29- Faeyz telah membunuhnya

Romance Series 34258

Faeyz menangkap tubuh Zulaikha pantas dari terjatuh. Dia memeluk erat tubuh wanita kesayangannya.

Matanya terpejam rapat.

Bora dan Omar berkawal dihadapan pintu masuk rumah Zulaikha. Keselamatan bosnya dan juga Zulaikha harus diutamakan. Jika mereka leka hanya sesaat, mungkin nyawa mereka akan melayang.

Zulaikha mengintai keluar.

"Packing pakaian dan ikut saya"
Zulaikha menoleh memandang Faeyz.

"Kamu juga, Ruya" kata-kata Faeyz tak ubah seperti satu arahan.

"Kami bukan orang suruhanmu yang boleh kamu arah sewenang-wenangnya." sindir Zulaikha dengan wajah kesal.

Faeyz sedikit terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Zulaikha.

"Jangan ingat saya tak tahu, kamu juga dengan senang mengarahkan tenaga pekerja seperti saya bukan sesiapa di sana" bidas Zulaikha geram.

Faeyz menatap tajam ke arah Ruya.
Ruya yang sedar, lantas menundukkan wajahnya.

"Ikha.., semuanya tidak seperti yang kau bayangkan" celah Ruya cuba mengawal keadaan. Dia tidak mahu terjadi perbalahan disini.

Cukuplah sekadar mereka masih lagi terkejut melihat keadaan Faeyz yang datang dalam keadaan luka dan kesan darah pada wajah dan tubuhnya. Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

Zulaikha menoleh,
"Apa maksud kau? Kau juga ikut bersubahat, hmm?" Jelingan Zulaikha terhadap Ruya terasa seperti anak panah yang menusuk sampai ke hati.

"Jangan banyak bicara. Lekas kemaskan pakaian dan kita perlu keluar dari sini dengan segera" Bukan masanya untuk mereka berbincang tentang hal ini. Ada yang lebih serius yang harus dia fikirkan dan dia harus selamatkan Zulaikha.

Faeyz bangun diikuti Ruya.
Faeyz menatap Ruya seraya wanita itu mengangguk faham. Faeyz menghampiri Zulaikha sementara Ruya berlari naik ke tingkat atas.

"Eh, apa ni, lepas!" Zulaikha menolak tubuh Faeyz yang cuba mengendongnya.

Faeyz tidak mengendahkan sedikit pun pukulan dan tolakkan Zulaikha pada tubuhnya. Dia lantas mengangkat tubuh Zulaikha lalu dikendongnya keluar dan masuk ke dalam kereta.

Kereta audi hitam miliknya berdesir laju membelah kepekatan malam.

*

"Buka!!!!!"

Bammm!!! Bammm!!! Bammm!!!!

Faeyz mengeluh berat di luar pintu bilik.
Ruya yang turut berada disitu hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Jeritan dan pekikkan Zulaikha langsung tidak dihiraukan mereka.

"Penat nanti, diamlah tu" ujar Ruya yang faham benar dengan sikap Zulaikha.

Keduanya turun ke lantai bawah.

Ruya duduk di sofa tidak jauh dari Faeyz. Wajah tampan lelaki itu kini penuh dengan luka darah dan lebam ditatapnya sayu.

"Apa tindakkan seterusnya?" soal Ruya.
Dia sudah tahu semuanya. Faeyz sudah menjelaskan segala-galanya padanya tadi.

Faeyz mengeluh.

"Pertama sekali, saya harus dapatkan kepercayaan Zulaikha semula. Saya tak mahu dia terpengaruh dengan kata-kata Esra kelak." Faeyz mengancak ancak rambutnya, buntu.

"Biar saya yang jelaskan pada Ikha" suara Ruya yakin.

Faeyz lantas mendongak. Wajah yakin Ruya ditatapnya lama sebelum senyuman tawar muncul diwajahnya dan dia mengangguk setuju.

Ruya bangun. Dia sempat menepuk lembut bahu Faeyz sebelum naik ke tingkat atas.

Faeyz menghantar Ruya ke atas dengan pandangan mengharap.

Tok! Tok!
Ruya bersandar pada daun pintu bilik yang didiami Zulaikha.

"Ikha...ini aku, Ruya." Ruya terdiam sesaat sebelum bersuara semula.

"Buka pintu ni.. Ikha, please" pujuk Ruya lembut.

"Pergi" Sayup terdengar suara tempikkan Zulaikha diselangi tangisan.

Ruya memejam matanya erat.

"Aku takkan pergi selagi kau tak buka pintu ni." ujar Ruya tanpa putus asa.

"Kemana pun kau pergi, aku akan ikut sama. Tapi jika maut sedang mengejarmu, aku lebih rela menapak selangkah ke depan. Biar aku yang menggantikan tempatmu"

"Ikha, aku bukan seperti apa yang kau fikirkan. Aku lakukan semuanya bersebab."

Ceklek! Pintu terbuka.

"Sebab apa?" Tubuh Ruya hampir terjatuh.

Susuk tubuh Zulaikha berdiri tepat di hadapan muka pintu dengan sepasang tongkat. Zulaikha melangkah ke katil lalu merebahkan tubuhnya perlahan disitu.

Ruya masuk lalu menutup pintu. Dia menghampiri Zulaikha lalu duduk di birai katil.

Satu tangannya terhulur lalu menguis anak rambut yang menutupi separuh wajah Zulaikha.

"Sebab aku terlalu sayangkan kau" ucapnya sayu.

Zulaikha menoleh memandang Ruya. Ungkapan itu terdengar begitu ikhlas sekali di pendengaran Zulaikha.

"Apa maksud kau?" Zulaikha duduk dan bersandar pada katil. Dia sudah lama mengenali Ruya dan dia tahu, Ruya tidak mungkin tergamak menikamnya dari belakang.

Ruya mengeluh berat. Perlahan dia naik lalu ikut bersandar di sebelah Zulaikha. Ruya mengeluarkan handfonnya.

Zulaikha hanya memerhati tindak tanduk Ruya yang lincah mencari sesuatu di dalamnya.

"Ini..kau tengok ni.." Ruya mengarahkan layar handfone kepada Zulaikha. Zulaikha mencapainya perlahan lalu menilik dengan teliti.

Dahinya berkerut.
"Aku rasa macam pernah tengok wajah perempuan ni. Tapi aku tak ingat..." Zulaikha cuba memerah otaknya, mengingati dimana dia pernah terserempak dengan perempuan seperti dalam gambar ini.

"Kau tak ingat siapa yang langgar kau?" Zulaikha menoleh pantas. Raut wajahnya berubah tegang.

"Perempuan ni adalah Esra Melis Savas anak kepada Rifat Savas, ketua gengster yang berpengaruh di sini." jelas Ruya terus terang.

Zulaikha menelan ludahnya saat dia tahu latar belakang keluarga perempuan ini.

"Ikha... Faeyz lakukan semua ini semata-mata mahu melindungi kau. Dia tak ada niat nak ambil alih kedai kau atau nak ketepikan kau dalam hal ni. Dia buat semua ni sebab nak selamatkan kau."

Zulaikha terdiam seribu bahasa. Dia mula berasa menyesal dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Faeyz.

"Apa yang terjadi pada Faeyz, semua kerana perbuatan Rifat Savas." berita itu ternyata mengejutkan Zulaikha.

"Faeyz tidak pulang selama ini bukan kerana dia bekerja diluar kota, tapi kerana dia ditawan oleh Rifat dan dikurung di dalam bilik bawah tanah. Dia diseksa."
Kedua tangannya pantas menangkup mulutnya kerana terkejut. Airmatanya ikut mengalir saat mengenangkan bagaimana keadaan Faeyz ketika itu.

Ruya menundukkan wajahnya.
"Atuk Galih juga tidak terkecuali. Tubuhnya disuntik dengan dadah dan pada waktu yang sama, atuk diserang sakit jantung."

Sekali lagi berderai airmata Zulaikha.
"Bagaimana keadaan atuk sekarang?" tanya Zulaikha resah.

"Atuk sekarang sedang bertarung nyawa di hospital, masih tidak sedarkan diri"

Zulaikha meraung semahunya. Dia menyesal dengan apa yang telah berlaku.

"Semua ini kerana aku" Zulaikha menumbuk numbuk kakinya yang masih terasa kebas.

"Ikha!" Ruya memeluk erat tubuh Zulaikha. Kedua tangan Zulaikha dicengkam dari terus memukul dirinya sendiri.

"Jangan salahkan diri kau. Semua ini sudah takdir." pujuk Ruya lembut.

"Kalau aku tak balik ke sini semula, semua ini takkan berlaku." erangnya kesal.

Ruya mengusap lembut belakang tubuh Zulaikha guna untuk menenangkan Zulaikha.

"Kita harus segera keluar dari sini." Zulaikha meleraikan pelukkan. Dia menatap Ruya dengan hairan.

Ruya yang faham maksud pandangan Zulaikha, lantas membuka mulut.

"Mungkin mereka sedang buru kita sekarang ni setelah apa yang dilakukan Faeyz kepada Rifat Savas."

"Apa yang Faeyz lakukan kepada Rifat Savas?" Bola mata Zulaikha membulat saat bertanyakan hal itu kepada Ruya. Kedua tangannya terangkat lalu mencengkam bahu Ruya.

"Apa yang telah berlaku, Ruya!?" Zulaikha menggoncang bahu Ruya kuat sehingga tubuh wanita itu terdorong ke depan dan ke belakang.

"Faeyz telah membunuhnya"
Mata Zulaikha terbeliak, mulutnya ternganga.

"Ja, jadi, lelaki itu sudah mati?" tanya Zulaikha dalam keadaan separuh sedar. Dia masih terkejut dengan segala hal yang berlaku. Semuanya datang bertimpa-timpa apatah lagi dalam keadaannya seperti ini.

"Kerana itulah Faeyz memaksa kita supaya pergi jauh dari sini. Esra dan kuncu-kuncunya pasti sedang memburu kita."

Zulaikha masih tidak boleh menerima situasi seperti ini. Selama ini dia belum pernah diburu oleh mana-mana gengster.

Zulaikha jadi takut. Tubuhnya menggigil ketakutan. Nafasnya menderu naik dan turun dengan pantas.

"Ikha!!!"

Bersambung..

Apa yang berlaku? Dapatkah Faeyz melarikan diri bersama Zulaikha? Kemanakah arah tujuan mereka? Bagaimana dengan Esra, dapatkah dia mencari dimana keberadaan Faeyz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience