Zulaikha sudah lengkap mengenakan bajunya yang telah kering. Faeyz juga sekarang sudah berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan lagi.
"Sayang dah nak balik?" Faeyz menghampiri Zulaikha yang bersiap-siap mahu pulang.
Zulaikha mengeluh. Panggilan itu akan selamanya melekat pada bibir lelaki itu.
"Ya. Awak pun dah beransur sembuh. Untuk apa lagi saya berada disini, lagipun saya masih banyak kerja yang perlu diuruskan di kedai."
Ujar Zulaikha sekadar mahu Faeyz faham situasinya ketika ini.
Faeyz tersenyum kelat. Dia harus akur. Dia tidak boleh selamanya menahan Zulaikha. Mereka bukannya ada hubungan yang spesial pun.
"Faeyz Ghaisan" Faeyz dan Zulaikha menoleh kearah suara di belakang mereka.
Zulaikha terdiam saat melihat ada susuk lelaki tua berdiri bersebelahan dengan Abbas.
"Atuk" Faeyz ikut tercengang. Dia menatap tajam ke arah Abbas. Pembantunya segera melarikan pandangan ke bawah.
"Atuk dengar kamu tak sihat" Galih berjalan perlahan dengan bantuan tongkat yang berada pada satu tangannya.
Faeyz melangkah pantas kearah Galih lantas memimpin tangan tua Galih ke sofa.
Zulaikha masih tercegat ditempatnya. Dia langsung tidak mengenali lelaki tua ini. Yang dia tahu sekarang ini, Faeyz memanggilnya sebagai atuk.
Galih duduk sambil bersandar pada sofa. Bola matanya terarah pada susuk tubuh anak gadis di hadapannya. Faeyz mengerti kemana arah pandangan atuknya.
"Atuk kenalkan, ini Zulaikha. Sayang, inilah nyawa dan syurga saya selama ini, atuk Galih" Faeyz memperkenalkan keduanya dengan ramah.
Dia tahu, atuknya sudah lama mahu bertemu dengan Zulaikha empat mata.
Zulaikha menghampiri Galih lalu mencium tangan lelaki tua itu tanda hormat.
"Apa khabar Tuan Galih" panggilan Zulaikha membuat raut wajah Faeyz berubah.
Galih terkekeh ketawa.
"Panggil atuk sudah" tegur Galih masih dengan bunga tawanya.
Zulaikha tersipu malu seraya mengangguk perlahan. Faeyz ikut tersenyum.
"Jadi, inilah Zulaikha yang selama ini kamu cari tu, Faeyz?" pertanyaan Galih membuat dahi Zulaikha berkerut. Dia memandang Galih kemudian beralih kearah Faeyz.
Faeyz mengiakan dengan sekali anggukkan.
"Cari, maksud atuk?" tanya Zulaikha ingin tahu.
"Kamu tak tahu menahu pasal hal ni?" Galih bertanyakan kepada Zulaikha.
Zulaikha nampak bingung.
"Kemari" Galih menyentuh lembut kedua bahu Zulaikha supaya bangun dan duduk disampingnya.
Faeyz pula mengambil tempat berhadapan dengan Galih dan Zulaikha. Sementara Abbas menghala ke dapur untuk membuat minuman.
Galih menceritakan segalanya kepada Zulaikha dan ternyata Zulaikha sendiri terkejut mendengarnya. Sementara Faeyz hanya diam sejak tadi.
"Awak juga ada rantai kunci tu?" pertanyaan Zulaikha membuat Faeyz tercengang. Atuk Galih tidak menyentuh sedikit pun mengenai rantai kunci itu malah tidak tahu menahu langsung mengenai hal ini.
Tapi, dari cerita Atuk Galih membuatkan Zulaikha mula mengingat serba sedikit masa lalunya yang hilang.
Faeyz mengangguk laju.
"Boleh saya lihat?" pinta Zulaikha seperti tidak sabar. Dia sebenarnya sudah lama mencari padanan rantai kunci yang selama ini dia sangkakan sudah hilang.
Faeyz berlari naik ke biliknya. Beberapa minit kemudian turun semula bersama sebuah kotak kayu bersaiz kecil ditangan kanannya.
Faeyz duduk disebelah Zulaikha.
"Boleh awak buka kotak ni?" Zulaikha sudah tidak sabar.
Faeyz mengangguk.
Perlahan tangannya membuka kotak kayu itu dan mengeluarkan rantai kunci yang dimaksudkan.
Zulaikha dengan pantas menekap mulutnya dengan kedua tangan.
Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Rantai kunci itu persis miliknya.
"Jadi, selama ni.."
"Ya, sayalah penjaga sebahagian dari rantai kunci ini. Sayang pernah serahkan dulu sebagai tanda persahabatan." Perlahan buliran jernih mengalir di pipi Zulaikha.
"Adakah kita dulu bersahabat?" Zulaikha semakin berminat hendak tahu. Semuanya masih samar dalam ingatannya.
"Saya tidak pernah menganggapnya begitu." kata-kata Faeyz membuat Zulaikha terdiam sejenak.
"Perasaan saya pada sayang, lebih dari segalanya" Faeyz menunduk. Hatinya jadi sebak. Apa yang disoalkan Zulaikha, akan dijawabnya dengan jujur.
"Sebenarnya saya sudah lama cintakan awak, sayangku Zulaikha" Faeyz mendongak menatap lekat ke wajah Zulaikha.
Zulaikha terpempan saat melihat airmata lelaki itu mengalir jatuh ke pipi.
Galih hanya menyaksikan pertemuan semula dua hati yang selama ini terpisah hampir 8 tahun.
"Faeyz.. saya.." Zulaikha masih terkejut dengan apa yang berlaku. Ingatannya pula masih samar.
"Saya tak paksa sayang untuk cintakan saya. Tapi selama ini saya berharap sangat kita dapat hidup bersama dalam sebuah keluarga dengan anak-anak kita, hidup bahagia."
Zulaikha sebak. Dia sendiri dapat lihat ketulusan kata-kata Faeyz melalui matanya.
Zulaikha memandang Galih kemudian menundukkan wajahnya. Harapan Faeyz terlalu besar terhadapnya. Dia tidak layak untuk semua itu. Dia bukan wanita suci yang mereka idam-idamkan selama ini. Keluarga Galih akan terpalit arang hanya kerana masa silamnya.
"Sayang" Faeyz menyentuh lembut tangan Zulaikha.
"Saya tak peduli tentang sejarah hitam yang pernah menimpamu dulu. Saya dan atuk terima sayang seadanya, selayaknya seperti sekarang. Yang saya mahu hanyalah untuk hidup bahagia denganmu, sayang." rintih Faeyz bersungguh-sungguh mahukan Zulaikha benar-benar menjadi miliknya yang sah.
"Ikha.., Faeyz dah ceritakan semuanya pada atuk." Zulaikha memandang Galih dan Faeyz bergantian.
Perasaan malu mula menebal dalam dirinya. Dia terasa seolah-olah maruahnya dipijak-pijak.
Zulaikha menarik tangannya yang berada dalam genggaman Faeyz.
"Maaf, saya tak boleh." airmata mengalir laju pada wajah mulus Zulaikha.
"Maafkan saya atuk, Faeyz. Izinkan saya pulang" ujarnya sebak lantas bangun dan melangkah panjang menuju kearah lift.
"Sayang.." Faeyz mengejar Zulaikha sehingga ke pintu lift.
"Please sayang, jangan macam ni. Sayang ambillah seberapa banyak masa pun, tapi tolong jangan menghilang dari hidup saya lagi"
Zulaikha menatap lirih kearah Faeyz. Dia tidak tahu harus berasa apa sekarang. Yang pastinya, perasaan malu itu lebih menebal dari segalanya.
Pintu lift terbuka. Zulaikha dengan pantas melangkah masuk ke dalam lift.
Faeyz juga mahu membuntuti langkah Zulaikha namun ditegah keras oleh Zulaikha.
"Faeyz, no!"
Faeyz terdiam. Airmata mengalir laju membasahi wajah tampannya. Perlahan pintu lift tertutup.
Bammm! Faeyz menumbuk keras dinding pintu lift.
"Sabar. Beri dia masa untuk tenangkan diri." pujuk Galih.
Faeyz tidak mengendahkan nasihat Galih. Dia beralih ke arah tangga kecemasan lalu turun ke tingkat bawah.
Faeyz mencari keberadaan Zulaikha. Dia berlari keluar dari bangunan penthouse lalu memerhati sekeliling. Dia yakin, Zulaikha masih tidak jauh.
Faeyz berlari kearah keretanya lalu mengejar Zulaikha. Deruman enjin Audi A7nya meluncur laju keluar dari perkarangan penthouse.
Zulaikha melangkah keluar. Dia tahu, Faeyz akan mengekorinya seperti yang berlaku dalam kejadian beberapa hari lalu. Jadi, dia bersembunyi dahulu disitu sebelum keluar dari bangunan penthouse.
Dia menahan teksi dan pergi dari situ.
Hari sudah malam. Faeyz hilang arah mencari keberadaan Zulaikha. Dia ke kedai, tetapi Zulaikha tiada disitu. Dia juga ke rumah Zulaikha, tapi wanita itu tiada disitu.
"Ruya, please..beritahu saya dimana Zulaikha"
Ruya turut bersimpati dengan Faeyz.
Awalnya, dia ragu-ragu dengan Faeyz. Tapi setelah dia melihat sendiri keresahan dan kesedihan yang terpamer pada wajah tampan Faeyz, dia mula sedar yang lelaki ini benar-benar cintakan Zulaikha.
Tapi, apa yang dia boleh lakukan. Dia sudah berjanji pada Zulaikha.
"Ruya, tolong jangan beritahu sesiapa dimana aku berada sekarang."
"Ikha, apa yang berlaku? Kau dimana sekarang? Bukankah kau dirumah Faeyz?" Ruya mula resah. Dia takut jika sesuatu yang buruk kembali menimpa Zulaikha.
"Aku tak layak untuknya, Ruya. Dia seharusnya mencari wanita yang lebih layak dari aku yang selama ini hanya menjadi kuman yang melekat pada badan."
"Ikha! Jangan kata begitu. Kamu ibarat menghina dirimu sendiri!" tempik Ruya geram.
"Itu yang selayaknya yang aku harus terima. Tubuh aku kotor, aku keji, hina jika hendak dibandingkan dengan keluarga Faeyz." Zulaikha sebak. Ungkapannya seolah-olah tertelan dengan rasa sebaknya.
"Mereka keluarga kehormat dan hanya layak untuk wanita terhormat, yang suci, yang lebih mulia dari aku. Aku malu untuk berhadapan dengan mereka apatah lagi dengan atuk Galih." raung Zulaikha dihujung talian.
"Aku akan pergi jauh dari sini buat sementara waktu. Tolong jangan beritahu sesiapa terutama Faeyz." pesan Zulaikha lantas mematikan panggilan.
Bersambung...
Ruya tersepit diantara Zulaikha dan Faeyz. Dia tidak tahu sama ada mahu mendengar kata-kata Zulaikha atau permintaan Faeyz. Salah satunya merupakan kebahagiaan buat Zulaikha dan satu sisinya pula merupakan penderitaan kekal dalam hidup Zulaikha.
Share this novel