Seorang lelaki bersosok tinggi dan berbadan tegap, kemas mengenakan suits berwarna hitam, berdiri dihadapan jendela besar sambil memerhati susur jalanan yang sibuk. Hari ini dia tidak begitu sibuk, jadualnya juga kosong.
Setelah tamat belajar 5 tahun yang lalu, dia terpaksa mengambil alih syarikat milik datuknya Galih Kaan setelah kedua orang tuanya terkorban dalam nahas pesawat 7 tahun lalu.
Tok! Tok!
"Masuk" keluar suara baritonnya.
Pintu terbuka dan derapan kasut menghampirinya dan berhenti.
"Tuan"
"Ada apa Abbas?" Faeyz menyeluk kedua tangannya ke dalam saku seluar seraya mengeluh berat.
Setiap hari selama 5 tahun ini, Abbas akan datang membawa khabar berita mengenai Zulaikha dan setiap hari itu jugalah dia akan menerima perkhabaran yang menghampakan.
"Kamu belum berkata pun aku sudah tahu, kamu semua masih belum berhasil menemukan gadisku" Faeyz memutar tubuhnya. Tanpa memandang ke arah Abbas, dia melangkah ke arah meja kerjanya, menarik kerusi dan duduk di kerusi kebesarannya.
"Tuan"
Faeyz mengangkat satu tangannya. Lidah Abbas kelu.
"Kamu boleh pergi" ujar Faeyz dengan nada kecewa. Dia membuka laptopnya lalu mula melakukan kerjanya.
Abbas dengan perlahan menghampiri meja kerja Faeyz lalu meletakkan tablet berukuran 10 inci di hadapan Faeyz.
Tindakkan Abbas ternyata mampu menghentikan tugasan Faeyz.
Mata Faeyz yang tadinya leka pada skrin laptop, mula terarah pada skrin tablet yang baru sahaja dihulurkan oleh Abbas.
Faeyz kaku. Nafas dan degupan jantungnya seolah-olah terhenti. Suasana menjadi hening. Matanya masih lekat pada skrin tablet di atas meja kerjanya.
Adakah benar apa yang baru sahaja dilihatnya? Betulkah ini adalah gadis yang dicarinya selama ini?
Gadis ini bertambah jelita setelah 8 tahun terpisah darinya.
Faeyz mencapai tablet lalu dimainkan semula video hasil dari rakaman CCTV di sekitar ibu Kota.
"Awak tak salah orang, kan?" soal Faeyz tanpa memandang sedikit pun pada Abbas, pembantu peribadinya.
"Tidak, Tuan. Saya dah minta tolong orang kita untuk siasat mengenai gadis ini. Benar dia adalah Zulaikha, gadis yang Tuan cari selama ini"
Hujung bibir Faeyz terangkat. Dia tidak dapat nak gambarkan bagaimana perasaannya sekarang ini.
"Dia merupakan pemilik sebuah kedai pastry dan kek yang akan dibuka di sini. Sebelum ini dia memiliki sebuah kedai pastry dan kek di Antalya."
"Antalya?" Riak wajah Faeyz ternyata terkejut. Dia lantas memandang wajah Abbas yang sedang berdiri di hadapannya.
"Awak tak salah info kan?" Abbas diam.
"Jadi, selama ini dia tinggal di Antalya? Jika benar dia baru membuka kedai pastry dan kek disini, bagaimana dengan kedainya di Antalya ?" Jarak antara Antalya dan Istanbul sejauh 479 batu. Masa perjalanannya dari Antalya ke sini mencecah 10 jam 45 minit. Owh, kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir mahu mencari Zulaikha disana?
"Yang saya tahu, dia mahu menjual kedainya disana dan membukanya disini.
"Sudah berapa hari dia disini?" soal Faeyz yang masih nampak tenang.
"Itu saya tak pasti, Tuan. Orang kita baru dapat jejak dia semalam di hadapan sebuah hotel berdekatan sini." jawab Abbas dengan yakin.
"Baiklah. Arahkan orang kita untuk sentiasa mengekori dia kemana saja dia pergi. Ingat, jangan sampai terlepas. Update pada saya setiap jam."
"Baik Tuan. Ada apa-apa lagi?" Tanya Abbas sebelum melangkah keluar.
Faeyz menggeleng.
"Tak ada. Awak boleh keluar"
Abbas mengangguk lantas berjalan ke arah pintu. Langkahnya terhenti. Dia berpusing dan memandang Faeyz.
"Tuan"
Faeyz yang tadi leka memerhati skrin tablet di hadapannya, mendongak.
"Tuan taknak berjumpa dengannya?" pertanyaan Abbas membuat Faeyz mematung.
"Maaf, saya keluar dulu" Abbas melangkah keluar setelah bosnya dari tadi hanya mendiamkan diri.
Faeyz kembali merenung ke wajah jelita Zulaikha. Video itu sengaja di pause dan terlihat susuk tubuh dan wajah ayu Zulaikha terpampang di hadapan skrin tablet di hadapannya. Rindunya yang dipendam selama 8 tahun terubat juga setelah dapat melihat wajah terkini gadis yang dicintainya.
**
Zulaikha tiba di sebuah restoran terkenal di tengah Kota Istanbul. Dia harus berjumpa dengan pemilik baru kedai yang mahu dijualnya di Antalya.
Zulaikha memilih meja yang tidak jauh dari pintu masuk. Sambil menikmati minuman kopi panas, dia menanti kedatangan tetamunya.
"Cik Zulaikha" tegur seseorang.
Zulaikha menoleh dan terpandang susuk seorang wanita separuh usia sedang berdiri di sisinya.
"Puan Bedia?" soal Zulaikha seraya berdiri tanda hormat.
Wanita itu mengangguk dan tersenyum. Mereka berjabat salam dan berpelukkan tanda sapaan mesra antara keduanya.
"Silakan duduk" pelawa Zulaikha ramah.
Dari hujung sudut restoran, seorang lelaki kemas bersetelan serba hitam duduk sambil memerhati gerak geri mereka berdua.
Keduanya terlihat mesra seolah-olah telah lama mengenali satu sama lain.
"Dah lama Cik Zulaikha sampai?" Tanya Puan Bedia lembut.
Zulaikha tersenyum
"Panggil saja Ikha." pinta Zulaikha.
Puan Bedia menyambutnya dengan senyuman lebar.
"Saya baru saja sampai. Tak sangka, Kota Istanbul ini sudah banyak berubah. Rindu rasanya" luah Zulaikha sekadar hanya mahu melepaskan rindunya pada Kota Istanbul.
"Maksud Ikha?" soal Puan Bedia ingin tahu lebih lanjut.
Sekali lagi Zulaikha tersenyum.
"Dulu saya pernah menetap disini selama 17 tahun dan terpaksa ikut keluarga berpindah ke Antalya."
"Oh, begitu." balas Puan Bedia.
Air yang dipesan oleh Puan Bedia sudah sampai. Puan Bedia menghirup latte perlahan.
"Kalau tak keberatan, boleh saya bertanya?"
Zulaikha menatap Puan Bedia. Wanita itu meletakkan cawan latte lalu memandang wajah Zulaikha. Kening Zulaikha berkerut.
"Boleh, tanyalah" Zulaikha menumpukan sepenuh perhatian kepada Puan Bedia.
"Kenapa Ikha mahu jual kedai tu? Setahu saya, kedai Ikha begitu maju disana" sudah lama dia berhajat mahu bertanyakan tentang perkara ini. Tentu ada sebab yang membuatkan Zulaikha mahu menjualnya.
Zulaikha tersenyum mendengar pertanyaan Puan Bedia.
"Saya sudah tidak ada sesiapa lagi disana. Rumah keluarga saya sebenarnya disini. Saya dilahirkan disini dan membesar disini."
Zulaikha terdiam sejenak.
"Saya berhasrat mahu kembangkan bisnes pastry dan kek disini saja" cerita Zulaikha.
"Kenapa Puan nak beli kedai saya tu, bukankah Puan tinggal disini?" Dia merasa seolah-olah mereka sekarang sedang bertukar tempat.
Puan Bedia tersenyum kelat sebelum menjawab pertanyaan Zulaikha.
"Saya mahu berpindah ke sana. Setelah suami saya meninggal, tidak ada gunanya lagi untuk saya terus menetap disini"
"Anak-anak Puan?"
"Kami tidak pernah dikurniakan cahaya mata"
Raut wajah Zulaikha berubah. Dia rasa bersalah kerana bertanyakan soalan yang begitu peribadi terhadap Puan Bedia.
"Maafkan saya" celah Zulaikha pantas.
"Tak apa-apa " sambut Puan Bedia setelah merasai rasa kekok antara mereka.
Setelah hampir satu jam, pertemuan mereka berakhir disitu.
"Jika pulang ke Antalya, datanglah ke rumah saya" pelawa Puan Bedia sebelum melangkah pergi.
"Baiklah. Hati-hati di jalan" sambut Zulaikha lantas keduanya berpisah dari restoran.
Puan Bedia dijemput oleh sebuah kereta mewah. Zulaikha sempat melambaikan tangan tanda perpisahan antara mereka sebelum dia melangkah menyusuri kaki lima bangunan.
Sengaja dia tidak mahu menaiki teksi. Sudah lama dia tidak bersiar-siar di Kota Istanbul. 8 tahun dia meninggalkan Kota Istanbul, banyak perubahan dan pembangunan yang semakin membangun dan cantik.
Sebelum pulang ke Antalya untuk menguruskan pertukaran hak milik kedai dan nama, Zulaikha singgah sebentar di rumah lamanya, rumah orang tuanya.
Rumah itu kosong dan tiada berpenghuni. Keadaan rumahnya masih elok seperti dulu kerana ada orang yang diupahnya untuk menguruskannya. Setelah dia berpindah ke sini nanti, rumah inilah yang akan menjadi tempat tinggalnya kelak.
Zulaikha mengeluarkan kunci spare yang ada padanya. Dengan perlahan, dia membuka pintu kayu yang masih berkunci.
Tap! Pintu terbuka. Dia menguak perlahan daun pintu dan melangkah masuk. Sepi. Suasana disitu terasa dingin dan sayu. Keheningan itu menguak rasa sebak dan sedih yang mula menerpa ke ulu hatinya.
Zulaikha mencapai satu bingkai gambar berukuran 8R yang terletak di atas meja sudut.
"Fuhh!" dedebu berterbangan. Dengan satu jari telunjuknya mengusap perlahan cermin bingkai gambar. Terpamer tiga susuk tubuh lelaki dan wanita dewasa bersama seorang gadis perempuan berusia 16 tahun.
Tap! Setitik airmata menitis di atas permukaan cermin bingkai gambar.
"Hisk! Hisk! Arghhhh!!!" tangisannya yang tadi hanya terdengar sedu sedan, berubah menjadi erangan yang kuat.
Zulaikha terduduk. Bingkai gambar masih utuh dalam genggamannya dibawa ke dada dan dipeluknya erat.
Perjalanan Zulaikha berakhir di sebuah tanah perkuburan Islam yang berada 5 kilometer dari rumahnya.
Zulaikha berdiri di hadapan satu perkuburan. Rerumput mulai panjang. Dia duduk lalu mencabut rerumput itu sehingga bersih sebelum mendoakan arwah. Airmatanya mengalir perlahan.
Bersambung...
Apakah sebenarnya yang berlaku pada Zulaikha dan keluarganya?
Share this novel