Audi RS7 merah berhenti dihadapan pagar kediaman Zulaikha.
Faeyz yang melihat Zulaikha berjalan menghampiri keretanya, keluar lalu menunggu kedatangan kekasih hatinya.
Perlahan pintu pagar terbuka dan pandangan Faeyz terpaku saat melihat kecantikkan Zulaikha pada malam ini. Dia memandang Zulaikha dari atas hingga ke bawah. Semuanya perfect!
Zulaikha mengenakan dress berpotongan mermaid, berleher V bermeterial sequin berwarna maroon tua. Bawah dressnya beralun dengan potongan V, mendedahkan betisnya yang putih bersih bersepatu hitam 5 inci. Solekkan diwajahnya tipis dan rambutnya dibiarkan lepas beralun.
Gelaran Queen yang dipegang Zulaikha memang selayaknya dia terima. Hati Faeyz berbunga apabila melihat kekasih hatinya begitu anggun malam ini saat keluar makan malam dengannya.
Langkah Zulaikha terhenti di hadapan Faeyz sambil tersenyum.
Ah! Bibir merah Zulaikha, tatapan matanya yang lembut dan wajahnya yang cantik, begitu menggoda hati lelaki Faeyz.
"Awak sangat cantik malam ini, My Queen" puji Faeyz jujur. Matanya dari tadi langsung tidak berkelip dari terus menatap ke arah Zulaikha.
"Thanks. Awak juga tak kalah seperti King yang sebenar. King charming"
Faeyz ketawa mendengar gurauan Zulaikha terhadapnya sehinggakan Zulaikha juga ikut ketawa.
Faeyz melangkah menghampiri pintu kereta lalu membukanya.
Zulaikha seketika terpesona dengan karektor yang dibawa Faeyz, sangat romantik. Dengan senyuman yang tidak lekang dibibir, Zulaikha melangkah masuk dan duduk sopan di dalam kereta sebelum pintu kereta ditutup oleh Faeyz.
Dia menarik tali pinggang keledar lebih awal sebelum Faeyz bantu dia memakainya.
Faeyz yang sudah siap duduk disampingnya hanya tersenyum.
"Ready, My Queen?" soal Faeyz bersuara lembut.
Zulaikha menoleh seraya tersenyum dan mengangguk.
"Ready" balasnya sambil tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun indah.
Faeyz menekan pedal minyak dan kereta mewahnya mula berdesir menuju ke sekolah tinggi.
Setibanya di sana, helikopter sudah menanti kedatangan mereka di padang.
Kedatangan mereka disambut baik oleh pembantu yang bertugas.
"Selamat datang King, Selamat datang Queen" sapanya dalam keadaan memekik kerana deruan enjin helikopter begitu membingitkan telinga.
Faeyz memimpin tangan Zulaikha menuju ke arah helikopter. Dress dan sepatu yang dikenakan Zulaikha, begitu menyukarkannya untuk naik.
"Let me help you, my Queen" bisik Faeyz. Tanpa menunggu persetujuan Zulaikha, Faeyz lantas mengendong tubuh kecil Zulaikha ke atas helikopter. Tubuh gadisnya diletakkan di atas kerusi lalu dikenakan tali pinggang keledar.
Zulaikha masih terkesima dengan apa yang sedang berlaku. Dia sendiri tidak boleh berfikir dengan jernih sama ada hendak marah atau sebaliknya. Akhirnya dia hanya membiarkan saja. Lelaki itu tidak berniat buruk terhadapnya. Dia hanya sekadar mahu membantu, fikirnya.
Seumur hidupnya,ini pertama kali dia menaiki helikopter. Pemandangan malam di Kota Istanbul membuatnya kelu tanpa kata. Sungguh indah.
Faeyz yang duduk disebelah hanya memerhati reaksi Zulaikha yang sesekali tersenyum dan tersengih saat memandang ke sekeliling.
Hampir 45 minit penerbangan, akhirnya helikopter mendarat di puncak teratas art sky, di ruangan yang telah dikhaskan.
Faeyz membantu Zulaikha turun. Awalnya, gadis itu hanya menghulurkan tangannya kepada Faeyz. Tapi, disebabkan kesukarannya untuk turun, sekali lagi membuatkan Faeyz terpaksa mengendong Zulaikha turun.
Wajah Zulaikha bersemu merah.
"Jika saya tahu akan jadi begini, mungkin saya akan memilih dress yang lebih memudahkan" suara Zulaikha malu.
Faeyz yang berdiri disamping hanya tersenyum. Baginya, dia sepuluh kali tidak kisah jika dia terpaksa mengendong tubuh Zulaikha seberapa kerap sekalipun.
"Tidak menjadi masalah. Kita sudah pun tiba" sahut Faeyz cuba mengawal keadaan.
Zulaikha menundukkan wajahnya sambil melangkah ke depan.
Mereka disambut mesra oleh penyambut tetamu di pintu hadapan restoran.
Kedua mereka dibawa ke sebuah ruangan khas, begitu privasi. Keindahan dari tingkat setinggi 42 tingkat membuat Zulaikha terkedu buat kali kedua. Riasannya tak ubah seperti suasana makan malam romantik. Lantai dipenuhi dengan taburan kelopak ros merah segar. Di lelangit ruangan bergantungan lampu mengelilingi ruangan dimana mereka berada sekarang. Di tengah-tengahnya terdapat meja makan khas hanya untuk mereka berdua.
Zulaikha memandang sekeliling. Di restoran mewah ini hanya ada mereka berdua sahaja, tiada pelanggan lainnya. Mungkin semuanya telah disewakan khas untuk meraikan King dan Queen, fikirnya.
Faeyz menarik kerusi untuk Zulaikha.
Zulaikha tidak membantah, dia duduk dengan sopan sementara Faeyz berjalan dan duduk berhadapan dengan Zulaikha.
Belum sempat berbual, seorang pelayan datang lalu menuang minuman kepada mereka berdua.
"Thanks" ucap Zulaikha ramah sebelum pelayan itu berlalu.
Suasana hening seketika.
Tapi, keadaan Zulaikha saat ini tampak begitu meresahkan. Tatapan Faeyz terhadapnya sejak tadi membuatkan bulu tengkoknya meremang sehinggakan dia tidak berani untuk melawan tatapan mata lelaki itu.
"Awak nampak resah sekali" tegur Faeyz dengan suara garaunya.
Zulaikha memandang sekilas kearah Faeyz. Tangannya lantas mencapai gelas minuman air kosong lalu diteguknya sedikit. Ah! Sialnya, langsung tidak menenangkannya.
Geseran biola mengubah tumpuan mereka berdua. Faeyz tersenyum. Semua ini seolah-olah peluang keemasan buatnya. Dia bangun dan berdiri berhampiran Zulaikha, tangannya dihulur.
Zulaikha mendongak memandang Faeyz kemudian jatuh pada huluran tangan lelaki itu.
Dia faham apa yang lelaki itu mahukan.
Zulaikha nampak berfikir. Seketika kemudian, hujung bibirnya terangkat. Dia menyambut huluran tangan Faeyz.
Riak wajah Faeyz yang tenang sejak tadi menanti jawapan Zulaikha, berubah ceria apabila tangannya disambut baik oleh cinta hatinya.
Faeyz membawa Zulaikha ke tengah ruangan. Gesekan biola semakin lunak dan terdengar begitu romantis. Begitu juga dengan lenggok tarian kaki serta sentuhan tangan keduanya.
Tatapan mata mereka beradu sambil mengatur langkah ke kiri dan ke kanan.
Zulaikha dapat rasakan ada satu perasaan aneh pada tatapan mata Faeyz. Tatapannya menggambarkan sifat sebenar dirinya yang begitu tulus, penyayang dan sangat romantik.
Sambil mengatur langkah, perlahan wajah Faeyz mendekat sehinggakan bibir mereka hampir menyatu hanya dalam jarak beberapa sentimeter sahaja.
Zulaikha ibarat dipukau. Dia langsung tidak membantah malah hanya membiarkan lumatan lembut hinggap pada bibir merahnya. Lumatan beserta sentuhan yang diberikan terasa begitu menyenangkan dan membuainya hanyut.
Saat kenikmatan mula meliar, bayangan hitam masa lalunya muncul kembali lantas membuat Zulaikha menggeletar. Tubuh Faeyz sontak didorongnya ke belakang, supaya menjauhinya.
Faeyz terkedu dengan penolakkan Zulaikha. Awalnya tadi, dia begitu asyik dengan balasan yang diberikan Zulaikha. Tapi kenapa gadis ini tiba-tiba berubah?
"Maafkan saya" luah Zulaikha lantas melangkah pantas ke arah meja lalu mencapai tas tangannya.
Faeyz masih terkedu dengan apa yang terjadi. Zulaikha menolaknya?
Dia memandang lesu kearah Zulaikha yang melangkah pergi. Adakah dia kecewa?
Faeyz terpempan bila mengingatkan semula detik indah tadi. Seluruh tubuh Zulaikha menggigil. Dia dapat rasai itu. Wajahnya juga berubah pucat dan takut.
Faeyz tidak tinggal diam. Dia kemudian mengejar Zulaikha yang sudah hampir ke arah helikopter.
Faeyz mahu mengendong tubuh Zulaikha seperti sebelumnya tapi dibantah oleh Zulaikha.
"No, I'll manage" ujar Zulaikha dengan wajah serius.
Faeyz menjarakkan kedudukannya dengan Zulaikha lalu hanya memandang gadis itu terkial-kial naik ke dalam perut helikopter.
Satu keluhan keluar dari bibirnya.
Tiba saja di padang sekolah, Zulaikha melompat turun sehingga dia hampir saja terjatuh. Namun, tangan besar Faeyz lebih cepat menangkap tubuh kecil Zulaikha dan memeluknya erat.
"I care about you, Zulaikha" suara Faeyz seikhlas hati.
Wajah Zulaikha merah padam. Dia pantas menolak lembut tubuh Faeyz dan membetulkan berdirinya. Sepatu tinggi yang dipegang, disarungkan semula ke kaki.
Dalam keadaan terkocoh-kocoh, sekali lagi Faeyz memegang lengan Zulaikha lembut cuba mengimbangi tubuh kekasih hatinya.
Zulaikha terpinga dengan tindakkan Faeyz.
"Thanks" ucap Zulaikha akhirnya sebelum berjalan keluar.
"Ah!" langkah Zulaikha terhenti. Sentakkan lembut pada tangannya menghentikan langkah Zulaikha. Dia menoleh. Benar sangkaannya, Faeyz menggenggam erat tangannya.
Angin dari helikopter menerbangkan rambut, baju dan apa sahaja yang berada berhampiran mereka sebelum ia naik tinggi dan menghilang. Kini hanya tinggal Faeyz dan Zulaikha.
"I'll take you home" suara Faeyz lembut.
Bersambung
Adakah apa yang berlaku pada malam itu membuat Zulaikha semakin menjauhkan diri dari Faeyz?
Share this novel