Bab 7b

Family Completed 2610

Aku turut ke bawah, terus ke bilik mainan anak-anak, sebab aku pasti mereka berada situ, bila mana kedengaran suara mereka riuh-rendah bergurau senda. 

“Aishah dan Azlan dah solat ke?”

“Dah ….” Jawab Aishah.

“Mama … mama … !!” jerit Azlan kepada ku apabila melihat aku muncul di pintu bilik.

“Ada apa hal  Lan …?”

“Mama … mama sakit ke …. dari siang tadi tidur … sampai malam …..?”

“Kaki mama sakit lagi ke ….. macam hari itu …..” Aku senyum dan gelak-gelak kecil kepada Azlan, yang masih bercakap agak pelat keanak-anakan. 

“Tak lah … sayang ….. tengok … mama sihat, boleh senyum, boleh peluk Lan … macam ni …” Sambil aku terus mendakap badan nya ke dada ku dan mencium pipinya yang mulus.

“Tadi … Acik Melah kata, mama tak sihat …. Lan dan Kak Aishah tak boleh bising-bising ….” Aku ketawa lagi melihat keletah Azlan dengan menunjukkan wajah masam seperti takut dimarahi.

“Emm… tadi mungkin ya …. Sekarang dah ok kan? Lan nampak tak mama boleh senyum ni?”

Dia dan Aishah menganggukkan kepala, tanda setuju. 

Perbualan kami terhenti di situ bila mendengar derap tapak kami Kak Melah. Aku memusingkan badan ke muka pintu bilik. Kelihatan Kak Melah datang sambil mendukung Akilah.

“Akak minta maaflah Ain … puas akak kejutkan Ain tadi …. Tak bangun-bangun Ain … nya. Risau akak, pengsan ke apa. Itu pasal akak telefon Razman minta dia pulang tengok-tengokkan Ain.”

“Alaaa … akak, terlebih tidur tadi … silap perhitungan, aku menjawab sambil bergurau dengan Kak Melah, sebab aku lihat wajahnya seperti berasa bersalah. 

“Silap perhitungan ke apa … itu akak tak tahu … yang akak tahu akak siap periksa nadi Ain tadi, nasib baik berdenyut. Dah nak telefon ambulans dah, sebabnya banyak kali akak telefon Razman, dia tak menjawab.” Beritahu Kak Melah. Akilah telah beralih ke atas dukungan ku.

“Kau tahu tak …. Akak dah picit nombor 9, guna telefon bimbit akak, pastu tu telefon rumah  berbunyi…., Razman yang telefon. Emm… silap hari bulan tadi, Ain bangun … tengoknya duk dalam wad.” 

“Iskk … akak ni …” Aku cubit bahu Kak Melah, tanda marah sayang.

“Betul lah …. Ain ingat … akak main-main ke? Dah lah suruh akak kejutkan pukul dua, tak bangun-bangun, pukul tiga akak kejut, pukul empat akak kejut, pukul lima akak kejut, akhirnya Razman, akak telefon dia banyak kali ….”

“Ya …iya lah, terima kasih lah akak kesayanganku, kerana sudi berbuat demikian kepada ku ini …” Aku sengaja melembutkan suara, agar Kak Melah tidak membebel marah.

“Ain … makan ubat ke apa tadi? Pelik sangat akak tengok Ain tidur tadi.” 

‘Haaa … Kak Melah tahu …. ke … serkap jarang ni?’  Plastik ubat tu, tak silap sudah dicampak kedalam tong sampah. Dalam tong sampah kecil kat bilik tu pula, ada macam-macam barang buangan. Bungkusan coklat, kertas yang tak pakai. Emm, pasti tak nampak punya.’ Aku berfikir sendirian. Masa itu Kak Melah tengah keluar masuk dari dapur ke ruang makan menghidang juadah makan malam. 

“Emm… tengok, penyakit khayal nya datang balik…” Perkataan ‘kha’ disebut dengan dalam sekali menjadikan seperti ‘qhayal’.

“Mana ada … akak … cuba tengok ha’aa, sihat ni!” Aku memusing-musing kan badan di hadapan Kak Melah untuk membuktikan yang aku sihat 100%. Akilah telah kuletakkan di dalam kerusi bayi berdekatan meja makan.

“Betul lah … macam akak cakap hari tu … Kau ni …dah jatuh cinta!” Kak Melah berani bercakap kuat sesuka hati sebab dia tahu Razman tiada di rumah. Jika tidak … pastinya Kak Melah tidak berkata begitu. Geram dengan kata-kata Kak Melah itu, aku cuba mengejar Kak Melah keliling meja makan. Apa lagi menjerit Kak Melah … 

“Lan … tolong … mama nak pukul Acik Melah … tolongggggg Lan ….” Begitulah Kak Melah meminta pertolongan Azlan. Terkekeh-kekeh anak-anak melihat kami berkejaran. Akhirnya Kak Melah berhenti dan aku pun tak sampai hati nak meneruskan ‘kejaran’, terhadap Kak Melah, bila melihat dia semacam hendak semput dan terduduk di kerusi makan sebelah Akilah.

“Tu … lah akak, jangan cuba-cuba buat gossip tau … parah saya kerjakan akak nanti.” Aku memberikan ‘ancaman manja’ kepada Kak Melah.

“Ain tak mengaku … akak tak kisah, tapi bab kata orang tua-tua sekilas pandang akak tahu mana jantan, mana betinanya. Jadi rumusannya … akak faham keadaan Ain tu …” Hahaha .. Kak Melah ketawa kuat, Azlan dan Aishah turut ketawa mengikut Kak Melah, pastinya mereka tak faham butir bicara kami berdua. Akilah turut terkekeh-kekeh melihat situasi kami berempat. 

Aku merenung pinggan yang masih belum berisi ….. 

“Akak ….. mana mungkin Ain bercinta, hidup Ain sudah ada Razman, anak-anak tanggungjawab untuk kami didik sebaik mungkin.” Aku berkata perlahan seperti ada keluhan kecil. Kak Melah mengangguk …. dia senyum kepada ku, lalu tapak tangannya diletakkan ke atas belakang tanganku. Aku menyambung kata.

“Akak …. Kadang-kadang saya rasa jiwa saya kosong terhadap Razman, cuma kami berkongsi hidup untuk membesar dan mendidik anak-anak. AmanahNya…..”

“Akak tahu bukan …. Bagaimana hidup kami selama ini, dia banyak membiarkan saya sendirian dalam banyak hal. Ain kecewa dengan sikapnya. Awal perkahwinan Ain boleh terima sebab dia terpaksa menerima Ain kerana Tok. Dia janji dengan Tok dia akan jaga Ain. Betul dia jaga Ain … tapi seperti mengambil syarat menunaikan hak dan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Entah lah akak …. Ain cuba baiki diri …. tapi dia semacam sama dan kekecewaan Ain makin melarat hingga kini …. Mengapa Ain kena tempuh segala hal ini?”  

 “Astagfirullahalazim ….sabar Ain …. segalanya sudah ketentuan Allah, setiap yang datang adalah dugaan untuk hambaNya, pasti Ain kuat hadapi semua ini. Razman baik …. jangan di rosak apa yang Ain dan Razman ada sekarang ni. Nanti menyesalnya tak sudah.” Kak Melah memberi semangat bila melihat aku ‘lemah’ bersuara. Kak Melah, kadang-kala suka menyakat aku, tapi dalam bicaranya mesti diselitkan nasihat untuk aku renung dan ingati selalu. Dia menyedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu.

“Ain tahu … kadang-kala Ain rasa Ain berdosa … tapi jiwa Ain macam mati terhadap Razman. Nasib anak-anak pengikat kasih …Beberapa kali juga Ain …. ada bagi isyarat untuk abang kahwin lain. Setiap kali juga dia diam. Ain rasa kan … Razman tu pernah kecewa dengan seseoranglah, sedih Ain …. Entah lah ….banyak ke salah Ain kat Razman, sebab dia buat Ain macam tu?” Aku sendiri berbolak-balik, sekali bahasa kan suami sebagai Razman dan ada juga Abang. 

“Masih banyak peluang untuk diperbaiki, selagi hayat di kandung badan. Jangan difikirkan perkara yang tak elok. Usaha untuk memperbaiki mana patut. Kalian berdua masih muda, anak-anak amat memerlukan perhatian, doalah pada Allah moga Ain dan Razman kekal bahagia ke akhir hayat.” Itu pesanan Kak Melah sambil kami menyuapkan nasi ke mulut masing-masing.

“Akak pun macam tu juga dulu, ada pasang surutnya dalam rumahtangga, bila Abang Mahat kau pergi di jemput Ilahi, baru akak rasa sunyi …. rindu kat dia. Tak terbuka hati akak kat orang lain. Kau orang berlima ajalah saudara akak sekarang.” 

Sekian lamanya, aku angkat muka memandang ke arah Kak Melah yang duduk bertentangan denganku, sebelah kirinya Azlan dan kanannya Aishah. Kak Melah menampakkan wajah sedih yang dikawalnya sendiri.  Kak Melah senyum kepada ku dan aku membalas dengan adanya rasa semangat ‘melawan’ masalah diri yang sedang dihadapi. Suasana rumah menjadi sunyi seketika, aku, Kak Melah dan anak-anak leka menjamu selera sup sayur dan ikan bawal goreng masak kicap. Berselera juga aku makan, dek kerana siangnya, aku tidak mengisi perut dengan sebiji nasi pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience