”

Pinggan mangkuk siap telah kami basuh dan lap .... dah tak ada apa lagi nak buat .... ngantuknya aku hanya Tuhan ajer yang tahu.

“Hang pi tiduq lah Ain .... Mak Lang balik sat lah ... esok pagi Mak Lang datang lagi ....”

“Iya ... lah ....” Aku jawab dengan mata dah terkebil-kebil menahan ngantuk. 

*****

Aku jenguk bilik Tok, Razman lena di lantai bilik Tok dengan beralaskan toto dan berselimut gebar berbelang warna. Aku berfikir sekejap, tidur di bilik sendirian ke .. atau juga di bilik Tok. Akhirnya aku ambil keputusan, tidur di bilik Tok juga, sebelah Tok, Razman biasanya kalau tidur ... lena sungguh, tak jaga kalau tak dikejutkan betul-betul, kalau bukan pada waktu bangun tidurnya. 

Hampir mata terlelap .... aku dengar Tok mengerang sakit .... ku lirih mata ke jam tangan, hampir 2.30 pagi ...bangkit aku dari tidur ...

“Tok .... nak apa? Air?” Tok mengeleng kepala ... ditunjukkan ke arah kakinya.

“Urut sat ...... sakitnyaaa ....”

Maka tangan ku memicit mana yang patut di kaki Tok. Minyak ubat aku tak sapu dah ... tak tahu mana letaknya. Apa lagi mata sangat mengantuk ... buka pun payah ...

Aku tak tahu bila aku tertidur ... yang aku sedar ... dengar suara Tok lagi ... panggil seseorang .. “Man! ... Man!” Mungkin dia panggil Razman kot. Itu andaian aku .... betullah kata Mak Lang .. Tok meracau .. tak kira siang malam ....panggil Razman! Masa tu ... aku tengok jam ... 4.00 pagi. Razman, biasalah tidur tak sedar diri ... lena betul, apa lagi seharian dia memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Yan. 

‘Ya Allah .... lena lah Tok dengan mimpi indah ...’ rintih hati ku mohon rahmat Tuhan ke atas Tok, agar tidurnya dalam lena yang panjang. 

Pun begitu ... aku tanya Tok juga ... “Tok nak apa? Air?” Dia angguk.

Aku mengangkatnya untuk duduk dan memberikan dia minum air kosong yang telah disediakan di dalam bilik itu. Kemudian membaringkan semula Tok dan menyelimutinya. Betul kata orang menjaga orang sakit membuatkan kita bertambah sakit dan jika tak kuat, boleh hadapi tekanan mental!

*****

 “Ain ... Ain ...” Badan aku digoyang-goyang oleh tangan Tok  Terkebil-kebil lagi aku bangun. 

“Ya ... Tok .... nak apa?” 

“Sembayang .... sembahyang ...”

“Haa’aaa” 

Jam 6.00 pagi rupanya. Aku kejutkan Razman, minta tolong dia memimpin Tok ke bilik air. Tak daya aku melakukan berseorangan. Badan Tok agak besar juga dibandingkan dengan badan aku. Jadi pagi itu aku dan Razman membantu Tok mana patut untuk membersih diri, berwuduk, mengenakan pakaian yang bersih, solat subuh dan baringkan semula di katilnya. Selepas selesai semuanya itu, aku mengambil giliran, melakukan perkara sama sebagaimana dilakukan ke atas Tok, terhadap diri sendiri. Cuma aku tidaklah membaringkan diri di katil untuk menyambung tidur, sebaliknya ke dapur pula menguruskan hal-hal sarapan pagi. Begitulah rutin seorang wanita. Tidak boleh tidak lari dari situasi begini. Betul kata orang tua, meskipun setinggi mana seseorang perempuan itu belajar, hal ehwal masak-memasak tidak boleh dilupakan terus. Terima kasih kepada mak kerana dia banyak memberikan aku tunjuk ajar untuk jadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Itu pada pandangan aku sendirilah. Di mata Razman dan anak-anak, aku tidak pasti di mana penilaian mereka terhadap aku. Apa-apa pun aku akan cuba melaksanakan tanggungjawab itu sekeupayaan diri ku sendiri. 

Maka pagi ini di rumah Tok, nasi lemak menjadi hidangan sarapan pagi. Aku memasak dan dibantu oleh Kak Melah. Dia memang membantu meringankan kerja-kerja ku.

Mak Alang sampai di rumah Tok, jam sepuluh pagi. Masa itu, kami semua termasuk Tok telah selesai bersarapan. Tok ditempatkan di beranda dapur. Kami berbual bersama-sama. Mak Lang membisikkan kepada ku, Tok sudah semakin sihat. Berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Makan pun tak banyak, asyik keletihan. Hari ini, Tok nampak lebih ceria dan sihat. Aku senyum dan mengucapkan syukur kepada Allah, jika benar perkhabaran Mak Alang tu. Razman memaklumkan kepada Mak Lang yang Tok makan nasi lemak, habis satu pinggan. Mak Alang kata dia kurang percaya, sebab selalunya Tok hanya makan dua tiga suap makanan sahaja.

*****

Kelapangan waktu yang ada pada petang itu, membuatkan aku mengambil peluang meniti di batas-batas sawah padi yang hampir menguning, bersendirian. Mungkin dalam sebulan lagi, padi boleh dituai. Entah kenapa di tengah-tengah sawah yang melaut luas itu dan matahari beransur melabuh dirinya, tetiba aku terasa rindu yang amat sangat terdapat seseorang… aku teringat sangat…… Sama sekali aku tidak memaksa ingatan terhadapnya itu hadir ke pemikiranku. Hadirnya ingatan itu, tanpa ku pinta jua. Aku cuba menukar-nukar ingatan ku kepada perkara-perkara lain seperti kesihatan Tok, perancangan masa depan yang lebih baik dengan Razman dan anak-anak atau soal-soal kerja yang tertangguh. Memang aku tahu dan sedar tidaklah berapa lama aku tak jumpa dia, masih dalam tempoh seminggu, selepas aku meninggalkan pejabat terus ke Masjid Wilayah Persekutuan tempoh hari.  Pagi semalam pun, aku belum sempat melihat kelibatnya di pejabat. Syukur jua di hati ku kerana tidak berkesempatan menemuinya. Menjarakkan diri daripadanya adalah satu usaha yang baik bagi aku, dengan harapan aku tidak terus diselimuti dosa. Waktu ini… jam ini.. minit ini… saat ini… mindaku membawa ingatanku terhadap dirinya… Kenapa ya… aku sendiri tidak mempunyai jawapan. Namun kepercayaan kepada pendapat orang bahawa, kalau kita ingatkan seseorang, maknanya orang yang kita ingat itu pun juga mengingatkan diri kita. Umpama berkongsi rasa dari kejauhan… Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi memang aku teringat sangat... Harap dia yang aku ingati tidak menghadapi sebarang masalah… sejahtera dalam kesibukan tugas yang sedang dilakukannya dan turut mendoakan semoga dia berada dalam kebahagian yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat tuhan. Amin. 

 ‘Ya Allah …. Selimutilah hati ku kepada ketetapan taat dan patuh kepada sang suami, hindarilah ingatan ku kepada lelaki lain …..’ Doa itu tetap berkumit di hati kecil ku dalam usaha melupakan dirinya. Bila aku mengenangkannya aku tahu ‘hebatnya Allah’ mewujudkan perasaan begitu terhadap manusia berlainan jenis. Mungkin itulah dinamakan cinta. Aku tidak pernah menghadapi situasi ini, walaupun telah lebih 30 tahun aku hidup di dunia fana ini. Allah menduga aku dengan perasaan ini. Patutlah, kalau jiwa tidak kuat, boleh tersilap langkah juga melayani nafsu sementara ini. 

‘Ya Allah, terima kasih juga menghadirkan perasaan ini, ketika aku telah matang, jika tidak mungkin aku lemas di bawa arus noda dan dosa. Segala-galanya ketentuan Mu Tuhan.’ Dijodohkan dengan Razman dan diberikan anugerah memelihara anak-anak, sebagai mana layaknya hak sebagai isteri dan ibu. Cuma sikap Razman kepada ku, adalah kelemahannya membuat aku terpukul dek rasa tidak puas hati berpanjangan! ‘Ampun aku Ya Allah’ Begitu bisik hati kecil ku sendirian. 

‘Ya Allah, aku akur kesabaran ini, kadang kala lelah untuk aku tanggung. Tidak terdaya, mahu aku lari dan pergi meninggalkannya. Namun, aku sedar ia bukan satu penyelesaian masalah. Sabarlah duhai hati.’

Tanpa aku sedar sudah agak jauh aku mengheret kaki ku di batas-batas sawah dari rumah Tok. Aku melabuhkan diri di satu bangsal kecil, tempat berteduh para pesawah. Merenung jauh keindahan bumi Yan, yang mana di perhujung lautan sawah padi ini adalah kaki bukit yang penuh menghijau dengan hutan rimbanya. Tudung kelabu ku menari-nari di tiup angin petang. Ketenangan yang ku perolehi ini telah menimbulkan satu ilham agar aku perlu ‘lari’ dari masalah yang sedang ku hadapi. Kata orang lari daripada masalah, bukanlah jalan terbaik, berhadapan dan menyelesaikan masalah, itu tindakan yang sepatutnya. Biar pun aku perlu berkorban hal-hal lain seperti soal kewangan dan hati sendiri. Tak mengapalah ….. demi kesejahteraan hidup berkeluarga, aku perlu lari daripada masalah. Titik ! Nekad hati ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience