26- Rifat Savas

Romance Series 34258

Faeyz termanggu di sofa sambil diperhatikan Galih. Fikiran cucunya tampak bercelaru saat ini. Dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran cucunya saat ini.

Adakah berkenaan dengan Zulaikha? Tidak. Galih tidak rasa itu punca masalah kepada cucunya. Faeyz sendiri yang berlapang dada dan mahu menjaga Zulaikha kerana dia tahu cucunya itu begitu cinta dan sayangkan Zulaikha melebihi nyawanya sendiri. Jika bukan kerana Zulaikha, kerana apa?

Awalnya tadi, Faeyz menghubunginya mahu bertemu. Dan sekarang cucunya sudah berada didepan mata. Apakah ada hal yang lebih penting dari Zulaikha sehingga Faeyz sanggup datang kerumahnya daripada berbual di telefon?

"Apa yang telah membuatmu berkeadaan resah begini, Faeyz?" suara besar dan garau Galih menghilangkan suasana yang sunyi sejak tadi. Wajah tua itu nampak begitu tenang.

Faeyz mendongak. Buku limanya diramas kuat.
Matanya merah dan berair.

Galih tahu, tentu cucunya punya masalah besar sehingga datang berjumpa dengannya. Raut wajahnya juga tidak seceria seperti selalu. Situasi itu langsung tidak berubah saat Zulaikha hilang dulu. Tapi keadaan sekarang agak berbeza sedikit. Raut wajah cucunya tidak sugul dan bersedih seperti ditinggalkan Zulaikha dulu. Raut wajah cucunya sekarang ini penuh dengan amarah dan dendam yang dipendam sehingga terpamer jelas diraut wajahnya.

Faeyz menarik nafas dalam sebelum mula bersuara. Dua patah perkataan keluar dari bibirnya.

"Rifat Savas"

Air muka Galih serta merta berubah.

"Kenapa nama itu disebut lagi? Bukankah atuk sudah berpesan, jangan disebut lagi nama orang itu disini!" Galih bersuara lantang. Wajah Galih merah padam. Duduknya tadi terlihat nyaman bersandar tenang disofa, kini dia menegakkan duduknya. Dia nampak kurang selesa saat nama itu meniti di bibir cucunya.

Airmata lelaki Faeyz mengalir, namun segera disekanya pantas.

"Faeyz takkan sebut jikalau tidak ada kaitannya dengan Zulaikha" suara Faeyz serak.

"Apa maksudmu?"

Faeyz bangun. Dia mundar mandir di belakang sofa yang dia duduk tadinya. Sejak dia tahu siapa yang melanggar Zulaikha, dia jadi resah. Dia mahu sangat orang yang melanggar Zulaikha menerima hukuman yang setimpal di dalam penjara. Tapi, setelah dia tahu siapa orangnya, dia jadi mati kutu.

Patutlah polis hanya menahan pemandu kereta tersebut hanya satu jam sahaja. Mungkin soal siasat juga tidak dilakukan kerana pihak polis juga tidak berani berhadapan dengan nama besar Savas. Faeyz tahu semua itu dari kenalan rapat Bora yang juga bertugas sebagai polis.

Dia rasa semuanya tidak adil. Yang salah harus menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuatnya walau sebesar mana pun orang itu. Zulaikha terlantar sudah hampir sebulan lebih sedangkan pelakunya masih bebas diluar sana.

"Zulaikha menderita terlantar di hospital, semua kerana Esra"

Galih menghentak hujung tongkatnya keras.

"Tak habis-habis mahu mencari masalah dengan kita!" bentak Galih geram. Tangan tuanya menggeletar saat menekan tongkat pada tangan kirinya.

Faeyz menunduk. Dia tahu seberapa berkuasanya Savas. Tapi, Galih juga tidak ada kurangnya. Kerana itu dia datang dan mengadu pada datuknya.

Galih sudah lama tahu, punca pesawat anaknya terhempas bukan kerana kerosakan ataupun cuaca, tapi ia sabotaj dari seseorang. Dan Galih merahsiakan hal ini dari Faeyz hampir setahun lamanya selepas kejadian itu berlaku, kerana waktu itu, Faeyz begitu rapat dengan Esra Melis.

Galih tidak mahu Faeyz kecewa tatkala mendengar hal yang sebenarnya. Galih tahu, Esra tidak tahu menahu tentang hal itu sehinggalah semuanya terbongkar kepada Faeyz.

Flashback On

Galih diserang sakit jantung saat Richard, bodyguardnya membawa berita tergempar yang syarikat Ghaisan Holding & Group jatuh ke tangan Rifat Savas.

Galih dikejarkan ke hospital. Saat itu juga Faeyz penasaran dengan keadaan yang menimpa datuknya. Dia menekan Richard supaya menceritakan hal yang sebenarnya.

Setelah tahu hal yang sebenarnya mengenai sabotaj pesawat dan juga rampasan hak di syarikat Ghaisan Holding & Group, saat itu juga dia menjauhkan dirinya dari Esra.

Memang awalnya wanita itu terkejut dan tidak tahu menahu tentang hal ini. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Faeyz, tapi malangnya, hal itu adalah benar belaka.

Esra terduduk. Faeyz pergi begitu sahaja, meninggalkannya tanpa mahu mendengar penjelasannya.

"Tak mungkin kau tidak tahu hal yang sebesar begini! Aku tahu, kau dan papa kau berkomplot dalam hal ini. Kau cuba dekat dengan aku semata-mata mahu menutup semua rancangan yang papa kau dah buat, kan!? Bravo!!" Faeyz bertepuk tangan sebelum melangkah pergi dengan wajah bengis.

Esra sudah lama menaruh perasaan terhadap Faeyz, hanya lelaki itu yang tidak tahu mengenai perasaannya.

Dia tahu, Faeyz tidak pernah menerima mana-mana wanita dalam hidupnya dan dia mahu dialah wanita pertama yang bertakhta di hati lelaki bernama Faeyz Ghaisan.

Malangnya dia tidak tahu, ada nama wanita lain yang sudah lama bertakhta dihati Faeyz dan tiada gantinya.

Faeyz tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang kawan. Hubungan mereka hanyalah biasa, sama seperti yang lain. Tidak ada hubungan serius antara mereka. Ternyata Esra bertepuk sebelah tangan.

Flashback Off

Galih cuba lawan untuk dapatkan semula Ghaisan Holding & Group, tapi usahanya hanya sia-sia. Savas punya pengaruh yang kuat disana sehingga mereka terpaksa menjual saham milik Ghaisan dan menaik taraf syarikat miliknya lalu menyerahkan takhta CEO syarikatnya kepada Faeyz.

Galih bangga dengan jiwa anak muda dan kesungguhan Faeyz dalam melebarkan empayar syarikatnya. Cucunya handal dalam urusan perniagaan. Ramai pelabur asing yang sudi datang mahu melabur di syarikat mereka malah pelabur-pelabur ini juga mahu berusaha sama dengan syarikat mereka.

Ramai yang tahu Faeyz merupakan anak kepada Ghaisan Galih, pengusaha kaya yang handal dalam dunia perniagaan. Tapi setelah ketiadaan Ghaisan dan perniagaannya berpindah milik, ramai pelabur lari dan keluar dari terus melabur di Ghaisan Holding & Group.

Setelah berita pemindahan hak milik syarikat Galih jatuh ke tangan cucunya, Faeyz anak kepada Ghaisan dan melihat keupayaan anak muda itu dalam menangani syarikat besar dengan kepakarannya, mereka mula berminat dan datang sendiri, mahu berurusan dengan syarikat Galih.

Galih bersyukur, pelabur lama anaknya datang kembali. Sejak dari itu, syarikatnya berada pada tahap yang sama dengan Savas Holding & Group malah jauh lebih besar dari itu.

"Kamu uruskan Zulaikha. Hal lain, biar atuk yang handle. Kamu pergi balik" arah Galih sambil melayangkan tangan tuanya kepada Faeyz.

"Tapi atuk.."

"Tak mengapa, atuk tahu bagaimana nak settlekan. Kamu tak perlu risaukan atuk" Galih faham benar dengan cara tatapan dan raut wajah cucunya yang tampak resah.

Dia sedaya upaya cuba untuk tidak mahu menakut-nakutkan cucunya. Dia tahu Faeyz bagaimana dan tidak kalah hebatnya. Dia juga punya orang-orangnya, namun dia tidak mahu cucunya terlibat.

"Saya boleh bantu atuk.." Faeyz masih bertegas.

"Kalau kamu bantu atuk, bagaimana dengan Zulaikha?"

Pertanyaan Galih membuat Faeyz terkulat-kulat.

Faeyz duduk semula. Dia seolah-olah berfikir.

"Tentang Zulaikha, tidak mengapa. Saya akan upah orang untuk menjaga dan merawatnya setiap masa. Saya juga akan tambahkan pengawasan di kawasan penthouse. Saya akan bantu atuk" Faeyz memberi kata putus.

Kini giliran Galih pula terdiam. Cucunya ini memang degil dan keras kepala, sama seperti ayahnya Ghaisan.

*

Zulaikha duduk bersandar pada katil sambil tangannya ligat menekan papan kekunci pada laptop. Walaupun dia tidak ke kedai, tapi dia tetap bekerja dari rumah. Dia membuat pesanan beberapa stok barangan yang sudah berkurangan, mengiklankan barangan melalui laman sosial. Dari situ dia dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke kedainya.

Zulaikha tersenyum. Dia sedikit pun tidak rasa kurang dari segi apapun. Walaupun kakinya tidak dapat bergerak, dia tetap boleh bekerja.

Sudah sebulan dia tidak melakukan apa-apa, dia mula berasa bosan. Bagus juga jika dia mula sibukkan diri dengan urusan kedainya.

Tok! Tok!

"Masuk" arah Zulaikha lembut.

Perlahan daun pintu terbuka. Terpancul wajah tua Makcik Nuriman.

"Makcik Nuriman, masuklah" pelawa Zulaikha sambil tersenyum mesra. Dia segera mengalihkan laptop yang berada di atas pangkuannya ke atas katil.

Wanita tua itu berjalan menghampiri katil Zulaikha.

"Cik Zulaikha.."

"Makcik Nuriman, berapa kali saya cakap, panggil saya Ikha" tegur Zulaikha dengan nada suara lembut.

"Tak boleh Cik Zulaikha, Tuan Faeyz sudah tegaskan pada semua pembantu." adunya dalam keadaan takut.

Zulaikha menggeleng perlahan.

"Baiklah, begini. Kalau dihadapan Tuan Faeyz, Makcik Nuriman panggil saya Cik Zulaikha. Tapi..kalau hanya kita sahaja, Makcik Nuriman boleh panggil saya Ikha" cadang Zulaikha.

Wanita tua itu mengangguk setuju.
"Baik Ikha" jawabnya sambil tersenyum.

"Ada apa makcik Nuriman, macam ada hal penting je ni?" soal Zulaikha. Tentu ada hal penting yang hendak disampaikan. Jikalau wanita itu hendak memberinya makan, sudah tentu ditangannya akan ada dulang berisi makanan. Tapi sekarang, wanita itu hanya datang dengan tangan kosong.

"Sebenarnya Tuan Faeyz call tadi. Tuan suruh saya beritahu Cik.. err Ikha yang Tuan tak pulang dalam beberapa hari kedepan. Tuan ada urusan kerja di luar kota" ceritanya panjang lebar.

"Luar Kota?" Itu bermakna dia bersendirian disini. Zulaikha mengeluh perlahan.

Bersambung...

Bagaimanakah cara untuk Galih dan Faeyz mahu menghadapi Rifat Savas? Mampukah mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience