25- Tinggal dengan saya

Romance Series 34258

Video berdurasi 2 minit yang ditayangkan pada skrin laptop, tidak ada satu pun yang terlepas dari pandangan orang-orang Faeyz. Bukti sudah jelas di depan mata. Dari saat pertama bagaimana motosikal yang dipandu seorang lelaki keluar dari simpang secara tiba-tiba hingga hampir bertembung dengan sebuah kereta porche kuning.

Kereta Porche dilihat mengelak secara tiba-tiba dan terbabas hingga merempuh pembahagi jalan. Dalam masa yang sama, kereta tersebut telah melanggar seorang pejalan kaki yang dipercayai wanita itu adalah Zulaikha.

Nombor pendaftaran kereta diambil lalu rekod pendaftaran kenderaan disemak saat itu juga.

Dalam masa beberapa minit, terpancul gambar berukuran passport seorang wanita bersama semua detail peribadinya.

"Bos, kami sudah dapat maklumat mengenai wanita yang telah melanggar Cik Zulaikha"

"Bagus. Hantar maklumat tu dalam email saya sekarang" Faeyz mematikan talian.

Faeyz yang tadi sedang berbual dengan Zulaikha, segera berjalan ke arah sofa. Dia lantas membuka laptop. Ada satu email yang diterimanya. Dengan pantas dia membuka.

Faeyz terkedu.

"Faeyz, awak tak apa-apa?" Zulaikha risau bila melihat perubahan pada wajah Faeyz. Lelaki itu nampak pucat.

Faeyz tersedar. Dia mendongak memandang Zulaikha.

"Sayang rehat ok. Saya ada urusan penting." Faeyz menutup laptop lantas berdiri. Dia berjalan kearah Zulaikha, satu kucupan singgah di dahi Zulaikha. Zulaikha tercengang dengan tindakkan Faeyz.

"I'll be back" Faeyz lenyap disebalik daun pintu.

**

Faeyz berjalan mundar mandir di hadapan orang-orangnya.

"Kamu yakin, perempuan ini pemilik kereta tu? Atau mungkin pemandunya orang lain?" sudah acap kali Faeyz bertanyakan hal yang sama pada orang-orangnya.

"Yakin bos. Memang wanita ini yang telah melanggar Cik Zulaikha." jawab Bora, bodyguardnya.

Faeyz terduduk disofa. Dia memijat kepalanya.

"Bos tak apa-apa?" soal Bora bimbang.

Faeyz mendongak memandang Bora dan beberapa bodyguard yang lain.

"Kamu tentu tahu siapa perempuan ni" luah Faeyz cuba mengingatkan Bora serta yang lain.

"Siapa bos? Wajah perempuan ni seperti sudah lama. Foto ini mungkin sudah hampir 6 ke 7 tahun. Kerana wajahnya nampak seperti anak gadis 20an" Omar mencelah sekadar memberi pendapat.

Faeyz mengangguk setuju.

"Benar. Waktu gambar ini diambil, mungkin usianya sekitar 23 tahun dan mungkin sekarang usianya sudah 30 tahun."

"Bos kenal ke dengan perempuan ni?" tanya Bora sekadar meneka.

Faeyz terdiam seketika.

Dia bangun lalu mengetuk papan kekunci pada laptop.

"Saya nak kamu lihat ini" Bora, Omar dan dua orang bodyguardnya berjalan menghadap skrin laptop.

"Rifat Savas?" kesemua bodyguard Faeyz berpandangan

"Esra Melis Savas..anak perempuan kepada Rifat Savas?" tanya Omar kaget.

Faeyz mengangguk.

Kesemua mereka terdiam.

*

Seharian Zulaikha menunggu kedatangan Faeyz, namun bayangnya langsung tidak kelihatan. Katanya dia akan kembali, tapi sekarang matahari sudah melabuhkan tirainya dan cahaya bulan berganti menerangi kota Istanbul, Faeyz masih juga tidak kelihatan.

Akhirnya Zulaikha tertidur.

"Cik Zulaikha.." bahu Zulaikha ditepuk lembut.
Zulaikha tersedar. Seorang jurujawat wanita berdiri disampingnya.

"Masa untuk makan ubat" beritahu jururawat itu seraya memberi beberapa biji ubat kepada Zulaikha.

Zulaikha mengambilnya.

"Boleh bantu saya bangun?" pinta Zulaikha lembut.

"Boleh"

Tubuh Zulaikha diangkatnya perlahan lalu disandarkan pada katil.
Tanpa dipinta, jururawat itu menuang air ke dalam gelas lalu diberikan kepada Zulaikha.

Zulaikha makan kesemua ubat yang diberi.
Jururawat itu nampak kagum dengan perubahan Zulaikha sejak beberapa hari ini. Dia sudah tidak susah untuk makan ubat seperti saat tiba disini.

"Cik Zulaikha sudah tidak takut makan ubat?" tegurnya ramah.

Zulaikha tersenyum.
"Saya lebih takut kalau dipaksa untuk disuntik" beritahunya jujur. Jururawat itu geli hati dengan pengakuan jujur Zulaikha.

"Yang lebih memalukan, bila Faeyz lihat bahagian tubuh yang tidak sepatutnya." sambung Zulaikha segan silu.

Jururawat itu mengulum senyum.
"Tak mengapa, Tuan Faeyz itu kan tunang Cik Zulaikha..tidak lama lagi Cik Zulaikha dan Tuan bakal menikah. Jadi tak apa-apa"

"Baru tunangan, belum lagi sah bukan?"
Benar juga apa yang dikatakan Zulaikha. Baru beberapa hari mengenali Zulaikha, dia sudah mula kagum dengan wanita ini. Walaupun dirinya dalam keadaan seperti ini, wajahnya tetap nampak tenang dan kuat semangat.

Lain pula dengan pesakitnya yang lain. Mereka sudah tentu akan meraung dan merintih saat tersedar, melihat keadaan diri tidak sesempurna dulu. Salah satu aset utama iaitu wajah mengalami kecederaan dan terpaksa menerima jahitan. Kaki yang patah dan terpaksa dipasang besi dan disimen. Tangan dan beberapa bahagian tubuh bakal menerima kesan parut kekal dan mungkin menjejaskan keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia luar.

Tapi tidak pada Zulaikha. Dia seperti tidak mempedulikan itu semua. Apa yang penting baginya, dia bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup.

"Bukankah tunangan itu boleh diibaratkan seperti sudah melangkah satu kaki ke alam rumahtangga?"

Zulaikha dan jururawat wanita itu menoleh kebelakang.

"Tuan" sapa jururawat itu tanda hormat.
Mereka langsung tidak menyedari, sejak bila lelaki itu sudah berdiri disitu.

Kedua tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar sambil kakinya melangkah perlahan menghampiri katil Zulaikha.

"Saya minta diri dulu" celah jururawat itu pantas seraya berlalu keluar.

Zulaikha mengetap bibirnya cuba menahan perasaan yang bergolak dalam dirinya.
Dia mengintai ke arah pintu keluar,

"Tapi kita bukan tunangan betul-betul" Zulaikha mengingatkan sambil mengangkat satu keningnya.

Faeyz tersenyum.

"Sayang macam mana hari ni?" Faeyz menatap bekas kecil yang selalu berisi ubat, kini kosong.

"Hurm, dah makan ubat?"
Zulaikha mengangguk seraya tersengih gembira.

"Rupanya makan ubat itu tidaklah sesukar mana."
ujar Zulaikha sambil menatap wajah Faeyz, menunggu riaksi wajah lelaki itu.

"Really?" Faeyz duduk di birai katil. Satu tangan Zulaikha diambilnya lalu digenggam.

Zulaikha terdiam seraya hanya memerhati belakang tangannya diusap lembut oleh Faeyz. Perlakuan Faeyz terhadapnya selama ini selalu saja menyenangkan hatinya. Dia sendiri tidak berasa takut saat berduaan dengan Faeyz.

"Sayang sudah boleh keluar esok"

Raut wajah Zulaikha berubah ceria. Dia mahu katakan sesuatu tapi ditahan Faeyz pantas.

"Tapi..sayang akan tinggal dengan saya. Disana nanti, sayang akan dirawat dan dijaga oleh petugas kesihatan yang bertauliah"
Mata Zulaikha terkebil-kebil menatap Faeyz. Lelaki ini begitu sesuka hatinya mengatur dan membuat keputusan bagi pihaknya.

Zulaikha mengeluh.
"Saya boleh tinggal sendiri-"
Faeyz pantas meletakkan satu jari ke bibir Zulaikha.

"Dengan keadaan sayang macam ni, bagaimana sayang mahu tinggal sendiri, hurm?"
Faeyz menanti jawapan Zulaikha.

"Ruya" jawab Zulaikha pantas.

"Ruya perlu menguruskan kedai. Kalau dia tak ada, siapa yang nak monitor pekerja?"
Zulaikha menggigit bibirnya. Dia mati kata. Apa yang dikatakan Faeyz ada benarnya. Dia tidak boleh bangun dan berjalan sendiri tanpa bantuan dari seseorang. Dia perlukan seseorang untuk menjaganya. Lihatlah keadaannya yang tidak mampu berjalan jika tidak menggunakan kerusi roda. Dia sedar kelemahannya sekarang. Zulaikha menundukkan wajahnya.

Faeyz menyedari perubahan wajah Zulaikha.
Faeyz meraup dagu Zulaikha dengan satu tangan lalu mengangkatnya perlahan.

Raut wajah Zulaikha yang tadinya ceria berubah sugul.

"Kenapa?" soalnya risau.

Bola mata Zulaikha terarah ke wajah Faeyz.
Perlahan tangannya terangkat lalu menolak lembut tangan Faeyz yang masih menyentuh dagunya.

Dahi Faeyz berkerut.
"Maaf, saya tahu saya sekarang begitu menyusahkan orang sekeliling. Saya tak mahu susahkan sesiapa dan saya boleh menjaga diri sendiri" suara Zulaikha cuba menolak dengan lembut.

Faeyz menggeleng perlahan seraya mengeluh. Dia tidak suka kekasih hatinya memencilkan diri tanpa ada sesiapa disisinya. Zulaikha sangat perlukan sokongan dari seseorang ketika ini dan dia tidak akan sesekali meninggalkan Zulaikha sendirian.

"Itu tak mungkin terjadi"

Bersambung..

Apa keputusan Faeyz? Bagaimana cara dia mahu berhadapan dengan Rifat Savas? Siapa Rifat Savas yang sebenarnya? Maaf ya reader sekalian kerana buat anda tertunggu-tunggu untuk episod kali ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience