Akhir I

Family Completed 2610

Petang itu, selepas dua minggu berselang daripada peristiwa pemergian Rosmadi menghadap sang PenciptaNYA, aku menerima panggilan daripada Fikri. Saat itu hampir menyudahkan kerja-kerja menghias beberapa biji kek yang telah ditempah oleh pelanggan. Dia mengajak aku menemaninya membelikan sesuatu untuk majlis perkahwinannya yang hanya dua minggu berbaki lagi dari tarikh sebenar. Pelik juga aku …. sebabnya, aku bukannya tahu apa-apa hal-hal menguruskan pengantin. Namun memikirkan dia berkali-kali merayu agar aku mengikutinya dan juga ingin memperkenalkan bakal isterinya, aku bersetuju sahaja. Mesej ku hantar kepada Razman, memaklumkan bahawa pada petang itu, aku akan menemani Fikir dan tunangnya untuk membeli barang di One Utama.

*****

Kami tiba di One Utama, hampir 3.30 petang, dengan kereta Fikri, setelah dia menjemputku di Nora Cake Café. Juliana, gadis yang amat berpadanan dengan Fikri, pada fikiran aku, cukup bersopan-santun. Alhamdullilah, sekian lama Fikri hidup membujang, ada bunga cantik, sudi menemani. Baru menamatkan pengajian di Universiti Islam Malaysia (UIA). 

Kami berjalan beriringan dan tiba di sebuah kafe ala barat, Fikri singgah dan kami menurut sahaja. Aik … kata nak beli barang pengantin, kenapa pula singgah di restoran ini. Namun, tiada sebarang soalan keluar dari mulutku, mungkin mereka nak menjamu selera seketika sebelum ke kedai yang sepatutnya. Itu sahaja tekaan hatiku.

*****

Menurut sahaja sebagaimana menu yang dipesan oleh Fikri, aku membiarkan pasangan bakal pengantin bersembang, sambil memerhatikan kenderaan lalu-lalang menerusi tingkap kecil di kafe berkenaan. Seketika kemudian, tiga cawan besar kopi dihidangkan oleh pelayan kafe. Lantas, Fikri mempersilakan aku minum dan dia juga bersegara menghirup perlahan, kopi segar yang masih berasap itu. Mungkin agak dahaga. 

Sesudah roti sandwish dan kek vanilla terhidang, Juliana bangkit dari kerusi dan memaklumkan dia ingin ke bilik air. Aku angguk dan Fikri, pastinya menitipkan nasihat agar berhati-hati kepada Juliana. Juliana menghadiahkan senyuman manis kepada Fikri. 

Suasana kafe yang agak penuh dengan pelanggan, membuatkan aku tidak kekok bersama-sama Fikri dan kadang-kala terasa Fikri sebagai adik ku sahaja. Ketika menghabiskan saki-baki makanan yang terhidang, suara Fikri kedengaran …

“Nuraini … ada lebih lagi hubungan kau orang berdua selain kawan sekerja?” Soalan itu dilontarkan oleh Fikri antara dengar dengan tidak dek keriuhan para pelanggan di dalam kafe itu. Aku agak terperanjat, namun masih mampu mengawal diri.

“Hubungan dengan siapa Fikri ? …… Kenapa tanya saya macam tu?”

“Entah lah ….. Rosmadi! …..Saya pun tak tahu nak mulakan dengan perkataan apa ….Sebab bila fikir banyak kali, kadang-kala saya malas nak ungkit perkara yang dah berlalu pergi …, tapi bila memikirkan … saya perlu tahu sesuatu, saya ingin penjelasan lanjut dari Ain, supaya saya tahu titik noktahnya.”

“Apa maksud awak, Fikri ..Cuba beritahu duduk perkara sebenarnya. Kadang-kala berkias tu bagus, tapi boleh menjadi sesuatu itu, tidak difahami atau difahami tapi dengan maksud berbeza. Macam salah tafsir begitu …” Aku menjelaskan kepada Fikri dengan hasrat dia bercakap dengan terus-terang apa yang ingin disampaikan kepada ku berkenaan Rosmadi.”

“Beginilah …..” Sambil tangan beliau menarik sesuatu dari poket seluar. Sampul surat kuning lembut berlipat dua dikeluarkan.

“Mula-mula …., saya minta maaf kerana telah baca surat ni …. Kedua minta maaf juga kerana niat hati ingin menyimpan sahaja surat ini, agar mahu suatu perkara tu, tamat begitu sahaja, dek waktu berlalu. Tapi, bila … saya fikir ….., saya Oii ingin tahu akhir suatu perkara, satu hubungan, …emm… saya perlukan penjelasan Nuraini.”  

“Maksud awak, Fikri?” 

“Bacalah surat ini ……” Itu jawapan yang Fikri berikan kepada ku ….

Aku membelek sampul surat kecil yang tidak digamkan. Membuka perlahan, sambil memerhatikan Fikri seperti ingin mendapat jawapan segera berhubung surat ini. Fikri diam membisu dan hanya mengangguk-angguk seumpama mengarahkan aku segera membaca surat itu. Aku menurut sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience