"Arghhhhh"
Brakkkk!!!
Barang-barang yang ada diatas meja soleknya jatuh dan berkecai.
Para bodyguardnya hanya mampu menunduk memandang lantai.
"Bodoh! Kerja yang senang macam ni pun korang tak boleh buat ke, hah!?" Esra menghampiri salah seorang bodyguardnya lantas satu tangannya mencengkam kuat hadapan kolar kemeja.
"Hey, aku bayar gaji korang semua mahal tau! Jadi jangan nak goyang kaki sangat. Aku beri tempoh untuk korang cari mereka sebelum matahari terbenam. Kalau korang tak jumpa mereka, jangan kembali ke sini lagi. Anggap saja kerja korang semua setakat ini sahaja"
Semuanya kelihatan kaget. Sudah berbelas tahun mereka telah berkhidmat dengan Rifat Savas dan sudah pastinya hasil kerja mereka dibayar dengan gaji yang setimpal dan lumayan. Jika mereka berhenti, bagaimana cara untuk mereka menyara keluarga.
"Tolong Cik Esra, jangan berhentikan kami. Bagaimana saya hendak menyara persekolahan anak saya di universiti?"
salah seorang dari mereka bersuara.
Esra mencerlung tajam ke arah lelaki separuh usia. Walaupun usianya sudah hampir 50an, namun luarannya langsung tidak kelihatan seperti itu.
"Heh!" Esra tersenyum mengejek.
"Itu semua bukan atas urusan aku. Korang usahalah sendiri." Esra melangkah keluar dari bilik sebelum berpapasan dengan Ibu Tara, pembantu rumah disitu.
Melihat wajah Esra yang tegang membuatkan dia sendiri takut untuk menyapanya.
Dengan penyapu dan penyodok di tangan, dia segera masuk ke dalam bilik lalu membersihkan serpihan kaca dari minyak wangi milik Esra.
"Kenapa dengan Cik Esra?" soal Ibu Tara hairan.
Kesemua bodyguard yang ada disitu berpandangan sebelum bergerak keluar dari bilik tanpa seorang pun menjawab pertanyaan Ibu Tara.
Penthouse Faeyz, mansion milik Galih begitu juga dengan tempat tinggal Zulaikha telah digeledah oleh orang-orang Esra, namun bayang kedua mereka langsung tidak kelihatan.
Syarikat Faeyz serta bakeri milik Zulaikha juga telah diserang hendap oleh mereka namun tidak seorang pun tahu dimana keberadaan Faeyz dan Zulaikha. Keduanya hilang tanpa jejak.
*
Kicauan burung dan sahutan unggas mengejutkan Zulaikha dari tidurnya yang panjang.
Panahan cahaya matahari yang terbias dari jendela kaca membuat pandangan Zulaikha terpaling dan menghadap ke ruangan tengah bilik.
Awalnya semuanya terlihat bersahaja. Beberapa saat kemudian, Zulaikha menerpa bangun dan duduk di birai katil. Dimanakah dia berada sekarang? Bilik ini bukan bilik tidur miliknya.
Zulaikha meninjau ke sekitar bilik. Bilik tidur ditata rias indah dan tenang dengan cat biru muda beserta susun atur perabot juga dari warna senada, biru dan putih. Terlihat sangat menenangkan dan selesa. Begitu juga dengan cadar katil yang sedang dia duduk sekarang, juga dari warna biru terang.
Zulaikha ternganga. Dia menyentuh pakaian yang melekat pada tubuhnya. Dress yang dikenakan itu bukan miliknya.
Dia mengenakan dress separas lutut berwarna putih bersih, bertali halus pada bahu dan terlihat sulaman indah pada bahagian dada. Dress ini bukan miliknya!
"Sayang"
Zulaikha tersentak segera menoleh kearah suara.
Faeyz berdiri dimuka pintu sambil tersenyum.
"Syukur sayang dah sedar" Faeyz menapak ke dalam bilik lalu duduk disamping Zulaikha. Wajahnya yang tanpa secalit makeup ditatap lembut oleh Faeyz .Wajah Zulaikha sangat cantik. Kulit wajahnya begitu halus dan licin bak telur rebus yang baru dikupas.
Dia rindukan Zulaikha. Dia rindu mahu mendengar suara dan gelak tawa wanita ini.
"Apa maksud awak 'dah sedar?' ? Kita dimana?" Zulaikha memandang sekeliling, sekilas dia menjeling ke arah jendela. Dia tidak melihat apa-apa disebalik jendela itu. Kosong! Dari duduknya, dia hanya dapat melihat langit yang kebiruan sama seperti warna biliknya sekarang.
Zulaikha menoleh memandang Faeyz semula.
Lelaki itu hanya mengulum senyum sebelum menjawab pertanyaan Zulaikha.
"Sayang dah dua hari tidak sedarkan diri."
Zulaikha yang mendengar seolah-olah tidak percaya.
"Mengarut!"
Faeyz mengeluarkan handfonnya lalu menghalakan skrin telefonnya kepada Zulaikha.
"Lihat tarikh yang ada disitu" ujarnya lembut.
Zulaikha hanya menurut sebelum mulutnya melopong tidak percaya.
Zulaikha menyeka helaian rambut yang menyapa wajahnya lalu diselitkan dibelakang telinga.
"Kita dimana?" Zulaikha menyoalnya sekali lagi.
Faeyz menatap lekat kewajah Zulaikha seraya menjawab,
"Jangan risau, kita sekarang berada jauh dari Istanbul. Tidak akan ada sesiapa yang akan jumpa kita disini."
Dahi Zulaikha berkerut tapi hanya beberapa saat sahaja sebelum wajahnya kembali serius. Dia mencerlung tajam memandang ke arah Faeyz.
"Awak yang salin pakaian saya?" Zulaikha terpaksa menebalkan muka bertanyakan soalan itu kepada Faeyz. Mukanya sudah merah padam.
"Jika ya, kenapa?" Faeyz berbalik bertanyakan kepada Zulaikha.
Zulaikha terdiam. Dia menunduk guna melarikan wajahnya dari terus ditatap oleh Faeyz. Dia malu dan segan bila tubuh polosnya dilihat oleh Faeyz tanpa dia sedar.
"Ikha, kau dah sedar? Syukurlah" Ruya melangkah masuk sambil menatang dulang berisi makanan lalu diletakkan di atas meja kecil di balkoni.
"Kalau kau nak tahu, tiap-tiap hari aku bawa makanan masuk dalam bilik kau. Yelah mana tahu puteri beradu ni terjaga sebab lapar ke... Hurm, alih-alih aku juga yang kena habiskan semua makanan ni. Tapi hari ni, aku bernasib baik sebab tak perlu nak habiskan semua makanan ni sendiri" Zulaikha tersenyum.
"Jadi, kau yang salin pakaian aku?" tanya Zulaikha menuntut jawapan dari Ruya.
Ruya yang leka menghidang makanan di atas meja, menoleh.
"Kalau bukan aku yang salin, siapa lagi?" Ruya seolah-olah berfikir sejenak. Dia memutar tubuh menghadap Zulaikha sepenuhnya.
"Kau sangka Faeyz yang salin pakaian kau ke?" Wajah Zulaikha bersemu merah. Dia menjeling sekilas ke arah Faeyz yang sedang mengetap bibir menatap tajam kearahnya.
"Gatal!"
"Awww!!!" Faeyz mengusap perutnya yang telah dipiat oleh Zulaikha.
Langkah Zulaikha mati di hadapan balkoni. Dia terpana saat melihat hamparan laut biru yang berada tidak jauh dari ruang biliknya.
"Enjoy the view, beb!" sela Ruya lantas duduk.
Faeyz yang berada disisi Zulaikha lantas menyentuh pergelangan tangan Zulaikha ,memimpin lembut wanita itu ke arah kerusi lalu menariknya untuk Zulaikha duduk.
"Thanks" ucap Zulaikha sambil tersenyum.
Faeyz mengambil tempat berhadapan dengan Zulaikha.
"Kita dimana? Ini rumah siapa?" Zulaikha yang tadi hendak menyenduk makanan, terhenti setelah pertanyaan itu masih belum terjawab dari tadi.
Ruya dan Faeyz berpandangan sebelum kembali memandang kearah Zulaikha.
"Norfolk Island" jawab Faeyz selamba sambil menjamah sandwich tuna yang baru saja dibuat oleh Ruya.
Dahi Zulaikha berkerut. Dia sendiri tidak tahu dimana lokasi sebenar mereka. Dia tidak pernah mendengar nama pulau itu. Dimana mereka sebenarnya?
"Norfolk Island?" Zulaikha menoleh memandang ke sekitar. Laut hijau kebiruan mengalun lembut. Sesekali terasa angin dingin menampar lembut wajah dan tubuhnya yang hanya mengenakan dress tanpa lengan.
Ruya tidak mengendahkan Zulaikha. Dia malah menjamah makanan dengan berselera sekali.
Zulaikha putus asa. Kerana terlalu lapar, dia mengambil sekeping pai berisi ayam dan cendawan lalu diletakkan ke dalam pinggan. Dia memotong dalam ukuran kecil lalu dijamahnya.
Kunyahannya terhenti.
Faeyz dan Ruya serentak memandang kearah Zulaikha.
Ruya hanya memberi isyarat kepala kepada Zulaikha seolah-olah mahu tahu kenapa Zulaikha berkelakuan begitu.
"Urm, wow.." Zulaikha mengunyah perlahan sambil menikmati keenakkan pai yang terasa meletus letus di dalam mulutnya. Kepedasan, rasa sedikit masin bersama taburan keju membuat pai itu terasa begitu mewah dan enak.
"Kau yang buat ke?" Zulaikha memandang Ruya tidak sabar.
Ruya menggeleng pantas.
"Kau tanya Faeyz" jawab Ruya acuh tak acuh kemudian tersenyum.
Zulaikha melopong. Dia kemudian memandang ke arah Faeyz yang nampak tenang sambil mengunyah makanan yang masih bersisa di dalam pinggan.
"Awak yang masak?" tonasi suara Zulaikha perlahan dan teragak-agak. Namun, ada perasaan kagum dalam hatinya terhadap lelaki dihadapannya ini.
Faeyz memandang Zulaikha sekilas sambil tersenyum seraya mengangguk.
"Wow" sepatah ayat itu keluar dari bibir Zulaikha, perlahan. Dia benar-benar tidak percaya bahawa lelaki dihadapannya ini juga sebenarnya pandai dalam bidang pastri.
Zulaikha tidak bersuara lagi. Dia begitu menikmati hidangan sarapan pagi yang dibuat oleh Faeyz dan Ruya dengan berselera.
*
Desiran ombak sesekali menghempas ke pantai menghasilkan ribuan buih dan menyapa lembut ke pergelangan kaki Zulaikha.
Aroma laut dan kedinginan bayu yang menyapa terasa sangat natural dan menenangkan. Terasa hilang semua masalah yang ada. Sesekali dia tersenyum sendiri dan terkadang dia keliru.
Perlahan dia berjalan menyusuri pesisiran pantai dengan tongkat yang masih terselit dicelah ketiaknya.
Pandangannya tertarik pada seorang wanita tua yang duduk sendiri di pangkin.
"Hello madam. Sorry to bother you" Zulaikha tidak tahu dimana dia berada sekarang dan dia tidak tahu bahasa percakapan yang layak untuk dia bertanyakan. Yang dia tahu, penggunaan bahasa inggeris digunakan diserata dunia. Mungkin itu yang tepat. Dia juga melihat dari luaran wanita itu seperti orang Inggeris.
"Hello dear. No, it's fine. Please come and join me" wanita tua itu menepuk perlahan kerusi disebelahnya.
Zulaikha tersenyum lebar.
"Thanks" ucapnya seraya duduk.
"Becareful" tegur wanita tua itu perhatian dengan keadaan Zulaikha.
"What happened?" soalnya ingin tahu.
"Oh,i'm accident six months ago with a drunk woman"
"broke my leg and had to undergo physio treatment once a month"
"My luck isn't that good, isn't it?"
bicara Zulaikha ramah.
"I'm sorry for what happened. You are lucky to have been given a second chance and can still walk well even with crutches" ujar wanita tua itu jujur.
"Thank God " celah Zulaikha sambil tersenyum.
"Oh, actually, I'm Zulaikha. You can call me Ikha" Zulaikha menghulurkan tangan tanda perkenalan.
"Larry. Just call me nanny because of my old age" ujarnya sambil ketawa.
Zulaikha ikut ketawa.
"If you don't mind, may I know where we are now?"
Larry memandang Zulaikha dalam keadaan bingung.
Zulaikha terdiam sejenak. Pertanyaanya seperti ini seolah-olah menunjukkan yang dia sekarang seperti pelarian ataupun dia seperti mangsa penculikkan.
"I mean, my husband actually wanted to surprise me. He just told me that we are now on Norfolk Island. I just want to know, where is the location of Norfolk Island" jelas Zulaikha panjang lebar.
Larry terkekeh ketawa sehingga membuatkan Zulaikha terpinga dan bertambah bingung. Adakah pertanyaannya tadi begitu kelakar?
"Oh, Im sorry." ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.
"Norfolk Island, Australia. You are now in Australia. Welcome to Australia" ucapnya lantas memeluk tubuh Zulaikha sehingga sekali lagi membuat Zulaikha terkedu.
"where do you live" soalnya.
"the luxurious mansion on the side of the hill" ceritanya.
"Nanny" sapa seseorang dari belakang.
Bersambung...
Suami? Zulaikha terpaksa berbohong yang Faeyz itu adalah suaminya? Tapi kenapa? Adakah Faeyz tahu akan hal ini nantinya? Dan jika ya, bagaimana reaksinya nanti.
Share this novel