Zulaikha terbaring di atas katil.
Fikirannya melayang pada situasi siang tadi.
"Macam mana Encik tahu nama saya?" Tanya Zulaikha tanpa sungkan.
Lelaki itu tersenyum. Tatapan mata hijaunya mengingatkan Zulaikha pada seseorang. Tapi, ingatannya seolah disekat. Dia tidak ingat.
"Duduklah" pelawa lelaki itu dengan nada suara lembut dan perlahan.
Zulaikha nampak teragak-agak.
Lelaki itu bangun lantas menarik kerusi untuk Zulaikha.
Zulaikha terpaksa akur. Dia duduk berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenalinya.
'Kau dah kenapa, Zulaikha? Bukankah kerja kau masih banyak di belakang sana?' bisik hatinya.
'Apa yang aku buat ni? Cukuplah sekadar aku sudah mengucapkan terima kasih padanya, kan?' lagi-lagi dia bergumam di dalam hati.
Lelaki itu tetap terus menatapnya sambil tersenyum. Wanita dihadapannya ini tampak kekok dan malu.
"Zulaikha.." panggil lelaki itu lembut, sama seperti tatapannya terhadap Zulaikha.
"Awak tentu tidak ingat siapa saya tapi, saya sentiasa ingatkan awak"
Mata Zulaikha terkebil-kebil sambil memandang lelaki tampan dihadapannya.
"Hurm! A-awak kenal saya?" Tanya Zulaikha gugup.
Lelaki tampan ini menongkat kedua sikunya dan merapatkan tubuhnya ke meja. Dia cuba bergerak dekat dengan Zulaikha.
"Saya tak kisah jikalau awak tidak mengingat siapa saya, asalkan saya tidak pernah lupakan awak" ujar lelaki itu lantas bangun. Dia menutup laptop dan berlalu keluar dari situ.
Zulaikha semakin terpinga-pinga dengan tindakkan lelaki itu.
'Dia pergi macam tu saja?' gumam Zulaikha dalam hati.
Zulaikha berguling di atas katil. Dia cuba mengingati siapa lelaki tadi.
"Ah!" Zulaikha menumbuk kasar bantal peluknya. Dia gagal mengingat.
Zulaikha menggigit kuku jari telunjuknya. Fikirannya berhempas pulas mengingati masa lalunya mengenai lelaki tadi, sekali lagi dia gagal.
Zulaikha mengeluh berat. Tapi, dia juga seperti pernah melihat wajah lelaki itu sebelumnya. Mata hijau kebiruannya.. tapi, siapa dia?
Zulaikha mengangkat bantal tidur lalu menutup wajahnya. Dia akhirnya tertidur.
**
Bibir nipis Faeyz melengkung setiap masa. Cukup baginya jika dapat menatap wajah Zulaikha untuk lepaskan rindu.
"Atuk dengar, kamu tak masuk ofis hari ni?" Galih duduk sambil membaca surat khabar. Tangannya saja yang leka menyelak satu persatu lembaran surat khabar di depannya tapi, matanya terarah pada cucu kesayangannya.
Faeyz masih asyik dengan telefonnya. Dia melihat video yang sempat dirakam oleh orangnya sambil tersenyum. Akhirnya ada juga videonya bersama Zulaikha.
"Faeyz" tekan Galih dengan suara besarnya.
Faeyz mendongak memandang Galih yang duduk bertentangan dengannya.
"Maaf. Apa atuk cakap tadi?" soalnya semula.
Galih meletakkan surat khabar di sisinya. Dia memandang lekat ke wajah Faeyz seraya menggeleng.
"Atuk dengar, kamu tak masuk ofis hari ni? Kenapa?" Galih juga hairan kenapa cucunya bersikap demikian. Cucunya tidak pernah berperangai seperti itu. Selalunya dia akan punctual dengan tugas dan bersikap tegas. Tapi kenapa hari ini lain jadinya.
"Faeyz..."
"Jangan campur adukkan urusan peribadi kamu dengan urusan kerja, atuk tidak suka" tegur Galih tegas.
Faeyz meletakkan telefonnya ke dalam saku seluar.
"Faeyz kerja, atuk. Cuma Faeyz tak buat kerja di ofis, Faeyz kerja di luar" jawabnya jujur.
Galih terkekeh.
Raut wajah Faeyz berubah. Dia tidak bergurau, kenapa datuknya ketawa?
"Suasana pejabat yang luas, nyaman dan tertutup itu belum cukup untuk kamu buat kerja dengan tenang ke? Huh?"
Faeyz menggaru kepalanya.
"Sengaja nak ubah suasana, atuk. Tak salahkan?" Faeyz tersengih.
"Jangan kamu cakap yang kamu seharian di kedai gadis itu" Faeyz terdiam. Datuknya meneka dengan tepat sekali. Adakah orang-orangnya yang memberitahu kepada Galih?
"Ya. Saya berada disana seharian" jawabnya tanpa berselindung.
"Apa riaksinya saat melihat kamu, happy?
Apa pula perasaan kamu saat dekat dengan dia? Kamu tak peluk dia, cium dia? Bukankah kamu berdua terpisah lama?"
Adakah ini hanya pertanyaan semata atau ianya merupakan satu sindiran pedas buatnya?
Faeyz tidak menjawab pertanyaan Galih. Dia malah berdiri dan mengatur langkah naik ke biliknya.
"Jika kamu berkeinginan, lakukan dengan cara yang betul." Langkah Faeyz terhenti di anak tangga pertama. Dia menoleh kebelakang.
"Apa maksud atuk?" Faeyz melangkah menghampiri Galih semula dan duduk disebelah lelaki tua itu.
"Atuk tahu, kamu sayangkan gadis tu. Kamu cari dia juga sudah bertahun dan sekarang, dia datang dengan sendirinya. Apa tindakkan kamu?"
Galih memandang wajah cucunya.
Faeyz meraup rambut tebalnya dengan kedua tangan seraya bersandar di sofa.
"Dia tak ingat siapa Faeyz. Cara dia pandang dan bercakap dengan Faeyz tadi seolah-olah Faeyz ni orang luar" keluh Faeyz. Walaupun dia gembira dapat bertemu Zulaikha, namun dia juga kecewa bila Zulaikha tidak mengenalinya.
"Tapi, Faeyz tidak salahkan Zulaikha. Selama ini, dia tidak tahu yang Faeyz menaruh hati padanya. Lagi pula, Faeyz dulu tidak begitu rapat dengan rakan sekelas. Hanya beberapa orang rakan sahaja yang masih berhubung dengan Faeyz sekarang ini." Wajah Faeyz nampak kecewa.
Galih menepuk lembut belakang tangan cucunya.
"Sabar. Benda tidak datang bergolek tanpa usaha. Kamu harus mulakan langkah pertama. Atuk sokong kamu dan atuk tidak pernah melarang dengan siapa kamu hendak berhubungan. Tapi, jangan membelakangkan syarikat"
Faeyz mula bersemangat saat mendengar bait-bait ayat yang mendorongnya untuk bangkit dan bertindak.
Dia segera meraih tubuh tua itu ke dalam dakapannya.
"Terima kasih, atuk" ucapnya terharu.
Galih sekadar terkekeh. Dia faham perasaan anak muda. Dia juga dulu pernah lalui zaman itu dan dia tahu bagaimana rasanya bercinta.
**
Setiap hari, Zulaikha akan menerima jambangan bunga dari pengirim yang sama, FG.
Dia sendiri tertanya-tanya siapakah FG? Begitu juga dengan Ruya. Sahabat yang sudah dianggap kakak saudaranya sering bertanya soalan yang sama padanya, siapa FG? Zulaikha sendiri naik buntu untuk menjawabnya.
"Dapat bunga lagi?" Ruya menyigung lengan Zulaikha dengan siku sehingga membuat gadis itu tersentak.
"Kau dah siasat siapa pengirim bunga ni?" Zulaikha menoleh,
"Dah. Tapi jawapan mereka 'kami tak boleh dedahkan maklumat pelanggan kami' " ejek Zulaikha geram.
"Sabar. Lambat laun, kau akan dapat jawapannya." tegur Ruya. Tangannya lincah mengemas stok yang baru sampai ke dalam peti sejuk. Tangannya terhenti. Dia menoleh memandang Zulaikha. Sahabatnya itu masih termenung sambil menatap kearah jambangan ros di dalam pelukkannya.
"Kau tak syak apa-apa ke mengenai lelaki semalam?" itu yang dia fikirkan sejak semalam.
"Syak? Maksud kau?" soal Zulaikha tidak faham.
"Yela, tiba-tiba bayar semuanya. Entah-entah..."
Kedua mereka berpandangan.
**
Drtt..drtt..
Zulaikha yang baru selesai kerja menatap skrin telefonnya. Dahinya berkerut. Dia menerima beberapa pesanan ringkas melalui WhatsApp group.
"Group mana pulak ni?"
"Ikha" Panggil Ruya sambil menjengah kepalanya di sebalik pintu dapur. Zulaikha menoleh.
"Hah, kenapa?" soalnya lantas bangun. Telefonnya disimpan di belakang saku seluarnya.
"Ada orang nak jumpa kau"
"Siapa?"
"Katanya rakan sekolah lama kau"
Zulaikha semakin tertanya-tanya. Dia melangkah keluar ke ruang depan.
"Disitu" tunding Ruya.
Ada dua orang wanita yang duduk menikmati kopi panas sambil berbual mesra. Zulaikha berjalan menghampiri mereka berdua.
"Bihan, Lola" Ya, Zulaikha masih mengenali mereka berdua.
Keduanya menoleh memandang Zulaikha. Keduanya nampak kaget buat beberapa saat dan kemudian bangun lantas memeluk tubuh Zulaikha.
"Ikha" panggil Bihan lantas menatap wajah sahabat yang sudah lama tidak bertemu.
"Kau semakin cantik" puji Bihan. Lola mengangguk setuju.
Zulaikha tersipu malu.
"Mana ada, aku tetap sama macam dulu. Korang berdua pun apa kurangnya, tetap cantik macam dulu" puji Zulaikha jujur.
Keduanya tersengih.
"Eh, mari la join kita orang" Lola dan Bihan duduk.
Zulaikha yang melihat tiada pelanggan yang datang, duduk buat seketika.
"Tapi aku tak boleh lama-lama tau" beritahu Zulaikha.
Bihan menyuap baki cream brulee cheese yang ada di hadapannya.
"Semua ni kau yang buat ke?" soalnya dengan makanan yang masih penuh di dalam mulut.
Zulaikha terkekeh sambil mengangguk.
Bihan menghalakan thumb up ke arah Zulaikha.
"Hebat kau sekarang. Sedap sangat. Lepas ni aku dah tak pergi kedai lain dah, aku sentiasa akan singgah makan kat kedai kau" pujinya.
"Terima kasih" Zulaikha tersenyum dengan ucapannya.
"Korang tunggu sini sekejap" Zulaikha bangun dan berjalan ke arah island. Dia mengambil chocolate ganache cakes dan truffle lalu dibawa ke meja Bihan dan Lola.
Dia meletakkan dua menu itu di atas meja.
"Aku belanja korang" ujar Zulaikha dengan senyum lebar di wajahnya.
Bihan dan Lola menganga. Riak wajah mereka nampak gembira.
"Gemuk kita hari ni, La" ujar Bihan sambil menyentuh perutnya.
Ketiga mereka ketawa.
Bersambung...
Galih, datuk kepada Faeyz tidak pernah menghalang perasaan cucunya terhadap Zulaikha. Jika hanya dengan gadis itu mampu membahagiakan cucu kesayangannya, dia terbuka menerima Zulaikha seadanya.
Share this novel