Zulaikha tiba di bilik hotel. Dia merebahkan tubuhnya di katil empuk, terasa begitu nyaman.
Tok! Tok!
Zulaikha mendongak dan memandang ke arah daun pintu.
Tok! Tok!
Zulaikha turun dari katil dan berjalan kearah pintu. Daun pintu dibukanya perlahan.
Dia terkedu!
**
Faeyz tersenyum sambil netra matanya menatap lekat kearah gambar Zulaikha. Gambar gadis ini sudah cukup untuknya mengubat rasa rindu yang sangat dalam.
Dia yakin, sekarang ini sudah tentu gadisnya sudah menerima sejambak ros merah darinya.
Sebelum pulang tadi, dia sempat singgah di sebuah kedai bunga dan membelinya buat Zulaikha. Dia mengarahkan orangnya untuk menghantar kepada Zulaikha dan meminta bilik gadisnya diawasi 24 jam.
Itu adalah hadiah keduanya buat Zulaikha. Hadiah pertama, dia pernah memberi loket kunci berbentuk hati. Dia memegang separuh loket hati dan separuh lagi ada pada Zulaikha. Dia berharap sangat, Zulaikha masih menyimpannya dengan baik.
Cuma, Zulaikha tidak tahu loket itu adalah pemberiannya.
**
"Untuk saya?" soal Zulaikha hairan. Dia mengambil bunga dari tangan lelaki itu sambil memandang lelaki penghantar bunga dari atas perlahan turun ke bawah. Gaya lelaki ini bukan seperti penghantar bunga. Pakaiannya terlalu kemas dan rapi seolah-olah lelaki ini sebenarnya bekerja di sebuah syarikat besar.
Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Zulaikha bertambah hairan. Dia sekali lagi mengintai keluar dibahagian kiri dan kanan lorong yang sepi. Dengan pantas dia melangkah masuk lalu mengunci pintu.
Jambangan ros merah ditangannya ditatap sepi.
Matanya terpandang pada sekeping kad yang terselit di celahan kelopak ros. Dia mencapainya sambil melangkah kearah katil. Dia duduk disitu sambil anak matanya membaca bait-bait ayat pendek disitu.
'Selamat kembali'
FG
"FG, siapa?" Kening Zulaikha hampir menyatu memikirkan siapa pemberi bunga misteri ini.
Zulaikha menghirup haruman ros yang harum dari jambangan dihadapannya. Dia tersenyum.
Baru dua hari dia disini, dia sudah ada secret admirer.
**
Selesai juga urusannya dengan Puan Bedia. Kunci dan juga geran kedai sudah diserahkan kepada pemilik baru kedainya di Antalya.
Cuma sekarang ini, dia harus menguruskan barang-barang kedai lamanya untuk dipindahkan ke Istanbul.
"Ikha, kau betul-betul nak pindah ke sana ke?" Ruya masih tidak percaya dengan keputusan Zulaikha. Dia juga tidak habis fikir bagaimana Zulaikha begitu kuat hatinya untuk tinggal semula di rumah peninggalan orang tuanya setelah apa yang dialaminya 8 tahun lalu.
Zulaikha yang sibuk memasukkan barangan bakerynya ke dalam kotak lantas mendongak memandang Ruya yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapannya.
"Aku tak main-main, Ruya. Buktinya.." Zulaikha menghentikan kerjanya. Dia berdiri tegak sambil membalas tatapan sahabatnya. Zulaikha kemudian memandang ke sekitar kedainya yang hampir kosong.
"Kau lihat sekeliling kau sekarang ni.." Zulaikha menjeling sekilas ke arah Ruya sambil mengangkat satu keningnya.
Terdengar keluhan berat keluar dari bibir Ruya.
"Aku tak maksudkan kedai kau, Ikha. Kau fahamkan maksud pertanyaan aku?"
Zulaikha terdiam. Tanpa menjawab pertanyaan Ruya, dia duduk dan menyambung kerjanya yang tadi. Dia perlu siapkan semuanya hari ini juga kerana awal pagi esok, lori akan datang mengambil semua barang-barang untuk dibawa ke kedai barunya di Istanbul.
"Aku ikut" putus Ruya tiba-tiba.
Zulaikha melongo. Dia mendongak memandang Ruya. Wajah gadis itu benar-benar serius.
Zulaikha mengerjipkan matanya berkali-kali, tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.
"Maksud kau?" dahinya berkerut.
Ruya mengeluh berat. Dia kemudian duduk bersila dihadapan Zulaikha.
"Aku , ikut , kau , pindah , ke , Istanbul , titik!"
Ruya memutarkan bola matanya saat melihat riaksi sahabatnya. Sengaja dia menyebut satu persatu ayat supaya Zulaikha jelas dengan apa yang dikatakannya.
"Tutup mulut tu, nanti lalat masuk bersarang dalam mulut kau pulak" Ruya menolak dagu Zulaikha ke atas. Mulut Zulaikha tertutup rapat.
Mata Zulaikha mengerjip berkali-kali, masih tidak percaya dengan keputusan Ruya.
"Apa dah jadi pada gadis sejati Antalya, hah?" sindir Zulaikha sambil mendongak sekilas ke arah gadis itu.
Ruya hanya mampu tersengih. Dia punya alasannya yang tersendiri.
Flashback On
Ruya berlari pantas menghala kearah rumah Nenek Doga.
Masuk saja ke dalam, langkah Ruya kaku dimuka pintu.
Suara tangis Zulaikha bergema di gegendang telinganya.
Zulaikha yang memeluk tubuh Nenek Doga yang terbaring di lantai, mendongak saat melihat Ruya tiba.
"Ruya" panggil Zulaikha dengan erangan tangisannya.
Airmatanya bergenang dan menitis laju. Seketika dia tersedar dan berlari dapatkan Nenek Doga dan Zulaikha.
"Nenek Doga" panggilnya sebak. Wanita tua itu menatap Ruya lekat. Mulutnya seperti mahu katakan sesuatu.
"Ikha, tolong call ambulan" arah Ruya.
Tanpa membantah, Zulaikha bangun dan berlari masuk ke dalam bilik. Matanya meliar mencari keberadaan telefonnya. Zulaikha segera melangkah ke arah telefonnya yang berada di aats katil. Dia segera menghubungi ambulan.
Ruya yang melihat Zulaikha pergi, segera mendekatkan telinganya pada bibir Nenek Doga.
"Janji dengan ne..nek. To..long jagakan Ikha. Dia ti..ada sesiapa la..gi dalam dunia ini. Hanya ka..mu yang ne..nek harapkan"
Suara Nenek Doga semakin lemah.
Ruya mengangguk diselangi tangisannya.
"Saya janji, nek. Saya akan jaga Ikha seperti adik saya sendiri" janjinya sambil menggenggam tangan berkedut Nenek Doga.
"Nek..." Zulaikha berlari dapatkan Nenek Doga. Tubuh tua itu dipeluknya erat.
"Nek sabar ya. Sebentar lagi ambulan sampai." pujuknya.
"Nek kena kuat. Nek jangan tinggalkan Ikha sorang-sorang. Ikha hanya ada Nenek dalam dunia ni" tangisnya.
Ruya tersentuh dengan nasib yang menimpa Zulaikha.
Sewaktu Zulaikha tiba di Antalya 8 tahun yang lalu, ibunya masih dirawat di hospital mental. Dia dijaga oleh Nenek Doga. Keadaannya juga sangat membimbangkan Nenek Doga.
Sebulan selepas Zulaikha berpindah ke Antalya, pihak hospital menghubungi Nenek Doga dan memberitahu ibu Zulaikha meninggal kerana sakit misteri. Hal itu lebih membuat Zulaikha lebih tertekan dan menyebabkan dirinya mengalami kemurungan.
Bertahun Zulaikha terpaksa menerima rawatan di unit psikologi dan kaunseling. Atas doa dan usaha Nenek Doga, akhirnya Zulaikha sembuh sepenuhnya. Namun, parutnya masih terpahat dalam mindanya. Setiap malam sewaktu tidur, dia pasti akan meracau dan mengalami mimpi buruk. Peristiwa hitam itu masih menghantuinya sampai sekarang.
Ambulan belum sempat tiba, Nenek Doga sudah pergi menghadap Ilahi.
Tapi Ruya bersyukur kerana Zulaikha begitu kuat menerima takdir hidupnya. Mungkin kerana hatinya kini lebih cekal dan terbiasa dengan liku hidup yang penuh dengan ranjau dan duri yang mengajarnya erti kehidupan. Dia tidak lagi jatuh tersungkur. Semua yang berlaku dijadikan penguatnya untuk teruskan perjuangan. Dia juga punya impian dan cita-cita. Dia juga ingin berjaya.
Sudah tiada bahu untuknya tumpang bersandar. Tiada lagi tubuh untuknya peluk lepaskan kesedihan dan rindu. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu. Dia kini sendiri. Dia harus berusaha untuk dirinya sendiri. Dia harus bangkit.
Flashback Off
**
Zulaikha dan Ruya tercegat dihadapan rumah dua tingkat milik orang tua Zulaikha.
"Kau yakin nak duduk sini?" Tanya Ruya tanpa memandang ke wajah Zulaikha. Pandangannya masih terarah pada rumah besar dihadapannya.
"Kau ada tempat selain ini untuk kita tinggal?" Ruya terdiam.
Zulaikha menapak menghampiri pintu besar. Kunci ditangannya dihulur lalu membuka kunci pedal yang terselit pada jeriji besi.
Pintu dibukanya perlahan. Sekali lagi Zulaikha dan Ruya tertegun. Mereka berpandangan.
***
Zulaikha terbaring keletihan. Seharian dia hanya menghabiskan masa mengemas rumah. Memang ada orang yang menjaga rumah orang tuanya namun, dia mencuba untuk hilangkan suasana masa lalunya. Dia menyusun atur perabot dan mengecat rumah dalam keadaan yang jauh berbeza dari sebelumnya.
Mata Zulaikha terpejam buat seketika. Rasa nyaman dan tenang saat ruangan sekelilingnya terasa sunyi dan mendamaikannya. Angin sepoi-sepoi bertiup di celahan jendela yang terbuka. Langsir putih berterbangan, mengibar di hadapan jendela, menambahkan lagi suasana tenang.
Perlahan matanya terbuka. Iris coklat cair bergerak ke kanan, memandang ke arah jambangan ros merah yang tadinya menyambut kedatangan mereka.
'Gembira awak dah kembali'
FG
Lagi-lagi dari orang yang sama, saat dia menerima jambangan bunga ketika menginap di hotel tempoh hari.
"FG" nama itu meniti di bibir Zulaikha.
Zulaikha duduk.
Bagaimana orang ini boleh letakkan jambangan bunga ini di dalam rumah, sedangkan rumahnya berkunci?
Bersambung...
Adakah satu hari nanti Zulaikha akan tahu siapakah secret admirer nya?
Share this novel