Bab 7e

Family Completed 2610

Kali ini aku memerhatikan jam tangan pula … laa dah jam 6.30 petang ke … Aku mula memerhatikan semula skrin komputer, menyemak mana ayat yang perlu dibetulkan, sambil merujuk draf laporan yang telah di cetak. Ketika itu, pada fikiran ku ada sesuatu yang perlu dilakukan ketika itu. Apa ya ? Oooo … menghantar mesej kepada Razman, memaklumkan yang aku lambat pulang. 

Aku mendapatkan telefon bimbit yang berada di sebelah papan kekunci komputer.  

“Assalamualaikum …. Saya lambat pulang hari ini, mungkin malam.” Mesej ku hantar kepada Razman

“Waalaikumussalam …. Sampai jam berapa? Siapa lagi ada?” Mesej ku terima daripada Razman

“Mungkin jam 9.00 malam, seorang.” Mesej ku hantar lagi kepada Razman, tanap menerima sebarang balasan lagi selepas itu.

Seterusnya aku menyambung kerja ku, membetulkan ayat, memastikan fakta lengkap dan betul sebagai mana sewajarnya dalam penulisan laporan. Entah kali ke berapa aku melihat jam, angkanya telah menunjukkan jam 7.30 malam. Aku berhenti menaip seketika. Seingat aku masih ada wuduk, lalu ke surau menunaikan fardu Maghrib. Menyambung tugas, sambil muzik perlahan menemani ku, hinggalah ke angka 9.30 malam. Alhamdullilah, selesai … aku hanya membuat satu cetakan laporan akhir. 

Esok pagi-pagi aku akan menyuruh Yusri membukukannya untuk dua salinan lagi. Satu diserahkan kepada Encik Zulkifli dan satu untuk Rosmadi. Aku berpendapat perlu diserahkan juga pada waktu sama kepada Rosmadi, memandangkan masa agak suntuk untuk mereka membuat semakan dan persediaan sebelum pembentangan. Kebiasaannya hanya satu sahaja laporan yang ku serahkan kepada Encik Zulkifli, jika dia berpuas hati, baru diedarkan terus kepada pegawai lain untuk dijadikan bahan pembentangan dan sebagainya.

Satu mesej baru terpapar pada skrin telefon bimbit ku. 

Rozman menulis “Masih di pejabat?”

Aku membalas “Ya …”

Rosmadi menulis lagi “Lambat lagi ke?”

Aku membalas “Hampir selesai …. Mungkin 10 minit lagi saya akan keluar dari pejabat.”

Tiada lagi mesej di terima. 

Lima minit berselang, kedengaran pintu lif terbuka. Seram juga aku, dikuatkan rasa hati agar tabah. Mungkin pengawal keselmatan datang membuat rondaan. Aku mendengar derap tapak kasut bergerak ke arah pintu bilik ku. Bersedia juga aku sewajarnya bagi sebarang kemungkinan yang tidak di duga. 

“Assalamualaikum ….”

“Waalaikummussalam ….”

“Haa’a …. Hujan ke ………. dalam pejabat ni … ?” Satu soalan cepumas kedengaran amat jelas di cuping telinga ku. Aku macam terpinga-pinga melihat kelibat manusia tersebut. Tidak disangka sama sekali dia hadir ke pejabat waktu sebegini. Selama ini tidak pernah dia menemani aku di pejabat sekiranya aku pulang lambat, walhal aku pernah bertugas sehingga jam 12.00 tengah malam sekali pun. Sungguh tidak pernah sepanjang yang aku bekerja. Cuma yang aku pasti dia sekadar menghantar dan menjemput aku di muka pintu pejabat, beberapa bulan yang lepas. Adakah pelanduk dua serupa ? Atau memang dia empunya badan ? Terkeliru mata ku seketika memerhatikan susuk tubuh itu, masih lengkap berpakaian kemeja belang hijau putih dengan tali leher dan slack hitam.

“Kenapa? Ada bom meletup ke apa? Pelik sangat tengok saya?”

“Tenang … bawak bertenang, letak payung tu, ini saya …. jangan risau … bukan pendua.”

Aku memerhati susuk tubuh lelaki itu lagi, memang betul dia, aku ingat lagi, baju itu yang ingin dipakai sangat pagi tadi, sebabnya ada program luar yang perlu diikuti. Baju itu baru dibelinya dua minggu lepas. 

“Tak percaya ke? Boleh belah dada ….” Dia mengukir senyuman kepada ku, lalu duduk pada kerusi yang sama diduduki oleh Rosmadi pada sebelah petang tadi.” Dia menarik payung yang ada di tangan ku dan meletakkannya di sebelah tepi meja. 

“Duduk …. awak ni … apa kenanya?”. Aku semacam tersedar dari hanyut di lautan …

“Tak … tak ada apa-apa …. macam mana masuk sini?”

“Laa … mestilah minta izin daripada pak guard. Bukan main redah aje …. ini kan pejabat orang. Nak masuk lokap ke apa saya? Siapa nak jaga anak isteri kat rumah, kalau saya ke lokap? Dah lah isteri kita cantik ….. risau ler di kebas orang …” Dia memaklum sambil bersoal jawab. 

Dalam hati kecil ku berbisik …. ‘Apa kena dengan orang ni ….. merapu tak tentu hala, ikut ler … dia punya pasal!”

“Dah siap kerja?”

“Dah …” Aku menjawab sepatah. 

“Kalau dah … jom kita balik ….”

“Sekejap ….”

“Katanya ‘dah’,  tapi ada lagi ‘sekejap’.” Sambil matanya memerhatikan sekeliling bilik ku. 

“Agaknya nak buka hadiah kat belakang tu kot …. Dari siapa tu?” Dia bangkit berdiri untuk mendapatkan kotak pemberian Rosmadi. Cepat-cepat aku menyambar kotak yang berbalut dengan pembalut hadiah berwarna emas dan lakarannya berbentuk hati. Terus aku masukkan ke dalam laci berkunci di sebelah kanan aku berdiri. Dia seperti agak kecewa dengan perilaku diri ku, namun tidak membantah apa yang telah aku lakukan terhadapnya. Aku membuat andaian bahawa dia juga rasa bersalah dalam hal itu, kerana berkata…

“Maaf, saya tahu itu hak awak …..” Aku diam berdiri. Dia kembali duduk. Tidak dapat dinafikan hatiku turut berasa bersalah kerana bersikap demikian terhadapnya, jadi aku berkata …

“Itu …. kain batik sahaja, kawan bawak balik dari Terengganu.” Juga andaian aku terhadap ‘barang’ dalam kotak kerana beg plastiknya tertera perkataan ‘Nor Arfa Batik’.

Aku sebenarnya tidak pasti sama sekali barang di dalam kotak itu. Aku belum melihat barang tersebut kerana sibuk menyiapkan kerja-kerja tadi. Aku risau sekiranya barang di dalam kotak itu boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan atau kekecewaan hati nya sebagai teman tidur ku. Pada pemikiran aku adalah lebih baik aku bertindak demikian, daripada membiarkan dia mengetahui jenis barang itu yang diberikan oleh seseorang kepada ku. Bagi aku, jika aku sudi menggunakan nanti, biarlah ia nya menjadi rahsia ku sendiri siapa yang menghadiahkan barang tersebut. Aku sedar dia berhak mengetahui segala hal berkenaan diri ku, dan aku tidak wajar bersikap demikian terhadapnya.

 

“Ok … tak ada hal … jom kita balik …” Aku angguk, sambil mematikan komputer, mendapatkan beg tangan dan membaiki tudung yang rasanya sudah senget sebelah, tidak ku jaga dengan rapi kerana memikirkan hanya aku seorang diri sahaja di situ.

“Jangan risau …. awak memang cantik …saya tak akan tinggal kan awak.” Guraunya membuat aku tersentap lagi kali ini. Aku cuba mengawal keadaan dengan membuat endah tak endah apa yang diperkatakannya, kemudian berjalan terus ke pintu bilik dan mematikan suis lampu bilik. Dia mengekori dari belakang. Aku mengunci pintu bilik dan memadamkan mana-mana suiz lampu yang masih terpasang. Beriringan kami masuk lif dan keluar dari pintu utama pejabat. Pegawal keselamatan yang ada hanya menganggukkan kepala dan Razman mengucapkan salam kepadanya dan juga berterima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience