Bab 8d

Family Completed 2610

Selepas bersolat Zuhur, niat hati hanya untuk menyambungkan kerja yang belum selesai. Aku meletakkan badan dan bersandar ke kerusi. Mengingati semula apa yang diceritakan oleh Kak Ruby. Entahlah, bukannya salah aku dalam hal ini, tapi kenapa perkara ini terjadi? Persoalan itu singgah dipemikiranku, sementelah lagi aku menjadi salah seorang watak dalam ‘adegan’ itu. Sambil otak berfikir perkara tersebut dan cari-cari membelek timbunan fail dan kertas di atas meja, telefon pejabat berbunyi. Aku mengangkatnya.

“Hello …”

“Ya ….”

“Kak …. Kau kat bilik ek?”

“Ya …lah, kalau tak … tak akan telefon ini dijawabnya … iskk, apa soalan laaa” Aku sudah dapat meneka suara yang membuat panggilan itu. Kedengaran ketawa halus. 

“Kak …. Nak bergossip ni ….”

“Laa …. Ni kan waktu kerja ….. gossip lah besok pepagi kat pantri, … atau masa makan tengah hari.”

“Tak boleh lah …. Sekarang lah … kan kerja … sambung buat kat rumah ke ….”

“Pandai ler … mengajar, ilmu salah tu ….”

“Bolehhh laaa, datang kat atas ni …. Bawa tu, takut isu-isu sensitif terkeluar dari bilik ….”

“Pasal apa ?”

“Datang ajer …. Lepas ni, akak kemas fail, bawa balik rumah …. Sambung kat rumah …” Fikir punya fikir, aku setuju sahaja, lagi pun malam tadi, ada Razman maklumkan bahawa dia akan keluar lagi mala mini, ada urusan di OUM. Banyak masa lapang aku selepas membantu anak membaca muqaddam dan melakukan kerja sekolah.

“Sekejap lah … akak naik ….”

“Terima kasih … akak comel …” Sengaja pujian dibuat-buatnya.

“Emm …ya lah tu.”

*****

Aku tiba di bilik Afeeza, yang menunggunya Afeeza, Afrina dan Zulaikha. 

“Apa hal yang kecoh sangat?” Aku bertanya tanpa memberi salam.

“Ala …. Akak punya pasal lah ni …”

“Apa hal nya Ameera?” Aku bertanya dengan menunjukkan aku memang tidak mengetahui apa-apa.., meskipun aku menduga semestinya perbualan kami nanti berkisar kepada kisah aku yang telah diceritakan oleh Kak Ruby lebih kurang sejam sebelum ini. 

“Ni ….ha’aa, nak cerita pasal Encik Rosmadi ….” 

“Akak tau … dia mengamuk sakan tadi tu … sebab akak tak ikut sekali ke hotel ..” Tak sempat Afeeza habiskan ayat, Zulaikha terus menyambung.

“Kenapa jadi macam tu?” Aku buat-buat bertanya dan kepala disandarkan ke kerusi tamu depan Ameera.

“Kami rasa sebab akak tak ikut …”

“Haa’aaa ….” Afeeza dan Afrina serentak bersetuju.

“Apa kaitan pulak?” Aku bertanya untuk mendapat maklum balas yang lebih terperinci dan sengaja untuk memancing mereka bercerita apa yang berlaku tadi.

“Macam ni ler …kisahnya, masa kami keluar lif nak ke hotel tu, kami tergelak-gelak. Mira ler duk ulang tayang sketsa Senario dalam TV3 malam tadi. Apa lagi tergelak-gelak kami hingga keluar lif.” Ameera bercerita

“Keluar aje lif, menjerit Encik Rosmadi, ‘diammmm …’ panjang jeritnya. Tergamam kami.” Sambung Afrina.

“Nasib baik masa tu … yang ada hanya Kak Ruby dan kita orang, mungkin Abang Mat Husin kat belakang tu … yang dengar. Yang lain-lain tak tahu ler, masih kat  tingkat satu, dengar ke tidak ..”

“Mengapa dia macam tu ?” Aku bertanya macam inspektor polis gayanya.

“Entah … tak pernah dia macam tu kan … agak aku lah Ain, dia nampak kau dengan suami kat dalam kereta tu … dan kau pun tak ikut kita orang pergi ….”

“Laaa …majlis tu … bukan khas untuk aku pun … Ada dalam e-mel tu di tulis, ‘Majlis Istimewa Untuk Nuraini Dato’ Abdul Rahman di Peninsula Hotel’ ke ….. tak ada kan?” 

Mereka mengangguk serentak …

“Jadi … tak salah saya, tak ikut sekali kan?” Aku membahasakan diri ‘saya’ sahaja, kerana kebiasaannya kalau aku berbual dengan Afeeza atau Afrina hanya menyebut ‘aku’ dan jika dengan Zulaikha aku membahasakan diri ‘akak’. Jadi untuk mengambil jalan mudah, aku membahasakan ‘saya’. 

“Untuk makluman semua juga … tiada sebarang jemputan khas yang saya terima untuk perkara tu. Jadi bukan isu besar … jika saya tak ikut, bukan?” Aku menambah kata.

“Betul tu …betul lah akak, tapi kan … mungkin Encik Rosmadi nak buat, apa tu orang putih kata  ‘surprise’. Akhirnya jadi ler macam ‘adegan’ tadi, pelawaan di tolak …, aduhh, parah ya … kak?”

“Iskkk kau ni … kan Zulaikha …bab menambah sedap aje.” Aku mencubit lengan Zulaikha.

“Tak ada lah … mungkin perkara lain tu … yang dia tetiba naik angin, kau orang janganlah salah sangka …. Fikir-fikir yang positif.” Aku cuba untuk tidak menambah ‘tuduhan’ yang kurang enak di dengar kepada Rosmadi. Timbul juga sekelumit rasa bersalah kepada diri sendiri menyebabkan Rosmadi bersikap demikian, meskipun sewajarnya Rosmadi tidak perlu bersikap demikian.  

“Akhirnya apa yang terjad?.” Ingin ku tahu kesudahan peristiwa yang telah mereka alami itu.

“Pergi juga lah makan, tapi Encik Rosmadi tak ikut ler, sama ada dia malu atau dia kecewa, kami tak dapat agak lah.” Maklum Ameera.

“Tak ada apa tu …. Jap lagi dia baik lah ….”

“Oooo akak nak pergi pujuk ek?”

“Iskk … kau ni Zulaikha…. Mana boleh … akak ni mak dara ….. cuba minta Afeeza ni pujuk, menjadi kot ….!” Aku mengusik Ameera pula, sengaja mengalih perhatian mereka daripada diri ku sendiri.

“Mana padan …. Aku ni tak le … secomel kau, Ain. Lagi pun … mana nak letak Amran …. pujaan hati ku tu …” Balas Afeeza.

“Ala … itu baru aje kenal nya, belum apa-apa lagi kan? Mana-mana ‘buaya’ boleh sambar kau lah, Ameera.” Afrina pula berkata.

“Dah lah bergossip, jom turun Zulaikha. Tak sudah layan dia orang ni …” Ajak aku kepada Amiza Zulaikha turun ke tempat kami di Tingkat 1.

*****

Angka jam menghampiri enam petang, aku ingin pulang kerana mengingati janji ku dengan Azlan untuk ke kedai mainan petang ini. Aku mengemas apa yang patut sebelum pulang. Baru sahaja ingin memadamkan lampu, telefon kedengaran, mohon diangkatkan. Hati ku berbelah bahagi. Nak menjawab panggilan telefon atau tidak. Diputuskan juga untuk mengangkatnya, mungkin ada hal penting yang ingin dimaklumkan oleh si pemanggil. Telefon aku tidak mempunyai skrin untuk mengenalpasti pemanggil terlebih dahulu. Berbeza dengan Kak Ruby, maklum dia Pembantu Personal kepada Pengarah. 

“Hello ….”

“Emm hello ….” 

“Dah nak balik ke?”

“Begitulah lebih kurang.” Otak ku cuba mengencam suara pemanggil …

“Makan di mana tengah hari tadi ….”

“Eastin Hotel …..”

“Seronok?”

“Alhamdullilah …” Aku sudah dapat meneka empunya suara.

“Kenapa tak beritahu dah ada ‘dating’, boleh saya tunda ke esok hari .....”

“Laaa .... maaf, saya pun tak tahu, pelan mengejut tu .....”

“Oooo tak mengapalah!” Terdengar sedikit keluhan daripada nada jawapannya.

 “Selamat ulang tahun …. Moga terus panjang umur ….”

“Terima kasih ….” 

“Ok …. Jumpa lagi lain kali …”    “InsyaAllah ….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience