Masih berbaki 2 hari bulan madu, Faeyz dikejutkan dengan panggilan dari salah seorang orang suruhannya.
'Tuan Faeyz, kami diserang'
Faeyz dan Zulaikha bergegas ke Changi airport lalu membeli tiket terawal untuk pulang ke Istanbul.
Zulaikha sudah tidak senang tingkah. Dia berjalan ke hulu hilir cuba menenangkan perasaannya. Bagaimana dia tidak risau, Ruya telah diculik.
Selesai membeli tiket, Faeyz terus mendapatkan isterinya.
"Sabar sayang. Kita doakan semoga Ruya baik-baik saja" pujuknya lembut lantas mencium dan memeluk Zulaikha.
Sudah acap kali Zulaikha menangis kerana fikirkan keadaan Ruya. Tapi ketika di airport, dia terpaksa lebih bertenang. Dia tidak mahu orang sekeliling berfikir serong terhadap suaminya.
"Kita pergi makan dulu ya, kita belum sarapan lagi dari tadi. Dah nak tengahari dah ni" pujuk Faeyz sambil menarik tangan isterinya erat.
Zulaikha akur.
Faeyz risau melihat keadaan isterinya. Makanan yang sejak tadi dipesannya, langsung tidak terusik.
"Sayang, please...jamah sikit makanan tu. Nanti sayang sakit macam mana." Faeyz yang duduk berhadapan dengan Zulaikha, menggenggam erat tangan Zulaikha cuba memujuk isterinya.
"Jangan risau, orang-orang saya sedang mencari dimana Ruya-"
"Orang-orang awak? Huh! Sebab kecuaian orang-orang awaklah, Ruya diculik tahu tak?" suara Zulaikha sedikit tinggi. Dia sudah hilang sabar.
Faeyz terkedu!
Zulaikha kemudian tersedar. Dia meraup wajahnya kasar. Dia bangun lalu berjalan memutari meja dan duduk di sebelah Faeyz. Tubuh Faeyz dipeluknya erat.
"I'm sorry. I'm so..so..sorry.." tangis Zulaikha. Wajahnya disembamkan di dada Faeyz.
"Saya tak ada niat nak tinggi suara dan bercakap kasar dengan sayang. Saya.."
"Syhh.. saya tahu. Saya tak salahkan sayang. Sayang sedang susah hati fikirkan Ruya." Faeyz menundukkan wajahnya dan berbisik,
"Orang sekeliling sedang perhatikan kita. Chin up, ok."
Zulaikha melepaskan pelukkan. Dia membetulkan duduknya dan tetap duduk di sebelah Faeyz. Dengan pantas dia mengesat airmata di wajahnya.
"How do i look?" tanya Zulaikha manja.
"Still gorgeous" sahut Faeyz.
Zulaikha terkekeh ketawa.
Faeyz berasa sedikit lega bila melihat Zulaikha ketawa dan menarik makanannya lantas menjamahnya perlahan-lahan.
Dengan makanan yang masih bersisa di dalam mulut, Zulaikha bersuara manja
"Saya belum sempat belikan ole-ole untuk Ruya" sambil mengenangkan rakannya yang diculik, membuat hatinya kembali sebak.
Faeyz dengan pantas memeluk bahu Zulaikha cuba menenangkannya dan tidak mahu isterinya kembali bersedih.
"Lepas makan, kita pusing-pusing kat sini. Kita cari sesuatu untuk Ruya, ya?" suara Faeyz lembut dan memujuk.
Zulaikha tersenyum tawar dan mengangguk perlahan.
Selesai makan, mereka bergerak ke kawasan pemeriksaan imigresen. Mereka harus melalui beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke pintu pelepasan.
Setelah selesai, Faeyz menuntun tangan Zulaikha semula. Mereka berdua mencari ole-ole yang sesuai untuk dibawa pulang kepada Ruya.
Setelah hampir 15 minit berjalan, akhirnya mereka memilih seutas jam tangan BONIA untuk dijadikan ole-ole buat Ruya. Sementara itu, Zulaikha sempat membeli coklat dari kedai bebas cukai disitu.
"Sayang penat?"
Zulaikha mengangguk. Kakinya mula terasa lenguh. Dia tahu, kaki isterinya masih belum sembuh sepenuhnya.
"Kita rehat dulu disini ya" Faeyz menarik Zulaikha perlahan ke arah kerusi yang berada tidak jauh dari mereka. Dia menilik arlogi berjenama PANERAI miliknya. Penerbangan mereka akan berlepas dalam tempoh 35 minit lagi.
"Sayang, gate dah buka tu. Mari kita ke sana" Faeyz memimpin tangan Zulaikha, membantu isterinya berjalan.
Mujur saja jarak untuk ke pintu masuk tidak begitu jauh.
Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 11 jam lebih.
Zulaikha nampak begitu keletihan. Faeyz yang begitu perhatian, sedia menghulur bahu untuk isterinya bersandar.
Tanpa sedar, akhirnya dia terlelap.
Gegaran yang agak kuat mengejutkan Zulaikha.
"Kita dah sampai ke?" soalnya perlahan. Tubuhnya terasa pegal.
Faeyz menguak rambut isterinya ke belakang dengan perlahan dan penuh kasih sayang.
"Belum sayang. Awan terlalu tebal dan mungkin itu yang mengganggu tidur sayang."
Zulaikha menjengah ke tingkap. Memang benar kata Faeyz, kepulan awan terlihat sangat tebal dan itu yang menyebabkan gegaran pada pesawat.
Zulaikha memejamkan matanya buat beberapa saat.
"Hey, kenapa ni?" Faeyz perasan, isterinya nampak sedikit pucat.
"Entah. Tiba-tiba kepala rasa berdenyut." beritahu Zulaikha tanpa berselindung.
Faeyz mula risau.
"Sayang nak minum?" Faeyz mengusap lembut kepala isterinya. Rambut yang berjuntaian ke wajah, kembali kemas.
Zulaikha menggeleng.
"Saya nak ke tandas" Zulaikha mengusap tekaknya yang rasa tidak selesa.
"Saya temankan" Zulaikha tidak membantah. Kedua mereka bangun dan berjalan ke belakang pesawat.
"Saya tunggu disini. Jangan kunci pintu ya" pesan Faeyz begitu ambil berat tentang isterinya.
"Uwerkkk"
Mendengar sesuatu yang aneh, membuatkan Faeyz mendorong pintu dan ikut masuk ke dalam tandas.
Dia kaget bila melihat Zulaikha muntah-muntah.
"Eh, sayang ok tak ni?" soal Faeyz resah.
Zulaikha mengangguk perlahan.
"Tak, tak. Sayang tak ok. Muka sayang pucat. Mari, kita rehat"
Sebelum kembali ke tempat duduk, Faeyz sempat berbicara dengan salah seorang stewardess disitu.
"Ini yang Encik pesan" Stewardess itu datang sambil menyerahkan sebotol mineral water kepada Faeyz.
"Terima kasih" ucapnya.
"Minum sikit sayang" arah Faeyz lembut.
Zulaikha menurut.
"Sayang tidur dulu ya. Dah sampai nanti, saya kejutkan" tanpa sebarang riaksi, Zulaikha hanya menurut.
Faeyz risau melihat keadaan isterinya. Berkali-kali dia mengucup dahi isterinya, cuba menenangkan Zulaikha dan juga dirinya.
Dia tahu, Zulaikha susah hati dan bersedih sejak mengetahui berita kehilangan Ruya. Sudah tentu dia risau jika perkara itu boleh menjejaskan kesihatan isterinya.
*
"Kita ke klinik dulu ya" arah Faeyz kepada pemandunya.
"Tak nak.. saya nak balik" tolak Zulaikha pantas. Seperti yang Faeyz sedia maklum, isterinya ini memang takutkan ubat, klinik dan hospital.
"Sayang tak sihat ni.. Kita singgah klinik dulu, nak tahu apa cakap doktor. Lepas tu, baru kita balik." Suara Faeyz kedengaran tegas di pendengaran Zulaikha.
"Jet lag je ni" suara Zulaikha lemah.
Faeyz tidak mahu berbalah tentang hal ni. Mahu atau tidak, dia tetap akan bawa isterinya ke klinik.
Sampai saja di hadapan klinik, Zulaikha tidak sedarkan diri. Berkali-kali Faeyz cuba bangunkannya, namun hampa.
Faeyz melompat turun dari kereta dan berlari ke arah pintu sebelah. Dia mengendong Zulaikha masuk ke dalam klinik.
"Doktor, tolong." mahu atau tidak, Faeyz terpaksa bawa Zulaikha turun juga. Jika hendak ke hospital, jaraknya agak jauh dan mereka terpaksa merempuh kesesakkan lalu lintas di waktu puncak begini.
Pembantu klinik menyiapkan katil buat Zulaikha. Setelah membaringkan isterinya disana, Faeyz segera membuat pendaftaran masuk sebelum kembali mendapatkan Zulaikha semula.
Masuk saja ke dalam bilik doktor, Faeyz lihat tirai dibahagian katil isterinya tertutup rapat. Faeyz yang berdiri di hadapan meja doktor mula resah.
Seorang jurujawat keluar dari ruangan pemeriksaan bersama bekas logam berisi picagari yang mengandungi darah.
Faeyz bertambah resah. Kes Ruya belum selesai, sekarang isterinya pula.
Prakkk
Langsir dibuka dan terlihat sekujur tubuh Zulaikha yang terbaring di katil masih tidak sedarkan diri.
"Kenapa dengan isteri saya, doktor?"
"Bertenang. Tuan duduk dulu." suara doktor wanita itu lembut.
Faeyz akur. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan meja doktor.
"Saya dah ambil darah Puan Zulaikha. Kita tunggu keputusan darahnya sebentar lagi."
Faeyz hanya mengangguk. Dia bangun dan berjalan menghampiri Zulaikha. Wajah Zulaikha ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Perlahan tangannya terhulur lalu menggenggam erat tangan isterinya. Dikucupnya perlahan.
"Bila kali terakhir Puan Zulaikha datang bulan?"
Pertanyaan doktor membuat Faeyz terdiam beberapa detik.
Dia cuba berfikir sendiri,
Seingatnya, dia tidak pergi kemana-mana dalam tempoh sebulan lebih ini. Kali terakhir dia tinggalkan Zulaikha adalah ketika dia pulang satu minggu ke Istanbul untuk selesaikan beberapa hal mengenai urusan syarikat dan melawat atuknya.
Setelah dia kembali semula ke Australia dan dalam tempoh sebulan lebih itu juga, mereka sering bercinta tanpa henti. Dia sendiri tidak terfikir mengenai hal ini.
"Rasa saya, dah sebulan lebih." jawab Faeyz jujur.
Doktor wanita itu tersenyum tanpa mengucapkan apa-apa.
*
'Hah Sean, ada perkembangan tentang Ruya?'
'Itu yang aku call kau ni. Dino dan pasukannya sudah dapat kesan dimana Esra berada. Lepas Esra dan orang-orangnya melarikan diri dari polis, foto Esra mula tersebar luas hingga ke laman sosial. Ramai yang kecam dengan perbuatan dia. Video kemalangan tu pun dah viral tau. Tapi kau jangan risau, tiada gambar Zulaikha dipamerkan dalam mana-mana sumber. Semuanya selamat.
Hah lagi satu, ada budak kampung nampak Esra keluar masuk sebuah rumah tinggal tidak jauh di hujung kampung. Dia pergi intip dan waktu tu jugak dia terdengar suara perempuan minta tolong. Dia terus lari minta bantuan.'
'Kampung? Boleh aku tahu dimana?' Hati Faeyz melonjak-lonjak ingin tahu dimana Esra sembunyikan Ruya.
'Itu misi rahsia. Pihak polis tak mahu war-warkan tempat persembunyian mereka. Aku sendiri pun tak tahu dimana'
Faeyz mengeluh kecewa.
'Kau dimana, dah sampai Istanbul ke?' tanya Sean di hujung talian.
'Aku dah sampai sini 2 jam lepas. Sekarang aku di klinik, Ikha pengsan.'
'Pengsan? Dia ok tak tu, apa doktor cakap? Dia sakit apa?' Sean terlalu perhatian jika hal melibatkan kawan-kawannya.
'She's pregnant. 6 weeks'
Riaksi wajah Faeyz begitu ceria saat menyampaikan berita gembira itu kepada Sean.
'What!? Oho..ha ha ha.., congratulations bro! Aku bangga dengan kau. Tak sangka, rupanya kau memang lelaki sejati'
'Mulut kau..'
Sean ketawa besar.
'Aku nak kau rahsiakan dulu berita kehamilan Ikha dari yang lain. Sepatutnya aku beritahu isteri aku dahulu pasal berita gembira ni, tak sangka kau yang tahu lebih dahulu dari dia.'
Faeyz kesal dengan ketelanjuran katanya.
'Kau jangan risau, aku akan pura-pura tak tahu menahu tentang hal ni. Kau dah lama kenal aku kan...?'
'Ye, aku tahu. Baiklah Sean, jika ada berita tentang Ruya, kau cepat-cepat call aku.'
'Baiklah'
Faeyz mematikan talian.
Dia kembali kepada Zulaikha yang masih terbaring.
Zulaikha tersedar. Keadaan sekeliling terlihat begitu asing baginya.
"Sayang" suara Faeyz perlahan. Dia bersyukur, isterinya sudah sedar. Tangan Zulaikha digenggamnya erat, ubun-ubun Zulaikha dikucupnya lembut dengan penuh kasih sayang.
Kepala Zulaikha masih terasa pusing.
"Kita dimana ni sayang?" soal Zulaikha lemah.
"Kita masih di klinik. Sayang pengsan tadi" beritahu Faeyz hal yang sebenarnya.
Zulaikha memijat kepalanya yang masih terasa pening dan tekaknya yang masih terasa mual.
"Puan dah sedar?" doktor wanita tadi datang menghampiri Zulaikha dan Faeyz.
"Doktor, saya tak apa-apa kan?" tanya Zulaikha risau dengan keadaan dirinya. Kemudian dia tersedar,
"Ruya..." dalam keadaan yang masih lemah, Zulaikha bangun.
"Arkh" Zulaikha meringis sakit saat merasa perih pada bahagian tangan kirinya.
"Eh, sayang.. baring dulu, sayang belum sihat lagi." pujuk Faeyz.
"Apa ni doktor. Saya sihat kan doktor?" Zulaikha memandang wayar drip yang dipasang pada tangan kirinya.
"Puan tak apa-apa, cuma perlukan rehat yang secukupnya." pesan doktor wanita itu.
Zulaikha mengangguk lemah. Dia akur dengan arahan doktor.
"Sayang, Ruya--"
"Syh.. Sayang jangan risau. Sean call saya tadi, dia beritahu yang pihak polis telah mengesan dimana tempat persembunyian Esra dan orang-orangnya."
"Ruya..?" soal Zulaikha dengan nada suara yang lemah.
"Jangan risau, jika Esra ditangkap, sudah tentu polis akan jumpa Ruya. Kita doa sama-sama supaya Ruya selamat" Faeyz cuba menenangkan isterinya. Doktor juga sudah berpesan padanya tadi yang isterinya tidak boleh stress. Kandungannya masih baru dan perlu dijaga dengan baik.
*
Zulaikha dibenarkan pulang setelah 1 botol drip berjaya dimasukkan ke dalam tubuhnya. Dia juga terlihat lebih sihat dari awalnya.
"Sayang baring diam-diam kat sini. Saya isi air dalam tub dulu." Faeyz membaringkan Zulaikha diatas katil sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Kemudian dia kembali. Mencapai handfone lalu memesan makanan.
Dia juga ada membeli beberapa barangan dapur melalui online. Buat masa sekarang, terlalu bahaya untuk dia tinggalkan Zulaikha sendirian walaupun di luar rumahnya sudah terkawal 24 jam.
Selesai mandi dan mengenakan dress separas lutut bermetirial satin silk berwarna hitam, Zulaikha diarahkan berbaring semula di atas katil.
"Sayang, awak ok?" tanya Zulaikha pelik dengan perubahan sikap Faeyz yang begitu over protected.
"Ok" jawab Faeyz sepatah.
"Saya dah sihat. Sayang tak perlu la buat semua ni." Zulaikha menolak lembut dengan apa yang suaminya lakukan padanya. Sikap caringnya tak ubah seperti menjaga anak yang masih kecil.
"Siapa cakap sayang dah sihat? Isteri saya ni perlukan rehat secukupnya tau." Zulaikha mengerutkan dahinya.
Melihat senyuman yang terukir di bibir Faeyz, lebih menambahkan rasa musykilnya.
Jikalau dia tidak sihat, sudah tentu wajah Faeyz sedih, resah, bimbang. Tapi ini sebaliknya.
Zulaikha melekapkan belakang tangan ke dahi Faeyz.
"Sayang ingat saya tak sihat ke, hurm? Yang tak sihat tu sayang, bukan saya" ujar Faeyz sambil tersenyum.
"Apesal senyum-senyum ni? Takkan saya sakit macam ni, awak masih lagi happy. Awak tak sayang saya ke?" sindir Zulaikha dengan tonasi suara perlahan dan lembut.
"Gila tak sayang. Kalau saya boleh tukar, biar saya yang gantikan tempat sayang ni. Malangnya, perkara ni hanya wanita saja yang mampu melakukannya" luah Faeyz sambil tersengih.
"Awak ni dah kenapa? Apa yang 'hanya wanita saja yang mampu melakukannya'?" Zulaikha semakin penasaran dengan kata-kata dan perubahan sikap Faeyz.
"Betul ke sayang tidak tahu langsung pasal hal ni?" tanya Faeyz sekadar mahu mengesahkan.
"Tsk! Tahu apa?" Zulaikha tergelak.
"Sayang sebenarnya --"
Ding dong!
"Hah! Dah sampai. Sayang tunggu sini sekejap tau, ingat jangan turun dari katil" pesan Faeyz lembut tapi penuh dengan ketegasan.
Zulaikha bertambah pelik dengan sikap suaminya.
Bersambung...
Ketibaan mereka di Istanbul telah mengubah sikap Faeyz kepada over protected dan itu membuat Zulaikha pelik. Kes penculikkan Ruya masih membimbangkan Zulaikha. Adakah polis berjaya menahan Esra dan membawa Ruya pulang dengan selamat?
Share this novel