"Ikha, kau ada tak dalam Whatsapp group kelas kita?" Lola memecah keheningan antara mereka bertiga setelah makanan di atas meja habis dimakan.
"Hah?" Zulaikha terpinga seketika sebelum mengeluarkan telefonnya. Dia membuka group Whatsapp yang baru diterimanya tadi lalu menyemaknya.
Zulaikha menghalakan skrin telefonnya ke arah Bihan dan Lola sambil mengecilkan pupilnya pada kedua sahabatnya.
"Ok, good" balas Bihan bersahaja.
"Siapa yang add aku? Macam mana diorg tahu nombor telefon aku?" Soal Zulaikha hairan.
Bihan mengambil telefon di tangan Zulaikha lalu memasukkan nombor telefonnya ke dalam friend list Zulaikha.
"Ni nombor telefon aku. Aku yang add kau masuk dalam group kelas kita." Bihan mendongak sekilas ke arah luar.
"Terang-terang nombor telefon kau ada tulis kat luar tu" beritahu Bihan mengingatkan Zulaikha.
Zulaikha lantas menepuk dahinya perlahan. Dia sendiri terlupa tentang hal itu.
"Hujung minggu nanti, sekolah kita akan buat majlis reunion. Aku nak kau hadir sama. Jangan risau, nanti aku jemput kau di rumah" celah Lola pantas sebelum Zulaikha sempat berkata apa-apa.
Zulaikha mahu berkata sesuatu, namun dicelah pantas oleh Bihan.
"Kita orang tak nak dengar alasan yang kau tak boleh pergi. Semuanya wajib datang, tidak terkecuali seorang pun"
Zulaikha mengeluh berat.
"Tapi aku tak ada baju" Bihan dan Lola berpandangan. Keduanya mengangkat kedua kening kearah satu sama lain. Zulaikha yang melihat riaksi kedua sahabatnya hanya menopang dagu.
**
Lola dan Bihan membawa Zulaikha ke sebuah butik ternama yang jaraknya tidak begitu jauh dari Kota Istanbul.
"Kita nak buat apa dekat sini?" Zulaikha nampak terpinga-pinga.
Lola dan Bihan yang berdiri di sebelah Zulaikha lantas bercekak pinggang sambil mengeluh.
"Jangan banyak tanya boleh tak? Mari" Bihan menarik tangan Zulaikha masuk ke dalam butik.
Mahu atau tidak, Zulaikha terpaksa menurut.
Lola dan Bihan mengambil beberapa helai baju lalu diletakkan pada tubuh Zulaikha.
"Aku nak kau cuba yang ni" ujar Bihan.
"Yang ni juga" ujar Lola pula.
"Yang ini" - Bihan.
"Ini juga" - Lola.
"Hitam ni cantik dengan kau, jangan lupa cuba yang ni sekali" Bihan meletakkan baju yang dipilihnya ke atas timbunan baju yang berada pada tangan Zulaikha.
"Hey!" Bentak Zulaikha.
Keduanya terhenti.
"Kenapa korang nak aku pakai baju-baju ni? Korang nak buat apa?" Dia sendiri bingung dengan tindakkan pelik kawan-kawannya.
"Kita orang nak tolong kau cari baju yang sesuai untuk majlis reunion nanti la." celah Lola pantas.
"Tapi..."
"Kau cakap tadi tak ada baju yang sesuai. Jadi, kita orang nak bantu kau sekarang ni " beritahu Bihan lantas menolak lembut tubuh Zulaikha supaya masuk ke dalam bilik persalinan.
Zulaikha yang masih bingung dan terpinga-pinga hanya menurut.
Dia masuk ke dalam bilik persalinan lalu mencuba satu persatu baju yang dipilih oleh Lola dan Bihan.
Dalam 12 belas pasang baju yang dicubanya, ada satu baju yang begitu menarik perhatian Lola dan Bihan.
"Kau pun sependapat dengan aku?" bisik Lola di telinga Bihan.
Bihan mengangguk laju, kemudian keduanya tersengih.
***
Pon! Pon!
Zulaikha menyelak langsir dan menjengah muka disebalik jendela.
"Ruya, kau ok ke tinggal sorang-sorang ni? Kawan-kawan aku dah sampai tu" ujar Zulaikha sambil terkocoh-kocoh mengenakan sepatu tinggi 5 inci.
"Aku ok. Cuma kau tu, satu je aku nak pesan, kau jangan minum pulak!" Ruya memang sahabat yang baik. Dia sering mengingat dan melarang Zulaikha dari minum minuman beralkohol.
"Baik Kak Ruya, adik Ikha menurut perintah" jawab Zulaikha patuh.
"Hmm, pergi la. Jangan biar orang tertunggu-tunggu" tegur Ruya membuat Zulaikha tersedar.
"Ok, pergi dulu" dia melayangkan ciuman ke arah Ruya, menarik tombol pintu dan melangkah keluar.
Dengan langkah yang berhati-hati, Zulaikha menapak ke arah kereta BMW M5 merah milik Bihan.
Zulaikha mengambil tempat di bahagian seat belakang.
"Cantiknya kau, Ikha. Aku ingatkan Miss Universe manalah tadi" puji Lola terkejut melihat penampilan Zulaikha.
"Kenapa, over sangat ke penampilan aku malam ni?" Zulaikha mula cuak sambil menatap penampilan dirinya.
"Taklah. Kau cantik sangat. Don't worry.., aku jamin kau akan jadi tumpuan malam ni" celah Lola yang duduk di kerusi sebelah pemandu.
"Ish korang ni! Melebih-lebih pulak. Segan la aku" Dia mula berdebar.
"Ok, ok. Kau rileks je.. kita gerak sekarang ya, nanti lambat pulak" Bihan memasukkan gear pada D dan BMWnya meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah Zulaikha.
Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di perkarangan sebuah hotel bertaraf 5 bintang.
Ketiga mereka turun di hadapan pintu besar hotel. Bihan lantas menyerahkan kunci keretanya kepada penyambut tetamu yang menanti di sisi keretanya.
Zulaikha memandang ke dalam ruangan hotel mewah itu dengan perasaan yang berdebar. Apa yang menyebabkan dirinya berasa sedemikian? Mungkin kerana dia sudah lama tidak bertemu dengan bekas pelajar di sekolah lamanya.
"Ready?" Tanya Bihan lalu menggenggam tangan Zulaikha erat. Dia tahu Zulaikha gementar kerana tangannya begitu dingin sekali.
Zulaikha mengangguk kemudian menggeleng.
Bihan tidak mengendahkan karenah Zulaikha. Dia menarik tangan Zulaikha masuk ke pintu besar hotel.
Baru sahaja berdiri di ruang legar lobby, semua mata memandang tepat ke arah mereka bertiga.
"Kenapa semua orang pandang ke arah kita?" Soal Zulaikha separuh bisik. Dia mula gemuruh.
"Mereka bukan pandang kita, tapi kau" Zulaikha terkesiap dengan kata-kata Bihan.
"Mari" Bihan menarik tangan Zulaikha masuk ke dewan besar.
Mahu atau tidak, Zulaikha terpaksa menurut.
Mereka melangkah dihadapan kerumunan orang yang ramai yang terus menatap ke arahnya. Sesekali Zulaikha memandang dan tersenyum. Ada yang membalasnya dan ada juga yang memberi tatapan sinis kepadanya.
Mereka bertiga mengambil meja kedua dari hadapan pentas. Setiap meja mempunyai 10 kerusi. Zulaikha duduk ditengah-tengah antara Lola dan Bihan.
"Kau ok?" Tanya Lola. Keadaan Zulaikha tampak begitu meresahkan.
Zulaikha menelan ludah sebelum mengangguk.
Sungguh, sebenarnya dia tidak ok. Jika tidak kerana mahu menjaga hati Bihan dan Lola, dari tadi lagi dia berlari pulang.
"Hey korang. Dah lama sampai?" Sapa Sean yang datang bersama Demir. Keduanya menghampiri meja mereka. Sean menarik kerusi dan duduk disebelah Bihan, manakala Demir pula mengambil tempat di sisi Sean.
Sean dan Demir berpandangan setelah menyedari kehadiran Zulaikha.
"Zulaikha?" Sean nampak keliru. Wajah Zulaikha tidak berubah sejak dahulu tapi, solekkannya yang merubah wajahnya. Hampir saja mereka tidak mengenali Zulaikha. Wanita itu...,sangat cantik!
"Ya, saya Zulaikha" sahut Zulaikha dengan bersuara lembut.
"Wow! Kita orang hampir tak kenal kau. Look at you, stunning" puji Sean lagi.
Zulaikha tersipu malu dengan pujian Sean.
"Hey korang, dah lama sampai?" Sapa seorang lelaki yang begitu kemas dan tampan mengenakan sut lengkap berwarna hitam.
Kesemua yang ada disitu ikut mendongak, termasuk Zulaikha.
Pandangan keduanya bersatu dan membeku dalam waktu yang agak lama.
Bersambung...
Siapakah lelaki itu? Adakah Zulaikha mengenalinya?
Share this novel