Zulaikha bangun. Dia mahu segera pergi dari situ namun, pergelangan tangannya dicengkam. Langkahnya terhenti.
"Zulaikha, please" nada suara Faeyz berubah serak.
"Saya tak patut keluar dengan awak, Faeyz. Saya tak layak untuk awak." Zulaikha tak menafikan, mungkin dia juga ada merasakan sesuatu terhadap lelaki dihadapannya ini. Tapi, semua itu tidak mungkin terjadi.
Faeyz menarik Zulaikha ke dalam pelukkannya.
Zulaikha terpempan.
"Saya cintakan awak, Zulaikha"
Degupan jantung Zulaikha seakan terhenti disaat Faeyz menyatakan ungkapan itu padanya.
"8 tahun saya mencari dan menunggu awak. Saya tak sanggup lagi untuk berpisah dengan awak"
Zulaikha terdiam. Benarkah dia menungguku selama ini? Benarkah dia sudah menyimpan perasaan padaku dalam tempoh yang begitu lama? Sungguh, dia tidak pernah tahu.
"Saya bukan seperti wanita yang awak fikirkan. Kehadiran saya akan menjejaskan nama keluarga awak nanti. Dan saya rasa, saya tak patut berada disini" Zulaikha mendorong tubuh Faeyz yang masih memeluk tubuhnya erat.
Pelukkan mereka terlepas. Tapi tindakkan pantas Faeyz kembali menarik tubuh Zulaikha rapat semula dengannya. Dia melumat bibir Zulaikha sambil meluahkan segala isi hatinya terhadap wanita itu.
Zulaikha yang awalnya terkejut dengan tindakkan Faeyz, mula beriaksi positif. Dia tanpa sedar ikut membalasnya. Keduanya hanyut buat seketika.
Selesai makan,
"Saya tak berniat untuk hantar awak pulang malam ni'' Suara Faeyz memecahkan kesunyian di dalam kereta.
Dahi Zulaikha berkerut sehingga kedua keningnya nyaris bercantum. Dia memandang wajah Faeyz di dalam kesamaran malam.
Kemanakah lelaki ini mahu membawanya?
"Tapi, bagaimana dengan Ruya?" suara Zulaikha kedengaran khawatir.
"Jangan bimbang, ada yang akan mengawasi diluar rumahmu"
"Mengawasi?" Tanya Zulaikha kembali. Lelaki itu sekadar mengangguk tanpa menjelaskan lebih terperinci.
Keretanya meluncur masuk ke kawasan parking sebuah penthouse. Keduanya turun dan Faeyz memimpin tangan Zulaikha ke arah lift.
Faeyz menekan butang tingkat 25 sementara Zulaikha hanya menjadi pemerhati.
Faeyz membetulkan berdirinya sambil memandang tepat ke wajah Zulaikha.
Zulaikha nampak gugup saat ditatap tajam oleh Faeyz. Dia menggenggam kedua tangannya, cuba mengawal emosi yang mula berbolak balik, resah, berdebar, takut.
Pandangan Faeyz jatuh pada bibir merah Zulaikha. Dia seperti mahu menyentuhnya sekali lagi.
Ting! Mereka tiba di aras 25. Pintu lift terbuka dan keduanya lantas melangkah masuk ke dalam ruangan sebuah penthouse mewah dan luas.
Zulaikha terpegun melihat dekorasi dalamannya yang indah, mewah dan elegan. Sebelum ini, dia melihat dekorasi begini hanya di dalam TV sahaja.
"Ini rumah siapa?" Tanya Zulaikha sambil matanya meliar memandang ke sekeliling. Tidak jemu matanya memandang. Dia menyentuh lembut sofa kulit berwarna hitam yang pastinya diimport dari luar negara.
"Rumah saya" jawab Faeyz jujur.
Zulaikha mendongak memandang ke arah lelaki itu. Pandangan mereka bertaut. Zulaikha sekadar mengulum senyum.
"Awak nak minum?" pelawa Faeyz lembut.
"Boleh juga" sambut Zulaikha.
Faeyz melangkah ke dapur sementara Zulaikha berjalan menghampiri balkoni. Jendela besar dibukanya dan deruan angin malam menyapa tubuhnya.
Mata Zulaikha terpana memandang hamparan Bandar Turkey yang indah dari kedudukan setinggi ini. Dia memejamkan matanya sambil menikmati pukulan angin yang sesekali menyapa wajah dan tubuhnya, terasa segar dan...
"Diluar terlalu dingin, sayang." Faeyz menutup belakang tubuh Zulaikha dengan blazernya.
"Cantik pemandangan jika dilihat dari sini. Tentu harganya mahal,kan?" Faeyz tersenyum mendengar pujian dari Zulaikha.
"Mari kita masuk, nanti tubuh sayang masuk angin" ajak Faeyz sambil memeluk bahu Zulaikha lembut.
Zulaikha mengangguk. Panggilan sayang kembali meniti dibibir Faeyz. Namun, Zulaikha tidak melarangnya lagi.
Kedua mereka duduk disofa.
"Jemput minum" Faeyz menghidangkan kopi panas buatnya dan Zulaikha.
Zulaikha mencapai secawan kopi panas lalu dihirupnya perlahan. Sedutan pertamanya terhenti. Aroma dan rasa kopi yang berlegar di seluruh rongga mulutnya seperti menari-nari. Rasanya, sungguh enak. Dia tidak menyangka, Faeyz pandai membuat kopi.
"Sedapnya" pujian itu keluar dari bibirnya sehingga membuat Faeyz tersengih.
"Betul, sedap. Pandai awak buat kopi. Rasanya sama seperti kopi di Starbucks"
Faeyz terkekeh ketawa. Tapi tidak pada Zulaikha. Dia tidak berjenaka.
"Saya hanya menggunakan mesin kopi." beritahu Faeyz jujur.
"Owh" Zulaikha kembali menikmati kelazatan kopi yang masih berada ditangannya.
"Awak tinggal sendiri?"
Faeyz mengangguk.
"Dari tadi, saya tak nampak pun pembantu rumah awak"
"Dua hari sekali, mereka akan datang mengemas dan membersihkan rumah" jawab Faeyz. Pandangannya langsung tidak lari dari terus menatap ke wajah Zulaikha yang duduk bertentangan dengannya.
"Begitu"
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" persoalan itu terungkap juga.
Faeyz bersandar kemas pada sofa.
" Kerana saya mahu sayang biasakan diri disini" jawapan Faeyz tidak lengkap bagi Zulaikha.
Tatapan Zulaikha terhadap Faeyz membuat lelaki itu mengerti.
"Mahukah sayang tinggal bersamaku?"
Pertanyaan Faeyz membuat Zulaikha terganga.
Zulaikha meletakkan cawan kopi yang masih bersisa separuh. Dia bangun.
"Maaf, saya bukan perempuan seperti yang awak fikir" Dia mencapai tas tangannya lalu melangkah laju menuju ke arah lift.
Faeyz tidak diam. Dia mengejar Zulaikha.
"Sayang, please.." Faeyz memeluk pinggang ramping Zulaikha.
"Faeyz, let me go!" bentak Zulaikha keras sambil meronta untuk dilepaskan.
"Semua tak seperti yang sayang fikir." Faeyz masih berusaha memujuk.
"Jika awak bawa saya ke sini semata-mata untuk menunjukkan kemewahan awak, mahu melecehkan saya, awak silap. Awak-....."
Faeyz menangkup bibir Zulaikha dengan bibirnya. Satu tangannya masih memeluk erat pinggang Zulaikha manakala satu tangan lagi, menekan lembut tengkuk Zulaikha.
Zulaikha tidak lagi meronta. Tubuhnya yang menegang mula lembut dan mengendur.
Perlahan Faeyz melepaskan pagutannya sambil menatap lekat ke wajah cantik Zulaikha.
"I love you, Zulaikha" bisik Faeyz dihadapan wajah Zulaikha.
"Tapi.."
"Syhh" Faeyz meletakkan jari telunjuknya pada bibir Zulaikha.
"Tolong jangan tolak cinta saya pada awak. Saya ikhlas mencintai awak sejak dulu sampai sekarang." luahan Faeyz membuat Zulaikha mematung.
Faeyz mengambil sesuatu dari poket seluarnya.
"Saya masih menyimpannya dengan baik"
Zulaikha menangkup mulutnya dengan tangan.
"Itu.., itu.." Zulaikha gugup. Pandangannya jatuh pada kalung kunci berbentuk hati. Dia juga punya satu, sama seperti ini.
"Saya pernah berikan pada awak dulu" Zulaikha terkedu. Benarkah? Jadi, kalung kunci itu adalah pemberian Faeyz? Dia pernah melihatnya saat dia mengemas barang-barangnya. Tapi dia tidak tahu dari mana datangnya kalung itu.
Terlalu banyak pahit manis yang dia tempuhi. Dia juga pernah bertemujanji dengan pakar kaunseling dan psikologi. Mungkin kerana peristiwa hitam itu, sebahagian masa lalunya terpadam begitu sahaja.
Airmata membasahi pipi gebunya.
"Faeyz" Zulaikha menyentuh rantai kunci itu kemudian menggenggam tangan lelaki itu perlahan sehingga rantai kunci tadi berada dalam genggaman tangan Faeyz semula.
"Maafkan saya." Faeyz mengusap lembut airmata diwajah Zulaikha.
"Saya tak pernah ingat apa yang pernah terjadi dahulunya antara kita berdua. Saya juga tidak pernah tahu, kemana hilangnya sebahagian rantai kunci yang ada pada saya hanya separuh."
"Yes! Separuh ini ada pada saya selama ini." Bahu Zulaikha diramas lembut.
Mata Zulaikha terpejam rapat.
"Masa lalu ku tidak seindah masa lalu mu, Faeyz. Banyak sejarah hitam yang masih terpalit dalam ingatan yang membuatkan memori lamaku lenyap begitu sahaja."
"Saya tahu semuanya. Sewaktu kejadian, saya ke rumahmu sayang. Tapi mereka katakan awak sedang dirawat di hospital. Saya ke sana dan cuba bertemu dengan awak. Tapi, pihak hospital tidak benarkan sesiapa pun melawat awak kecuali keluarga terdekat. Saya kecewa, sedih kerana tidak dapat bertemu dengan awak. Keesokkan harinya, setelah saya kembali semula ke hospital, nurse beritahu yang awak dan mak awak telah ditukarkan ke hospital lain. Puas saya bertanya tapi tak ada seorang pun yang buka mulut" cerita Faeyz panjang lebar.
"Hanya itu?" pertanyaan Zulaikha mampu membuat Faeyz terpinga.
"Ya, hanya itu. Apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu?" Zulaikha diam.
"I'm sorry about your father, about your lost" luah Faeyz. Zulaikha sebak.
"Saya minta maaf, Faeyz. Saya tak boleh." jawabnya dalam tangisan.
"Tapi kenapa? Awak dah ada lelaki lain, siapa?" soal Faeyz mula menekan Zulaikha secara psikologi.
Airmatanya mengalir semakin laju.
Zulaikha menggeleng.
"Please Faeyz, please.. biarkan saya pergi. Lupakan saya, saya tak layak untuk awak apatah lagi untuk menyandang nama belakang keluarga awak" Zulaikha meraung, memohon supaya Faeyz mengerti dan faham keadaannya saat ini.
"Katakan kenapa saya harus lupakan awak? Apa salah saya?" Faeyz menggenggam kedua tangan Zulaikha. Matanya mula memerah.
"Awak tak salah. Tapi saya yang harus menjauhkan diri dari awak." Zulaikha menghempas tangan Faeyz kasar. Faeyz tersentak dengan tindakkan Zulaikha.
Pintu lift terbuka,
"Goodbye, Faeyz" ucap Zulaikha sebak sambil melangkah masuk ke dalam lift.
Bersambung...
Sampai bila Zulaikha mahu merahsiakan segalanya dari Faeyz? Adakah Faeyz terpaksa menyerah dan pasrah begitu sahaja?
Share this novel