Bab 9d

Family Completed 2610

Kami tiba di Rawang dengan disambut oleh Encik Mustafa selaku pegawai yang menguruskan hal-ehwal kilang berkenaan. Penerangan ringkas berkenaan produk yang akan dipasarkan dalam tempoh seminggu lagi disampaikan oleh beliau kepada kami. Pada pemerhatian ku, produk itu akan dapat memenuhi keperluan pasaran semasa dan stok boleh diedarkan dalam keadaan sistematik berdasarkan pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pihak kilang. Keputusannya di pihak Merak Holding Sdn. Bhd. Bahawa tidak timbul kelewatan penghantaran produk, jikanya mengekalkan cara pengeluaran sebagaimana masa sekarang. Perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan atasan melalui mesyuarat bulanan nanti. Setelah hampir dua jam berada di situ, kami mengambil keputusan untuk pulang ke pejabat. 

*****

Perjalanan pulang ke pejabat telah melepasi masa 20 minit. 

“Nuraini ....”

“Ya .... ada apa?” Aku membalas dalam kepenatan.

“Diam sahaja ...... kenapa?”

“Biasa saja .....” 

“Macam mana pasal produk tadi?”

“Ok ... sebagai mana kita bincangkan dengan Encik Mustafa ....InsyaAllah ... tak ada masalah besar ...”

“Masalah besar?”

“Iya lah kan .... sesuatu hal pasti ada cabarannya ..... tak dapat tidak .... kita perlu hadapi masalah, tapi harap tidaklah ianya terlalu menduga kita dengan begitu teruk ....”

“Ok .... saya faham maksud awak .....” 

“Awak .... ada apa-apa komen ....” Sengaja diajak Suhaila berbual juga.

“Tak ada lah puan .... rasanya semua ok ....”

Kami diam seketika, hanya kedengaran lagu ‘Ombak Rindu’ mengiringi perjalanan kami. 

*****

“Kalau kita singgah makan di Jejantas Sungai Buluh ... boleh?”

Aku tahu soalan itu ditujukan kepada ku berdasarkan gaya Rosmadi memandang aku melalui cermin pandang belakang keretanya. Aku juga perhatikan wajahnya melaui cermin berkenaan dan menjawab, 

“Emmmmm .... boleh lah ..... Suhaila, macam mana?” Aku memancing perhatian Suhaila juga dalam hal ini.

“Tak ada masalah ..... rasanya pun lapar juga .... kita belum makan tengahari lagi ...”

“Ok ... kalau semua setuju .... saya sebenarnya nak makan sate Haji Samuri, dah lama tak pekena sate ni.” Kata Rosmadi ... sambil memandu menyusur masuk ke kiri kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buluh. Jadi hari itu kami makan tengah hari dengan penuh selera di sana. 

*****

Kami tiba di pejabat menghampiri jam 3.30 petang. Bila menyemak e-mel aku lihat ada notis perbincangan jam 5.00 petang. Alamak, apa ke hal di buat nya perbincangan masa tu. Sah-sah habis lewat petang. Tahu-tahu sahaja lah perangai Encik Zulkifli, kalau bercakap tak pandai nak menyudahkannya. Banyak pengalaman yang dialaminya cuba dikongsi dengan semua hadirin yang hadir. Tak tahan tu, setengahnya tak bersangkutan dengan kerja semasa pun, di ulang ceritanya kepada kami. Nak buat macam mana ... dia dah ‘bos’, terimalah kenyataan. Hati kecil ku mengomel sendirian. 

*****

Aku masuk ke bilik perbincangan yang mempunyai satu meja bulat membujur dengan 12 kerusi berwarna biru gelap ketika Rosmadi sedang rancak berbual dengan Julia, staf penyeliaannya. Aku memberikan salam dan mereka menjawab sebaiknya. Aku mengambil tempat yang sepatutnya dan mereka pula menyambung perbincangan. Aku sedar perbincangan mereka adalah sekitar laporan yang sedang berada di tangan mereka, sebelum dibentangkan kepada Encik Zulkifli dan beberapa rakan perbincangan lain sebentar nanti. Gurau senda dan ketawa mereka membuatkan hati ku menjadi hati ku menjadi sakit semula, walhal baru tengah hari tadi hati kecil ku seperti baru pulih dari torehan luka melihat kemesraan Rosmadi dengan Suhaila. Aku tunduk diam. 

Hampir limat minit aku duduk di situ sambil membelek-belek beberapa nota yang telah dipersiapkan sekiranya ada persoalan daripada Encik Zulkifli, menjeling-jeling memerhatikan gelagat Rosmadi dan Julia. Kalau pada perkiraan biasa, tiada lah sebarang kepelikan pun cara mereka berdua. Dua-dua pun teruna dan dara. Tidak salah kalau silahturahhim mereka disambungkan dengan lebih rapat dan menjadi mahram. Sama-sama cantik dan padan pada pemerhatian aku secara zahirnya, kalau mereka diijab-kabul boleh juga diibaratkan bagai pinang di belah dua. Namun yang pelik sebenarnya perasaan kecelaruan di jiwa ku terhadap Rosmadi. Perasaan ingin marah, geram dan sakit hati bercampur baur dalam jiwa ku. Ya .... sakit hati itu .... hadir lagi .... api cemburu ku menyala-yala di hati .... hampir membakar hangus sekeping hati kecil. 

Mendengus kecil diri ku, lalu aku bangkit berdiri. Aku terperasan Rosmadi seperti memerhati tingkah ku yang agak tidak profesional itu dan selebihnya boleh anggap mengikut nafsu amarah. Keluar dari bilik berkenaan dan berlari-lari anak ke bilik air dengan menekap kedua belah tangan ku ke hidung dan mulut, cuba menahan tangis. Setibanya di bilik air aku merapatkan pintu secara perlahan, supaya emosi hati ku tidak ku tonjolkan secara zahirnya kepada sesiapa yang memerhati, jika ada. Teresak-esak aku menangis menahan ‘sakit jiwa’ ku sendirian.

Subhanallah .... jenis penyakit apa yang aku sedang hadapi kini, cukup dan cukup lah hati ... aku memberontak memarahi diri sendiri, dek rasa sakit hati melihat ‘kemesraan’ Rosmadi dengan Julia. Aku tahu aku berdosa pada diri, pada Razman, tapi aku tidak pun memetik sebarang suiz atau menyalakan mancis untuk membakar rasa amarah atau geram ku kepada Rosmadi. Tidak sama sekali tidak, api kecemburuan itu datang dengan sendirinya, tanpa aku pinta. 

Ya Allah ... tolong lah aku ..... 

Tidak tahu berapa lama aku berada di dalam bilik air, yang pasti separuh isi kotak tisu habis ku guna kan. Aku melepaskan tangisan akhir bila mendengar derap tapak kasut dan pintu utama bilik air di tolak. Ku cuba membasuh muka perlahan-lahan dan mula untuk keluar dari bilik air ...

“Aik .... tak pergi ke masuk perbincangan dengan Encik Zul ke? ... Aku tahu itu suara Kak Ruby.

“Emm ... masuk ... nak pergi ni ....” Suara aku serak .... bunyinya pun dari dalam halkum. 

Cepat-cepat aku berlari keluar, bimbang ada lagi bual bicara yang ingin Kak Ruby sambungkan. 

Aku masuk ke bilik kerja ku sendiri, menghantar masej kepada Encik Zulkifli, memohon maaf kerana tidak dapat hadir perbincangan petang itu, dengan alasan ada hal kecemasan keluarga dan perlu segera pulang. Ahhh .... terpaksa berbohong ... tak kan aku nak masuk ke bilik itu lagi dengan mata merah menyala .... nampak sangat lepas menangis. Banyak pula soalan daripada mereka. Masej ku ku hantar kepada Suhaila tentang perkara yang sama dan turut memohon dia menjawab sebarang persoalan Encik Zulkifli dengan sewajarnya dan minta tolong dia membawa buku nota yang ku tinggal di bilik perbincangan apabila selesai perbincangan nanti. 

Menarik beg tangan dan segera mengunci pintu bilik, aku berlari-lari anak lagi menuruni tangga dan terus ke kereta. Memandu meninggalkan kawasan Mont’ Kiara yang mulai sesak dengan kereta, tanpa arah tujuan yang sebetulnya. Aku memandu kereta tanpa perasaan jelas, entah ke mana harus aku tuju ketika itu. Pulang ke rumah ? Pasti tidak lagi ..... apa kata Kak Melah atau anak-anak melihat wajah ku sebegitu. Lepak di kedai makanan segera ? Ahhh ... pasti juga ... orang akan memerhatikan aku dengan wajah yang kulat kusam dan serabai, tak berurus begini. 

Akhir nya ... aku telah mengambil laluan ke Jalan Hartamas, menuju Jalan Usaha Sama .... selepas lampu isyarat, stereng kereta ku pusing ke kiri memasukki kawasan Masjid Wilayah Persekutuan dan memarkir betul-betul di depan Anjung D, masjid berkenaan. 

Ya Allah .... terima kasih kerana membawa diri ku ke sini. 

Sepuluh minit aku menyandar diri di tempat duduk dalam kereta, aku memerhati orang yang lalu lalang. Ada yang datang menjemput anak dari kelas agama di masjid dan selebihnya mungkin ingin membuat lawatan atau menunaikan solat Asar. Ooohh Solat Asar ... aku belum tunai kan lagi untuk hari itu. Lalu aku membuat keputusan untuk beriktikaf, bermunajad dan sujud kepada Nya di masjid berkenaan.

Pastinya telefon bimbitku menerima beberapa panggilan yang tidak ku jawab dan mesej yang tidak akan aku balas pada petang itu daripada rakan-rakan sekerja. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience