Faeyz mengejar Zulaikha. Dia tidak akan mengalah macam tu sahaja tanpa tahu sebab yang munasabah. Dia terlalu cintakan Zulaikha, tak mungkin dia akan pergi dan lupakan Zulaikha.
"Sayang" Faeyz berlari dapatkan Zulaikha. Dia menangkap tangan Zulaikha lantas tubuhnya ditarik ke dalam dakapannya.
"Faeyz please.." rayu Zulaikha sebak.
"No. I couldn't live without you, honey. Cukuplah saya sengsara selama ini kerana kehilangan awak, sayang. Please don't leave me." pelukkannya semakin erat.
Faeyz membawa Zulaikha ke rumahnya semula. Zulaikha melabuhkan punggung di atas sofa sementara Faeyz pergi mengambil minuman buat Zulaikha.
"Minum ini dulu. Nanti ceritakan pada saya semuanya" Zulaikha memandang Faeyz dengan tatapan kosong. Perlukah dia menceritakan semuanya pada lelaki ini? Wajah Faeyz nampak bersungguh-sungguh dan Zulaikha nampak effort yang ditunjukkan lelaki ini terhadapnya.
Zulaikha mencapai segelas jus oren yang dihulurkan padanya lalu dibawa ke bibir dan diminumnya perlahan.
Faeyz mengambil tempat disebelah Zulaikha.
"Setelah awak dengar apa yang hendak saya ceritakan ini, saya tidak kisah jikalau awak tidak mahu melihat saya lagi. Memang itu yang selayaknya."
"Baiklah" jawab Faeyz sepatah. Dia memberi seratus peratus tumpuannya kepada Zulaikha.
Zulaikha mahu meletakkan gelas jus oren ke atas meja, namun Faeyz terlebih dulu menyambutnya lalu diletakkan di atas meja.
Flashback On
Zulaikha baru selesai mengulang kaji. Dia menyimpan semua buku-buku yang hendak dibawa ke sekolah esok. Setelah selesai, dia naik ke atas katil lalu berbaring.
Dia memandang ke arah jam yang terletak di atas meja disisi katil, sudah jam 10 malam. Kedua orang tuanya masih belum pulang kerana menghadiri majlis ulangtahun perkahwinan rakan sekerja ayahnya.
Zulaikha membetulkan tidurnya, menarik selimut dan dalam waktu yang singkat, dia tertidur.
Pranggggg!!!
Zulaikha terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam di meja kecil disisi katilnya. Jam satu pagi. Suara pecahan datang dari arah luar biliknya.
Dia bangun dan perlahan turun dari katil dan menapak menghampiri daun pintu biliknya. Waktu sebegini sudah pasti kedua orang tuanya sudah pulang.
Daun pintu dibukanya perlahan lalu mengintai ke luar ruangan. Ruangan atas kosong.
"Argh!" Zulaikha tersentak saat mendengar jeritan dari ibunya.
Zulaikha mengintai ke bawah disebalik jeriji tangga dari tingkat atas.
Matanya terbeliak. Zulaikha menangkup mulutnya dengan kedua tangan. Jantungnya berdegup kencang. Keringatnya mula membasahi seluruh tubuhnya.
Duar!
"Papa!!!"
Jeritan Zulaikha menyedarkan perompak akan kewujudannya. Kedua perompak itu telah melihatnya.
"Kau pergi dapatkan dia" arah salah satu dari mereka kepada perompak yang satu lagi.
Lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng itu naik menyusuri anak tangga mengejar Zulaikha.
Bamm!!
Zulaikha menghempas pintu biliknya lalu dikunci. Dia berlari masuk ke dalam almari baju untuk menyembunyikan diri.
Brakkk!!!
Pintu bilik terhempas kuat. Zulaikha menganga bila melihat perompak itu berjaya menendang pintu biliknya yang tak kalah tebalnya.
"Adik... Abang tahu adik ada dalam bilik ni. Marilah keluar. Abang janji, Abang takkan buat apa-apa pada adik." ujarnya dengan suara separuh memujuk.
Zulaikha menggerakkan tubuhnya ke belakang sehingga menyentuh belakang dinding almari. Dia menarik baju-baju yang berada didalamnya supaya menutupi tubuhnya dari dapat dikesan.
Dia menggigil ketakutan.
Perompak itu mencari keberadaan Zulaikha ke setiap ruang bilik. Belakang langsir, bawah katil, bawah meja, dalam tandas dan hanya tinggal satu tempat sahaja lagi, dalam almari.
"Abang tahu adik bersembunyi di mana, bawah katil kan.... Tunggu, Abang datang" ujarnya perlahan tetapi begitu menakutkan.
Lelaki itu dengan pantas membuka pintu almari. Dia menyelak baju-baju yang padat itu hanya dengan satu tangan dan..
"Arghhhh!!" jeritan Zulaikha terdengar hingga ke bawah.
"Tolong jangan apa-apakan anak gadis kami. Kami mohon.. Katakan apa saja yang kamu inginkan, kami akan tunaikan." rayu ibu Zulaikha sambil kedua tangannya diangkat ke hadapan dan dirapatkan keduanya tanda merayu.
"Ibu!" Zulaikha berlari ke arah ibunya yang duduk disebelah papanya yang sudah terbaring. Darah merah pekat mengalir membasahi permaidani.
"Papa!!!!" Jerit Zulaikha. Dia meraung sekuat hati apabila melihat kesan tembakkan di kepala papanya. Zulaikha memeluk erat tubuh papanya yang terbaring kaku.
Ibu Zulaikha bertindak menarik tubuh anaknya ke dalam pelukkan.
"Papa dah tak ada, sayang." tangis ibu Zulaikha.
Zulaikha mengepal tangannya kuat. Dia bangun lalu bertindak mahu menyerang ketua perompak itu.
"Kamu berdua memang binatang!!" jerkahnya dihadapan perompak tersebut sambil satu tangannya melayang mahu memukul perompak yang berdiri tidak jauh darinya.
Belum pun tangannya sempat mendarat ke tubuh perompak itu, tangannya dicengkam dan ditahan dengan kuat.
"Adik cantik jangan menangis. Abang berdua kan ada. Kita orang berdua boleh hiburkan hati adik yang dalam kesedihan tu. Kah kah kah kah" ujar perompak yang berjaya menangkap Zulaikha tadi sambil ketawa besar.
Zulaikha melayangkan tendangannya lalu terkena pada bahagian sulit perompak itu.
"Erghh!" lelaki itu mengerang sakit.
"Tak guna!"
Pangg! Satu tamparan hinggap di pipi Zulaikha sehingga telinganya berdesing kuat. Tubuh Zulaikha didorong kuat sehingga rebah ke lantai.
"Ikha!" jerit ibu Zulaikha lantas bangun dapatkan anak tunggalnya. Tubuh wanita itu nampak sangat lemah. Hujung bibirnya berdarah dan pipinya terdapat kesan lebam yang agak besar.
Tubuh Zulaikha dipeluknya, seperti cuba melindungi anaknya.
"Argh!!" satu tendangan kuat mengenai tubuhnya sehingga dia terlempar agak jauh dari Zulaikha.
"Ibu!" Zulaikha berteriak melihat keadaan ibunya yang terpelanting dan meringis kesakitan.
"Tolong, jangan apa-apakan ibu. Aku mohon" tangis Zulaikha.
Ketua perompak itu menghampiri Zulaikha. Hanya dengan satu tamparan, Zulaikha tidak sedarkan diri.
Perlahan matanya terbuka.
"Arkh!" bahagian bawahnya terasa perih dan sakit seperti disiat-siat. Zulaikha cuba mengangkat kepalanya tetapi terasa seperti ada satu beban yang berat sedang menghempapnya.
"Ibu" dalam pandangan yang kabur, dia dapat melihat ibunya yang terbaring tidak sedarkan diri, dua meter jauh darinya.
"Ibu" suaranya serak dan hampir tidak kedengaran. Dengan sekuat tenaga, dia cuba bangun. Dalam pandangan yang masih kabur, dia dapat melihat bahagian tubuhnya yang terdedah, bajunya koyak dibahagian depan sehingga menampakkan dua bukit kenyal miliknya serta bahagian bawah tubuhnya langsung tidak mengenakan pakaian.
"Argh!!" Zulaikha meraung semahunya. Dia tahu apa yang berlaku pada dirinya. Kedua manusia hina itu telah memperkosanya dengan kejam.
Kedua perompak itu hilang dan tidak dapat dikesan. Yang tinggal hanya mereka bertiga, sekeluarga.
Zulaikha mengesot mendapatkan ibunya yang separuh sedar.
"Ibu" panggilnya diselangi tangisan. Zulaikha memeluk tubuh ibunya erat.
Sirens polis membingitkan telinga Zulaikha. Tendangan pintu yang kuat, mengejutkan Zulaikha.
Beberapa orang polis menyerbu masuk ke dalam rumah bersama sepucuk pistol ditangan.
Brakk!
Satu suara datangnya dari tingkat atas. Beberapa orang polis berlari naik manakala selebihnya berlari ke arah papanya, Zulaikha dan ibunya.
"Mangsa meninggal ditempat kejadian akibat tembakkan di kepala" ujar salah seorang pegawai polis.
Seorang polis wanita menghampiri Zulaikha lalu menyelimut tubuh Zulaikha yang terdedah.
Beberapa orang pegawai perubatan masuk lalu memeriksa keadaan Zulaikha dan ibunya.
Sewaktu pemeriksaan, Zulaikha dikejutkan dengan beberapa das tembakkan yang datangnya dari tingkat atas.
Dalam tempoh yang singkat, pegawai polis berjaya memberkas kedua-dua penjenayah tersebut.
Zulaikha dapat melihat dengan jelas wajah kedua perompak itu kerana tiada lagi topeng pada wajah mereka.
Hujung bibir salah seorang dari mereka terangkat sambil memandang tajam kearahnya.
"Jalan" tolak pegawai yang membawa perompak itu turun.
Zulaikha dan ibunya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Ibunya tidak sedarkan diri akibat pukulan dan luka pada tubuh dan wajahnya. Manakala doktor mengesahkan Zulaikha telah diperkosa dan diliwat dengan kejam.
Keesokkannya, Nenek Doga yang merupakan ibu kepada papanya datang. Dia mahu membawa kedua mereka pulang ke Antalya untuk menyambung perawatan disana.
Bersambung...
Masa depan Zulaikha hancur hanya kerana peristiwa hitam itu
Share this novel