19- Awak kekasih saya

Romance Series 34258

Sebaik sahaja Abbas memberitahu Zulaikha mengenai kesihatan Faeyz, dia bergegas pergi.

"Ikha, kau mahu kemana?" Tanya Ruya hairan.

"Nanti aku call kau" Zulaikha membuka pintu kedai dan keluar menghala ke jalan besar. Dia segera menahan teksi.

Ruya yang memandang hanya menggeleng.

..

Ding dong

Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Terpancul satu susuk tubuh seorang lelaki berusia lingkungan 40an di muka pintu. Penampilannya kemas dan bersih, berkemeja putih dan berseluar slack hitam.

"Cik Zulaikha" Zulaikha menundukkan sedikit kepalanya tanda menyapa.

"Abbas" Abbas mengiakan lantas menghulurkan tangannya. Zulaikha menyambut walau tampak teragak-agak.

"Patutlah Tuan kemaruk, cantik rupanya" gumam Abbas perlahan.

"Apa awak cakap?" Tanya Zulaikha kurang jelas

"Tak ada apa-apa, marilah masuk" pelawanya sambil memberi laluan untuk Zulaikha masuk.

"Oh, saya perlu simpan ini dulu" Zulaikha menunjukkan beg kertas yang berada ditangannya.

"Apa ni?" soal Abbas ingin tahu.

"Oh, ini barangan dapur, saya singgah beli sebelum ke sini tadi" Zulaikha menyerahkan beg kertas kepada Abbas. Abbas menyambutnya lalu meneliti barang yang dimaksudkan Zulaikha.

Ada beberapa barangan dapur yang dibeli Zulaikha.

Wajah Abbas nampak hairan.

"Oh, sorry about that. Kalau awak tak kisah, boleh saya pinjam dapur?" Zulaikha meminta izin.

Abbas rasa bersalah. Dia tidak bermaksud begitu.

"Awak tak perlu minta izin dari saya. Ini bukan rumah saya. Awak boleh lakukan apa saja yang awak suka" jelas Abbas.

"Really?" sambil dahi Zulaikha berkerut.

"Yeah. Biar saya letakkannya di dapur" Abbas membawanya ke dapur lalu diletakkan di atas meja pantry.

Zulaikha membuntuti langkah Abbas.

"Terima kasih" ucap Zulaikha.

Abbas tersenyum seraya mengangguk.

"Err.. memandangkan Cik Zulaikha sudah berada disini, saya nak minta izin pergi dulu"

Zulaikha memandang Abbas hairan.

"Kenapa, awak nak ke mana?" Adakah lelaki ini kurang senang dengan kedatangannya?

"Oh, saya nak ke pejabat. Saya cuma risaukan Tuan kerana tidak ada orang yang menjaganya. Tapi, dengan kedatangan Cik Zulaikha disini, bolehlah saya minta tolong Cik Zulaikha supaya tengok-tengokkan Tuan. Saya mahu sambung kerja-kerja saya yang tertangguh di pejabat " jelas Abbas panjang lebar.

"Oh, kalau begitu baiklah" Zulaikha terpaksa akur. Ternyata tadi dia salah tafsir mengenai Abbas.

"Ok, saya pergi dulu. Kalau Cik Zulaikha perlukan apa-apa, hubungi saya" Abbas mengeluarkan kad atas namanya. Disitu disertakan nombor telefonnya, lalu diletakkan di atas meja pantry.

Zulaikha sekadar memberi anggukan perlahan sebelum menghantar Abbas di muka pintu.

Zulaikha naik ke tingkat atas. Dia melangkah menghampiri bilik utama dimana bilik Faeyz ditempatkan disana. Dia membuka daun pintu dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak mengganggu Faeyz.

Zulaikha menjengah kepalanya sedikit ke dalam kamar sebelum pintunya dibuka luas.

Faeyz begitu nyenyak tidur. Tubuhnya berbungkus dengan selimut. Dia menapak menghampiri katil. Tubuh Faeyz yang mengerekot ditatapnya sayu.

Perlahan belakang tangannya menyentuh dahi Faeyz. Dahinya berkerut. Dari sentuhan itu, dia kurang merasai sama ada tubuh Faeyz masih panas ataupun tidak.

Zulaikha membongkokkan tubuhnya. Wajahnya didekatkan dengan wajah Faeyz. Perlahan bibirnya menyentuh lembut dahi Faeyz.

Ini adalah teknik yang diajar oleh neneknya. Dengan cara ini, ia akan lebih dapat mengesan suhu panas pada badan.

Zulaikha menarik pantas. Bibirnya terasa bahang dari dahi Faeyz.

"Panasnya. Abbas belum beri dia makan ubat ke?" omelnya dengan nada separuh bisik.

"Sayang..." suara serak Faeyz terdengar lemah.

Zulaikha kaget. Dia menelan ludah. Adakah dia mengganggu tidur Faeyz?

Zulaikha memandang kearah Faeyz yang masih terbaring. Matanya terpejam rapat.

Mungkin lelaki ini sedang bermimpi, telah Zulaikha dalam hati.

Dia menapak mahu pergi. Niatnya untuk ke dapur, mahu masakkan bubur buat Faeyz.

Tangannya disentuh lembut. Bahang panas terasa meresap ke kulit Zulaikha.

"Sayang.." langkah Zulaikha terhenti. Dia menoleh memandang kearah Faeyz semula.
Perlahan mata lelaki itu terbuka.

"Tolong jangan tinggalkan saya " pintanya lemah.

Zulaikha mengeluh perlahan. Dia duduk dibirai katil disisi Faeyz. Lelaki itu masih mencengkam tangannya.

"Saya cuma mahu ke dapur untuk masakkan awak bubur. Awak rehat dulu ya. Dah siap nanti, saya bawa ke atas" ujar Zulaikha lembut. Perlahan tangan Zulaikha menguis lembut juntaian rambut pada dahi Faeyz.

Mata Faeyz seketika terpejam. Dia begitu menikmati sentuhan lembut Zulaikha pada wajahnya sebelum mengangguk perlahan.

Zulaikha tersenyum. Dia berdiri seraya membetulkan selimut yang menutupi tubuh lelaki itu.

Perlahan dia menapak keluar dan menutup daun pintu.

Tidak sampai 30 minit, Zulaikha masuk semula ke dalam bilik Faeyz. Dia meletakkan dulang di atas meja sudut.

"Awak..." Zulaikha menepuk lembut bahu Faeyz.

Mendengar suara Zulaikha, Faeyz membuka matanya perlahan.

"Bangun, kita makan dulu ya"
Faeyz mengangguk, menurut seperti anak kecil.

Faeyz terkial-kial untuk bangun. Zulaikha yang melihat lantas membantu dia duduk sambil bersandar pada kepala katil. Matanya tidak lekang dari terus memandang Zulaikha.

Zulaikha mencapai mangkuk berisi bubur ayam yang masih panas.

"Saya suapkan ya?" Faeyz mengangguk lemah.

Zulaikha menyenduk sesudu bubur lalu ditiupnya perlahan sebelum menyodorkan ke bibir Faeyz.

Perlahan bibir lelaki itu terbuka, bibir Zulaikha ikut terbuka seperti lagaknya menyuap anak kecil.

Bubur yang ditelan terasa begitu enak sekali.

"Sayang yang masak?" soal Faeyz sambil mengunyah perlahan.

Zulaikha memandang Faeyz lantas mengangguk.
"Ya. Kenapa, tak sedap ke?" Raut wajah Zulaikha berubah panik. Dia terlupa untuk rasa dahulu sebelum menyendoknya ke dalam mangkuk tadi.

Bibir Faeyz perlahan melengkung.
"Sedap" puji Faeyz jujur. Dia semakin jatuh cinta dengan wanita dihadapannya.

"Betul sedap?" soal Zulaikha tidak puas hati.

Faeyz mengangguk lagi. Kemudian membuka mulutnya lagi. Ragam Faeyz membuat Zulaikha ketawa geli hati.
Tanpa menunggu lama, Zulaikha menyuap lagi kedalam mulut Faeyz sehingga lelaki itu berjaya menghabiskannya.

Zulaikha mengambil segelas air oren lalu diletakkan di hadapan bibir Faeyz. Lelaki itu meneguknya sehingga setengah gelas.

"Ok, masa untuk makan ubat" ujar Zulaikha sambil mengulum senyum.

Faeyz lantas berpaling ke sisi.

"Kenapa, takut makan ubat?" Sindir Zulaikha sambil memandang Faeyz.

Perlahan tangannya membuka laci meja sisi lalu mengambil ubat yang disimpan Abbas.

"Kalau awak nak tahu, saya paling tidak sukakan lelaki yang takutkan hal yang remeh. Macam sekarang, nak makan ubat tu takut."
Raut wajah Faeyz berubah.

"Kalau awak taknak makan ubat, saya baliklah. Tunggu Abbas datang semula untuk beri awak makan ubat" ugut Zulaikha.

Faeyz pantas menoleh. Dia lantas mencapai ubat ditangan Zulaikha lalu ditelannya.

Zulaikha terkekeh ketawa.
"Ini airnya" Zulaikha menghulurkan segelas air kosong kepada Faeyz.

Lelaki itu pantas mencapai lalu diteguknya sampai habis.

"Sekarang, saya dah makan ubat. Sayang kena temankan saya kat sini, jangan pergi mana-mana" tahan Faeyz pantas. Dia tidak mahu Zulaikha pergi.

"Ok" Zulaikha bangun.

"Nak kemana?" Faeyz mencengkam tangan Zulaikha.

"Bilik mandi. Saya nak siapkan air untuk awak mandi" Perlahan cengkaman pada tangan Zulaikha terlepas.

Beberapa minit kemudian, dia menghampiri katil.

"Mari" ajak Zulaikha.

"Kemana?" soal Faeyz lemah.

"Mandi" jawab Zulaikha sepatah.
Melihat keengganan Faeyz, Zulaikha segera menyelak selimut, menarik tangan lelaki itu supaya turun dari katil.

"Sejuk" tubuh Faeyz menggeletar. Zulaikha panik.

Dia segera memeluk pinggang Faeyz, membawa lelaki itu masuk ke dalam bilik mandi.

Air di dalam tub mandi hampir penuh. Zulaikha memeriksa suhu air sebelum membenarkan Faeyz masuk kedalamnya. Setelah mendapati air itu suam, Zulaikha tanpa segan silu membuka baju Faeyz. Dia kemudian membelakangi lelaki itu.

"Buka seluar awak dan masuk ke dalam tub" arah Zulaikha tanpa memandang kearah Faeyz.

Lelaki itu tersenyum lebar, dia geli hati melihat keletah Zulaikha.

"Ok, sudah" ujar Faeyz.

Zulaikha menoleh kebelakang. Faeyz tiada. Dia terkejut bila melihat lelaki itu sudah berada dalam tub mandi sambil satu kakinya terlipat.

Zulaikha mula membasahkan kepala Faeyz.

Tubuh Faeyz menggeletar kesejukkan.

"Sayang, sejuk" adu Faeyz manja.

"Awak kena mandi juga. Badan awak panas" tekan Zulaikha sedikit keras.

Tubuh Faeyz semakin menggeletar. Bibirnya berubah biru dan pucat.

"Faeyz, awak...." tanpa fikir panjang, Zulaikha melompat masuk ke dalam tub, memeluk tubuh lelaki itu sehingga pakaian yang dipakainya habis basah. Dia sedaya upaya cuba membantu memanaskan tubuh Faeyz.

"Awak akan baik-baik saja" Zulaikha mengulangi percakapannya berulang kali sambil kedua matanya terpejam rapat.

Faeyz membalas pelukkan Zulaikha erat. Dingin yang dirasainya tadi mula berkurangan. Dengan air yang suam bersama tubuh Zulaikha yang hangat, mampu meredakan rasa gigilnya.

"Sayang, saya tak apa-apa" Faeyz cuba menenangkan Zulaikha.

Mendengar suara Faeyz, Zulaikha melepaskan pelukkan. Wajah Faeyz ditatapnya. Kedua tapak tangan halusnya meraup wajah Faeyz.

"Syukur awak tak apa-apa" Zulaikha menarik nafas lega.

Zulaikha tersedar. Dia bardiri lalu melangkah keluar dari tub mandi.
Mulutnya ternganga.

Faeyz hanya tersenyum, mengerti maksud riaksi Zulaikha.

"Nanti ambil saja baju saya di dalam almari." ujar Faeyz sambil menatap setiap lekuk tubuh Zulaikha disebalik pakaiannya yang basah kuyup.

Faeyz bangun.

"Ahhh!!" Zulaikha menjerit kecil sebelum berpaling ke belakang.

Faeyz terkekeh ketawa.

"Awak jahat" rengek Zulaikha kesal dengan sikap selamba Faeyz.

"Awak kekasih saya, buat apa saya nak malu"

Zulaikha terkesiap. Dia berpaling memandang Faeyz sebelum menjerit dan berpaling semula membelakangi lelaki itu.

"Sejak bila pula kita jadi pasangan kekasih" gumam Zulaikha sambil memuncungkan mulutnya. Wajahnya merah padam.

"Sejak kita sah menjadi King and Queen" bisik Faeyz di telinga Zulaikha.

Bulu tengkok Zulaikha meremang.

Faeyz memutari Zulaikha sehingga tubuhnya berada tepat di hadapan Zulaikha.

Zulaikha awalnya mahu memprotes dengan tindakkan Faeyz. Namun dia segera mematikan hasratnya bila melihat sebahagian tubuh kekar lelaki itu sudah berbalut tuala.

"Sayang buka baju dan gantikan dengan ini" Faeyz memberi bathrobe kepada Zulaikha.

Dengan wajah yang masih merah padam, dia merampas bathrobe dari tangan Faeyz. Lelaki itu sekali lagi terkekeh ketawa.

"Jangan risau, saya tunggu di luar" ujar Faeyz lantas berjalan keluar.

"annoying " rungut Zulaikha kesal.

Bersambung...

Ihhh... semakin bersemut pula dengan sikap Faeyz dan Zulaikha ni kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience