Bab 9b

Family Completed 2610

Monday Blues ..... begitu lah perasaan aku pada pagi Isnin ini. Meskipun begitu kupaksakan diri bersiap mana patut untuk ke pejabat. Razman dan anak-anak sedang menunggu aku di meja makan. Aroma nasi lemak air tangan Kak Melah, merubahkan sedikit perasaan Monday Blues dalam diri ku. 

“Awal ... abang siap hari ini?” Aku menyapa Razman yang aku fikir sememangnya agak awal dari hari biasa dia bersiap. Biasanya dia belum berpakaian pejabat lagi pada waktu begini, masih dengan T-Shirt atau baju melayu dengan kain pelikat, amat jarang juga bersarapan dengan aku dan anak-anak. 

“Kelas diawalkan, jam 8.30 pagi, sebab saya akan ke seminar di PWTC .... selepas tu ..”

“Ooo ... ok. Emm ... sebelum saya lupa .... saya akan ke Rawang pagi ini ....”

“Ada apa tu?”

“Nak tengok produk yang akan dipasarkan melalui syarikat kami ... dah dipersetujui Ketua Pengarah, cuma ada beberapa perkara perlu dilihat, untuk semakan akhir sebelum ke pasaran.” Ramah pula aku menerangkannya kepada Razman. 

“Dengan siapa ke sana?” Sambil rancak juga dia menyuapkan nasi lemak ke mulutnya. 

“Suhaila .... dan .. emm ...” Perlu ke beritahu nama Rosmadi, kan jadi hal lain ... 

“Dengan siapa tu?” 

“Kawan ..... tak tahu lagi siapa .... mana-mana yang berkelapangkan lah.” Aku bukan nak menipu, tapi risau timbul sesuatu yang tidak disenangi oleh Razman nanti ...”

“Emm ... ok kalau dengan lelaki pun, yang pasti Suhaila ikut sekali ...”

Razman semacam dapat meneka maksud tersirat di hati ku. Betullah dia, boleh dikategorikan ‘pakar telahan jiwa’. Aku senyum sendirian. 

“Apa pasal senyum macam tu?”  Razman perasan dengan sikap aku ...

“Tak ada apa lah ...” Memang lah, air muka aku tak boleh nak tipu, mesti ada warna lain ‘menghias wajah’ pada masa tu ..

“Cepat lah makan Aishah, Lan ....kan tertinggal bas ...” Sahaja aku menukar topik, walhal masih awal lagi aku rasakan ...

“Haa .... kalau dah makan, siap pakai kasut dan sTokin, papa hantar sampai kat bas....” Razman membalas .... Seperti kebiasaanlah sikap anak-anak di pagi hari, dengan perlahan makan, main-main, muka masih lagi ala-ala nak tidur, perlu di tegur dan diingati selalu.

 

*****

Aku terpacak di depan pintu utama pejabat lebih kurang 8.45 pagi. Kak Ruby baru sahaja tiba, dia yang membuka kunci pintu dan kami sama-sama melangkah masuk ke pejabat dan terus ke tingkat 1. Kami berbasa-basi seketika sebelum aku membancuh nescafe 3 in 1, minuman kegemaran ku. Nescafe ini aku anggap sebagai aroma ‘menaikkan semangat’ bekerja setiap hari. Setengah jam daripada itu, kedengaran pintu bilik aku di ketuk, “Pukul berapa kita nak bertolak?”

“Dalam jam 10.00 pagi, tapi apa-apa hal tanya dengan Encik Rosmadi ...”. Suhaila mengangguk sahaja, tanda faham.

Lebih kurang sepuluh minit berselang, pintu di ketuk lagi, “Ok ..... 10.00 pagi ...jadi ...kita guna kereta Encik Rosmadi ......”

“Ok .... terima kasih, Su ..”

Mata ku memerhatikan jam tangan, lebih kurang dua puluh minit lagi untuk bersiap. Tak perlu membawa banyak dokumen, kerana kali ini aku, Rosmadi dan Suhaila akan melawat tapak bagi produk minyak jagung tempatan yang akan diprosekan di sebuah kilang di Rawang, sebelum dibuat edaran ke pasaraya syarikat kami di seluruh Malaysia.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience