Cahaya samar dari jendela kecil yang berada di dinding atas memancar masuk ke ruangan gelap bilik kurungan.
Faeyz yang terbaring dalam keadaan meniarap dilantai menolak perlahan tubuhnya yang terasa perih dan pegal.
"Erkk.. ermm" erangnya sedaya upaya cuba mengalih tubuh supaya terlentang.
Derapan sepatu terdengar sayup dan lama kelamaan suara derapan itu semakin kuat dan hampir lalu berhenti dihadapan pintu besi.
Bamm! Pintu besi terbuka. Derapan sepatu berjalan menghampirinya yang terbaring lalu berhenti di tepi kepala Faeyz.
Haruman gucci flora menguak ke rongga hidung Faeyz.
Wanita itu duduk bertinggung di sisi Faeyz.
"Cet! Cet! Cet! Cet! Semua yang terjadi atas kedegilan kau sendiri. Jika kau tidak membantah, perkara sebegini tidak akan berlaku" suara wanita itu.
"Jangan harap aku akan tunduk pada kau dan ayah kau!" Dengan sekuat tenaga, Faeyz mendorong tubuhnya supaya bangun dan duduk bersandar pada dinding. Bibirnya berdarah dan wajahnya luka kesan dipukul.
"Mana Galih?" soalnya. Wajah Esra ditatapnya tajam.
Wanita itu terkekeh ketawa.
"Aku tidak bergurau, jawab pertanyaan aku!" bentak Faeyz geram.
Tawanya terhenti. Dia berdiri tegak sambil berpeluk tubuh menatap kearah Faeyz.
Faeyz memandang Esra dari atas hingga ke bawah. Wanita ini bersusuk tinggi lampai, berkulit sawo matang bersetelan dress ketat separas lutut berwarna hitam dan bersepatu hak tinggi juga dari warna yang sama. Tubuh dan rupa parasnya masih sama seperti dulu cuma bezanya, wajahnya sedikit matang kerana faktor usia.
Tatapannya tidak lagi seperti dulu yang pernah menganggap wanita itu sebagai teman rapatnya. Sejak dari pembelotan Rifat, sejak itu jugalah berakhirnya hubungan persahabatan antara mereka. Sekarang, perasaannya penuh dengan dendam dan amarah ditambah pula dengan kes kemalangan yang melibatkan Zulaikha.
Orang yang tidak bertanggungjawab seperti mereka, lebih layak dihina dan diletakkan dibawah telapak kaki. Mereka tidak layak disanjung dan dihormati.
"Orang tua tu tak apa-apa. Daddy aku cuma beri dia rehat sepuas-puasnya" ujarnya sambil diselangi ketawa.
"Setan kau!" Faeyz mendadak bangun lalu mencengkam leher Esra, mendorong tubuh wanita itu hingga terbentur ke dinding dengan kuat.
Esra meringis kesakitan.
"Aku tidak bergurau! Jawab pertanyaan aku!" bentak Faeyz meradang.
Esra tercungap-cungap. Kedua tangannya mencengkam pergelangan tangan kekar milik Faeyz. Dia mula sesak nafas.
"Bughh!" hentakkan keras mendarat kuat pada belakang tubuh Faeyz sehingga cengkaman tadi melonggar dan tubuh Esra terduduk dilantai.
Dua orang lelaki masuk. Seorang memapah tubuh Esra lalu membawa wanita itu keluar dari situ. Manakala yang seorang lagi berdiri sambil menghadap teman sepasukannya yang telah menghentak belakang tubuh Faeyz dengan kayu.
"Dengan perempuan kau boleh la.." ujar salah seorang dari mereka.
Faeyz langsung tidak gentar. Semalam, dia juga dipukul dengan benda keras di bahagian kepala. Semuanya diluar jangkaannya. Dia diserang hendap tanpa sedar.
Dan sekarang, dia tidak mungkin akan beri peluang kepada dua lelaki ini lagi.
Hujung bibir Faeyz terangkat. Dia sudah siap menerima serangan.
Pukulan dan serangan datang bertubi-tubi dari dua lelaki secara serentak. Hayunan, layangan tangan dan kaki, elakkan, semuanya dilakukan dengan kemas dan sangat professional. Dengan sekuat tenaga, dia cuba menahan rasa sakitnya yang semalam.
Faeyz dapat menepis serangan demi serangan dengan handal sehinggakan keduanya rebah dan tidak mampu untuk bangun lagi.
Faeyz tersenyum puas. Dia kemudian memandang sekeliling, tiada sesiapa disitu. Dia berlari keluar dari bilik kurungan.
Lorong gelap yang hanya ditemani cahaya dari lubang-lubang tingkap yang tinggi, memudahkan Faeyz untuk mencari jalan keluar.
Dia tiba di sebuah pintu, tombol pintu dibuka
'tidak berkunci' Faeyz menyunging senyum.
Dia sekarang berada di ruangan bilik bacaan. Suasana dingin dari aircond meruap ke seluruh tubuhnya, terasa sejuk sehingga ke tulang.
Faeyz memandang sekeliling, tiada sesiapa.
Dia melangkah ke arah pintu, perlahan tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolaknya perlahan.
Dari celahan daun pintu, dia dapat melihat lorong menghala dari bilik ke bilik, sangat besar dan luas.
Dia perlu mencari dimana keberadaan datuknya, Galih.
Perlahan dia menyelinap keluar dari bilik bacaan.
Dalam keadaan menunduk, dia berlari dan berhenti pada setiap pintu bilik. Setiap tombol pintu cuba dibukanya, berkunci.
Faeyz tidak mengalah. Dia berjalan sehingga ke bilik paling hujung. Disana dia terdengar perbualan. Dia cuba memasang telinga pada daun pintu, mahu mendengar butir perbualan dari mereka.
"Kenapa kamu kesana? Sudah daddy katakan, jangan berjumpa dengannya lagi" bentak Rifat keras. Dia sendiri sudah melarang anaknya dari pergi berjumpa dengan Faeyz. Sekarang, lihat saja apa yang baru lelaki itu lakukan pada anaknya.
"Dia berang bila hal ini melibatkan Galih."
"Bagaimana dengan keadaan lelaki tua tu?"
Pertanyaan dan bahasa yang digunakan Esra terasa begitu kejam pada pendengaran Faeyz.
Tangannya terkepal erat sehingga menampakkan urat pada pergelangan tangannya.
"Dia di hospital, ditidurkan kerana mengalami serangan jantung selepas melihat cucunya dibelasah teruk sehingga terperuk tak ubah seperti kain buruk. Tapi.., mungkin hidupnya tidak lama kerana semalam daddy sudah memberinya dos penenang. Mungkin sebentar lagi ajalnya akan datang menjemput" ujarnya seraya ketawa besar dituruti Esra.
Wajah Faeyz merah padam. Hal ini langsung tidak lucu pada pendengarannya.
*
Drttt!! Drttt!!
Ruya mulai rimas dengan deringan telefon milik Zulaikha yang sejak tadi asyik berbunyi.
"Ikha" tegur Ruya geram.
Dia sesekali menjengah ke arah layar telefon Zulaikha. Tertera nombor telefon dari penthouse milik Faeyz.
"Mana tahu ianya penting" pujuk Ruya.
Zulaikha langsung tidak mengendahkan kata-kata Ruya. Dia mengabaikan panggilan itu sambil menghadap laptop yang berada di atas pangkuannya.
Ruya mengeluh geram.
Dia lantas mencapai handfone milik Zulaikha.
"Hey!" Halang Zulaikha. Namun semuanya terlambat. Ruya terlebih dahulu mengangkat telefon lalu bergerak menjauh dari Zulaikha.
"Hello" sapanya pantas.
Zulaikha sesekali mencuri dengar perbualan Ruya. Sesekali dahinya berkerut sambil melihat riaksi sahabatnya. Tapi, dia langsung tidak tahu butir bicara perbualan mereka.
Siapa yang menghubungi? Adakah itu dari Faeyz? Jika benar itu adalah Faeyz, kenapa bukan nombornya sahaja yang tertera di skrin telefonnya, kenapa nombor itu milik penthouse Faeyz? Fikir Zulaikha hairan.
Ruya mematikan talian lantas berlari dapatkan Zulaikha.
"Ikha.., Faeyz" jerit Ruya resah. Dia menarik kerusi roda lalu menyorongnya ke arah Zulaikha.
Zulaikha kaget. Mendengar nama Faeyz meniti di bibir Ruya serta tindakbalas wanita itu, membuat Zulaikha berasa resah dan tidak sedap hati.
Zulaikha tanpa aba-aba terus duduk di atas kerusi roda. Ruya menyorong keluar lalu menghala ke arah kereta.
Seketika pergerakkan mereka berdua terhenti.
Dalam samar malam yang kelam ditemani biasan cahaya dari lampu jalan, Zulaikha dan Ruya dapat melihat seperti ada satu susuk tubuh lelaki di hadapan pintu pagar.
"Kereta itu... itu bukan ke...." Ruya kelu.
Zulaikha yang tampak resah, lantas menyorong kerusi roda dengan tangan lalu menghala ke arah pintu pagar besar.
Kayuhan tangannya terhenti di hadapan pintu pagar. Zulaikha terkedu.
Ruya ikut berlari mendapatkan Zulaikha dihadapan pintu pagar.
"Faeyz" nama itu meniti di bibir Ruya dengan nada suara separuh berbisik.
Dia ikut terkedu melihat keadaan Faeyz. Dengan pantas dia menekan butang dan serta merta pintu pagar terbuka.
Faeyz menapak menghampiri Zulaikha yang masih berada di atas kerusi roda. Matanya hanya terarah pada satu arah, iaitu Zulaikha.
Begitu juga Zulaikha. Dia langsung tidak membuang pandang ke arah lain selain hanya terus memandang kearah Faeyz dan wajahnya jelas kelihatan resah.
Dalam keadaan kaki yang menggeletar, Zulaikha berusaha berdiri.
"Urghhh!"
Bersambung...
Kedatangan Faeyz yang sekian lama menghilang membuatkan Zulaikha terkejut bila melihat keadaan Faeyz. Apakah andaian Zulaikha terhadap Faeyz?
Share this novel