Tiada perbualan antara keduanya sepanjang perjalanan pulang. Zulaikha lebih leka memandang ke luar dari terus bertentang mata dengan Faeyz. Dia takut akan kembali hanyut seperti tadi.
Tidak! Tadi hanyalah satu kesilapan yang dia lakukan tanpa sedar. Kesantunan, perlakuan dan ketampanan Faeyz begitu memukaunya sehingga dia hampir lupa diri tentang siapa dirinya yang sebenar. Dia kotor. Dia akui bahawa dia tidak layak berdampingan dengan mana-mana lelaki sekali pun terutama sekali Faeyz Ghaisan.
Kereta berhenti di hadapan rumah besar Zulaikha.
"Kita dah sampai" suara garau Faeyz menyentak Zulaikha yang sedang mengelamun.
Zulaikha nampak terpinga-pinga sebelum tersedar.
"Owh" wajahnya bersemu merah. Mujur saja saat itu suasana gelap. Jadi tidak akan terlihat bagaimana wajahnya sekarang ini.
"Terima kasih" ucapnya perlahan sebelum membuka pintu dan mahu melangkah keluar.
"Ikha" langkah Zulaikha mati saat namanya dipanggil lembut. Dia menoleh.
Deg!
Pandangan mereka bertaut.
"Maafkan saya atas kelancangan saya tadi" mohon Faeyz lembut dengan nada suara perlahan. Tapi Zulaikha masih boleh mendengarnya dengan jelas.
Zulaikha terdiam.
"Please don't hate me" pinta Faeyz dengan nada kesal.
Zulaikha bungkam. Dia terus menerus menatap ke wajah Faeyz.
Perkara seperti tadi tidak sepatutnya terjadi. Dia bukan gadis suci seperti yang dibayangkan oleh Faeyz. Jika lelaki ini tahu siapa dirinya yang sebenar, sudah pasti dia dibuang seperti sampah!
Zulaikha sedar siapa dirinya.
"Saya harap, perkara seperti tadi tidak akan berulang lagi" suara Zulaikha separuh bisik.
"Thank you for tonight" ucap Zulaikha lantas melangkah keluar dari kereta.
Faeyz hanya membuntuti langkah Zulaikha dengan pandangan kecewa.
Apakah yang telah berlaku pada Zulaikha? Dia nampak takut. Itu yang dia dapat lihat saat bibirnya menyentuh lembut bibir milik Zulaikha. Bibir dan tubuhnya menggeletar.
Audi hitam menghilang dengan kecepatan tinggi. Zulaikha mengeluh berat sambil matanya masih leka memandang di sebalik jendela.
"How's your date?" Zulaikha menoleh.
Ruya duduk bersila di sofa sambil menongkat kepala dengan tangan kirinya.
"Good" jawab Zulaikha sepatah sambil menapak menghampiri Ruya. Dia duduk disofa yang sama dengan Ruya, mereka duduk sambil bertentang.
Ruya dapat membaca riak wajah Zulaikha yang nampak berbeza dari saat dia keluar rumah tadi. Air wajah Zulaikha jelas kecewa, hampa.
"Tapi riaksi wajah kamu tak menggambarkan seperti yang kamu maksudkan" Ruya merenung kedalam anak mata Zulaikha.
Zulaikha menggigit bibir. Dia tahu, dia tidak mampu berbohong pada Ruya. Semahir apapun dia, Ruya pasti tahu. Itu kelebihan yang ada pada Ruya.
"Yeah, I know. I- just.." kata-kata Zulaikha terhenti. Satu hembusan nafas berat keluar dari mulutnya.
Dia bersandar sambil kepalanya didongak ke lelangit ruangan.
"Disappointed" sambungnya yang tampak kesal.
Ada dua maksud disitu yang dapat dirungkai oleh Ruya. Ia berlaku sama ada Zulaikha bersalah kerana telah kecewakan hati Faeyz atau dia sendiri kecewa kerana telah ber'dating' dengan Faeyz pada malam ini.
Ruya meramas rambutnya yang mengurai melepasi bahu. Satu tangannya menggenggam erat tangan Zulaikha.
"What happened" soalnya lembut.
Zulaikha menoleh. Tatapan matanya terlihat penuh penyesalan.
Tap!
Ruya terkedu.
"Owh, Ikha" Ruya tersentuh saat melihat keadaan Zulaikha saat ini.
Awalnya Zulaikha cuba sedaya upaya untuk senyum, namun perasaan sedihnya lebih menebal dari segalanya.
"Come here" Ruya menarik tubuh Zulaikha kedalam dakapannya.
"Hisk! Hisk!" tangis Zulaikha semahunya.
Ruya dengan lembut mengusap belakang tubuh Zulaikha, cuba menenangkannya.
"Syhhh" pujuknya.
Setelah Zulaikha kelihatan agak tenang, Ruya bangun, kemudian datang semula dengan sesuatu ditangan.
"Aiskrim" Zulaikha nampak teruja.
Ruya menyerahkan cup besar yang berisi aiskrim kepada Zulaikha.
"I know you need this"
Zulaikha membuka penutup cup aiskrim lalu dijamahnya,
"Urmm..oh, I love it" terasa sangat menyamankan saat ais itu mencair dan melalui tekaknya.
Ruya tersenyum. Zulaikha memang mudah dipujuk dan dia berjaya mengawal keadaan dirinya dalam waktu yang singkat.
Awalnya Ruya tidak mengerti bagaimana gadis di hadapannya ini boleh berubah emosi dalam waktu yang singkat. Dan setelah mengenali Zulaikha dalam tempoh yang agak lama, lama kelamaan dia tahu.
Hanya dengan satu cup aiskrim, ya. Jika emosi Zulaikha dalam keadaan memburuk, berikan saja aiskrim padanya. Emosinya akan cebat kambuh. Pelikkan?
"Apa sebenarnya yang berlaku?" Ruya sudah sedia bertanya setelah melihat emosi Zulaikha semakin baik.
Zulaikha menjilat bibirnya yang masih terlekat sisa aiskrim. Dia mematung seketika sebelum menoleh memandang Ruya.
"Kenapa?" Tanya Ruya.
"We kiss"
Ruya menganga menunjukkan riaksi terkejut.
"Then?" soalnya semangat ingin tahu.
"Peristiwa hitam itu mula membayangiku saat dia melakukan itu. Aku mendorongnya supaya menjauh dan segera pergi dari situ"
Mata Ruya terkebil-kebil memandang Zulaikha tidak percaya.
"Kenapa? Bukankah dia cuba berlaku baik. Ak- yah, cuma ciuman kan? Rasanya itu bukan hal yang sulit" Ruya cuba sekadar memberi pendapat.
"Expectationnya memang akan terlihat semuanya indah, tapi realitinya..huhhh" Zulaikha mengeluh berat.
Ruya menggenggam tangan Zulaikha.
Zulaikha memandang tangannya yang digenggam erat Ruya, kemudian berbalik menatap wajah wanita itu. Lagi dua tahun, usia Ruya bakal mencecah 30 tahun, tapi dia masih sendirian. Bukan tidak ada yang mahu tapi alasannya cuma satu, dia tidak akan berhubungan dengan mana-mana lelaki jika Zulaikha tidak menikah terlebih dahulu.
Ruya berpegang teguh pada janjinya dengan nenek Zulaikha bahawa dia akan menjaga Zulaikha dengan baik. Dan sekarang, dia sedang menjalankan tanggungjawabnya itu. Itu janjinya dengan nenek Zulaikha yang mana hanya menjadi rahsia antara kedua mereka. Zulaikha tidak pernah tahu akan itu.
"Takkan ada mana-mana lelaki yang mahukan gadis kotor sepertiku, Ruya. Aku sedar diri yang aku tak layak untuk sesiapa pun." Zulaikha bangun. Dia berjalan ke arah tingkap, menatap jauh ke luar, kelam. Sama seperti keadaan dirinya saat ini.
"Faeyz terlalu sempurna. Dia layak dapat gadis yang lebih sempurna dariku. Dia ada rupa dan berharta. Dia juga datangnya dari keluarga baik-baik. Apa orang akan cakap di belakang nanti jika aku berhubungan dengan dia. Cukup sekadar keluargaku sahaja yang terpalit arang, aku tidak mahu Faeyz menerima tempiasnya"
Ruya mula mengerti mengapa Zulaikha bertindak menjauhkan diri dari Faeyz Ghaisan atau nama penuhnya, Faeyz Ghaisan Kaan, berketurunan Kaan. Kaan merupakan antara 10 nama keluarga terkaya di Turkey.
Jika rahsia Zulaikha terbongkar, sudah pasti keluarga Kaan akan mendapat malu.
Ruya memeluk tubuh Zulaikha dari belakang.
"Aku mengerti. Tapi, kau juga layak untuk bahagia."
Zulaikha tersenyum mengejek.
"Aku bahagia dengan hidupku sekarang. Aku bebas melakukan segala hal tanpa ada sesiapa pun yang mengawal. Aku lebih senang sendirian."
Zulaikha berpaling dan menoleh ke belakang.
"Ruya, cukuplah menjagaku selama ini. Aku sudah besar dan tahu menjaga diri. Kau juga berhak untuk mencari kebahagiaanmu. Sampai bila kau mahu menjadi sepertiku." Zulaikha meleraikan pelukkan. Dia berputar tubuh menatap Ruya, kemudian tersenyum.
"Kaulah kakak yang terbaik yang pernah aku miliki. Kau menjagaku dengan baik. Sampai bila kau mahu lakukan hal ini lagi. Aku tahu, Nick menunggumu sudah lama."
Ruya tercengang. Bagaimana Zulaikha tahu pasal Nick?
Zulaikha menyentuh lembut bahu Ruya. Dia mendekatkan wajahnya dengan Ruya lalu memandang tepat ke netra mata wanita itu.
"Tak baik biarkan orang menunggu kita terlalu lama, kesian dia" bisik Zulaikha lembut.
"Haah " Ruya sekali lagi tercengang.
"Mulai saat ini, jangan pernah menolak panggilan dia. Pergilah keluar dengan dia, luangkan waktu bersama." Zulaikha berdiri tegak dan mahu berlalu dari situ.
Ruya masih menganga sambil menoleh memandang Zulaikha.
Zulaikha tahu, Ruya sedang menatapnya. Hujung bibirnya terangkat.
"Jangan tunggu lama-lama, nanti dia diambil orang" usik Zulaikha kemudian tersengih dan berlalu pergi.
Bersambung...
Zulaikha takut mahu menjalinkan hubungan walaupun dia tahu, Faeyz bukan lelaki yang suka bermain dengan wanita. Tapi, hanya dia yang tak mampu untuk memandang dirinya yang jijik dan kotor.
Share this novel