34- Honeymoon

Romance Series 34258

'Sean, ada perkembangan terkini tentang atuk?'

'Masih sama. Atuk langsung tak menunjukkan respond yang positif.'

Faeyz mengeluh hampa. Dia berharap sangat atuknya sedar dan sihat semula. Dia rindukan suara garau dan tawa atuknya yang sudah lama menjadi peneman hidupnya setelah pemergian kedua orang tuanya.

'Kau jangan risau, pihak polis sudah mahu bekerjasama dengan kita.' cerita Sean gembira.

'Maksud kau?'

'Lepas kau pulang ke Australia, Dino beritahu aku yang ketua operasi mereka sudah diberhentikan dan tempatnya diambil alih oleh seorang pegawai wanita dari Texas, US. Katanya, pegawai baru ni tegas dan anti rasuah.'

'Kerem? Maksud kau, Kerem Okan?' raut wajah Faeyz berubah ceria. Dah lama dia nantikan saat ini.

'Ya. Pendakwa Raya, Tuan Metin dah tahu perihal Kerem dan lelaki tu terus diberhentikan serta merta.' cerita Sean panjang lebar.

'Jadi, selama ni takkan Tuan Metin tidak tahu menahu tentang hal ni? Dah bertahun-tahun mereka berkomplot dengan Rifat Savas, kita sendiri pun tahu hal sebenar, mustahil!' Faeyz tidak mudah percaya dengan apa yang baru didengarinya.

'Betul. Selama ni Kerem dah putar belit laporan. Orang bawahan mana berani buka mulut. Tapi sejak kematian Rifat Savas, ada seorang detektif datang berjumpa Tuan Metin dan ceritakan semuanya. Dia tunjukkan semua bukti tentang Kerem dan Rifat bekerjasama. Saat itu juga Tuan Metin mengarahkan Kerem datang mengadap dan diberhentikan serta merta.'

Faeyz menggeleng seolah tidak percaya. Keajaiban apakah ini? Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana hidup atuknya bakal terbela.

'Sekarang ni, polis sedang buru Esra dan konco-konconya.'

Faeyz tersenyum menang. Dia berharap sangat Esra dan orang-orangnya ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan.

"Sayang..." Faeyz menoleh.

Zulaikha sudah berdiri di belakangnya dengan tubuhnya yang masih melekat jubah tidur.

'Apa-apa perkembangan, nanti kau update aku'

Faeyz mematikan talian seraya memutar tubuh menghadap isteri yang baru dinikahinya dua hari lalu.

"Good morning, honey" sapa Faeyz dengan nada romantis lantas mengucup bibir Zulaikha sekilas.

Zulaikha mahu memeluk tubuhnya namun ditolak Faeyz lembut.

"Badan saya berpeluh"

Zulaikha memandang Faeyz dari atas hingga ke bawah. Ada kesan basah pada t-shirt yang dipakai Faeyz. Dia tahu, suaminya baru selesai berjogging.

"Siapa tadi tu?" Soal Zulaikha penasaran.

"Sean" Faeyz terdiam sejenak.

"Kenapa? Ada berita tentang atuk ke?" Zulaikha memandang resah ke wajah Faeyz.

Faeyz yang spontan menguis lembut anak rambut yang jatuh dihadapan wajah Zulaikha lalu diselitnya ke belakang telinga.

Zulaikha lantas mengeratkan pelukkan dipinggang Faeyz. Dia langsung tidak hiraukan tubuh Faeyz yang dibasahi peluh.

"Keadaan atuk masih sama" luah Faeyz. Raut wajahnya nampak sugul.

Zulaikha mengerti perasaan suaminya.
"Kita sama-sama berdoa semoga atuk kembali sedar dan sihat semula. Chin up, ok!" Zulaikha cuba memberikan kata-kata semangat kepada suaminya.

Hujung bibir Faeyz terangkat. Dia bersyukur kerana dikurniakan wanita sebaik dan secantik Zulaikha.

"I love you" bisik Faeyz.

"I love you" balas Zulaikha lantas mengucup lembut bibir Faeyz.

*

Setelah Faeyz dan Zulaikha menikah, Ruya kembali ke Istanbul. Di sana, dia dikawal ketat oleh orang-orang Faeyz, takut jikalau Esra dan orang-orangnya mengapa-apakan Ruya. Selama ketiadaan mereka, Salma dan Diki yang bantu menguruskan kedai.

"Ruya" Salma berlari kearah Ruya yang muncul di muka pintu kedai. Mereka berpelukkan buat seketika.

"Good to see you" ujar Salma gembira.

"Thank you" ucap Ruya tersenyum.

Salma sempat mengintai ke luar kedai.

"Siapa mereka? Pemungut hutang ke?" mata Salma terbeliak ke arah beberapa orang lelaki berpakaian kemas berdiri di luar kedai.

"Jangan risau, kedai kita akan lebih selamat" itu saja yang mampu dikatakan Ruya setakat ini lantas berlalu ke belakang.

Wajah Salma nampak bingung. Dia tidak dapat mencerna kata-kata Ruya dengan baik.

"Apa maksud kau dengan kedai kita akan lebih selamat?" soal Salma sambil membuntuti langkah Ruya.

Langkah Ruya terhenti. Dia memutar tubuh memandang Salma.

"Selama ketiadaan saya dan Cik Zulaikha, ada sesiapa datang ke sini? Erm, maksud saya..datang cari Cik Zulaikha atau bertanyakan sesuatu mengenai Cik Zulaikha?" Ruya tidak menjawab pertanyaan Salma. Dia malah mengajukan pertanyaan lain kepada Salma.

Salma cuba mengingat sambil kepalanya bergerak perlahan ke kiri dan kekanan sambil berfikir sebelum mengubah dan mengangguk pantas.

"Siapa?" tanya Ruya pantas.

"Entah! Seorang wanita cantik berkelas atasan yang penuh bergaya dan berkarisma. Cantik sangat-sangat dan dia juga datang dengan lelaki-lelaki seperti di luar tadi." Ruya mengintai ke luar.

"Apa yang dia mahu?" Ruya sepertinya sudah tahu siapa yang dimaksudkan Salma.

"Dia tak cakap pulak. Tapi dia tanyakan Cik Zulaikha. Saya cakap la yang Cik Zulaikha sedang bercuti" cerita Salam jujur.

"Dan dia juga bertanyakan kemana Cik Zulaikha pergi.." sambung Salma lagi.

"Apa awak cakap?" Ruya teruja mahu tahu.

"none of my business" jawabnya dengan penuh lagak.

"Good!" puji Ruya.

Ruya mahu melangkah pergi. Dia mahu ke ruang dapur.

"Hah, cantik sangat ke perempuan tu? Mana lagi cantik, Cik Zulaikha ataupun perempuan tu?" soal Ruya separuh bisik.

"Ermmm..kalau dari segi penampilan dan keterampilan, sudah tentulah perempuan tu."

Ruya mencebir bibir tanda mengejek.

"Tapi..kalau dari segi kecantikkan dan rupa paras, Cik Zulaikha la..." Ruya tersenyum lebar.

"Cik Zulaikha tak makeup pun cantik. Perempuan tu, makeup saja dah tebal 10 inci. Cuba kalau tanggal makeup, dark circle bersepah, kalah mata panda" Ruya dan Salma berdekah ketawa.

Mereka berdua akui, Zulaikha memang cantik secara semulajadi. Sebab itulah Faeyz tergila-gilakannya dari dulu dan tidak mahu melepaskannya.

*

Singapura ialah sebuah negara pulau dan negara kota di Asia Tenggara maritim.

Ia mempunyai kepadatan penduduk ketiga tertinggi di dunia , walaupun terdapat banyak ruang hijau dan rekreasi hasil daripada perancangan bandar. Dengan penduduk berbilang budaya dan sebagai pengiktirafan identiti budaya kumpulan etnik utama dalam negara, Singapura mempunyai empat bahasa rasmi - Inggeris, Melayu , Mandarin dan Tamil .

Banyak bangunan pencakar langit terletak di bandar tersebut dan ia hanya bersebelahan dengan Malaysia yang mana kedua negara ini berkongsi sempadan maritim yang sama.

Faeyz memilih penginapan mewah untuk mereka berdua, Marina Bay Sand. Ia terdiri daripada tiga menara 55 tingkat bilik hotel mewah dan suite mewah dengan perkhidmatan butler peribadi. Selain itu, seni binanya dibuat lengkap dengan Sands Sky Park yang memahkotai tiga menara itu.

Saat berdiri di luar bangunan, Zulaikha sendiri terpinga dengan keindahan reka bentuk bangunan gah dihadapannya.

"Im speechless" luah Zulaikha perlahan namun masih dapat didengari oleh Faeyz dengan sangat jelas.

Faeyz tersenyum.

"Come in" Faeyz menggenggam tangan isterinya. Kedua mereka melangkah masuk ke dalam bangunan.

Sekali lagi Zulaikha terpegun dengan dekorasi dan kemewahan struktur bangunan tersebut. Ruangan lobi luas dan tinggi. Pengunjung juga agak ramai.

"Sayang duduk disini, saya pergi check in" arah Faeyz lembut. Sebelum pergi meninggalkan Zulaikha sendirian di kerusi menunggu, Faeyz sempat mendaratkan ciuman di dahi isterinya.

Zulaikha hanya sekadar mengangguk. Dia masih teruja dengan kemewahan bangunan ini. Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke Singapura dan betapa kagumnya dia saat dapat menjejakkan kaki ke sini, terasa begitu bertuah.

"Jom sayang" Faeyz datang lantas menarik tangan Zulaikha menuju ke pintu lift. Mereka menuju ke tingkat 53.

Masuk saja ke dalam bilik hotel, Zulaikha terkesima. Ruangan hadapan persis ruang tamu. Disana terdapat meja makan dan kitchen ringkas yang dilengkapi mesin kopi dan microwave.

Perlahan dia melangkah masuk lebih dalam melalui sebuah koridor kecil dimana disitu terletaknya pintu menuju ke tandas dan bilik mandi. Ruangan dalam bilik mandi sangat luas, memiliki tub mandi bersaiz besar dan mempunyai ruangan shower yang diliputi pintu berkaca jernih.

Zulaikha melangkah ke satu ruangan. Disana terdapat satu rak ditengah-tengah antara ruangan. Rak itu memisahkan menjadi dua ruangan. Ruangan kiri merupakan ruangan santai yang menempatkan sofa panjang dan meja kopi manakala ruangan kanan pula terdapat sebuah katil bersaiz king, cantik dan mewah.

Rak yang terletak ditengah-tengah ruangan itu, jika dilihat dari arah ruangan santai adalah sebuah cermin bersaiz besar dan jika dilihat pada bahagian tempat tidur, ia merupakan TV LCD yang dilekatkan pada rak.

Zulaikha terkejut bila Faeyz memusingkan rak itu ke kiri, Zulaikha kagum. Rak itu boleh dipusingkan. Jadi, jika mereka berada diruang santai, mereka juga boleh menonton TV.

Zulaikha melangkah ke cermin besar. Dia terkesima melihat keindahan hamparan Kota Singapura yang cantik dan mempersonakan.

Perlahan dua tangan kekar melingkar pada pinggang rampingnya.

"Sayang suka?"

Zulaikha memandang ke sisi dan mendongak. Dia mengangguk.

"Suka. Tentu mahal, kan?" Dari sudut luaran saja, dia sudah dapat mengagak, tempat ini hanya untuk orang berkelas sahaja. Penginapan semalam sahaja mungkin mencecah 600 Dollar Singapura dan lebih dari itu. Dia tidak minta ini semua. Cukup sekadar mereka menginap di hotel biasa, sudah memadai.

Faeyz meletakkan dagunya di celah tengkuk Zulaikha membuat dia terpaksa berbongkok sedikit untuk menyetarakan ketinggiannya dengan Zulaikha.

Tangannya masih erat memeluk pinggang Zulaikha.

"Cinta sayang lebih mahal dari segalanya."

Zulaikha menoleh dan tersipu malu.

"Sayang kena tahu, ini honeymoon pertama kita. Tempatnya haruslah berkelas sebab sayang bukan biasa-biasa di hati saya"

Zulaikha mencebir bibir mendengar kata-kata Faeyz.

"Jadi, bagaimana pula untuk honeymoon yang ke 50 kita nanti? Adakah kita hanya berkhemah di tepi pantai saja sambil ditemani unggun api, tidur berbantalkan lengan sayang yang sasa ni, terpaksa memancing untuk makan ikan bakar dan terpaksa menjerang air untuk minum secawan teh?"

Faeyz ketawa besar.

"Idea yang bagus. Akan saya masukkan dalam senarai nanti" Kali ini Zulaikha pula ketawa besar.

*

Tak perlu keluar dan berjalan jauh, cukup sekadar berada di Marina Bay Sand, segalanya ada disitu. Swimming pool, Restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan, terdapat observation deck di tingkat paling atas untuk menikmati keindahan Kota Singapura dan shopping mall yang menempatkan pelbagai barangan yang berjenama.

Hari pertama Faeyz dan Zulaikha di Singapura, mereka hanya menghabiskan masa berjalan-jalan di Marina Bay Sands.

Hari kedua, Faeyz dan Zulaikha berjalan-jalan ke Orchard Road. Seluruh kawasan Orchard Road hanya dipenuhi dengan tempat membeli belah yang merupakan megamall moden yang diperbuat dari keluli dan kaca.

Mereka menahan teksi untuk ke Merlion Tower. Awalnya, Faeyz mahu memandu sendiri. Tapi atas desakkan Zulaikha yang membantah dia menyewa kereta, Faeyz terpaksa akur.

Kata Zulaikha,
"Tak perlu susah payah nak drive, bersesak, nak lihat map dan susah-susah nak cari parking. Lebih mudah jika kita naik teksi sambil menikmati keindahan Kota Singapura." Lebih tepat lagi, walaupun kos sewa kereta disana jauh lebih murah dan kereta-kereta mewah boleh disewa dengan harga rendah, bagi Zulaikha, itu semua satu pembaziran.

Faeyz tahu maksud sebenar isterinya dan dia kagum, isterinya itu tidak memandang kemewahan. Cukup sekadar bersederhana.

Hari ketiga, mereka berdua tidak lepaskan peluang pergi ke Madame Tussauds Singapore, muzium lilin. Terdapat kira-kira 80 patung lilin di sini daripada pemimpin dunia hingga artis terkenal yang kelihatan sama persis dengan orang sebenar.

Zulaikha tidak lepaskan peluang bergambar bersama figura Merilyn Monroe, Michael Jackson, Daniel Craig, Beyonce dan beberapa artis Bollywood. Manakala Faeyz pula tak mahu lepaskan peluang bergambar bersama aktor pujaannya Arnold Schwarzenegger dari filem termahsyornya, Terminator, Madonna dan Jackie Chan.

Mereka juga tidak lepaskan peluang bergambar berdua di sekitar bandar Singapura.

"Seronok sangat percutian kali ni, thank you sayang.." luah Zulaikha gembira seraya memeluk tubuh Faeyz sambil melayangkan ciuman pada bibir suaminya.

"Ada masa, kita honeymoon lagi ya"

"Erm, erm" Zulaikha menggeleng sambil bergumam.

"Kenapa?" dahi Faeyz berkerut hairan dengan jawapan isterinya.

"Mahal. Membazir. Cukup sekadar setahun sekali, sudah memadai" Luahan Zulaikha sedikit sebanyak menerbitkan senyuman di wajah Faeyz.

"Untuk sayang, sebulan sekali pun boleh. Lebih kerap kita honeymoon, lebih banyak anak kita akan ada" seloroh Faeyz sambil tersenyum nakal.

Zulaikha menganga.

"Sayang..." satu cubitan manja hinggap di pinggang Faeyz.

"Ouch!"

Bersambung...

Bagaimana dengan episod kali ni? Seronokkan dapat ikut Faeyz dan Zulaikha pergi honeymoon. Tapi harus ingat, seronok seronok juga, tapi Esra masih menjejaki mereka berdua. Jadi, Faeyz dan Zulaikha harus berhati-hati. Salam 1 Muharam semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience