9- King dan Queen

Romance Series 34258

Zulaikha berdiri. Dia seperti mahu beredar segera dari situ namun Bihan menahannya pantas.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku rasa tak sedap badan, aku nak balik" bohong Zulaikha tidak mahu temannya berkecil hati.

Tapi Bihan sudah tahu apa Puncak Zulaikha bertindak demikian. Dia menjeling sekilas ke arah Faeyz. Lelaki itu langsung tidak merespond sikit pun.

"Tunggu, acara kita belum habis lagi. Apa kata kita duduk dulu. Setengah jam lagi kita balik, aku janji" Wajah Bihan nampak bersungguh-sungguh.

"Maaf" Zulaikha nekad dengan keputusannya.

Baru saja dia mahu menapak pergi, suara MC bergema.

"Baiklah. Kita pergi ke upacara yang ditunggu-tunggu semua iaitu upacara pasangan paling sejoli, King dan Queen pilihan. Saya menjemput Puan Nelly ke pentas selaku bekas pengetua sekolah ini." tepukkan gemuruh bergema ke segenap ruangan dewan.

Puan Nelly berjalan dan naik ke pentas. Dia berdiri di kiri pentas sementara menanti keputusan undian dari kesemua pelajar.

"Ikha, please " rayu Bihan sambil menahan tubuh Zulaikha dari beredar.

"Baiklah. Sebelum kita umumkan siapakah King dan Queen kita, saya nak bacakan hadiah yang bakal diterima oleh King dan Queen kita pada kali ini."

"Pasangan ini akan menerima makan malam romantik di sebuah restoran mewah bertaraf 5 bintang yang berada di Puncak tertinggi bangunan Art Sky. Perjalanan mereka kesana akan dibawa melalui udara iaitu dengan menaiki helicopter"

Semua tetamu yang hadir mulai teruja.

"Disamping itu juga, pasangan King dan Queen kita juga akan menari bersama di tengah-tengah pentas"

Suara sorakkan semakin menghangatkan suasana.

"Baiklah, untuk tidak melengah-lengahkan masa lagi, saya umumkan King yang mendapat undian tertinggi terlebih dahulu." Suasana riuh tadinya bertukar sunyi sepi.

"King pilihan, jatuh kepada..." deruman ketukkan drum membuatkan suasana lebih suspen dan gempak.

"Faeyz Ghaisan" Zulaikha menoleh kearah Faeyz saat nama lelaki itu diumumkan sebagai King pada tahun itu.

Faeyz bangun dan berjalan menaiki pentas. Puan Nelly meletakkan crown king di atas kepala Faeyz.

"Nonsense betul. Sah-sah la acara macam ni tak patut diadakan. Ramai antara kita yang sudah menikah dan punya anak." omel Zulaikha tidak puas hati.

"Ish, kau ni.. Semua ni sekadar suka-suka saja. Lagipun, diorang cuma pilih pasangan secocok yang sesuai digandingkan bersama pada malam ni, tu je. Dan yang paling penting, undian ni hanyalah untuk orang-orang bujang sahaja." celah Lola tidak setuju dengan kritikan Zulaikha, dia menjelaskan secara terperinci syarat permainan.

"Betul tu" jampuk Bihan pantas.

"Baiklah. Ermm, Kingnya kita sudah dapat. Bagaimana dengan Queennya pula? Siapakah agaknya pasangan yang secocok bakal digandingkan bersama dengan Tuan Faeyz kita ni?" suara MC itu lagi.

"Dah la. Kalau korang nak tunggu, korang tunggu. Aku nak balik, mengarut" Zulaikha beredar dari situ.

"Ikha, nanti" Bihan dan Lola mahu mengejar Zulaikha.

"Queen yang menjadi pilihan pada kali ini jatuh kepada..." sekali lagi dentuman drum menggegarkan dewan.

"Zulaikha Murat" langkah Zulaikha terhenti serta merta. Awalnya dia tidak mengendahkannya. Tapi apabila spotlight menghala terus ke arahnya, membuat dia yakin bahawa nama itu adalah miliknya.

Bihan dan Lola bertepuk gembira. Kedua mereka memeluk tubuh Zulaikha erat. Mereka sebenarnya dari awal lagi sudah merancang supaya Faeyz dan Zulaikha menang pada malam ini.

"Diminta Zulaikha Murat naik ke pentas untuk menerima anugerah crown milik Queen kita pada malam ini" ucap MC itu lagi.

Zulaikha menghela nafas panjang. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur. Apa yang akan dikata jikalau dia menolak tawaran itu nanti. Sudah pasti dia akan dikecam ramai dan kedainya akan mendapat nama buruk.

Zulaikha akhirnya berjalan naik ke pentas untuk menerima anugerah.

Puan Nelly memakaikan crown di atas kepala Zulaikha. Ah! Zulaikha terlihat cantik seperti permaisuri.

Ramai yang terpegun melihat kecantikkannya pada malam ini.

Faeyz menoleh sambil tersenyum kearah Zulaikha. Zulaikha membalasnya dengan senyuman tawar.

"Berikan tepukkan gemuruh buat King dan Queen kita pada kali ini." Tepukkan bergema. Ada juga suara siulan buat mereka berdua.

"Bukan senang kita hendak putuskan pemenangnya yang hanya dipilih 5 tahun sekali. Dan ya, pasangan ini begitu serasi dan secocok digandingkan bersama." suara MC itu lagi.

"Baiklah, untuk tidak membuang waktu lagi saya persilakan King dan Queen kita ketengah pentas untuk menari."

Kata-kata MC wanita itu seketika membuat Zulaikha terkedu. Menari?

"May I?" Zulaikha tersedar. Faeyz sudah menghulur satu tangan kearahnya.

Zulaikha menghulurkan tangan dalam keadaan teragak-agak.

Senyuman terukir indah dibibir Faeyz apabila huluran tangannya disambut oleh Zulaikha. Keduanya berjalan beriringan ke tengah pentas sambil menjadi tontonan ramai.

"Tangan awak menggeletar" bisik Faeyz yang sudah memeluk pinggang Zulaikha. Tubuh keduanya hampir bersendel antara satu sama lain. Jarak wajah mereka tidak sampai sejengkal pun.

"Saya nervous" ujar Zulaikha seraya menelan ludahnya.

Faeyz menatap lekat ke bola mata gadis idamannya.

"Rileks" bisik Faeyz, mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Zulaikha. Hembusan nafasnya yang kasar menampar lembut cuping telinga Zulaikha.

"I know, you can do it. Just follow my step, okay?"
Zulaikha membalas tatapan Faeyz. Dalam masa yang sama itu juga, dia mendapat kekuatan.

Alunan muzik Canon in D bergema ke segenap ruang. Tubuh Zulaikha meremang saat alunan muzik beralun merdu di pendengarannya.

Pelukkan Faeyz pada tubuhnya semakin erat namun sentuhannya sangat lembut dan menenangkan.

Perlahan langkah kaki ke depan dan ke belakang bergerak seiring. Tatapan keduanya langsung tidak beralih dari satu sama lain. Keduanya ibarat terbuai oleh rentak dan alunan yang bersatu, sama seperti hati keduanya.

Semua mata langsung tidak berkelip menyaksikan tarian yang tampak kemas dan tersusun indah seolah-olah persiapan telah dilakukan sebelumnya. Tapi hakikatnya, tidak sama sekali.

Bihan dan Lola hanya menangkup mulut dengan kedua tangan. Mereka terkesima dan masih tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang ini. Faeyz dan Zulaikha tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Sesekali tubuh Zulaikha terlepas dari pelukkan Faeyz dan berputar lalu disambut lembut oleh Faeyz dan tarian bersambung dengan indahnya. Setiap langkah yang dibuat, mendapat tepukkan gemuruh dari semua.

20 minit langsung tidak terasa berlalu begitu sahaja. Nafas keduanya menderu laju.
Tepukkan gemuruh menyedarkan keduanya yang sekarang masih berdiri diantara kerumunan orang.

Keduanya meleraikan pegangan dan menjarakkan kedudukan, menghadap ke hadapan pada kerumunan orang yang bersorak gembira. Beberapa siulan terdengar dari celahan kelompok yang berada disitu.

Zulaikha dan Faeyz menundukkan separuh tubuh kearah penonton yang masih bersorak.

Keduanya bergerak turun dari pentas dan beranjak pergi ke arah meja yang mereka duduk tadi.

Bihan dan Lola menyambut kedatangan Zulaikha dan Faeyz dengan gembira. Begitu juga dengan Sean dan Demir.

"Tahniah buddy. Aku tak sangka, kau romantik juga ya" puji Sean tidak percaya. Dia melirik sekilas ke arah tiga temannya yang lain. Rancangan mereka berjalan dengan lancar.

Faeyz rasa sedikit mengembang bila mendapat pujian dari temannya. Matanya melirik kearah Zulaikha.

"Korang dah lewat ni, jom kita balik" Zulaikha melirik arloji bertali kulit yang dipakainya. Sudah hampir tengah malam. Dia perlu pulang, tidur dan berehat secukupnya kerana esok, kedainya masih dibuka seperti biasa. Wajahnya tampak sedikit resah kerana meninggalkan Ruya sendirian di rumah.

"La..dah nak balik? Come on, masih awal lagi la Ikha. Acara kita pun belum habis lagi" Lola masih berkeras, tidak mahu pulang.

"Tak mengapa. Korang teruskan enjoy, aku nak balik." ujar Zulaikha lantas berdiri.

"Kau serius ke nak balik?" Lola nampak terkejut.

"Kau nak balik dengan apa?" celah Bihan pula yang cuba menahan Zulaikha.

"Aku boleh panggilkan teksi. Thank tau korang." ujarnya lantas berlalu pergi.

Zulaikha berjalan keluar dari perkarangan hotel. Jalan disitu nampak lengang memandangkan malam semakin larut. Dia duduk di hentian bas sambil menunggu teksi tiba.

Sesekali dia melirik ke arah arlojinya dan mengeluh.

Sebuah kereta Audi A7 hitam berhenti di hadapannya. Tingkap kereta di sebelah pemandu perlahan turun dan terpampang jelas wajah Faeyz disebalik cahaya lampu jalan yang terang.

"Mari saya tumpangkan awak balik" pelawa Faeyz sambil menjengah kepalanya kearah Zulaikha.

Awalnya Zulaikha menolak. Dia tidak biasa berdua-duaan dengan lelaki dan belum pernah ada lelaki yang mempelawanya menaiki kereta bersama.

"Mari. Hari dah larut, susah nak dapat teksi dikawasan ni" ujar Faeyz lagi.

Zulaikha masih nekad dengan keputusannya.
Faeyz turun dari kereta. Dia berjalan ke arah pintu di sebelah pemandu lalu membukanya.

"Mari saya hantar awak balik. Bahaya duduk sini sorang-sorang. Mana tahu ada orang jahat datang ganggu awak nanti.."

Zulaikha yang mendengar jadi gerun. Dia pantas berdiri dan menapak ke arah kereta. Langkahnya seketika terhenti berhadapan dengan Faeyz.

Lelaki itu tersenyum lalu berkata,
"Saya ikhlas. Masuklah" ujarnya sambil tersenyum.

Zulaikha sekadar mengangguk. Dia masuk dan duduk di dalam kereta mewah milik Faeyz. Dingin aircond membuatkan tubuhnya yang sedikit terdedah hampir beku.

Faeyz yang melihat Zulaikha sudah duduk dengan rapi, lantas menutup pintu kereta dan melangkah panjang ke arah pintu di bahagian pemandu.

Zulaikha memeluk tubuh, cuba menahan rasa dinginnya. Dia bersandar dan menghadapkan wajahnya ke arah jendela.

"Seat belt"

"Huh?" Zulaikha terbengong seketika.

Otaknya belum dapat menghadam apa yang dikatakan Faeyz.

Sontak, Faeyz mendekatkan tubuhnya dengan Zulaikha. Zulaikha terkesiap dengan sikap Faeyz. Awalnya dia hendak melawan, tapi bila dia melihat arah tangan Faeyz yang menarik tali pinggang keledar lalu di klipkan, wajahnya serta merta berubah merah.

Aroma perfume maskulin milik Faeyz menusuk ke rongga hidung Zulaikha, begitu menyenangkan. Matanya terpejam rapat. Dalam masa yang sama, dia merasakan sesuatu. Tubuhnya tidak sedingin tadi lagi. Dia lantas membuka mata. Kod milik Faeyz sudah menyelimut tubuhnya yang terdedah.

Dia menoleh ke sisi. Lelaki itu masih memandang dan tersenyum kearahnya. Tanpa sedar, Zulaikha membalasnya dengan lihai.

Bersambung...

Owhhhh.. romantikkan Faeyz. Siapa yang tak menginginkan lelaki sesempurna Faeyz, setia, penyayang, bertanggungjawab dan datangnya dari keluarga kaya. Tidakkah Zulaikha terpikat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience