10- King dah sampai

Romance Series 34258

Cahaya pagi menerobos masuk ke jendela besar biliknya yang terbuka. Perlahan matanya terbuka. Kedua tangannya terangkat ke udara dan kedua kakinya ikut meregang.

"Kau dah bangun"

Zulaikha tersentak lantas duduk. Dia tampak bingung. Adakah apa yang berlaku semalam hanya mimpi semata-mata?
Zulaikha memandang sekeliling dan.. crown terletak indah di atas meja kecil disisi katil tempatnya tidur.

"Kau tidur nyenyak sekali sehinggakan dia kendong kau masuk sampai ke dalam bilik pun kau tak sedar" kata-kata Ruya jelas membuat mata Zulaikha terbeliak.

"Maksud kau? D-dia? S-siapa?" soal Zulaikha gugup.

Ruya terkekeh. Dia berjalan mendekat.

"Baru semalam, takkan dah lupa" Zulaikha cuba mengingat.

Dia mendongak,
"Faeyz Ghaisan?" wajah Ruya ditatap lekat. Wanita itu sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Wow, King dan Queen huh?" usik Ruya tersengih.

Wajah Zulaikha merah padam.
"Jap, jap. Macam mana aku boleh tidur dekat sini pulak? Setahu aku, semalam..." Zulaikha cuba mengingat lagi.

Ruya duduk dibirai katil.
"Kenapa, kau rasa nak tidur dimana? Di rumah Faeyz? Tidur sekatil dirumah Faeyz? Ke...dalam kereta dengan Faeyz" seloroh Ruya lagi. Dia semakin suka menyakat sahabatnya.

Mulut Zulaikha menganga lantas satu bantal pelanting ke arah Ruya. Wanita itu sempat mengelak sambil terbahak-bahak ketawa.

"Apa yang berlaku sebenarnya, please story dekat aku" rayu Zulaikha.

"Betul kau tak ingat apa-apa?" Zulaikha menggeleng.

"King kau tu kendong kau dah macam kau tu sleeping beauty kau tahu tak. Romantik sangat! Dah macam cerita movie yang kita selalu tengok tu. Erghhh! Aku pun kalau boleh nak situasi macam tu tapi, bilakah agaknya aku nak jumpa prince charming macam tu" Ruya mencebir bibir.

Satu biji bantal lagi melayang ke arahnya, kali ini Ruya tidak sempat mengelak lalu mengena.

"Ikha, kau ni" rengek Ruya kesal.

"Aku suruh kau cerita, bukan mengelamun" Zulaikha merengus geram.

"Ish, kau ni.. bagi la can aku nak feeling-feeling" rungutnya sambil menarik muka masam.

"Ok, ok. Mengelamunlah sampai esok pun takpe" Zulaikha bangun melangkah ke bilik mandi.

"Dia kendong kau sampai ke katil. Aku tengok, dia tatap kau lama sebelum.."

Zulaikha memandang ke bawah. Bajunya sudah bertukar ke pijama tidur. Kedua tangannya bersilang ke hadapan.

"Sebelum? Baju ni pun dia yang tukarkan ke?" Zulaikha mula meremang.

Ruya menatap malas ke arah sahabatnya.

"Kau dah mengelamun jauh sangat ni, Ikha." Ruya mendekat. Dia merapatkan bibirnya di telinga Zulaikha,

"Wake-up!!!!!" tempiknya sehingga telinga Zulaikha berdesing.

Ruya berlari keluar dengan pantas.

Wajah Zulaikha sekali lagi bersemu merah.
Kenapa dia tidak sedar sama sekali tentang kejadian semalam? Lagi satu, bagaimana Faeyz tahu lokasi rumahnya?

**

Kedai Zulaikha beroperasi seperti biasa. Seperti sudah menjadi rutin, kedatangannya disambut dengan jambangan ros merah dari orang yang tidak dikenali.

Semoga mimpi yang indah,

FG

Dahi Zulaikha berkerut. Singkatan nama ini tampak begitu familiar dimatanya sekarang. Dia seperti pernah melihatnya, tapi dimana agaknya ya?

"Untunglah jadi kau, hari-hari ada secret admirer kirim bunga. Tak macam aku ni, siapalah yang nak" Zulaikha menoleh. Dia menghulurkan jambangan ros kepada Ruya.

"Nah"

Ruya terbengong.
"Buat apa?" soalnya hairan.

"Untuk kaulah" balas Zulaikha dengan nada bersahaja.

"Bunga tu untuk kau. Buat apa kau bagi aku. Lebih baik kau masukkan ke dalam pasu, letak dalam ofis kau" Ruya meletakkan beg sandangnya di bawah meja kaunter. Dia beralih ke arah mesin kopi. Dia mula menyediakan dua cawan kopi panas untuknya dan Zulaikha sebelum memulakan kerja.

Manakala Zulaikha, sibuk mengira stok bahan mentah yang akan digunakannya nanti. Dia mula menyenaraikan bahan yang mula berkurang dan perlu membuat oder baru.

Setelah selesai membuat senarai barang, dia menghubungi supplier untuk menghantar stok baru esok. Selesai membuat tempahan, dia duduk dimeja makan lalu bersarapan pagi bersama Ruya.

Zulaikha hanya makan sekeping roti bakar bersama mentega kacang.

Drtt! Drtt!

Telefonnya yang berada diatas meja bergegar. Dia cepat mencapai lalu membaca pesanan Whatsapp yang baru sahaja diterimanya.

Dahinya berkerut. Pesanan ini datangnya dari orang yang tidak dikenalinya.

``Takkan Queen sarapan itu je pagi ni?`` Zulaikha mendongak. Tenungannya mati pada satu arah, tepat di hadapannya.

Seorang lelaki bersetelan kemas dengan kemeja dan berkod biru sedang bersandar di hadapan keretanya sambil melayangkan bungkusan besar dihadapannya sambil tersenyum.

Dinding cermin yang cerah membolehkan dia melihat dengan jelas wajah lelaki dihadapannya.

"Hah, King dah sampai. Aku chow dulu" Zulaikha mahu menarik Ruya supaya duduk semula, namun kedatangan Faeyz yang sudah berdiri tegak dihadapannya, membuatkan tindakkannya terhenti.

"Good morning, my Queen" Sambil mengatakan itu, tubuhnya direndahkan kearah Zulaikha.

Zulaikha tersipu malu.
"Tak habis lagi pasal semalam?" soal Zulaikha lembut.

Faeyz menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Zulaikha. Dia menggeleng pantas.

"Selamanya takkan habis." ujarnya sambil tersenyum.

"Baiklah. Bungkusan apa yang King bawa ke mari?" Zulaikha mula mengikut rentak lakonan Faeyz, sehingga lelaki dihadapannya tersengih.

"King bawakan sarapan pagi yang berkhasiat, khas untuk Queen" ujarnya dengan suara garaunya. Tangannya lincah mengeluarkan makanan dari dalam bungkusan.

"Roti bakar bersama scramble eggs, digandingkan bersama hash brown dan kacang merah. Dan.. cappuccino untuk Queen, Latte untuk King" ujar lelaki itu lagi.

"Tapi, saya dah ada kopi" Zulaikha menunjukkan cawan kopinya pada Faeyz.

"Owh, tak mengapa. Yang ni biar saya yang minum." ujarnya.

"Latte awak?" tegur Zulaikha.

"Saya bawa masuk ofis nanti" jawabnya tenang sambil menghidangkan sarapan pagi buat Zulaikha.

Mata Zulaikha hanya memerhati tindak tanduk Faeyz secara diam.

"Maaf pasal semalam " suara Zulaikha perlahan.

Lelaki itu mendongak dan sekadar tersenyum.

"Tak mengapa. Awak tidur nyenyak sangat semalam, tak sampai hati pula saya nak kejutkan" bicaranya sambil menghulurkan hidangan di hadapan Zulaikha.

"Maaf lagi jika menyusahkan awak" gerakkannya terhenti. Dia menatap Zulaikha lekat.

"Selama King dan Queen masih bersatu, awak langsung tak menyusahkan saya" ujarnya dengan lagak tenang. Satu hiris hash brown masuk ke dalam mulutnya.

Zulaikha melopong.
"Awak, saya serius ni" tegur Zulaikha.

"Ya, saya tengah serius la ni" ujarnya sambil menyuap satu lagi potongan hash brown ke dalam mulut.

"Malam nanti saya jemput awak" sambungnya lagi.

Zulaikha yang baru mengunyah roti bakar, segera ditelannya pantas. Mujur sahaja roti tadi lembut dan cair saat masuk ke dalam mulutnya. Keenakkan dan kualiti masakannya tak ubah seperti makanan di hotel berbintang lima.

"Kemana?" soalnya pantas.

Faeyz mendongak. Sos kacang merah terlihat menempel di hujung bibir Zulaikha.
Tatapannya mula terarah pada bibir Zulaikha, lekat.

Dia mencapai tisu lalu mengesat lembut hujung bibir Zulaikha sampai bersih.

Wajah Zulaikha merah padam dengan tindakkan Faeyz. Mujur sahaja masih awal dan kedainya belum mula beroperasi.

"Bukankah King ada temujanji, dinner dengan Queen malam nanti di Art Sky" Faeyz mengingatkan Zulaikha.

"Jadi, semalam bukannya mimpi?" pertanyaan Zulaikha mengundang kekehan dari lelaki dihadapannya.

Zulaikha ikut ketawa.

Bersambung...

Setelah apa yang berlaku padanya, ini merupakan kali pertama baginya merasa senang dan selesa saat bersama dengan Faeyz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience